BTCB 5
Bubble Tea VS Choco BlendedKata-kata omma masih berlegar di ruangan fikiran Yeon Min. Bukan sahaja berlegar siap berterbangan sambil berlanggar antara satu sama lain.
“Arghhhh….!!! Tak guna punya appa…! Aku benci appa..~” kemarahan diiringi tangisan sehinggakan terlena dengan air mata.
Kehidupan yang dahulunya sempurna kini musnah apabila Mr. Anderson dan Mrs. Hwa Young berpisah. Ditinggalkan tanpa harta. Kasih sayang seorang bapa juga makin hari makin tipis bagaikan pasir pantai disimbah air laut.
“Mana Yeonnie omma? Dia tak sihat ke?” tanya Kris sambil melabuhkan punggung di sebelah ommanya. Walaupun seharian penat bekerja dia tetap mengambil berat orang di dalam rumah itu.
Setelah Mr. Anderson meninggalkan negara tersebut, sebagai anak lelaki dan seorang abang dia perlu pikul semua perkara termasuklah keselamatan ibu dan adiknya.
“Omma rasa bersalah sangat sebab perkara petang tadi.” resah Hwa Young.
“Kenapa?” tanya Kris ringkas sambil menatap mata ommanya yang berwarna keperangan.
Petang yang lalu…
“Kami daripada pihak bank, Mr. Anderson telah berhutang sebanyak 300 ribu won dan penjaminnya adalah puan.”
“APA?? Banyaknya.” Hwa Young agak terjekut dengan kata-kata wakil bank tersebut.
“Pihak puan diberi masa selama 5 bulan untuk langsaikan hutang dengan pihak bank.”
“Sekiranya puan tidak jelaskan dalam masa yang diberi, segala kepunyaan puan akan disita oleh pihak bank.” tambah wakil bank itu lagi.
Comments