Lagenda

❤ 1004 MALAY RP FANFICS ❤
Please Subscribe to read the full chapter

story by - luhan

genre - horror

poster by - minah

 

Suatu hari di café..

“Kenapa kau belanja aku makan, Minah?” soalku sambil menggaru kaki yang tak berapa nak gatal. “Aku nak ceritakan sesuatu kepada kau.” Kata Minah dengan nada serius. “Apa dia? Jangan-jangan kau dah nak kahwin tak?” Aku ketawa perlahan tetapi Minah memandangku dengan wajah serius. “Jangan bergurau, Ah Chong. Kau memang suka bergurau, kan? Cuba dengar baik-baik, dengar lagenda yang aku nak ceritakan pada kau ni.” “Lagenda apa pula? Kenapa dia tiba-tiba serius sangat ni?”
 

***


Pada suatu pagi, Ah Meng berdiri di pondok bas Jalan Tunku Abdul Rahman untuk temu janji menonton wayangnya dengan Ah Mun. Tetapi dia terlambat kerana sibuk bermain domino tadi.


“Mana dia ni.. baru sejam lambat dah merajuk kah?” Bebel Ah Meng dihatinya sambil memeluk tubuh. “Kalau aku tahu, baik aku sambung main domino.”


“Encik…” Ah Meng menoleh ketika mendengar suara itu. Kelihatan seorang pakcik misteri memakai kot dan topi Bruno Mars berwarna hitam. “Y-ya?” Jawab Ah Meng, teragak-agak. Pakcik itu mengukir senyuman. “Saya mempunyai satu lagenda yang nak diceritakan kepada encik, encik sudi dengar?” Kerana alang-alang dah berada disitu, Ah Meng bersetuju mendengar cerita pakcik itu.


Pakcik itu bercerita selama lebih kurang 15 minit. Tetapi apa yang diceritakan pakcik itu sangatlah aneh dan menggerunkan. “Pakcik reka-reka ya?” soal Ah Meng. Pakcik itu tersengih. “Terpulang pada kamu mahu percaya atau tidak, tetapi kamu mesti menceritakan hal ini kepada 4 orang asing yang tidak kamu kenali dalam masa 4 jam jika tidak mahu nasib malang menimpa dirimu.” Ah Meng mengerut muka. “Heh! Buang masa saja aku dengar cerita pakcik ni, dahlah, aku mau balik.” Pakcik itu menoleh memandang Ah Meng. Alangkah terkejutnya Ah Meng, kerana muka pakcik itu sangat buruk dan matanya berwarna merah. “Ceritakan….” Katanya sebelum beredar meninggalkan Ah Meng dengan peluh sejuk membasahi badannya.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nurainsalsabila_
#1
Chapter 13: Pfft ~ Alice tak leh blah xD Chaerin tak tahu nak lepas hajat kat mana tu :3 huikhuik xD
nurainsalsabila_
#2
Chapter 10: Sedap nama Chaeret tu ouo ~
nurainsalsabila_
#3
Chapter 9: pehh ~ Seram bhaii ~ xD
nurainsalsabila_
#4
Chapter 5: uwu ~ pelik betul xD macam alien dah kalau di-imagine-kan keadaan Junhong e_e Btw , chantek poster :3 xD
ayyaaaa_chan
#5
Chapter 13: HAHAHAHA LAWAK XD
ayyaaaa_chan
#6
Chapter 12: NI SERAM ;A;
ayyaaaa_chan
#7
Chapter 10: HAHAHA AKU GELAK KAT CHAP NI. CL TAK PERNAH LRI DRI BUAT LAWAK PFFFT XD
93Hanafayana #8
Chapter 13: Ahhahaha.....siot je...
93Hanafayana #9
Chapter 8: Sedih siot....
HyoYoon
#10
lizzy da amoi hiatus T_T

exam maaaa