008

Seduce That Gay!!???

Haya berjalan keluar dari bilik facial tersebut dan berjalan menuju kearah Yugyeom yang sedang duduk diatas sofa menunggu. “Yugyeom”Pantas Yugyeom mengangkat wajah dan memandang Haya yang berdiri dihadapannya.

 

“Ha..barulah nampak macam perempuan sikit”Yugyeom ketawa dan bercekak pinggang.

 

“Eh?,habistu selama ini,aku bukan perempuan?”Haya menaikkan kening.

 

“Kurang”Terus Haya menghempuk kepala Yugyeom.Maaflah,dia jenis tak boleh bersabar dengan manusia bernama Yugyeom.

 

“Sakit weh!,eish!eh..lepas ni…aku nak kau suruh potong rambut kau pula..dan..cat hitam rambut kau”Ujar Yugyeom dengan wajah selamba dan meneguk kopi yang telah suam.

 

“Hah?potong rambut?cat warna hitam?why?”Soal Haya tidak puas hati.Dia ini,nak suruh Mark jatuh hati pada dia ke?atau nak suruh dia bercinta dengan Yugyeom?

 

“Rambut kau panjang,panjang dah okay,tapi tengok dekat hujung rambut kau ni…ish-ish-ish…rambut kau cat macam ni..macam besi yang berkarat”Pedas sungguh kata-kata si mamat Yugyeom itu.Macamlah dia perfect sangat.

 

“Yelah!aku ikut ajalah kau…semua ni..free kan?ke kau nak aku bayar?”Haya menaikkan kening.

 

“Bayarannya ialah Mark dah tak kacau aku”

 

Haya mengangguk.Wohoho,selamat duit.Auntie Sammy mencuit bahu lantas Haya berpaling kebelakang. “Jom”

 

 


 


 

 

Dalam masa hampir separuh hari dispa dan salun tersebut,menjalani rawatan kecantikkan yang menyakitkan hati,jiwa dan fizikal,akhirnya Haya keluar juga.Dan sekarang dia berjalan kearah Yugyeom yang sedang sibuk berbual-bual melalui telefon.

 

“Oi!”

 

Yugyeom berpaling kebelakang dan melihat Haya yang memeluk tubuh dengan senyuman bangganya.Mata Yugyeom tidak berkelip-kelip.

 

“Apa pendapat kau?aku lawa tak??”

 

“Lawa sikit dari monyet”

 

“Woi!”

 

Yugyeom memusingkan badannya sambil ketawa.Haya pula bertubi-tubi memukul belakang Yugyeom.Sakit hati pula dia dengan Yugyeom.

 

 

 

 


 

 

Misi menjadi cantik dan menggoda si gay Mark bermula.Haya mengintip Mark yang sedang membaca buku dibawah pokok yang rendang.Entah kenapa senyuman pada wajah Haya agak menakutkan.Dia terus berjalan dengan perlahan-lahan kearah Mark.

 

“Hai!”

 

Mark mengangkat wajahnya dan melihat kearah Haya.Dia mengerutkan keningnya. “Er..awak ni..bukan yang hari tu ke?”Soal Mark.Ohoho!,Mark perasan akan perubahan yang maju dari Haya ini.WahWah!satu perkembangan,nanti Yugyeom kena belanja makanlah!.

 

“A’ah”Haya tersenyum manis dan mengerlip-ngerlipkan matanya. “Boleh saya duduk sini?”Soal Haya dan Mark terus mengangguk kepalanya.Mark kelihatan agak tidak selesa dengan kedatangan Haya,yalah,orang tengah bahagia membaca dengan hati yang mendalami cerita.

 

“Awak baca buku apa tu?”Soal Haya dengan tersengih.

 

“Orgam sulit manusia”

 

Erk?Buku yang Haya suruh Mark ambil hari itu.Ohoho,dah merah menyala muka sekarang ini.Haya berdehem kecil dan melihat kearah Mark.

 

“Saya suka awak”

 

Mark kaku.Dia memandang kearah Haya yang masih tersenyum dengan bibir yang bergetar. “Eii..gila betol aku nak confess macam ni!”Haya berbisik didalam hati.

 

“Boleh saya tanya sesuatu?”

 

Haya mengangguk.Kenapa muka Mark nampak serius semacam ni?Tiba-tiba Mark menarik Haya dan mengucup bibirnya.Terus terbeliak mata Haya.

 

“Waaaaaaaaa!!!!”Haya menolak Mark dan terus bangkit berdiri dengan terkejut beruk.Dahlah ciuman pertama dia.OMO!!

 

“See…kau tak suka aku”Mark menutup buku dan berdiri disebelah Haya. “Aku tahu apa rancangan kau..kau nak rampas Yugyeom aku,kan??”Soal Mark dengan bercekak pinggang.

 

Eh!Rampas Yugyeom dia?eh!bila masa?Haya tak kuasa pun nak rampas Yugyeom ni!Mark masih setia merenung Haya seperti mahu menerkamnya.Alamak!misi untuk menggoda,mengorat,memikat sudah semestinya gagal!tidak!mampukah Haya nak bayar semua rawatan yang dia terima kelmarin??

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
cerita dah nak habis~hohoho

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 12: Haya pandai buat keputusan.hahahaha XDDD
Chiao! ^^
Ana_Kimi #2
Chapter 6: Yugyeom bkan gay ke?
Ana_Kimi #3
Interesting..
Siapa nama sbnar Haya?
KimTaehyungWifeu
#4
Chapter 12: pfffffffffffffttttttttttt.. besttttt3 !!! wahahahaha.. lawakkkkk siaaaaa.. haya !! ko mmg buat keputusan yg tepattt !!
izatizatixoxo88 #5
Chapter 12: Hahahaha....jadi gay semula?Hahahahahahahahahaha...*ketawa tak ingat dunia*
Shawolgotcha #6
Chapter 12: Kenapa tak masuk maharaja lawak mega. Anyway, great job.
Shawolgotcha #7
Chapter 12: Kenapa tak masuk maharaja lawak mega. Anyway, great job.
Shawolgotcha #8
Chapter 12: Kenapa tak masuk maharaja lawak mega. Anyway, great job.
ArmyGirls #9
Chapter 12: ad lagi ep. or ni ending ? kalau ending x tahu dh nk cri ff mna ㅜㅗㅜ
aliahlaw
76 streak #10
Chapter 9: Terbaik ahh mak Mark!!!