004

Seduce That Gay!!???

Yugyeom baru sahaja keluar dari bilik rahsianya.Dalam kata lain bilik kebal daripada Mark.Dahlah didalam sekolah,wujudkah bilik kebal didalam sekolah?yalah,anak orang kaya.Kalau ada duit semuanya boleh buat.Pernah dengar ayat itu?.

 

Tepat pukul 7.40 petang,Yugyeom terjengket-jengket berjalan dari koridor menuju kearah tangga.Rasanya Mark dah habis latihan bola keranjang.So dia selamat,dah hampir beberapa hari dia tak terserempak dengan si Mark berambut merah.Oh bahagianya hati Yugyeom.

 

Tiba-tiba dia merasa bahunya dipegang.Alamak,kenapa dahi rasa macam dah mengalir peluh sejuk?Tapi bukan nak buang air besarlah.Mak oih,busuk dah bau cerita ini dibuatnya.

 

“Yugyeommmm”.Yugyeom meneguk air liur.Tahap meremang bulu roma amatlah tinggi.Nak aja dia muntah pelangi ala-ala iklan gula-gula pelangi-pelangi apa entah.Maaf,Yugyeom lupa.Keke.

 

Yugyeom berpaling kebelakang.Senyuman kaku yang amatlah pelik dengan muka separuh pucat.Dia menatap senyuman Mark yang macam berbunga-bunga bagai.Waduh,sakit jantung dibuatnya.

 

“mana awak pergi selama ini?awak lari dari saya ke Yugyeomm?”.

 

Oh My!Yugyeom benci sangat bila Mark panggil namanya dengan mendayu-dayu.Nak aja dia hantuk kepala dia pada dinding sekarang.

 

“Yugyeom!woi!Tofu!”.

 

Dari jauh dapat didengar suara gadis penyelamat Yugyeom ketika ini,macam kenal aja suara ini.Wajah Mark kelihatan kusut sedikit.Siapalah yang ganggu waktu dia ketika bersama buah hati pengarang jantung novel puisi indah ini?LOL.

 

“Yugyeom!woi!aku tak bolehlah pika…

 

Haya kaku melihat Yugyeom yang macam dipeluk dengan penuh rasa cinta oleh Mark,yelah memandangkan Haya dah tahu mengenai fakta hidup Mark yang tak berapa nak sihat itu.Dia pula yang jadi malu macam tenuk sekarang.Nasib baik mulut dia tak terlepas tadi,kalau tak,tak ke rahsia pecah?Nak pikat Mark?Pergh.Tidak dapat dibayangkanlah.

 

Mark terus menjarakkan dirinya dan berdehem kecil.Yugyeom pula menuju kearah Haya,buat ketika ini dia lebih rela berlari kearah Haya daripada terus berdiri disebelah Gay tersebut.

 

“Ah!Haya!baru aku ingat!jom kita pergi sekarang,nanti lewat pula”Ujar Yugyeom sambil membuat isyarat muka berkerut-kerut.

 

“hah?lewat?”Haya masih tercengang dengan menggaru kepala.Yugyeom terus menarik tangan Haya dan berjalan pergi tanpa mengucap ‘tata’ or ‘tutu’ or ‘titi’ seperti kanak-kanak riang yang bahagia kepada Mark.

 

Yugyeom masih setia mengenggam pergelangan tangan Haya,ish mamat ini,bukannya Mark nampak pun,yang nak genggam bagai macam shooting drama gaduh-gaduh cinta ini apahal?Ish,tak cool langsung.Mesti cemas ni,kekeke xD.

 

“Weh mamat Tofu..sudah-sudahlah genggam tangan aku ni..si Mark tu dah tak ada..Don’t worry okay?”Haya melepaskan tangannya sendiri.Omo,berpeluh dah Yugyeom kita.Haha.

 

“Fuh..nasib baiklah kau datang pada masa yang tepat..kalau tak…eii tak rela aku…teruna ku dirampas oleh jantan”.

 

Nak aja Haya hantuk kepala Yugyeom sekarang.Tak perlulah cakap pasal benda menggelikan macam itu depan dia.Dia tak rela telinga dia yang putih suci seperti kapas dikotori oleh mulut Yugyeom.Pergh,macamlah Haya baik sangat.

 

“Tak sangka aku..dia macam tu ek?Dia nampak mesra aja dengan fangirl dia,tersenyum 24 jam fangirl dia,kalau aku jadi dia aku dah lari macam pelari 100 meter..bosan tau!”.Haya menggeleng kepala.Tak apalah, Kingka baik dan mesra alam macam petrol minyak mesra alam mana nak cari?dalam media social?LOL.

 

“Ha’ahlah kan..mesra kan?memanglah dia mesra dan tak meluat sebab perempuan bukan..ehem dia..eishh…aku yang jadi mangsanya…aduh..kau tolong akulah..walaupun kita bermusuh.Hentikan perjanjian musuh kita ini untuk sementara waktu…”.Yugyeom buat muka seposen minta simpati.Haha,hampir terlupa pula mamat kaya depan dia ini musuh utama sejak dua tahun yang lalu.

 

“A’ah kan?aku musuh kau?tapi aku juga yang tolong kau”.

 

“Kau tolong aku sebab aku ugut kau..heh..kalau tak..tak naknya kau”.

 

Haya menaikkan matanya keatas. “Apa kau tahu”.Haya berbisik didalam hatinya sendiri.

 

“Weh…aku nak berhentilah buat kerja gila macam ini..tak sanggup patik tau..”.Haya menggeleng kepala dan mengeluh kasar.

 

“Kau kena tolong aku!kau lupa ke sebab apa kau kena tolong aku?Harap kau ingat sikit ya!Macam orang cakap tu,budi dibalas dengan body,sekarang aku nak gunakan body kaulah ni..okay?”.Yugyeom menaikkan kening beberapa kali.Eh mulut mamat ini!macam longkang.Budi dibalas dengan body?Macam pelik aja bunyinya.

 

“Yalah!aku tolong kau!lepas aku dah Berjaya buat dia normal..ingat…kita dah tak ada hubungan lain selain musuh okay?”.

 

“ye..aku pun tak ada selera nak adakan hubungan lain..apatah lagi berbesan dengan kau yang…..ehem ni”.

 

Haya menaikkan kening.Apa yang Ehem tu?Ceh!berbesan tengkorak!.Haya memijak kaki Yugyeom,terus lelaki tersebut terlompat-lompat menahan kesakitan kakinya yang seperti dipijak oleh duri yang tajam.

 

“Dahlah!aku nak balik!”.Haya terus berjalan pergi dengan menaikkan hidung.Berjalan dengan angkuh?Yeah.

 

“Aku akan pikat Mark habis-habisan!yelah..kau anggap aku ni tak macam perempuan?heh!tengoklah mamat Tofu!Mark akan jatuh hati dekat aku yang penuh dengan sifat Coy nih!”.Haya anggukkan kepala dan menggosok hidungnya ala-ala gangster kampung.

 

 


 

 

 

Setelah selesai membersihkan badan,Haya terus melompat diatas katilnya dan membuka laptop kesayangannya itu.Haha,apa lagi!online!Jap,ada benda yang penting!dia nak join fanclub si Mark yang berambut merah.Eh,apasal asyik guna Mark berambut merah ek?Ah,apa-apa ajalah.

 

Hai!saya fangirl baru disini..buing-buing (>.<)v

 

“Ceh!apa jadah ayat aku ni?siap buing-buing bagai!”.Haya menggeleng kepala dan menekup wajahnya.Malu aja!.

 

Really?aww!dapat kawan fangirl baru!yeay!yeay!anyway!ini informasi penting tau!Mark esok!dia akan jogging dekat Taman XXX

 

Haya yang sedang meminum susu dengan rakus tersedak dan hampir mati tercekik.Fuh,nasib baik tak meninggal.Haya berdehem kecil. “Gilo!mana minah ni tahu Mark pergi jogging esok?weh!sasaeng fan ke apa ni??”.Haya menaikkan kening dan bermain dengan dagunya.Alah,tak apa-tak apa.Lagi bagus informasi macam ini.Senang kerja Haya dibuatnya,tak perlu bergantung kepada Yugyeom yang tak guna itu,nak tolong konon,lesap adalah waktu diperlukan.Mana menghilanglah!.

 

Ahh?really?hahaha!mesti awak pergi..an?an?

 

Enter!heh!Kalau diorang pakat pergi beramai-ramai dan serang hendap Mark,susahlah!macam mana nak dekati Mark yang handsome itu tapi tidak berselera dengan perempuan?.Ini tidak boleh jadi!biarkan Haya seorang aja pergi dekat dengan Mark!Please!.

 

Of course!tapi saya akan tengok dari jauh ajalah..>/////<

 

Boleh didengar suara Haya ketawa macam hantu terkekek-kekek.Siap melompat gembira ulalala lagi atas katil.

 

“omma!omma dengar tak?”.soal Bambam iaitu adik lelaki Haya dengan menaikkan kening.

 

“hah?entah”.Puan Yoo menggaru kepalanya.

 

Haya berhenti ketawa.Nafas dia dah macam nak berhenti.Hagagga,rancangan pasti Berjaya!Just Wait Mark!.Suatu saat nanti,kau kan mencintaiku.Pergh!adakah itu lirik lagi?.

 

 

 

 


 

 

 

 

Tepat pukul 6 pagi.Kebiasaannya pada pagi minggu ketika ini Haya akan tidur dibuai mimpi mengenai menjadi menjadi ahli Girls Generation yang ke sepuluh.Eleh,rupa tak seberapa,bakat macam ciput ada hati nak jadi ahli Girls Generation.Kalau masuk audition,mesti kena halau dengan bodyguard Soo Man.Hagagaga.Okay,berbalik pada tadi,kalau ketika ini dia tidur,sekarang ini dia berada dihadapan cermin.Melihat dirinya yang memakai track suit bewarna merah menyala macam cili dan ala-ala rambut Mark itu dengan rambut diikat kuda.Headphone juga tidak dilupa.Konon berjogging dengan semangat sambil dengar lagu Taylor Swift tapi ada agenda lain.Ada juga fakta Haya tersendiri mengatakan pakai headphone ketika berjogging kelihatan macam atlit negara.Eh,siapalah ajar tu.haha.

 

Haya terus turun ketingkat bawah.Dia menggeliat kecil sambil menguap.Ikutkan hati mahu aja dia tidur atas lantai sekarang dek mengantuk.Tapi kerana Mark,dia kena kuat.Eh!Macam dah jatuh hati pada Mark betul-betul pula dengarnya.

 

“omma!kamchagiya!”.Haya hampir pengsan melihat wajah Bambam yang macam zombie kampung pisang itu.Rambut kusut kasai,muka pucat dengan mata separuh terbuka.Kemana zombie boy ini  mahu pergi?.

 

“uh..noona..noona nak pergi mana ni?pergi menoreh getah ke?”.Soal Bambam dengan menggaru-garu kepalanya.

 

“Kepala hotak kau toreh getah dekat Korea!kau ni dah kenapa macam zombie pagi-pagi buta ni?kau tidur tak ni?”.Soal Haya dengan bercekak pinggang.

 

“err..actually kan..haha…tak…aku main video game sampai pukul 4 pagi”

 

Haya menepuk dahinya.

 

“Anyway mana noona nak pergi pepagi buta ni?”.Soal Bambam dengan mengerutkan dahinya.

 

“jogging”.Jawab Haya sambil berjalan pergi.Bambam menggaru kepala dan menahan ketawa melihat kaki Haya.

 

“pffft!jogging apa pakai selipar jepun macam tu??hahha xD”.Bambam ketawa sehingga tergolek-golek diatas lantai.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
cerita dah nak habis~hohoho

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 12: Haya pandai buat keputusan.hahahaha XDDD
Chiao! ^^
Ana_Kimi #2
Chapter 6: Yugyeom bkan gay ke?
Ana_Kimi #3
Interesting..
Siapa nama sbnar Haya?
KimTaehyungWifeu
#4
Chapter 12: pfffffffffffffttttttttttt.. besttttt3 !!! wahahahaha.. lawakkkkk siaaaaa.. haya !! ko mmg buat keputusan yg tepattt !!
izatizatixoxo88 #5
Chapter 12: Hahahaha....jadi gay semula?Hahahahahahahahahaha...*ketawa tak ingat dunia*
Shawolgotcha #6
Chapter 12: Kenapa tak masuk maharaja lawak mega. Anyway, great job.
Shawolgotcha #7
Chapter 12: Kenapa tak masuk maharaja lawak mega. Anyway, great job.
Shawolgotcha #8
Chapter 12: Kenapa tak masuk maharaja lawak mega. Anyway, great job.
ArmyGirls #9
Chapter 12: ad lagi ep. or ni ending ? kalau ending x tahu dh nk cri ff mna ㅜㅗㅜ
aliahlaw
76 streak #10
Chapter 9: Terbaik ahh mak Mark!!!