chapter 2

E-mel Ramalan [ HIATUS ]

    "Jinjja? Makmal Komputer tingkat 5 yang dah usang tu?" soal Sulli sambil membulatkan matanya. Sulli ni memang penakut sikit..

    "ye.." jawab Hara selamba.

    "Wei,, kau biar betul.. Kan Pengetua Sekolah kita tak bagi masuk kat situ.." Sulli mula menunjukkan riak wajah takutnya.

    "Itu lah pasal kita kena masuk kat situ! Kita kena buktikan dekat semua pelajar Seoul Highschool ni.. Bahawa kita ni bukannya setakat tomboy je, kita juga berani mencuba benda yang baharu!" kata Hara bangga.

    "Tapi, aku takutlah.. Aku dengar, ada segelintir pelajar yang pernah nampak hantu main komputer dekat situ.." kata Sulli perlahan.

    "Hello? We are tomboy okay,,? Kita ni tomboy! Bersifat seperti lelaki! Kita tak boleh takut dengan benda-benda karut macam tu.." Krystal mencelah.

    "Betul tu. Dah, jom pergi.. Masa dah semakin suntuk! Sulli, kalau kau tak nak pergi.. Kau tinggal jelah sorang-sorang kat sini. Kalu kau takut, pergilah naik kelas! Aman sikit.. Murid-murid pun ramai. Boleh kau minta si Channie Oppa kau tu temankan.. hahaha.." Hara mula melangkahkan setapak kainya. Krystal pula hanya mengikut Hara saja. Tiba-tiba, Hara pusing belakang memandang kearah Sulli yang enggan mahu ikut. "kitaorang pergi dulu, ye? bye.." Hara melambai kecil kearah Sulli dan terus pergi bersama Krystal.

    "Hati-hati tau! Sebab aku dengar ramai murid kata yang dorang selalu nampak hantu penanggal dekat-dekat dengan longkang depan tu. Lagi-lagi waktu hujan. Hati-hati ye..?" kata Krystal dalam nada perlahan. Dia tidak mahu Hara terdengar akan percakapannya itu. Setelah puas menakut-nakutkan Sulli, dia pun pergi..

    Sulli terdiam seribu bahasa sebaik sahaja Hara dan Krystal pergi. Dia duduk di sebuah bangku berdekatan dengannya. "Isy, betul ke si Krystal tu cakap? Hantu Penanggal? Eeeii.. Takutnya! Dahla sekarang tengah hujan.. Tapi, tak mungkinlah Hantu Penanggal tu nak kacau aku.. Sebab aku bukannye mengandung pun.. Hantu Penanggal kacau orang yang tengah mengadung je.." desus hati Sulli. "Tak munkinlah!" Sulli menguatkan semangatnya. "Hantu Penanggal mana wujud.. Itu semua cerita dongenglah! Saja nak takut-takut kan orang.. Manusia zaman sekarang lah katakan.." Sulli meyakinkan dirinya lagi bahawa Hantu Penanggal itu tidak wujud.

    Tetiba, Sulli merasakan seperti ada seseorang yang melintasi laju di belakangnya. Dia terus pandang belakang. Haik? Takde siapa pun.. Dia pandang kehadapan kembali. Tetiba, dia terdengar satu bisikan 'halus' yang menerpa dirinya.

    "Sulli.. Sulli.." panggil satu suara halus. Sulli menoleh kiri kanan depan belakang, tapi takde sesiapa pun.

    "Haish, aku tersalah dengar je kot.." kata hati Sulli. Dia membuat muka tak kisah. Lalu, muncul lagi sebuah bisikan halus..

    "Sulli.. Jangan pandang belakang.. JANGAN PANDANG BELAKANG!!" Suara itu makin lama makin kuat. Sulli sudah mula berpeluh.

    "Sulli, aku akan kejar kau! Dalam masa tiga saat. 1.. 2.."

    Belum sempat kiraan itu habis, Sulli terus memecut laju. Macam berlari disukan Olimpik! Dia langsung tidak pandang belakang. Sambil dia berlari itu, suara halus tersebut masih lagi bersuara..

    "Aku kejar kau Sulli! Kau takkan dapat lari daripada aku! WAHAHAHA.."

    Sulli pantas berlari menaiki tangga sehingga ketingkat 5. Dalam keadaan macam ni, dia terpaksa jugak mengikut dua sahabat karibnya itu. Disebabkan dia sudah belajar di Seoul Highschool selama 16 tahun.. Dia sudah 'mahir' dengan selok belok 'jalan' di bangunan Seoul Highschool tersebut.

    Sampai sahaja ditingkat 5, Sulli yang dari jauh sudah nampak Hara terus berlari dengan lebih laju. Setelah sampai lebih dekat dengan Hara, Sulli terus memeluk Hara erat. Hara yang tersedar akan hal itu terus memandang wajah Sulli dengan reaksi yang 'pelik'.

    "Eh, yang kau ni kenapa? Berlari-lari.. Muka kau pun jadi pucat lesu, kenapa ni? Kau macam nampak hantu.. je." ujar Hara 'ambil berat'.

    "Tadi, tadi.. A-aku.. Aku.. Dengar macam ada orang bisik kat te-telinga aku.. Pastu.. A-aku terus.. lari.. Aku takut.." Sulli mula menangis akibat takut sangat dengan hal yang baru ditimpanya itu.

    Tetiba, ada Sulli merasakan bahawa bahunya seperti dipegang orang. "BARGHH!" sergah Krystal dari belakang. Sulli memandang wajah Krystal dengan air mata yang masih 'melekat' dipipi. Lalu kembali tertunduk menahan rasa hiba dalam dada.

    "La.. Yang kau ni menangis apasal?" soal Krystal, Sulli tidak menjawab. Lalu Krystal memandang muka Hara sambil mengenyitkan matanya sekilas. Eye-contact mungkin..

    "Ni hah, si Sulli ni.. Dia menangis sebab dia kata ada 'hantu' yang kacau dia.." jawab Hara ala-ala menyindir sedikit.

    "La.. Ye,ke? Kau nangis sebab tu?? Tak sangka pulak yang kau ni ciwek.." kata Krystal dalam nada 'simpati'.  "Sulli.. Sulli.." seru Krystal dengan membuat suaranya yang lain. 

    Mendengar akan suara itu, dia terus pandang kearah Krystal kembali dengan wajah yang penuh tanda tanya. "Haik? Suara kau macam.." Sulli cuba mengingat kembali peristiwa dikantin tadi.

    Krystal terus mennyambung percakapan Sulli dengan laju, "hantu yang kacau kau tadi.."

    "Haik? Macam mana kau boleh tahu?" soal Sulli hairan.

    "Dah sebab akulah 'Hantunya'.." jawab Krystal selamba.

    Mendengar jawapan dari Krystal itu, Sulli terus mencebik geram. Dia menggenggam penumbuknya, mahu menumbuk Krystal yang mengenakannya. "Kau! Tak guna kau! Sampai hati kau kena kan aku macam ni,, ye?" Sulli menahan rasa geram.

    Hara pulak hanya terkekeh macam gena geletek melihat pergaduhan antara Krystal dan Sulli itu. "kekekeke.." ketawa Hara makin lama makin kuat.

    Sulli terus memandang wajah Hara dengan tatapan 'singa' mencari mangsa. "Hara, kau pun bersubahat dengan di rupanya!" Sulli terus menerkam lengan Hara.

    "Rileks Sister, Sister rileks.." Hara mengubah lagu 'Rileks Broteher' yang dinyanyikan oleh Art Fazil dan Imuda. "kitaorang buat benda ni sebenarnya saje je nak tengok kau takut ke tak nanti,,"

    "Huh!" Sulli memandang kearah lain sambil memeluk tubuh.

    "Dah, dah.. Mari masuk cepat. Nanti Cikgu lain nampak.. Mati kita! Dahla masuk 'kawasan larangan' Sekolah pulak tu.. Korang kena bersyukur, sebab pintu bilik ni tak berkunci! Senak sikit kita nak masuk," Hara membuka pintu bilik Makmal Komputer yang sudah lusuh warnanya. Besi tepi pintu tu pun dah berkarat. Nampak sangat yang pintu tu sudah berusia..

    Melihat ketua mereka sudah masuk, Sulli pun hendak masuk sekali. Sebelum masuk, dia sempat memberi 'amaran' kepada Krystal. "bila-bila masa nanti, aku akan kejar balik kau macam mana kau kejar aku tadi! Huh!" 

    Krystal masih lagi terkebil-kebil ditempatnya selepas mendengar 'amaran' dari Sulli. "Haik? Sejak bila aku kejar Sulli tadi? Setahu aku, aku panggil nama dia je. Pastu, terus naik atas dan menyorok disebalik tembok. Siapa pulak yang kejar dia..?" fikir Krystal dalam hati. 

    Tetiba, Krystal mendengar suara Hara dari dalam memanggilnya. "Hoi, Krystal! Kau tercegat apa lagi kat luar tu? Cepatlah masuk!".

    "Ah, ye, ye.. Sekejap!" kata Krystal separuh menjerit. Dia kemudian fikir kembali persoalannya dalam hati. "Siapa ye? Entah entah, memang betul ada Hantu Penanggal dekat kantin tu.. Isy! Tak mungkinlah, Hantu Penanggal mana ada boleh lari! Dia terbang!".  Krystal mengetuk sisi kanan kepalanya, "Isy! Hnatu mana wujud la.." Krystal pun masuk kedalam Makmal Komputer tersebut..

 


 

      [ DI DALAM MAKMAL KOMPUTER.. ]

 

    Sulli dan Krystal mengikut gerak-geri ketua mereka dari belakang. Jika Hara lompat, mereka lompat. Jika Hara bersin, mereka berpura-pura bersin. Jika Hara batuk, mereka berpura-pura batuk. Pendek kata, semua pergerakan Hara Sulli dan Krystal tiru! Macam puppet pulak mereka berdua ni..

    Sampai sahaja mereka di satu tempat yang agak bersih persekitarannya, Hara memberhentikan langkahnya. Krystal yang dari tadi asyik memikirkan siapa yang mengejar Sulli tadi terlanggar Sulli yang ada dihadapannya.

    "Woi! Apa main langgar-langgar ni? Kau buta ke..!?" marah Sulli.

    "Aa.. So-sorry.. Aku tak sengaja tadi.." Krystal menggaru kepalanya yang tidak gatal.

    "Dah,dah.. Korang berdua ni nak bergaduh lagi ke? Hari ni hari Isnin, tak elok kalau korang nak bergaduh, kalau korang nak bergaduh.. Gaduh la puas-puas pada Hari Sabtu dan Ahad. Aman sikit telinga aku ni.." Hara mengambil sehalai kotak yang sudah dikoyakkan mejadi lebar dan duduk diatasnya.

    Krystal dan Sulli hanya mengikut tanpa membantah apa-apa. Kerana mereka memang sudah terbiasa dengan keadaan begini. Setiap kali mereka lepak dimana-mana, pasti mereka akan duduk dibawah lantai sahaja. Kali ni pun mereka bersyukur, sebab dapat duduk dekat atas kotak. Sekurang-kurangnya taklah kain dan seluar legging dorang kotor..

    "Okey,, kita nak buat apa sekarang ni?" soal Krystal.

    "hahaha.. Kita akan.." Hara mengeluarkan satu kotak rokok dan ligther.

    Muka Sulli dan Krystal berubah menjadi ceria dan teruja. Sulli terus merampas kedua-dua barang tersebut dari tangan Hara.

    "WOW! Kau memang daebakk lah Hara! Aku sendiri pun boleh tak terfikir nak bawak benda ni.." kata Krystal.

    "Itulah sebab Hara layak jadi ketua.. Bukannye kau!" sindir Sulli.

    Krystal pandang Sulli dengan marah. "hmh eh!" Krystal berpeluk tubuh.

    Hara terkekeh perlahan melihat telatah dua orang 'anak buahnya' itu. Dia sempat lagi menggeleng kepala berkali-kali. "Dah, korang 'nak' ke tak benda ni..?" Hara mengambil sebatang rokok dari kotak rokok yang Sulli pegang.

    "Eh,, Mestilah nak.." Krystal mengambil rokok yang Hara pegang dan merampas ligthter dari tangan kanan Sulli. Dia mahu 'membakar' rokok tersebut. Tetapi Hara menghalang.

    "Eh, stop.. Stop!" arah Hara. Krystal pun membatalkan niatnya itu.

    "Kau tak leh 'bakar' rokok tu sekarang.. Semua tingkap dalam bilik ni ditutup rapat. Kalau-kalau bilik ni terbakar? Siapa yang susah? Kitaorang juga.." kata Hara. Dia mengalihkan pandangannya kearah Sulli yang dari tadi hanya menjadi 'penonton' setia. "Sulli, kau tolong bukak sikit tingkap tepi tu," Hara menunjukkan tingkap yang dia maksudkan tadi. 

    Sulli mengeluh perlahan. Tak semena-mena dia yang kena.. Padahal, Krystal je yang nak merokok. Dia pula yang jadi 'mangsa'..

    Sulli mendekati tingkap yang Hara tunjuk tadi. Dia mahu membukanya.

    (K: "Hara, kau tak nak hisap rokok ke?"..  H: "Tak nak lah, lollipop ni lagi sedap..!")

    Tetiba, mata Sulli tercacap kepada sebuah komputer ini. Dia menjerit, "AAHH!!!" 

    Mendengar sahaja jeritan dari Sulli itu, Hara dan Krystal terus mendapati Sulli dengan ekspresi muka yang cemas. "Sulli, kau kenapa? Kau okay tak ni?? Kenapa kau mejerit?" soal Hara cemas, takut-takut lah Sulli tercedera ke..

    Sulli menekup wajahnya dengan tangan. "Tu.. Kom-komputer tu menyala.." Sulli menunjukkan kearah satu komputer dihadapan mereka dengan jari telujuknya.

    Hara dan Krystal terus memandang kearah komputer dihadapan mereka. "Haik? Bukan ke semua komputer dalam bilik ni dah rosak??" soal Krystal.

    "Tu,, lah pasal.. Eh! Ada E-mel yang masuklah!" Hara cepat berlari anak untuk melihat skrin komputer itu dengan lebih jelas. Krystal juga mahu melihat skrin komputer itu dengan lebih jelas. Melihat dua orang sahabat karibnya sudah berada dihadapan komputer, Sulli tak semena-mena pun kena ikut juga.

    "Betul,lah.. Ada satu E-mel yang masuk.." kata Krystal setuju.

    Hara memegang tetikus komputer. "kita bukak je lah.." Hara mahu menekan, tetapi Sulli cepat merampas tetikus itu dari tangan Hara.

    "Jangan.. E-mel tu mungkin bukan untuk kita.." kata Sulli dalam nada takut.

    "Yelah,, kalau bukan untuk kita sekali pun.. Kita bukak jelah.. Aku ngan Hara nak tahu apa isi E-mel tu.. Kot-kot berfaedah untuk kita ke.. Berguna juga isi E-mel ni nani.. Kau, mesti nak tahu jugak kan?" kata Krystal perlahan. WOW! Pecah rekod! Pertama kali dia cakap dalam nada perlahan. Tapi, mereka bertiga sendiri pun tak kisah dengan perkara baru itu. Yang mereka tahu adalah mereka mahu membaca E-mel tersebut.

    "Hmm.. Betul juga kata Krystal tu.." fikir Sulli dalam hati. "Nah," Sulli memberi kembali tetikus komputer itu kepada Hara. Hara terus menekan E-mel tersebut. Mereka bertiga pun tekun membaca E-mel itu..

    


Besok, Cikgu SeJarah tak datang sebab masuk Hospital..

-XXX


 

        "Eh? E-mel jenis apa ni? Nama pengirim pun XXX.. Untuk siapa E-mel ni?" soal Hara sambil memandang wajah Sulli dan Krsytal dengan penuh tanda tanya.

    "Entah.. Isi nya pun pelik.." jawab Sulli dalam nada gelisah.

    "Jangan-jangan.." Krystal membuat suara seram yang boleh mebuatkan bulu roma sesipa sahaja menaik.

    Belum sempat Krystal menghabiskan ayatnya, loceng sudah bebrbunyi 'KRINGG!!'

    "Eh, dah loceng lah.. Jomlah kita masuk kelas, lepas ni mata pelajaran Cikgu Minhyuk. Kalau kita terlambat, mesti kena lari satu padang!" Hara pergi ketempat yang mereka duduk tadi. Dia mengambil kotak rokok dan lighter bersamanya.

    "Dah,jom.." Mereka bertiga pun cepat-cepat keluar dari situ.. Sebelum keluar, Hara sebagai ketua menutup suis lampu dan kipas.

 


 

    [ KEESOKAN HARINYA.. ]

 

    Krystal yang baru sahaja sampai ke Sekolah terus meletakkan beg ditempat duduknya dan pergi ketempat Hara dan Sulli.

    Sampai sahaja dimeja Sulli, Krystal lihat Sulli dan Hara membenamkan muka masing diatas meja Sulli. 

    "Haik? Yang korang ni kenapa?? Ngantuk heh,,?" soal Krystal. Hara yang terdengar suara Krystal lantas duduk tegak kembali.

    "Hara, kenapa dengan Sulli ni?" soal Krystal.

    "Dia sedih.. Sebab adik kesayangan dia yang kembar, JR dengan JB.. Meninggal.." jawab Hara tersedu-sedu.

    "Apa?! JR dan JB meninggal?! Kesiannya kau, Sulli.." Krystal pun rasa seperti mahu menangis juga. Mana taknya, seiap kali dia dan Hara pergi kerumah Sulli.. Pasti JR dan JB lah yang menjadi penyeri. Walaupun JR dan JB ini baru berumur 4 tahun, tapi mereka berdua selalu membuat lawak jenaka. Tetapi kini, JR dan JB sudah tiada dimuka bumi ini..

    "Sulli, aku tumpang sedih dengan kau.." kata Krystal hiba. Dia menepuk bahu kiri Sulli perlahan. Tiba-tiba, Hara pula yang meraung. Krystal cepat mengalihkan pandangannya ke Hara.

    "Eh, Hara? Kau kenapa ni?" Krystal mengusap perlahan belakang badan Hara.

    "A-aku.. Aku sedih.." jawab Hara tersedu-sedu akibat menangis dengan teruk.

    "Kenapa?" soal Krystal bersimpati.

    "Jiran rumah sebelah aku.. Mak Cik Jihyo, meninggal.." Hara mengais dengan kuat sekali. Dia tidak dapat tahan rasa hiba dalam dirinya lagi.

    "Mak Cik Jihyo yang selalu bagi lollipop dekat kau waktu kau kecil-kecil dulu tu?!" Krystal berasa terkejut. Hari ni, dua orang yang rakannya sayangi meninggali mereka.

    "iye.. Aku sayang sangat kat Mak Cik Jihyo tu.. Disebabkan dia, aku dapat tahu makanan yang paling sedap didunia ni.." Hara menjawab sambil menangis.

    "huaa...Hua..." Mereka bertiga menangis semahu-mahu mereka. Mereka lepaskan segala keperitan jiwa pada waktu itu juga. Biarlah nama geng mereka tercalar disebabkan hal itu.. Mereka tak kira! Yang mereka tahu, mereka tidak dapat tahan rasa hiba dalam diri masing-masing. Mereka pun manusia biasa juga.. Punya hati, punya perasaan, biarpun mereka ini tomboy.. Mereka tetap punya perasaan bukan?

 

BERSAMBUNG...


 

A/N:  Chapter yang agak panjang, macam mana? best tak? Permulaan penderitaan hidup Hara, Sulli dan Krystal sudah bermula! Apa tunggu lagi? Comment and subscribes please,,?

(sorry for the any typo!)

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RMnEXO
Perhatian... Kepada sesiapa yang vote C di POLL2, tolong lah komen anda mahu siapa yang meninggal.. Huhu.. :'(

Comments

You must be logged in to comment
bubble_na_baebeul #1
Chapter 3: Update k..cek tunggu.x sabaq rasanya..
mikochiciko
#2
Chapter 3: palli update author-nim . T.T . x sabar rse nye nihh
//nyorok blakang abs jimin//
minbaekhyun
#3
Chapter 3: Omaigash..best giler nk mampos citer ni..Update Soon ~~
sunggyustummy #4
WOW update soon
zahidahbk #5
Tajuk ff ni sama mcm tajuk dalam satu komik seram jepun kot.....
syazaafiqah #6
Chapter 3: Update soon
Qee_Ha
#7
Wah! Tak sabarnya! Macam dalam komik pulak ff ni..!