chapter 1

E-mel Ramalan [ HIATUS ]

    'KRINGG!!' Bunyi loceng selepas waktu rehat bergema satu Sekolah Seoul Highschool!  Sebaik sahaja mendengar bunyi loceng tersebut, semua murid di Seoul Higschool berkelam-kabut hendak masuk kedalam kelas masing-masing. Ada yang berlari, ada yang berjalan laju..  Tetapi bagi murid perempuan pula, mereka tidak boleh berlari laju. Kerana apa? Tahu-tahu jelah..  

    Sedang semua murid yang lain kecoh, ada tiga orang gadis tomboy yang terkcuali. Mereka tidak mahu masuk kelas. Ya, mereka bertiga dikenali sebagai 'Geng Ponteng Girls'. Tengok nama kumpulan sahaja kita dah dapat tahu, for sure lah mereka mahu ponteng kelas! Waktu ini, mereka sedang duduk di atas batu tepi longkang.

    "Weyyhh korang,, hari ni kita nak lepak kat mana hah??" soal Hara sambil mengulum lollipop berperisa coca-cola. Semua murid di Seoul Highschool sudah tahu, bahawa Hara ini sememangnya dari kecil lagi tidak boleh berpisah dengan lollipop! Orang tak boleh berpisah dengan bantal busuk, dia ni pulak tak boleh berpisah dengan lollipop! Ini semua gara-gara sewaktu kecil jiran rumah sebelahnya selalu memberinya lollipop pelbagai perisa. Hari-hari pulak tu! Sejak dari hari tu, dia selalu meminta Ibubapanya membelikan lollipop untuknya. Tetapi Hara ini pandai jaga gigi, itulah Ibubapanya selalu belikan untuk dia lollipop pelbagai perisa sampai berbakul-bakul! Cuba korang pergi masuk dalam bilik dia, huih, dah jadi macam 'sarang' lollipop!

    "Kita lepak dekat belakang Sekolah lah.." cadang Sulli sambil memandang dua orang sahabat karibnya yang dari tadi tak berhenti mengunyah! Sorang asyik mengulum lollipop, lagi sorang pulak asyik mengunyah syinggum saje!

    "Tak nak lah, nanti kita cepat kena 'tangkap'! Cuba korang bayangkan kan, Cikgu Jongkook yang kejar kita..  Huih, naya kita!" kata Krystal separuh menjerit. Dia memang dari dulu lagi suka cakap dengan kuat! Siapa yang duduk sebelah dia waktu dia tengah cakap, mesti gegendang orang tu akan bergegar! Silap-silap hari bulan, boleh pekak sekali!

    Hara yang duduk disebelah Krystal itu terus menutup kedua telinganya menggunakan kedua belah tapak tangannya. "Hoi Krystal! Kenapa kau cakap kuat sangat hah??  Tak boleh perlahan kan ke suara kau tu.."

    Mendengar sahaja rungutan yang keluar dari mulut Hara, Krystal makin seronok. Dia sengaja menguatkan lagi suara nyaringnya. "Tak.. Sebab 'volume' percakapan aku dah rosak..!!" 

    Hara yang dari tadi menutup telinga terus memukul kepala Krystal menggunakan siku krinya. 

    "aduh!" Krystal terus tertunduk memegang kepalanya yang terasa 'sakit'.

    Hara melepaskan tangannya. "Hah, tu.. lah! Kacau aku lagi, kau kena ingat.. Antara kitaorang bertiga, akulah yang paling boyish! Paling tomboy! Paling kuat! Itulah sebab aku jadi ketua!" jerit Hara tepat-tepat ketelinga Krystal. Saja mahu mebalas dendam.

    Krystal menegakkan kembali wajahnya. "Hak tuih! Perahsantan kau! Aku yang paling boyish, tomboy dan kuat lah! Cuma aku tak jadi ketua je!" kali ini suara Krystal lagi nyaring, kuat dan pedas!

    Hara menutup telinganya kembali. "Woi, woi! Dah, dah la tu.. Nanti keluar petir karang! Entah-entah, hujan pun turun!" kata Sulli dalam nada tegas dan garang.

    Tetiba, petir berdentum dengan kuat sekali. 'ZZHHZZ!!'.

    Habis terkejut beruk mereka dibuatnya. Sulli dengan pantas mencelah, "Hah! Tengok tu, panjang umur petir.. Aku cakap je, terus petir tu muncul.."

    "Ha'ahlah.. Eh! Hujan turun lah!" Hara dengan cepat bangun dari batu tepi longkang itu.  Krystal dan Sulli pun ikut ketua mereka bangun sekali. Hara terus berlari kearah kantin Sekolah. Dekat situ ada bumbung, berteduh lah sikit. Manakala Sulli dan Krystal hanya setia mengikut ketua mereka kemana-mana.

   

    [ DI KANTIN.. ]

 

    "Eeii.. Tengok baju aku, habis basah kuyup!" rungut Krystal macam bayi yang tak dapat susu, Dia memuncungkan bibirnya sedepa. Itulah sebab kenapa Krystal tak layak nak jadi ketua! Harap je boyish,tomboy,kuat.. Tapi kuat merajuk dan manja macam bayi!

    "Ish kau ni! Kau ingat kau sorang je ke yang basah kuyup? Baju kitaorang pun habis basah kuyup!" Hara mahu saja mengetuk kepala Krystal itu. Tapi dia tidak cukup ketinggian..

    "Ini semua Sulli punya pasal!" Krystal pandang kearah Sulli dengan pandangan yang tajam. 

    "Apahal aku pulak?!" kata Sulli separuh menjerit.

    "Yelah, siapa suruh kau cakap keluar petir dan turun hujan bagai! Kan dah jadi macam ni,!" marah Krystal.

    "Eh, aku pulak.. Kau tu lah! Yang kau pergi cakap kuat-kuat apahal?! Kan hujan dah turun.." Sulli memeluk tubuh.

    "Eh,eh,eh.. Kau lah yang buat! Kau yang cakap dulu!" Krystal tetap membela dirinya.

    "Kau punya pasal!" Sulli menjeling tajam kearah Krystal.

    "Kau!"

    "Kau!"

    "Kau!"

    "Eh, dah, dah.. Sudah! Korang ni, dalam keadaan hujan lebat camni pun korang boleh gaduh.. Apa, lah!" Hara mnyudahkan pergaduhan antara Sulli dan Krystal.

    "Dia ni punya pasal lah!" teriak Krystal.

    "Aku pulak.. Kau punya pasal lah!" balas Sulli.

    "Aku kata sudah, sudah la!" jerit Hara macam petir. Sulli dan Krystal terus terdiam seribu bahasa. Mereka sudah tahu, jika Hara menjerit kuat gila mengalahkan petir yang menyambar, ini bermakna Hara betul-betul mahu mengamuk! Kalau Hara mengamuk, huih, macam ribut taufan jadinya!

    "Korang ni, tak boleh ke bersikap rasional sikit? Tahu nak bergaduh..je!" bebel Hara lagi.

    "Elleh, tadi kau gaduh ngan aku boleh je.." kata Krystal perlahan dalam nada menyindir. Tetapi, Hara dapat dengar. Hara terus menjeling Krystal tajam, membuaskan. Kalah Cikgu Jongkook!

    Melihat Hara memandang Krystal begitu, Krystal secara automatik bows 90 deegrees dekat Hara. Setelah itu, dia terus memandang lantai kantin yang agk kotor akibat kesan tapak kasut mereka bertiga. Dia lebih rela memandang lantai yang kotor itu daripada memnadang 'Harimau' dihadapannya yang sedang mencari mangsa.

    "Dah, korang berdua.. Ikut aku. Kita lepak dekat tempat berteduh yang lain" arah Hara.

    "Nak lepak kat mana lagi? Semua tempat takde bumbung.." soal Sulli.

    "betul,tu. Betul!" setuju Krystal. Macam biasalah, suara dia.. Korang tahu-tahu lah kan..

    "Woi Krystal! Slow kan lah sikit suara kau tuh," tegur Hara.

    "Isy korang ni! Kan aku dah kata berapa kali dah, yang volume suara aku dah rosak! Dah ROSAK!" Krystal mengingatkan lagi dua sahabat karibnya yang asyik menegurnya supaya meperlahankan suara. Padahal, sudah lebih 100 kali Krystal kata yang volume suara dia memang dah rosak!.. Tetap juga dorang tegur Krystal perkara yang sama.

    "Oh,lupa.. Wait, volume suara kau dah rosak kan? Meh sini aku sembuhkan.." Hara mengeluarkan lollipop dari dalam mulutnya. "zam zam ala kazam! Sembuhkan volume suara Krystal kembali!" Hara menggerak-gerak kan lollipop tersebut, macam batang pari-pari.

    "hahahahahaha" habis bergema satu kantin dengan gelak tawa mereka bertiga.

    "Macam fairy!" Krystal masih lagi tak dapat membuang gelak tawanya.

    "Eh, cop cop! Ingat, kita ni kan tomboy.. Mana boleh jadi fairy!" kata Sulli.

    "Tahu,lah.. Aku saja je nak bergurau senda dengan korang.." jawab Hara.

    "Eh, kita ni sebenarnya nak lepak kat mana ni? Masa ada lagi setengah jam. Jomlah kita pergi cepat!" Krystal mengingatkan kembali Hara dan Sulli tentang tujuan sebenar mereka.

    "Ha'ahlah.. Tapi kita nak lepak kat mana, Hara?" Sulli memandang Hara dengan penuh tanda tanya.

    "Kita akan.. Lepak dekat Makmal Komputer Tingkat 5.. Tempat yang tiada sipa pun yang berani pergi situ.." kata Hara dengan nada menyeramkan.

    Mendengar sahaja kata-kata Hara itu, Sulli dan Krystal terus menjerit terkejut, "MAKMAL KOPUTER???!!!"

 

BERSAMBUNG...

 

_________________________________________________________________________________

 

A/N:  Chapter yang membosankan.. Masih belum muncul bab seram.. Sebab dalam chapter ni Author buat macam lebih kurang pengenalan lah..

Okay! Seperti yang Author janjikan, kalau ada banyak subbies.. Author akan buat ff ni ber-chapters. Tetiba pulak, idea Author ni bertambah.. So,, korang dikira 'bertuah' la ye.. XD hahahaha..  Tapi, ff ni tak sampai chapter 10 lah...

Okay,, itu saja.. Besok atau malam ni Author akn update lagi! Itupun, kalau korang subscribes lah.. :'(

(p/s: sorry for the typo..)

    

 

    

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RMnEXO
Perhatian... Kepada sesiapa yang vote C di POLL2, tolong lah komen anda mahu siapa yang meninggal.. Huhu.. :'(

Comments

You must be logged in to comment
bubble_na_baebeul #1
Chapter 3: Update k..cek tunggu.x sabaq rasanya..
mikochiciko
#2
Chapter 3: palli update author-nim . T.T . x sabar rse nye nihh
//nyorok blakang abs jimin//
minbaekhyun
#3
Chapter 3: Omaigash..best giler nk mampos citer ni..Update Soon ~~
sunggyustummy #4
WOW update soon
zahidahbk #5
Tajuk ff ni sama mcm tajuk dalam satu komik seram jepun kot.....
syazaafiqah #6
Chapter 3: Update soon
Qee_Ha
#7
Wah! Tak sabarnya! Macam dalam komik pulak ff ni..!