CHAPTER 16

WHO ARE YOU?

 Chanyeol menekan lonceng rumah Chen berkali-kali. Selepas kali ke-20 barulah pintu pagar terbuka. Chanyeol memandu keretanya masuk. 

Chen menuang air teh kedalam cawan dan dihidangkan kepada Chanyeol yang duduk di atas sofa. Dia juga duduk bersama. 

    "Dah lama kau tak datang rumah aku,ni apa mimpi bawa kau ke mari" Chanyeol diam. Chen menghirup airnya sedikit.

    "Aku nak tanya pasal kau dengan Hana..."Chanyeol berterus -terang. Dia tidak mahu berdolak-dalik lagi. Semakin hari,semakin tidak tenang hatinya. 

Kini Chen pula diam. Dia tersenyum kecil . 

     "Perlu ke? kau pun bukannya ambil kisah pasal Hana kan?"Chen bangun dan buat-buat seperti mengemas gambar-gambarnya. 

Chanyeol menarik nafas. 

     "Salah ke? aku kawan kau kan?tak salah kau beritahu aku.." kata-kata Chanyeol dipintas Chen. 

     "Aku suka Hana...aku tak akan lepaskan dia walau sesiapa sekali  pun"Chanyeol tersentak. Air yang baru diminumnya tersembur keluar. Dia bangun dan memandang Chen yang membuat muka serius. 

  Chanyeol tergelak. 

     "Kau ni,berhentilah buat lawak...."

      "Aku tak buat lawak,PARK CHANYEOL" tegas Chen . Chanyeol diam. 

     "Ke..kenapa kau cakap macam tu kat aku.." Chanyeol tidak tahu hendak kata apa. Hanya ayat yang tidak berguna itu keluar dari mulutnya. 

     "Sebab aku tahu,kau 'pesaing' aku...kau suka Hana kan? mengaku sahajalah..tak ada siapa tahu..hanya kau dan aku je kat rumah ni" Chanyeol terdiam beberapa minit. 

     "Ya,aku suka Hana..aku suka dia..aku rasa tak lengkap tanpa dia..puas hati kau" Meter kemarahan Chanyeol menaik sedikit. 

Chen tersenyum sinis. 

     "AKu yakin,kau tak akan dapat dia.." 

    "Apa maksud kau?"Tanya Chanyeol tidak faham. Otaknya teralu ringkas.

     "Kau ingat waktu kau tercampak dekat bahu jalan?"Chanyeol menganguk.Sudah tentu dia tidak lupa. Kejadian itulah hampir meragut nyawanya.

     "Kau rasa siapa yang selamatkan kau?"Chen mula berteka-teki. Chanyeol mengangkat bahu,tanda tidak tahu

     "Apa punya soalan ni,mestilah aku tak tahu...aku blank waktu tu..yang aku tahu..aku buka mata..aku dah ada dekat hospital...tapi kalaulah aku jumpa orang yang selamatkan aku ,gerenti aku balas budi dia...apa-apa pun sanggup.." Chen menahan tawanya.

     "Wei,apasal kau tersengih..tak lawak pun tahu tak..kenapa kau tanya aku ?kau tahu ke siapa?"

      "Hana...." Balas Chen. Chanyeol mengerut dahi.

      "Tak fahamlah~"

      "Hana yang selamatkan kau.. ....waktu tu,Hana nak balik,aku nak hantar..tapi dia tak nak..lepastu tiba-tiba kitaorang nampak kau tengah kejar Jessica dan menuju ke jalan raya dan waktu kau melintas,kereta datang...yang tolak kau tu Hana...dia tercampak dan terpaksa dibedah....dia...dia ...hilang ingatan" Chanyeol jatuh terduduk. Dia mulai menangis. 

      "Kenapa?kenapa kau tak beritahu aku awal-awal!!"

      "Kau ingat aku sanggup ke nak tengok kau kecewakan Hana lagi,kau memang tak pernah hargai cinta kan? " Chanyeol mengesat air matanya. Dia bangun dan memandang tajam kearah Chen.

       "Sejak bila kau suka dia?"tanya Chanyeol.

       "Sejak kau tolak cinta dia kali pertama...aku suka tengok dia senyum,cara dia ketawa...dia tak pernah  putus asa untuk ambil hati kau..tapi apa yang kau balas...huh,,,and now,kau nak ambil dia semula..aku tak akan..."BUKK!!..

Chen memegang pipinya. Bibirnya luka dan keluar darah. Chanyeol mengenggam penumbuknya erat. 

       "AKu datang sini bukan nak dengar kau salahkan aku!"tengking Chanyeol dan mahu pergi. Chen memegang tangannya.

      "Aku...tak..akan...lepaska...peluang..ini..walaupun...kau ...kawan ...aku"ujar Chen sebelum Chanyeol berlalu pergi. 

Chen mengelap darahnya dan tersenyum. 


Chanyeol menunggu di dalam kereta. Dia menjenguk-jenguk rumah hana dari dalam kereta. Hana masih belum keluar untuk ke sekolah. Kemudian,tiba-tiba Chen datang dengan motornya. Chanyeol menyorokkan dirinya. 

Hana keluar dan mendekati Chen yang setia menunggu dihadapan rumah. Chen memberikannya topi keledar untuk dipakai. Chanyeol hanya memerhati dari dalam kereta dengan hati yang perit. Mereka berdua menunggang motor dan berlalu pergi dengan laju. 

Chanyeol mengetuk-ngetuk kepalanya pada stereng kereta. 

 

Hana ,Jin dan V sedang sibuk menyiapkan projek sains mereka. V tidak habis-habis menghuru-harakan projek mereka. Jin hanya mengeleng manakala Hana tidak habis-habis memukul V.

Chanyeol di dalam kelas pula,tidak menumpukan perhatian. Miss Shin Hye sedang mengajar di hadapan kelas dengan suara lantangnya,Chanyeol pula bermain dengan pennya. Dia melukis-lukis corak hati dan gambar perempuan lidi di sebelah hati tersebut. Dia tersenyum sendirian. Tiba-tiba,satu maker hitam memukul kepalanya. Dia bangun dan terus menengking.

     "YAH!sakit sengal!" Dia mencari-cari pemilik maker itu dan terpandang gurunya bercekak pinggang di hadapan kelas. 

     "Sengal ya? pergi berdiri di luar!!!" jerit Miss Shin Hye lantang. Kesemua di dalam kelas menutup telinga. Takut-takut nanti tak pasal-pasal pekak. 

Chanyeol akur. Dia berjalan lemah keluar kelas. Dia berdiri dengan perasaan bosan. Dia cangkung,duduk,berdiri,berjalan,menari, b-box,rap dan macam-macam lagilah untuk hilang bosan sampailah dia terfikir sesuatu. 

Chanyeol merangkak-rangkak perlahan pergi dari kelasnya. Dia turun ke tingkat bawah dan melalui koridor ke kelas-kelas junior. Chanyeol menarik nafas dan berjalan perlahan-lahan. Menampakkan dirinya tenang, dia melalu kelas Hana. Matanya meliar mecari tempat Hana dan menjumpai gadis itu sedang leka membaca buku.Dia tersenyum. 

Sebaik melintasi kelas Hana,dia berhenti. Mengira sehingga 60 saat kemudian berpatah balik. Sekali lagi,dia mencuri tengok Hana. Habis sahaja pengembaraannya ,cepat-cepat dia berlari menaiki tangga menuju ke kelasnya. Masa pembelajaran Miss Shin Hye hampir tamat.

Tinggal 30 saat sebelum gurunya keluar dan melihat dirinya tiada. Dia berlaris epantas boleh.

Miss Shin Hye membuka pintu dan keluar. Dia menoleh dan melihat Chanyeol sedang berdiri kaku di luar kelas. 

     "Dah pergi masuk..lain kali jangan ulangi,arraso..kamu ni bersenam ke kat luar" UJar Miss Shin Hye apabila melihat peluh membasahi muka Chanyeol. Chanyeol hanya tersengih seperti kerang busuk. 


Seperti biasa,Exo melepak di dalam bilik persalinan bola keranjang. Mereka berbual,berjenaka dan bergurau tetapi semuanya terhenti sebaik sahaja Chanyeol tiba.

Chen bangun. Mereka berdua,Chanyeol dan Chen bertentangan mata. Seperti melakukan pertandingan m2m..mata ke mata.

      "Aku nak pergi dulu..jumpa kelas.."Ujar Chen dan berlalu pergi. Dia menjeling kearah Chanyeol.

Exo yang tiada kena mengena memandang sesama sendiri. Chanyeol pergi ke lokernya dan mengambil kot sejuknya.

      "Wei,ada apa -apa yang berlaku ke antara korang dua orang?"Tanya Xiumin ingin tahu. Chanyeol diam. Dia mengemas lokernya tanpa banyak bunyi. Selesai sahaja,dia menghempas pintu lokernya dan berlalu pergi. Keluar dari bilik persalinan tersebut. 

 

Hana tidak pergi rehat. Dia masuk ke dalam perpustakaan. Mencari buku untuk dibaca. Chanyeol sedang tidur di belakang rak buku dengan lenanya. Buku menutup wajahnya.Hana berjalan dari satu rak ke satu rak untuk mencari buku. Semuanya tidak menarik perhatian.

Hingga rak ke terakhir,dia terkejut melihat seorang lelaki sedang nyenyak tidur. Dia membaca tajuk buku yang menutup muka lelaki itu. *Past..now..feauture?..macam best ajer*bisik Hana di dalam hati. Dia mendekati lelaki itu dan perlahan-lahan tangannya mencapai buku tersebut.

Tangannya dipegang kuat. Dia menjerit kesakitan. Chanyeol mengambil buku itu dari wajahnya dan dia terkedu melihat Hana betul-betul di hadapannya. Jantungnya berdegup laju bagaikan ingin keluar dari dalam badan. 

*Ish,dia ni lagi*getus hati Hana dan menarik tangannya. Dia membetulkan bajunya. 

      "Kenapa tidur dalam perpustakaan?ni bukanya rumah nak tidur-tidur" Ujar Hana sambil bercekak pinggang. Chanyeol tidak memberi sebarang respons.

 Hana mengigit bibir. Dia ingin buku itu.

      "Buku tu,nampak macam best...sini,saya nak tengok" Hana memberi alasan sambil menghulurkan tangan meminta buku. 

Chanyeol melihat buku di tangannya. Dia tersenyum..

      "Apa....."Kata-katanya terhenti sebaik sahaja Chen muncul di belakang Hana.  Hana menaikkan keningnya.

      "Apa,apa?"Hana menoleh kearah tempat Chanyeol melihat dan Chen sedang tersenyum memandangnya.

      "Chen~"ujar Hana gembira. 

      "Jom makan,ada masa lagi ni" ajak Chen. Chanyeol diam kaku.Bagaikan patung di situ. Hana menganguk. Dia melihat kearah buku itu... *ah~lain kali boleh amik*

Chen dan Hana berpegangan tangan keluar dari perpustakaan,meninggalkan Chanyeol dengan perasaan geram. Dinding di belakangnya ditumbuk sekuat hati hingga menyebabkan tangannya yang luka. Dia bersandar di dinding dan menutup muka. (ala-ala macam dalam trailerlah senang kata..hihihi)


Chanyeol terbesin-bersin menghidu bau-bau bunga. Dia menutup hidungnya sambil memanggil flowerist itu membungkuskan bungan ros putih kepadanya. Dia tersenyum dan membawa keluar bunga itu selepas membayar. 

 

Hana baru balik selepas menyiapkan projek sainsnya yang tergendala di rumah Jin. Dia melihat bunga yan diletakkan di depan pintu rumahnya. 

     "Siapa pula yang beri bunga ni?"Tanya Hana kepada dirinya lalu mengambil bunga itu. Cantik dan harum...

Kemudian dia tergelak kecil. 

      "Ah~ni mesti Chen,,,apa-apa ajelah dia ni" ujar Hana dan masuk ke dalam rumah. Tidak sedar bahawa seseorang sedang memerhatikannya dengan hati yang kecewa. 




 

 

 

OH MY GAD!!!>.<

They fight,finally ..lolz..

So,apa pendapat korang..?...bosan ke?..

Erm..sorrylah kalau membosankan.

Anyways,thanks sebab sudi juga baca story saya nie.

 

 

 

I'm crying~~~~

 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
terfikir nak buat citer baru..tak tahu lagilah..anyways...baca sampai habis ye!!!

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 33: Siyes citer ni best. Jalan citer dia mmg menjadi. Lg2 part yg hana hilang ingatan tu
miss_almond #2
Chapter 33: SUMPAH AWESOME !!!!! tp part English tu... maybe bole diperbaiki . pape pn mmg BEST
misz_dina #3
Chapter 34: ^o^.mmg daebaklah authornim.congrats
Just_meand_you #4
Chapter 34: Best storyy lohh!
AhSongyi #5
Chapter 33: (Baru habis baca sekali lagi selepas membaca cerita ni selama 5 jam)
Weee.
Tapi kadang-kadang baca dwibahasa akak..
"Aduhai. Banyaknya kesilapan ejaan. Kalau cakap terus terangan, kecil hati karang.. Hmm.. Takpe, asalkan faham"
Hehehe. Tapi mak Hana sakit apa ekk? Tak bagitahu pun. o_o
___syuhada
#6
Chapter 33: sorry but mak hana sakit apa?
and pinggang mak siapa kat siapa tu?
secret_admire #7
Chapter 33: seriously.. citer ni memang awesome.. daebak! ^^ happy ending...
ShiningStar99 #8
Chapter 33: The ending was soooo daebakk! Thumbs up! ^^
kaiyeol567
#9
Chapter 33: Best giler ........ sian Mr Jung alone
Overdose_Kpopers
#10
Chapter 33: Oh My Gud! sweet giler chapter akhir ni...huahh nk nangis sbb gembira or lebih tepat sbb terharu..good job!