The First Snow

The First Snow

Please open this song while read my fanfic. ^^ 

Blue means past life. Maksudnya, warna biru ni menceritakan kenangan Tao masa dulu-dulu. ^^

18 March 20**

Pada musim bunga sakura, aku keluar ke rumah dengan memakai baju sejuk tebal. Sambil meredah salji tebal untuk ke taman berdekatan mencari barang yang tertinggal. Agak-agak aku masih boleh menjumpai barang itu atau tidak? Kelihatannya sukar untuk mencari barang tersebut. 

"Mana barang tu?" Aku ke kerusi bangku membelek-belek sekitar kerusi mencari barang tersebut. 

"Maafkan saya, awak cari apa ya?" Tiba-tiba satu suara lembut menegur aku dari belakang.

"Saya cari barang yang tertinggal dekat sini." Aku langsung tidak memandang empunya suara lalu terus mencari barang tersebut.

"Ini barang awak kan?" Dia datang ke arah aku menunjukkan barang yang dikatakan kepunyaan aku.

Untitled | via Tumblr

"Awak jumpa dekat mana? Awak curi eh?" Aku terus merentap dompet kepunyaan aku yang berada di telapak tangan dia.

"Saya dah jumpa tu, kena lah berterima kasih sikit. Nasib baik saya jumpa tau. Kalau orang lain jumpa, duit awak, kad pengenalan, kad kredit, semua lesap!" Perempuan itu membebel ketika aku menuduhnya mencuri dompet aku.

"Bla bla bla. Saya tanya benda lain, awak jawab benda lain." Aku memasukkan dompet ke dalam poket baju sejuk tebal lalu bersedia untuk melangkah pergi.

"Yalah yalah, saya terjumpa tadi. Kalau saya curi, saya tak bagi awak dah eh." Perempuan itu masih membebel seperti tadi.

"Okay okay. Terima kasih. Saya nak pergi dulu." Aku terus meninggal perempuan itu untuk pulang ke rumah semula.

Ketika itu, aku berharap untuk bertemunya kembali.

2 April 20**

Aku membuat kerja part-time di Flower Cafe untuk mengumpul lebih banyak wang. Ya, aku bukan orang susah pun. Sengaja buat kerja part-time. Berdikari fikirku. 

"Tao! Pergi ambil pesanan dekat sana!" Kris memberi arahan dari jauh.

Aku menuju ke meja yang berada di hujung sekali belah kanan. Kelihatan seorang perempuan duduk sambil bermain game di telefon bimbit. Bosan mungkin? Aku rasa dia baru saja datang ke sini.

"Cik nak order apa ya?" Dengan sopan aku menanyakan pesanan kepada perempuan tersebut.

"Hm? Latte je." Perempuan itu memandang aku sekejap namun kembali menyambung bermain game.

"Okay." Aku terus berlalu dari meja tersebut ke tempat penyediaan minuman.

Aku mengambil cawan kaca lalu meletakkan di atas meja. Kini aku bergerak pula mencari serbuk kopi Latte di dalam kabinet. Ya, sudah jumpa! Aku membuat apa yang patut lalu meletakkan cawan di atas dulang berwarna koko. 

"Pesanan sudah siap!" Aku berdiri di tepi meja perempuan itu lalu meletakkan cawan di atas mejanya.

"Hm? Awak yang dekat taman tu kan?" Perempuan itu meletakkan telefon bimbit di atas meja lalu menumpukan perhatian ke arah aku.

"Ya? Oh ya. Kenapa?" Aku terpinga-pinga namun sudah kembali ke alam nyata.

"Park Eunmi. Panggil Eunmi je." Perempuan yang menggelarkan diri Eunmi memperkenalkan diri lalu tersenyum nipis.

"Tao. Saya pergi dulu ya. Masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan." Aku berlalu dari meja Eunmi lalu menyambung kerja apa yang patut. 

Cantik juga perempuan tu.

Nama dia Eunmi. Cantik orangnya. 

28 April 20**

Semakin hari Eunmi kerap datang ke Flower Cafe. Semakin hari itu juga aku dan Eunmi semakin rapat. Perwatakannya menarik. Walaupun kadang-kadang dia seperti kanak-kanak ribena. Aku sedar sekarang aku sudah mulai jatuh cinta dekat Eunmi namun tidak berani untuk meluahkannya. 

"Tao-ah, kau ada masalah ke?" Kris mendekati aku lalu menepuk bahu aku perlahan.

"Hm, kau pernah jatuh cinta tak?" Aku menumpukan perhatian kepada Kris. Mungkin Kris boleh membantunya.

"Yah! Aku ni mana pernah jatuh cinta!" Tiba-tiba Kris ketawa terbahak-bahak. Entah apa yang lawaknya dengan pertanyaan aku. 

"Buang masa je tanya kau." Aku bergerak ke bilik Kai pula.

"Ada apa kau cari aku?" Kai bertanya sebaik-baik aku duduk di sebelahnya.

"Kau pernah jatuh cinta tak?" Aku tanya soalan yang tadinya aku tanya dekat Kris.

"Mana pernah! Apa soalan kau tanya ni?" Kemudiannya Kai ketawa terbahak-bahak seperti Kris. Lawak sangat ke soalan aku?

"Ini sorang lagi." Aku berlalu meninggalkan Kris ke ruangan dapur lalu aku duduk di meja makan. 

"Kenapa kau macam ada masalah je?" Kini Lay pula menegur aku.

"Kau pernah jatuh cinta tak?" Soalan yang sama lagi ditanyakan kepada Lay.

"Pernah. Kenapa?" Akhirnya ada juga yang faham soalan aku.

"Apa hyung buat kalau jatuh cinta?" Sebenarnya ini soalan yang ingin ditanyakan.

"Diam je. Sebab masa tu cinta pandang pertama. Aku dah tak pernah jumpa perempuan yang aku suka tu." Lay jawab sambil kaki menguis-nguis lantai.

"Sebenarnya aku jatuh cinta dekat sorang perempuan tapi keliru lah." Kepala Tao sudah runsing lalu meletakkan kepala di atas meja seketika.

"Luahkan je lah selagi masih sempat! Jangan jadi macam aku ni." Lay menampar perlahan belakang badan aku.

"Kau fikir senang ke nak luahkan perasaan? Malu lah!" Aku menggeleng-geleng perlahan kepala. Pening lah pula menggeleng-geleng kepala ni.

"Itu pun nak malu. Kalau dah terlambat, jangan nak cari aku!" Lay mengetuk kepala aku.

"Okay okay! Ish!" Aku menolak bahu Lay perlahan. Orang tengah runsing, boleh pula ketuk kepala aku. Sakit tahu?

Aku perlu berani! Aku menarik nafas lalu melepaskannya. Berdebarnya nak luahkan perasaan dekat dia!

Ya, aku betul-betul ingin meluahkan perasaan kepadanya.

29 April 20**

"Buatlah kerja!" Kris menjerit dari jauh melihatkan aku termenung seorang diri di kaunter pembayaran. Ketika itu mereka tidak sibuk kerana tak ramai orang datang ke kedai hari ini.

Aku tak dapat nak menumpukan perhatian terhadap pekerjaan yang dilakukan sekarang. Kejap-kejap aku menoleh ke pintu menunggu kedatangan Eunmi. Kiranya aku duduk serba tidak kena. Kerja pula aku buat sambil lewa sahaja. Dada pula berdebar-debar memikirkan bagaimana untuk meluahkan perasaan. 

"Tao!" Tiba-tiba suara yang ditunggu-tunggu memanggil aku dari jauh.

Aku hanya melihat tanpa berbuat apa-apa. Terkejut bercampur dengan gembira dan takut untuk meluahkan perasaan kepada dia. 

"Yah! Kenapa termenung ni? Kau ada masalah ke?" Seperti biasa, Eunmi memang seorang yang mengambil berat.

"Boleh kita cakap dekat luar kejap?" Tidak sempat Eunmi memberi kata persetujuan, aku menarik lengannya keluar daripada kedai tersebut.

Pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan mengkerdip-kerdipkan mata melihat kejadian yang berlaku tadi.

"Yah! Sakitlah! Ish!" Eunmi mengusap-usap lengannya yang terasa sakit.

"Aku suka kau lebih daripada kawan!" Aku terus sahaja meluahkan perasaan tanpa menghiraukan bebelan Eunmi.

"Apa?!" Eunmi melopong seketika.

"Aku cinta kau. Aku suka kau. Aku perlukan kau. Sudikah kau jadi teman wanita aku?" Muka aku sudah seperti udang panggang. Merah. Malu. Aku tidak percaya yang aku sudah meluahkan perasaan kepada Eunmi.

"Hm, jap eh!" Eunmi mengurut-ngurut dagu perlahan. Itu membuatkan aku semakin tertunggu-tunggu. Aish! Cepatlah!

"Cepatlah!" Aku menggigit bibir perlahan. Ah, terima lah. Terima lah.

"Okay! Sudi!" Eunmi tersengih. Mukanya juga sudah kemerah-merahan. Malu agaknya? 

Akhirnya dia terima aku! Aku mencium pipinya yang gebu. Ya, aku sangat menyayanginya. 

Akhirnya, luahan perasaan aku berjaya.

24 September 20**

Hubungan aku dan Eunmi sudah lebih 4 bulan. Pelbagai dugaan datang namun kami masih bersama.

"Eunmi-ah! Jom date!" Aku tersengih ketika mengajaknya keluar dating. Almaklumlah, kami semakin sibuk dan sudah jarang keluar date.

"Okay!" Eunmi menunjukkan tanda bagus. 

Aku membawa Eunmi date di Lotte World. Di situ kelihatannya ramai orang dan pelbagai permainan yang boleh dimain. 

Lotte World - 롯데월드

Mula-mula aku bawa Eunmi bermain permainan di gyro drop. Nampak macam menakutkan je. Tapi bila dah datang, rugi tak mencuba. Lagi-lagi dengan orang tersayang. 

Gyro Drop 👍

Ketika kami ingin menaiki gyro drop, Eunmi memeluk lengan aku erat. Takut mungkin? Tapi bukan Eunmi saja takut. Aku pun takut. Nama je lelaki tapi penakut aku ni. Semasa berada di gyro drop, aku dan Eunmi tidak henti-henti menjerit. Gayat rasanya bila berada di atas. Entah macam mana orang suka naik pun tak tau. Serik.

Setelah tamat bermain gyro drop, Eunmi mengajak aku untuk berehat. Penat katanya.

"Kau duduk dekat bangku tu dulu. Aku nak pergi beli aiskrim coklat kejap." Aku meninggalkan Eunmi sebentar untuk ke kedai yang menjual aiskrim.

"Saya nak aiskrim coklat dua." Aku memberitahu ketika penjual aiskrim memandang ke arahnya.

"Nah. 1000 won." Penjual aiskrim tersebut memberi aiskrim coklat untuk dua orang kepada ku.

Aku menyerahkan wang 1000 won kepadanya lalu mencari Eunmi pula. 

"Eunmi!" Aku memanggil namanya ketika nampak kelibatnya.

"Hm, apa tu?" Eunmi teruja ketika terpandang akan aiskrim coklat di tanganku.

"Aiskrim coklat. Nah, makanlah." Aku menghulurkan aiskrim coklat kepadanya lalu duduk di sebelahnya.

2008_03_18-GuinnessIceCream.jpg

"Gomawo!" Eunmi menikmati aiskrim coklat tanpa memandang aku selepasnya. Sedap kan?

"Kau suka musim apa?" Aku bertanya ketika Eunmi sudah habis memakan aiskrim coklat.

"Salji!" Bersemangat Eunmi menjawab lalu menggosok-gosok telapak tangan menandakan dia tidak sabar untuk melalui musim salji.

Salji? Kita pasti akan melaluinya bersama. Musim salji pertama sempena kita baru saja couple.

Kita pasti melalui musim salji bersama. Ketika itu aku berjanji pada diri sendiri.

15 November 20**

Aku kenal dengan semua ahli keluarganya. Aku kenal dengan semua temannya. Siapakah lelaki yang bersama dengan Eunmi di Mall itu? Dia curang dengan aku kah? Berserabut kepala otak memikirkan tentang itu.

"Tao-ah!" Eunmi datang memeluk lenganku tanpa mengetahui apa yang berlaku.

"Hm? Dah puas dating dengan boyfriend baru?" Aku merentap lengan daripada pegangan Eunmi.

"Apa yang kau cakap ni?" Eunmi terpinga-pinga ketika dituduh sebegitu rupa.

"Kau ingat aku tak tau ke apa yang kau buat selama ni?! Now, stop lie on me. We break!" Aku membuat keputusan tanpa mahu mendengar penjelasan Eunmi.

"K-Kenapa macam ni? Aku tak tipu lah! Okay. Lepasni jangan cari aku dah!" Apa yang dikatakan oleh aku meruntun perasaan Eunmi.

A-Apa aku buat ni? Aku menggosok-gosok belakang leher aku. Argh! Stress! Biarlah!

Di situ tamatlah hubungan aku dengan Eunmi. 

17 November 20**
 

Abang Eunmi iaitu Kang Woo menampar kuat pipi aku. Kenapa? Apa salah aku? Oh, mungkin kerana aku sudah mengecewakan Eunmi. Tapi dia yang mula dulu. 

"Kau apehal ah?! Kau minta putus dengan tanpa dengar penjelasan dia! Sebenarnya lelaki yang kau nampak dekat Mall tu sepupu aku. Sepupu kami! Salah ke dia keluar dengan sepupu sendiri?! Kau memang lelaki tak guna!" Selesai menjelaskan keadaan antara aku dan Eunmi, dia terus berlalu meninggalkan aku sendirian.

Tiada guna aku menyesal lagi. Aku dan Eunmi dah tiada hubungan apa-apa lagi. 

Di situ, bermula lah penyesalan yang tiada pengakhiran.

25 December 20**

Pada hari Krismas, aku bersendiri. Melalui salji tanpa kehadiran Eunmi. Kami tak sempat melalui salji pertama sempena hubungan kami. Air mata mengalir perlahan menuruni pipi. 

"A year has already passed but I'm still not over you." Aku membiarkan air mata mengalir tanpa ingin mengesatnya. Ya, aku merinduinya dan masih menyintainya. Kerana salah faham, aku meminta putus. Betapa kejamnya aku terhadap si dia.

"Kau tak salah. Kau jangan lupa, kami kan ada! We are one! We are EXO!" Suho memberi semangat dekat aku lalu mengingatkan aku bahawa aku masih mempunyai kawan yang sentiasa bersama aku.

Lupa, EXO tu nama kumpulan kami! Aku memeluk Suho dan yang lain seerat mungkin. Tak mengapalah, melalui salji dengan mereka sudah cukup memadai buat aku.

                                                                   THE END 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AhnChanByul #1
Chapter 1: sedih lahh..
Kim_DH
#2
Chapter 1: Tao, kenapa tak percaya kat Eunmi?? Kesian Eunmi TT__TT
tyra99 #3
Chapter 1: kenapa tao tak nak cari dia?
aduh,minta maaflah...
apa yg susah?
GuardianExostans
#4
Chapter 1: hahahaha...ending dia...tao kapel dgn Kris..lmao..
Blue_recover
#5
Chapter 1: sedihnya, apasal dia main terkam aje cakap tu bf baru gf dia. Trust is important!
azure_bliss
#6
Chapter 1: Ala sweetnye! Nice writing ^^
PurpleLover99
#7
wow~~~intresting!!
myimaginationxx
#8
@Nikiesya Fanfic ni one-shot je. Tak habis taip lagi lah ._.
baehwililly
#9
Chapter 1: yehet... update soon ..mmng best ah XD