Babak 6 : The Flashback
Mencari CintaThe Flashback (Lagu : EXO-K Heart Attack)
Di sebuah pantai , terdapat ramai orang. Dari kecil sampai ke besar. Dari muda sampai ke tua. Matahari menunjukkan dirinya yang gagah. Sepasang suami isteri bersama seorang anaknya berada tidak jauh dari panta itu. Mereka berteduh di bawah payung yang besar dipasang oleh ayah mereka.
"Ibu . . ." Budak perempuan berumur 8 tahun itu memanggil ibunya yang sedang membaca surat khabar. Ibunya mengalih perhatian sepenuhnya kepada budak itu. Dia menutup suratkhabar itu , meletakkanya disisi peha. Dia mengusap rambut anaknya yang lembut dengan kasih sayang.
"Nak apa sayang ?" Ibunya menanyakan kepadanya."Hyunsu nak pergi dekat sana tu. Yang ada ramai budak-budak. Sekejap je bu. 1 jam je. Tak lama bu." Ibunya tersenyum melihat anaknya yang memujuknya. Dia tahu kalau minta izin kepada ayahnya mesti tidak diberi.
"Boleh sayang. . . Pergila , nanti eomma panggil bila nak balik hotel." Anaknya mengangguk dengan laju lalu berlari anak pergi ke tempat yang ingin dituju. Taman bunga , tempat yang dipenuhi pelbagai jenis bunga. Dia berjalan anak ke satu tempat ke satu tempat. Dari bunga ros berwarna merah hingga warna pink. Dari bunga baby tuly yang berwarna putih hingga warna kuning.
Dia berjalan-jalan menuju ke satu lagi kawasan bunga. Bunga ros juga. Tapi , bunga ini sudah berkembangan. Mekar di sinari cahaya matahari. Dari merah , dia terserempak dengan bunga ros berwarna biru. Ros biru keputi
Comments