Babak Akhir
Mencari CintaMatahari sudah pun menyinari bumi. Aku bangun dari tidur.
Another day.
Hari ni hari Khamis. Dah berapa puluh hari Hakyeon terlantar di ICU. Tiada perubahan. Satu pergerakan pun tiada. Keadaan stabil. Improvement? Tiada. Masih sama.
Kaki aku membawa aku masuk ke dalam bilik air,untuk membersihkan badan.
Pakaian yang bersih ku sarung pada badan. Rambut dikeringkan. Sarung kaki di sarung. Setelah aku menyikat rambut ku, aku keluar dari bilik tidur aku. Ibu dengan ayah sudah pun pulang dari Paris pada minggu lepas. Ada juga mereka bertanya, kenapa makin kurus.
Ceh.
Diet jadi alasan. Nasib baik saja la, beberapa hari ni, aku ada mood nak jaga diri aku. Aku melangkah masuk ke dapur, membuat sarapan pagi untuk aku sendiri. Ibu dan ayah sudah pun keluar berkerja. Tinggal aku seorang di rumah.
Roti bakar di sapu jem straberi, susu panas dan telur goreng. Siap pun.
Sedang aku menikmati sarapan aku, telefon berdering.
Siapa pula yang telefon pagi-pagi buta macam ni?
Tanpa melihat nama si pemanggil, aku menjawab panggilan itu.
“Hello? Siapa ni?”
“Tch, tu mesti tak tengok nama si pemanggil. Tak rindu aku ke? Kekeke.”
“...”
“Hello? Ada orang tak? Yah!”
“Hakyeon...”
Comments