( i )

The Blood Brothers

 

BAB  (i)

“Tuan, penyiasat Jessica disahkan mati di tempat kejadian.”

Seungho mengeluh panjang. Rancangannya gagal, pihak polis hampir saja dapat mencuri maklumat mengenai Black Dragon, tetapi hal sebaliknya berlaku. Black Dragon adalah yakuza yang paling besar dan terpengaruh serta memiliki hampir separuhnya kawasannya di Jepun.

“Itu sahaja?” tanya Seungho. Dongho menggeleng memberi jawapan.

“Sepucuk pistol juga telah dijumpai di tangan si mati. Dan, cap jarinya dijumpai di pistol tersebut, tuan.” kata Dongho, pembantu kanan Seungho - ketua penyiasatan kes jenayah yakuza.

Seungho mula memicit ubun kepalanya perlahan. Kenapa pula jadi sedemikian rupa? Dia berkeluh sendirian.

“Bagaimana pula dengan Red Moon?” Seungho bertanya lagi.

“Saya mendapat maklumat, dari beberapa pihak, mereka ada menjalankan aktiviti penyuludupan dadah baru-baru ini, tuan.” Kevin menyampuk.

“Ya, dan kami dapat tahu ada kes pembunuhan sebuah keluarga mebabitkan mereka sebagai suspek, semalam.” tambah Cheondoong lagi.

“Ceritakan maklumat yang kamu semua tahu.”

"Red Moon adalah yakuza kedua berpengaruh selepas Black Dragon. Yakuza ini dikatakan bersaing dengan Black Dragon dalam merebut kuasa dan kawasan di Osaka. Tetapi, Black Dragon terlebih dahulu menguasai kawsan tersebut. Antara maklumat lain, Red Moon diketuai oleh Leeteuk dan Black Dragon pula lebih terkenal ketuanya dengan panggilan 'Black Uknow'. Mengenai kes pembunuhan sebuah keluarga semalam, kami syaki keluarga dibunuh oleh Red Moon kerana mengalami sedikit krisis dengan mereka." cerita Kevin panjang lebar.

"Tuan, terus terang kami beritahu. Pergerakan Black Dragon amat sukar dijejaki." Dongho mencelah.

Seungho mengeluh kecil bersandar di kerusi pejabatnya. Dia termenung jauh.

 

 

                   Sebuah kereta mewah perlahan, menyusuri masuk ke dalam perkarangan rumah agam mewah milik Black Dragon yang terletak di Shinjuku.  Pintu kereta dibuka, Jaejoong mula melangkah keluar dari perut kereta diikuti Changmin. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah agam tersebut.

“Oh, aniki(1)! Kamu dah pulang!” sapa Minho yang kebetulan berjalan menuruni tangga.

Jaejoong hanya tersenyum mengangguk.

“Di mana Yunho? Aniki perlu bercakap dengannya.” tanya Jaejoong,

“Dalam bilik bacaannya, mungkin. Oh, Changmin aniki, malam ini saya ada misi. Sediakan peluru tambahan ye! “ ujar Minho mengenyitkan mata kepada si tinggi yang berdiri di sebelah Jaejoong.

Changmin tersengih, mengangguk. Dia kemudian mengikut Jaejoong naik ke atas menuju ke bilik bacaan Yunho.

 

 

“Perempuan itu adalah perisik polis. Dia mendapat maklumat kita daripada yakuza Nokigawa, tapi maklumat itu hanya benda remeh. “ cerita Yoochun dengan nada bersahaja.

Hyunseung tersenyum lebar apabila mengingatkan misinya semalam.

“Tapi, kita tetap perlu berwaspada. Bimbang maklumat kita diketahui oleh yakuza lain.” nasihat Yunho, oktaf nadanya menandakan serius. Yoochun dan Hyunseung serentak mengangguk faham.

“Baik.”

“Kamu berdua perlu berhati-hati. Yakuza lain akan cuba mengambil kesempatan , terutamanya apabila kamu berdua berseorangan.” tambah Yunho lagi.

“Haih, sudah banyak kali kamu pesan. Jangan risau, kami pandai jaga diri.” balas Hyunseung berpeluk tubuh, tenang.

 Yunho tidak membalas, dia hanya tersenyum, kenal benar dengan perangai perisiknya.

 

 

“Satoshi Yunho, kita perlu bercakap!”

Jaejoong bersuara lantang dari arah pintu, mengejutkan mereka bertiga. Muka Jaejoong yang serius, jelas memberi maksud penting. Hyunseung yang sudah faham dengan situasi tersebut, segera berjalan keluar dari bilik itu.

“Baiklah, saya nak keluar dululah, Yunho aniki. Pinjam kereta kamu ye,  Jae aniki.”

 

 

                   Hyunseung berjalan memasuki Habari’s Café, dari jauh kelihatan Yoseob dan Taemin tersengih melambai kecil ke arahnya. Jonghyun, Doojoon dan Kikwang juga turut bersama mereka. Hyunseung hanya tersenyum kecil, berjalan ke arah mereka.

“Marilah, kami baru pesan minuman tadi.” ajak Jonghyun gembira

“Hei pelayan, saya nak kopi latte vanilla secawan!” jerit Hyunseung ke arah pelayan yang mengambil pesanan di kaunter, lalu duduk di tepi Yoseob.

“Kamu tiada kerja di kelab ke, pagi ni?” Doojoon bertanya. Hyunseung menggeleng perlahan.

“Kerja saya dah selesai semalam” balasnya pendek.

“Oh? Bagaimana? Kamu berjaya kan?” tanya Yoseob pula ingin tahu. Hyunseung tersenyum, angguk memberi jawapan.

“Kalau macam tu, lepas ini kita pergi arked. Saya mahu mencari permainan video terbaru.” ujar Taemin bersemangat.

 

 

                Selepas Hyunseung keluar, Changmin terus bergerak menutup pintu bilik bacaan tersebut.

“Apa yang kamu nak beritahu?” tanya Yunho memandang Jaejoong.

“Ia tentang ‘kita’.” Jaejoong melabuhkan punggung di sebelah Yoochun.

Yunho diam, memberi isyarat dengan mata agar Jaejoong meneruskan percakapannya.

“Ada beberapa yakuza lain sedang membuat rancangan untuk menyerang kita.”

“Mana kamu dapat maklumat ini?”

Yoochun mula beralih pandangan kepada Jaejoong, tertarik.

“Kami tahu daripada Fujiwara-san tadi di kedainya. Dia ada terdengar beberapa orang bercakap mengenai kita di area Black Market. Lalu, dia mencuri dengar perbualan mereka.”

“Apa nama yakuza itu?” tanya Yunho.

“Amiki. Saya percaya dengan Fujiwara-san katakan! Dia takkan mengkhianati kita bukan?” sampuk Changmin.

“Fujiwara-san tidak akan khianati kita. Tapi, tentang Amiki..” kata Yunho mati di situ.

“Amiki adalah yakuza di bawah naungan keluarga Kagayaki. Tapi keluarga yakuza tersebut sudah lama pupus. Selepas ketua keluarganya  mati dibunuh oleh keluarga Hakami, salah satu keluarga terpengaruh pada era 90.” panjang lebar Yoochun membuat penjelasan.

“Jadi, kita tak perlu risau. Itu sema cerita lama lah, Jae.” sambung Yoochun selamba bernada.

“Yakuza kecil seperti mereka takkan berani membuat serangan terhadap kita. Apatah lagi, membuat urusan di Black Market. Pasti ada dalang di sebalik semua ini.” Jaejoong memberi pendapat.

“Apa maksud kamu?” tanya Yunho pula.

 

 

                Jonghyun menolak pintu Habari’s Café sambil ketawa, diikuti deraian ketawa Kikwang dan Yoseob. Hyunseung hanya tersenyum saja.

“Tidak adil! Kenapa saya kena belanja kamu semua?!” bantah Taemin tidak puas hati. Doojoon berjalan di belakang Taemin juga ketawa kecil melihat mereka.

“Sebab..kamu kalah dalam ‘jankenpou’(2) , jadi kamu lah kena bayar!” balas Kikwang laju, sambil menuju ke arah keretanya. Jonghyun yang masih ketawa mengikutinya dari belakang.

Doojoon yang baru ingin membuka pintu keretanya, terpsndsng sesuatu di bawah kereta mereka. Reaksi mukanya berubah. Pada ketika itu juga, Jonghyun baru sahaja membuka pintu kereta di bahagian hsdspsn bersebelahan pemandu,  manakala Kikwang sudah pun berada di dalam.

“Jonghyun! Kikwang! Keluar dari kereta itu!“

BAMMMMMMMMM!!!!!

Kereta tersebut meletup dan melonjak naik ke atas.


 

“Apa maksud kamu?” Yunho memandang tepat Jaejoong.

“Saya rasa Amiki pasti diupah oleh-”

Deringan dari handset Changmin mematikan kata Jaejoong. Dia segera menjawab panggilan tersebut. Yunho mula berasa kurang senang apabila melihat air muka Changmin berubah.

“Kanapa? Ada masalah ke?”

Yoochun turut merasa risau, apabila melihat wajah Jaejoong juga turut berkerut seperti Yunho. Talian Changmin ditutup.

“Kita ada masalah.” Mereka bertiga kaget.

 

 

                 Doojoon berjalan mundar mandir di hadapan wad kecemasan yang menempatkan Kikwang. Dia mengetap bibir risau. Jonghyun pula berbalut kepala akibat cedera ringan hanya tunduk, memandang kosong lantai hospital itu. Lampu merah di ats pintu wad kecemasan masih menyala, tanda pembedahan belum lagi selesai.

“Doojoon! Jonghyun!” jeritan Key dari jauh membuat Doojoon berpaling kearah suaranya. Key berlari anak menuju kearah Doojoon.

“Bagaimana dengan Kikwang?” tanyanya risau. Doojoon hanya menjungkit bahu.

“Mana yang lain?” tanya Key lagi apabila tiga yang lain tidak bersama mereka.

“Yoseob hiperventilasi tadi. Mereka temankan Yoseob di dalam bilik rehat.” jelas Doojoon perlahan.

Key tunduk mendengar. Yoseob dan Taemin masih lagi berumur 19 tahun, mereka diambil dan dijaga oleh keluarga Satoshi ketika mereka berusia tiga tahun. Kedua ibu bapa mereka mati terbunuh oleh yakuza lain. Pasti semua ini memberikan kejutan yang besar kepada mereka.

 

                Kehadiran Yunho dan Jaejoong serentak mengejutkan lamunan Key.

“Kamu tidak apa-apa? Mana yang lain?” tanya Jaejoong sejurus sampai .

Doojoon menjelaskan mengenai kecederaan Kikwang yang parah dan Jonghyun yang hanya cedera ringan. Juga dijelaskan bersama keadaan Yoseob dan yang lain.

“Doktor beritahu, Yoseob mengalami kejutan dengan kejadian tadi.”

Jelas Doojoon terakhir, dia tunduk. Yunho menyentuh lembut bahu Doojoon.

“Jangan risau. Ia bukan salah kamu.”  

Senyuman kecil diberi kepada Doojoon tanda ‘jangan risau’. Doojoon membalas senyuman Yunho, tapi ternyata ia hambar. Jaejoong melihat Jonghyun yang daripada tadi mendiamkan diri. Dia tahu apa yang difikirkan Jonghyun.

“Yunho, adakan perjumpaan malam ini.” kata Jaejoong. Mukanya jelas menunjukkan maksud.

“Jonghyun, kamu harus hadir malam ini.” pesan Jaejoong terakhir.

Jonghyun mengangkat muka, mengangguk faham. Wajahnya jelas seperti faham maksud Jaejoong. Key dan Doojoon faham dengan situasi itu.

“Kamu berdua juga harus hadir.” Yunho memberi arahan. Mereka akan buat serangan balas!

 

 

                Tembakan bertalu-talu dilepaskan tepat mengenai lambang merah di muka papan berbentuk manusia, yang akan muncul setiap kali tembakan dilepas pada papan lain. Xiah yang berkaca mata hitam tersenyum puas.

“Hei, kita ada perjumpaan malam ini.” tegur Yoochun dari belakang.

“Haa? Kenapa tiba-tiba?” tanya Xiah, tangannya sibuk mengisi kembali peluru baru.

“Kikwang dan Jonghyun diserang pagi tadi.”

Xiah kaku. Wajahnya kosong.  “Baik.”

 

 

 

NOTA:
(1) Aniki adalah bermaksud Abang atau Big Brother. Ia adalah nama panggilan. Spt Korea mnggunakan; Hyung.
(2) Jankenpou adalah satu permainan Rock-Scissor-Paper. Kalau di Korea dipanggil, Kai Bai Bo

 

 

Yosh komentar dan kritikan sila lempar di bawah.
Berminat, sila subscribe :) Arigato !


 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
pkimkeymint
#1
Oh thank you ^^
Syumee
#2
this is kinda cool bro. its like reading one of those manga, they translated to malay. keep it up