INFO II : Karakter ahli Black Dragon

The Blood Brothers

 

 

Karakter Ahli Black Dragon;

 

1. Satoshi Ohno; Ketua Keluarga (Oyabun)
Datuk kepada Yunho, ramai anak lelakinya yang kebanyakannya menjadi ketua kelurga yakuza.
Anak perempuannya pula dikahwinkan dengan anak lelaki dari keturunan yakuza lain.

Seorang yang tenang dan bersahaja.

 

2. Satoshi Yamada; ayah kepada Yunho
Ketua mafia di Korea, dikenali dengan nama - Shin Jungmin

 

3. Satoshi Yunho (Ketua Black Dragon) ; 28 tahun
Berperwatakan tenang, tidak banyak bercakap, tetapi bersikap ambil berat terhadap saudara Black Dragon. Tidak pernah keluar berurusan dengan tujuh yakuza bernaung dibawahnya juga bernaung di bawah Satoshi. Walaupun demikian, semua Black Dragon sudah masak dengan perangai Yunho. Hanya muncul didalam perjumpaan bersama keluarga sahaja. Mahir dalam pelbagai kombat.

 

4. Osamu Jaejoong (Penolong kanan Yunho) ; 28 tahun
Banyak memain peran penting dalam mengendali Black Dragon. Wakil penting dalam perjumpaan dengan tujuh yakuza bawahnnya. Bersikap penyayang sesama saudara Black dragon dan paling serius didalam tugasnya. Mahir dalam pelbagai semua kombat.

 

5. Satoshi Yoochun (Ketua urusan perniagaan dan kewangan) ; 27 tahun
Seorang yang bersahaja, selamba, dan jenis yang tidak kisah dengan urusan keluarga yakuza, tetapi hakikat sebenar dia adalah sebaliknya. Bos kepada kelab malam Black Dragon; Fuyuki Shibari. Mempunyai empat saudara Black dragon bekerja di kelabnya. Juga cekap dalam mencuri maklumat dan mahir di dalam pengunaan senjata.

 

6. Satoshi Xiah (Ketua dalam latihan kombat) ; 27 tahun
Seorang yang serius terutama ketika berlatih, tapi pandai mennceriakan suasana dan berjenaka. Dilihat selalu berlatih dengan Kikwang di Dojo mereka. Sniper utama di dalam Black dragon dan jarang turut serta dalam urusan perbincangan yakuza tapi selalu dilihat dalam aktiviti pertarungan. Mahir dalam semua kombat memandangkan dia ketua kombat.

 

7. Satoshi Changmin (Ketua bahagian penyeludupan senjata) ; 27 tahun
Jenis yang patuh pada arahan, mudah bergaul, akan serius bila menjalankan tugas dan paling rapat dengan Fujiwara yang sudah dianggap seperti pak ciknya sendiri. 'Kekasih'nya adalah senjata, dan terlalu cermat dalam mengurus senjata. Suka mengelap semua senjata di dalam simpanannya. Jarang turut serta dalam pertarungan, perananya lebih cenderung terhadap membahagikan senjata kepada Black Dragon atau orang penting ketika perisikan.

 

8. Satoshi Doojoon ; 26 tahun
Perwatakan ambil berat terutama dikalangan saudara Black Dragon, tidak suka merayau lebih suka menghabis masa di dalam bengkelnya kerana dia adalah satu-satunya mekanik utama Black Dragon. Begitu arif dan pandai dalam mengubah suai kereta atau motor serta mesin lain. Rapat dengan Dongwoon dan Jonghyun. Kurang mahir menggunakan kombat tangan.

 

9. Satoshi Onew ; 26 tahun
Orang kanan Changmin ketika dalam hal senjata, suka membaca, dan mengkaji sesuatu. Tempat kegemarannya di makmal bawah tanah yang disediakan khas untuknya. Juga disitu tempat menyimpan segala senjata. Kepakarannya bukan terbatas di dalam membuat kajian tapi terserlah kemahirannya dalam mengendali biadang teknologi. Tidak main peranan penting dalam pertarungan tetapi lebih kepada menganalisis semula corak pertarungan Black Dragon. Sering dilihat selalu bersama dengan Changmin ketika menjalan tugas atau lain-lain waktu.

 

10. Satoshi Junhyung ; berumur 26 tahun
Berasal dari keluarga Nakamura, ketua keluarga yakuza Yamabichi yang telah kalah dalam pertarungan dengan yakuza lain. Lalu diserahkan anak sulung Nakamura ini kepada Satoshi Ohno sebagai cucu angkatnya. Jenis mudah bosan, kutu rayau, penggemar coke, dimana saja dia berada pasti akan ada sebotol atau setin coke di tangannya. Watak penting dalam mencari maklumat untuk Black Dragon dan mahir kombat tangan tetapi jarang terlibat dalam pertarungan. Matanya yang tajam digunakan membantu Onew menganalisis data-data pertarungan.

 

11. Satoshi Dongwoon ; 26 tahun
Jenis yang happy, bekerja di Choco Kimochi’s Café, kafe yang menjual pelbagai snek , kek dan aiskrim berperisa coklat berlainan rasa. Penampilannya di luar ketara berbeza pada penampilan ketika dia melakukan misi. Paling rapat dengan Doojoon , sebab dikatakannya mereka mempunyai kaitan pada sejarah kecil mereka dahulu. Berpakaian lngkap serba hitam seperti ninja ketika menjalankan misi, tersarung di belakangnya dua bilah TenRyu katana hitam kegemarannya.

                                                

12. Satoshi Hyunseung ; 26 tahun
Seorang yang cerewet dan tenang, selalu berpenampilan seperti ‘dandy boy’. Bekerja di Fuyuki Shibari sebagai pelayan kasino dan orang kanan kepada Junhyung dalam tugas mencari maklumat. Suka melakukan misi seorang diri, mahir mengguna senjata. Sejarah silamnya agak misteri, kerana dia dijumpai oleh ayah Yoochun lalu dijadikan anak angkatnya. Lalu ada khabar angin dari dalam keluarga Satoshi mengatakan Hyunseung adalah anak Sakurai hasil dari perempuan lain yang pernah ditidurinya zaman lampau.

 

13. Satoshi Kikwang ; 26 tahun
Gemar bertinju, kaki lepak, teman rapat Minho dan Jonghyun. Pada waktu malam dilihat mereka l;epak bersama di tempat bertaruh perlumbaan. Kouhai (Junior) kepada Xiah dalam latihan kombat. Pakar dalam kungfu dan kombat tangan. Jarang dilihat dalam pertarungan menggunakan senjata juga mahir dalam lumba kereta dan suka bersaing dengan Minho dalam perlumbaan.

 

14. Satoshi Jonghyun ; 23 tahun
Bekerja di Fuyuki Shibari sebagai pelayan kasino, jenis bersahaja, ambil berat terhadap Black Dragon, serius dalam misi atau pertarungan. Pakar dalam membuat bahan letupan. Kurang mahir menggunakan kombat tangan.

 

15. Satoshi Key ; 23 tahun
Sejarah lampaunya; penduduk Korea, nama sebenar Kim Kibum. Anak kepada keluarga Kim yang bekerja sebagai orang penting di dalam mafia Jungmin (nama ayah Yunho di Korea). Ketika dalam satu misi, ayah Key terbunuh dan keluarganya di buru mafia lain. Key adalah satu-satunya waris keluarga Kim yang terselamat dari pemburuna itu lalu dibawa lari ke Jepun oleh Yamada sendiri dan dijadikan saudara angkat keluarga Satoshi. Datuk Yunho sendiri yang memberi panggilan ‘Key’, manja dengan nenek Suzume. Bekerja di Fuyuki Shibari sebagai pelayan pub, perwatakan licik, sniper kedua selepas Xiah dan cekap dalam mengguna senjata. Kurang mahir berkombat tangan.

 

16. Satoshi Minho ; 22 tahun
Jenis suka berfoya-foya, pakar dalam berlumba, kaki lepak bersama Kikwang, suka tarik perhatian perempuan, banyak terlibat dalam misi, rapat dengan Taemin yang sudah dianggap sebagai adiknya sendiri. Dijumpai oleh pak cik Changmin ketika menjalankan misi, lalu dijadikan saudara angkat. Mahir dalam pelbagai kombat. Dilihat selalu berlumba di lebuh raya yang membuat taruhan perlumbaan.

 

17. Satoshi Yoseob ; 19 tahun
Pelajar di Universiti Teito, Tokyo. Selalu keluar lepak di arked permainan bersama Taemin. Penggemar permainan video. Masih belum termibat dalam pertarungan dan misi, genap umur 20 tahun akan bermula ‘tugasan pertama’nya. Mahir dalam dua kombat; senjata dan tangan. Sejarah lalunya, anak kepada salah satu keluarga bawah Satoshi tapi keluarganya telah dihapuskan dalam prtarungan dengan yakuza Okishu.

 

18. Satoshi Taemin ; 19 tahun
Pelajar seperti Yoseob di universiti yang sama. Bekerja di Fuyuki Shibari sebagai pelayan pub. Masih belum terlibat dalm pertarungan dan misi seperti Yoseob. Mahir dalam mengguna senjata dan sniper ketiga selepas Xiah dan Key. Sejarahnya, anak kepada salah satu keluarga bawahan Satoshi juga tapi keluarganya mati dalam kemalangan yang disengajakan oleh yakuza lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
pkimkeymint
#1
Oh thank you ^^
Syumee
#2
this is kinda cool bro. its like reading one of those manga, they translated to malay. keep it up