Chapter 3: Will You Be Alright?

Day by Day

Yoseob duduk termenung di bangku itu. Dia berasa berat hati untuk meninggalkan Rachel. Surat tawaran yang baru diterimanya benar benar menggembirakannya.Tetapi, ada satu perkara yang membuatkan dia berasa sedih. Dia terpaksa meninggalkan Rachel, sahabat karibnya.

Pintu bilik Yoseob diketuk. Yoseob menghampiri pintu. Apabila dia membuka pintu biliknya, kelihatan ibunya sedang berdiri.

"Omma, ada apa apa ke?" soal Yoseob kehairanan kerana ibunya begitu jarang naik ke biliknya. Selalunya, ibunya akan menyuruh sesiapa sahaja di dalam rumah itu untuk memanggilnya.

"Omma ada benda sikit nak cakap dengan kamu. Tak nak jemput omma masuk bilik ke?" soal ibunya.

Yoseob memberi laluan kepada ibunya untuk masuk ke dalam bilik. Puan Jiyoung duduk di birai katil Yoseob. Yoseob pula duduk di hadapan ibunya, iaitu di meja belajarnya.

"Omma nak kamu fikir balik, betul ke kamu nak terima tawaran sekolah sukan tu? Bukan apa, kamu tak kesian dekat omma ke? Kakak kamu dah kawin and sekarang tinggal dengan suami dia dekat Paris. Sekarang kamu pulak nak tinggalkan omma sorang sorang dekat Malaysia ni," luah Puan Jiyoung. Yoseob berasa sedih mendengar luahan hati ibunya.

'Rupanya selama ni omma rasa kesunyian. Patutlah omma selalu keluar,' bisik hati kecil Yoseob.

"Kamu dengar tak apa yang omma cakap ni? Ke kamu tak suka omma masuk bilik kamu?" duga ibunya.

"Eh, mana ada. Yoseob tak pernah fikir macam tu. Yoseob suka omma masuk bilik Yoseob. Omma, omma tahukan memang impian Yoseob untuk masuk sekolah sukan dekat Korea tu? Yoseob memang rasa berat hati nak tinggalkan omma. Tapi, omma kan ada ramai kawan. Appa pun ada. Lama lama, hilanglah rasa sunyi omma tu," Yoseob cuba untuk memujuk ibunya.

"Okey, omma memang kalah kalau cakap pasal perasaan ni. Tapi, kamu tak kesian dekat Rachel ke? Ada kamu fikir perasaan dia? At least, bagi tahu dia sebelum kamu pergi. Bukan apa, omma tahu korang memang rapat. And I know, you like, no, love her,"

"Omma, Yoseob dah anggap Rangel tu macam adik Yoseob. Lagipun, she's 5 months younger than me. Yoseob anggap dia kawan baik and dia pun anggap Yoseob mcm tu," Yoseob menidakkan perasaannya. Mana mungkin aku suka Rachel. Dia kawan baik aku.

"Tu omma tak nak tahu. Please tell Rachel that you want to go. Kesian dia nanti. Tercari-cari kamu,"

"Yoseob tak sanggup nak bagi tahu dia. Apa kata omma ikut pindah sekali? Kita tinggal dekat villa family kita dekat sana. Omma tak sunyi, Yoseob boleh jumpa omma selalu," Yoseob memberi cadangan.

"Omma okey je. Habistu, rumah dekat sini macam mana? Takkan nak tinggalkan macam tu je?" soal Puan Yang.

"Omma, maid kita kan ada. Biarlah dia tinggal dekat sini. Jaga rumah ni. Kalau omma rindu Malaysia, omma boleh tinggal dekat sini,"

"Appa macam mana?" Puan Yang masih tidak mahu mengalah. Sebolehnya, dia tidak mahu meninggalkan rumah ini dan berpindah semula ke Korea.

"Omma, appa mesti setuju kalau kita ajak dia pindah sana. Lagipun, head office company appa kan memang dekat sana. Mesti appa suka kalau kita pindah sama sebab appa boleh tinjau company dia dekat sana," seperti biasa, Yoseob bijak mencari alasan.

"Okey, omma setuju. Nanti omma uruskan semuanya. Lagipun, kita still warganegara Korea. Senanglah sikit," Puan Yang akhirnya memberikan persetujuannya.

____________________

Angin dingin menyapa pipi mulus Rachel. Entah kenapa, malam ini dia berasa lain macam. Rasa seperti ada seseorang akan pergi jauh dari dia.

Tiba tiba bahunya dicuit dari belakang. Rachel segera menoleh. Yoseob rupanya.Yoseob melemparkan sebuah senyuman yang manis kepada Rachel. Rachel membalas senyuman Yoseob.

"Apa angin kau malam ni? Tiba tiba datang rumah aku," soal Rachel hairan.

"Saja nak jumpa kawan aku yang sorang ni. Kenapa, tak boleh ke? Kalau tak boleh, biar aku balik je," Yoseob berpura pura merajuk.

"Alah, janganlah cakap macam tu. Aku suka kalau kau berbual dengan aku. Tak lah aku rasa sunyi. Janganlah balik, huh?" Rachel cuba untuk memujuk Yoseob.

'Yes, dah kena umpan. Hehe, ni yang best ni,' Yoseob masih meneruskan adegan 'merajuk'nya. Yoseob mengambil tempat di sebelah Rachel tetapi tidak memandangnya.

"Aigoo, comelnya kawan aku ni! Meh sini, aku nak cubit pipi kau. Eeii, geramnya aku!" Rachel mencubit pipi Yoseob. Yoseob cuba untuk mengelak tetapi tidak berjaya.

"Ish, janganlah cubit. Aku cium baru tahu!" Yoseob cuba untuk menakutkan Rachel. Rachel segera menjarakkan dirinya daripada Yoseob. Yoseob kembali memandang tempat lain.

"Yoseob-ah, aku tak tahu kenapa malam ni aku rasa lain macam. Aku rasa macam ada orang yang dekat dengan aku nak pergi tinggalkan aku. Aku tak suka perasaan ni," Rachel tetap meluahkan perasaannya kepada Yoseob walaupun Yoseob sedang 'merajuk'.

"Jangan layan sangat perasaan tu. Kalau kau risau sangat, silap silap benda tu boleh jadi betul betul nanti," Yoseob cuba untuk menafikan perasaan Rachel walaupun dia tahu 'seseorang' yang dimaksudkan Rachel itu ialah dia.

"No, you don't understand. Aku takut sangat kalau benda ni betul betul jadi. Aku tak nak orang yang aku sayang tinggalkan aku..." Rachel hampir menitiskan air mata.

"Kau sayang aku?" soal Yoseob tiba tiba.Rachel memandang Yosoeb dengan mata yang berkaca lalu memeluk Yoseob. Walaupun Yoseob terkejut dengan perlakuan Rachel, dia tetap membalas pelukan Rachel.

"Aku sayang kau sebagai kawan. Not more than that," jawab Rachel ringkas. 'Sebaliknya bagi aku. Aku harap kau ada perasaan terhadap aku,' kata hati Yoseob.

Keadaan menjadi senyap seketika. Rachel selesa berada di dalam dakapan Yoseob. Yoseob pula suka apabila Rachel berada dekat dengannya. Yoseob mengusap kepala Rachel. Bauan wangi dari rambut Rachel amat menyenangkannya. Perlahan lahan dia mendekatkan bibirnya ke dahi Rachel lalu diciumnya.

Rachel masih diam. 'Pelik. Selalunya kalau aku usap rambut dia pun dia marah. Ni diam pulak. Pengsan ke apa minah ni?' Yoseob menjadi panik kerana Rachel tidak memberi sebarang tindak balas.

"Rachel-ah, gwenchana?" Yoseob menggoncang tubuh Rachel. Rachel mengeliat. Haha, tertidur rupanya. Mungkin kepenatan.

"Sorry. Aku tertidur pulak. Yoseob, sing a song for me please," pinta Rachel. Dia suka mendengar Yoseob menyanyi. Walaupun Yoseob tahu dia memiliki suara yang mampu menambat hati sesiapa sahaja yang mendengarnya, dia tidak suka menyanyi di khalayak ramai. Sebab itulah Yoseob menolak tawaran untuk menjadi penyanyi sebaliknya menerima tawaran untuk menjadi atlet.

"Kau nak lagu apa? Nasib baik aku dalam mood nak menyanyi ni. Kalau tak, jangan harap aku nak menyanyi," Rachel segera keluar dari dakapan Yoseob lalu membisikkan sesuatu ke telinga Yoseob.

"Lagu tu? Eleh, senang je," kata Yoseob sambil memetik jarinya. Samsung Galaxy Note 3-nya dikeluarkan. Apps 'Digital Guitar' ditekan. Satu persatu note dipetik lalu dia mula menyanyi.

Lagu 'Will You Be Alright' nanyian Beast memang digemari oleh Rachel. Kebelakangan ini, lagu itu sering membuatkan dia menangis. Ketika Yoseob sedang asyik menyanyi, Rachel menangis dalam diam. Dia tidak mahu Yoseob melihat dia menangis.

"Yoseob-ah, aku sejuklah. Aku masuk dulu ye. Nanti demam pulak," Rachel ingin segera masuk ke dalam rumah. Dia tidak mahu terus menangis tanpa pengetahuan Yoseob.

"Okey. Take care. See you," Yoseob sekali lagi mengusap kepala Rachel. Rachel hanya tersenyum. Lama Rachel memandang Yoseob. Entah kenapa, malam ini dia berasa ingin duduk bersama Yoseob lama lama.

Rachel bangun untuk masuk ke dalam rumah. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, tangannya ditarik oleh Yoseob. Rachel masuk ke dalam dakapan Yoseob sekali lagi. Kali ini, Yoseob memeluk Rachel dengan lebih erat. Rachel juga membalas pelukan Yoseob.

"Annyeong, Rachel. See you," kata Yoseob perlahan sambil melepaskan Rachel dari dakapannya. Apabila bebas dari dakapan Yoseob, Rachel segera berlalu tanpa menoleh. Sebenarnya, air matanya sudah mula menitis.

"Aku tahu kau menangis. Kau soroklah macam mana sekalipun, aku tetap tahu kau menangis. Will you be alright without I'm next to you? Forgive me, Rachel Kim," Yoseob berkata perlahan yang hanya didengari oleh dirinya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
arissa_b2uty
I'm really sorry for the late update. Rissa dah kena masuk asrama. So, kalau Rissa balik, Rissa akan update sebanyak yg boleh!

Comments

You must be logged in to comment
BGold-YGBdul_ #1
Chapter 1: Yang Yoseob!!! Jarangnye jumpa fanfics bias aku sorang ni u.u Love your storyline authornim!! Update soon!! Its make me love Yoseob more~