Chapter 2: Stay By My Side

Day by Day

Rachel mencari kelibat Woobin, sepupunya yang tua 3 tahun daripadanya. Kelihatan Woobin sedang duduk di sebuah bangku yang tersedia di taman sekolah itu. Ada kamera DSLR pada tangannya. 'Huh, sayang betul camera tu. Entah dia ambil gambar apa kali ni,' getus hati Rachel.

"Woobin oppa!!!" laung Rachel. Woobin terlihat Rachel sedang berlari anak kearahnya. Dia tersenyum lantas mengangkat kameranya untuk mengambil gambar Rachel. KLIK! Woobin tersenyum puas. Dapat juga dia mengambil gambar Rachel sedang berlari.

"Oppa dah lama tunggu?" soal Rachel yang masih belum mengetahui Woobin telah mengambil gambarnya.

"Taklah lama sangat. Sempat jugalah oppa snap gambar kamu masa kamu tengah lari tadi," ujar Woobin. Dia menunjukkan gambar tadi kepada Rachel. Rachel ternganga.

"Oppa, delete that picture! I look really ugly!!!" Rachel ingin merampas kamera itu dari tangan Woobin. Sayangnya, Woobin terlalu tinggi. Mana tidaknya, tinggi Rachel hanya 167cm manakala tinggi Woobin pula 187cm. Beza 20cm yang nampak sikit tapi sebenarnya banyak.

"Let's talk about it later. Now, let's go home," Woobin menarik tangan Rachel. Rachel belum ingin pulang. Dia menoleh belakang. Mana tahu ada Yoseob. Tak ada!

"Wae? Don't wanna go home?" soal Woobin apabila dia merasakan Rachel sengaja memberatkan badannya.

"Eh, taklah. I'm looking for Yoseob. Nak pastikan esok dia datang ke tak," Rachel memberi alasan.

"Just text him. Macamlah Rachel boleh nampak Yoseob," Woobin mencebik.

"Mana tahu nampak. Chemistry kitorang kan kuat," balas Rachel.

_____________________________________________________________________________________________________________________

To; Yoseob
Message; Esok jangan tak datang tau! Aku ada suprise untuk kau!

SEND! Rachel menunggu seketika. Tidak sampai dua minit, mesej daripada Yoseob masuk.

From; Yoseob
Message; Suprise apa? Aku macam malas je nak pegi sekolah. Lagipun final exam dah habis.

To; Yoseob
Message; Alah, janganlah macam tu. Tak kesian dekat aku ke?

SEND! Rachel menghempaskan badannya ke katil. Kalau angin dia malas, memang susah nak ajak dia pergi sekolah. Nasib baiklah peperiksaan akhir dah habis. Kalau tak, tentu Yoseob akan ketinggalan pelajaran. Mesej seterusnya masuk.

From; Yoseob
Message; Oklah. Aku datang. Make sure suprise tu betul2 special tau! Kalau x, aku kejar kau satu sekolah!

Rachel tergelak membaca sms daripada Yoseob. Kejar aku? Memang tak lah. Aku ni lari tak lah laju macam dia. Jari-jemari Rachel pantas bergerak untuk membalas mesej daripada Yoseob.

To; Yoseob
Message; Agak2 lah. Kau tahu aku lari x selaju kau kan? Apa2 pun, c u 2mrw!

SEND! Rachel membaling telefonnya ke atas katil.

_____________________________________________________________________________________________________________________

Yoseob menghampiri Rachel yang sedang duduk termenung di bangku di taman itu. Kelihatan Rachel sedang memegang sesuatu.

'For me or from someone?' soal hati kecil Yoseob.

Rachel mengerling jam tangannya. Sudah 45 minit berlalu tetapi Yoseob masih belum tiba. Mana pulak si Yoseob ni? Huh, tak pernah nak awal. Selalu lambat! Nasib baiklah aku dah lama kawan dengan kau. Kalau tak, memang lunyai kau aku kerjakan!

Yoseob menghampiri Rachel perlahan-lahan. 1... 2... 3... "Ha!" Yoseob menyergah Rachel. "Oh mak engkau!" Rachel melatah. Yoseob menggelakkan Rachel sepuasnya. Rachel memandang Yoseob. Air matanya bergenang.

"Sampai hati! Punyalah lama aku tunggu kau, kau boleh sergah aku macam tu?!"

"Rachel-ah, mianhae. Jeongmal mianhae. Please don't cry," Yoseob cuba memujuk Rachel yang sudahpun menangis. Tak berjaya. 'Macam mana ni? Mana nak cari kek time2 macam ni?' Yoseob menggelabah.

"Kau memang tak ada perasaan bersalah kan? Aku punyalah lama tunggu kau. Boleh kau buat aku macam ni!At least, janganlah sergah aku!" Rachel memarahi Yoseob.

"I'm really sorry. Aku tahu aku lambat. Selalunya kalau aku sergah kau, kau tak macam ni. Tu lah tadi aku sergah kau. Tak tahu pulak hari ni angin kau tak baik," Yoseob cuba untuk memulihkan keadaan.

"Forget it. I wanna go. Annyeong!" rasa marah mendorong Rachel untuk meninggalkan Yoseob sendirian. Yoseob terkebil-kebil. Kenapa dengan Rachel ni? Selalunya tak macam ni.

"Rachel, wait!" Yoseob menarik Rachel ke dalam pelukannya. Rachel cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Pelukan Yoseob terlalu erat.

"Yoseob, let me go! Kalau teacher nampak, habislah kita! Let me go!" Rachel menjerit.

"Promise me you won't run away," Yoseob mengambil langkah berjaga-jaga. Mana tahu tiba2 Rachel lari, susah pula nak kejar nanti.

Rachel menganggukkan kepalanya. Yoseob melepaskan Rachel. Huh, lepas jugak. But, wait. Yoseob tidak melepaskan tangan Rachel. Rachel menjadi malu. Malu kerana Yoseob tidak pernah memegang tangannya sebegitu.

"Yoseob-ah, let go of my hand, please. I promise I won't run away," Rachel merayu. Yoseob memandang anak mata Rachel lalu melepaskan pegangan tangannya.

"Jom duduk. Mesti penatkan sebab berdiri je dari tadi," kata Yoseob seolah-olah tiada apa yang terjadi di antara mereka. Rachel mengambil tempat di sebelah Yoseob.

"Firstly, aku nak mintak maaf sebab aku lambat. Secondly, aku nak mintak maaf sebab aku sergah kau. Thirdly, aku nak mintak maaf sebab aku peluk kau. And lastly, aku nak mintak maaf sebab aku genggam tangan kau," Yoseob meminta maaf atas semua perkara yang baru sahaja dilakukannya.

"Aku pun mintak maaf sebab mengamuk tak tentu pasal," ucap Rachel ringkas. Yoseob mencapai lalu menggenggam jari jemari runcing milik Rachel. Rachel terkaku.

"Rachel, aku tak nak kau lupakan aku. Walau apapun yang jadi, kau tetap kawan baik aku. Forever. And aku tak nak kau tinggalkan aku. Please stay by my side, huh?" Yoseob memulakan bicara.

"Apa maksud kau? Kenapa kau cakap macam tu? Mana mungkin aku akan tinggalkan kau. Kau kan kawan baik aku. Kecuali, kau yang tinggalkan aku,"

"No, I wan't you to trust me. Aku nak kau sentiasa ada di samping aku. Even kau sentiasa ingat aku pun kira cukup. Aku tak nak kau lupakan aku," tambah Yoseob.

Rachel mengerutkan dahinya. Dia berasa hairan. Sakitkah kawan aku ni? Lantas dia meletakkan telapak tanggannya ke dahi Yoseob.

"Aku sihat, Rachel. Cuma satu je yang aku harapkan. Aku harap kau sentiasa tunggu aku," Yoseob mengambil tangan Rachel yang ada pada dahinya lalu digenggam erat.

"Don't worry, I'll always stay by your side. We're friends right? No, I mean best friends," Rachel tersenyum.

"Oh ya, before aku lupa. Nah, ada hadiah untuk kau," Rachel menghulurkan sebuah paper bag berwarna sky blue kepada Yoseob.

"Apa ni? Birthday aku lambat lagi lah," Yoseob cuba untuk membuka beg itu. Dengan pastas Rachel mengetuk tangan Yoseob.

"No, jangan buka sekarang. Ni hadiah tanda persahabatan kita. Kau dah lupa ke? Kita berkawan dah sepuluh tahu tau!" Rachel mengingatkan Yoseob.

"Kumawo. I'll open this at home. Aku pergi dulu tau. Kejap lagi aku ada perjumpaan dengan ahli kelab olahraga," Yoseob menggosok kepala Rachel. Habis serabut rambutnya.

"Kelab olahraga je? Kelab bola keranjang tak ada?" soal Rachel kerana dia merupakan salah seorang atlet bola keranjang sekolah.

"Nope. Kelab kau tak awesome macam kelab olahraga. Annyeong!" Yoseob pantas lari meninggalkan Rachel.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
arissa_b2uty
I'm really sorry for the late update. Rissa dah kena masuk asrama. So, kalau Rissa balik, Rissa akan update sebanyak yg boleh!

Comments

You must be logged in to comment
BGold-YGBdul_ #1
Chapter 1: Yang Yoseob!!! Jarangnye jumpa fanfics bias aku sorang ni u.u Love your storyline authornim!! Update soon!! Its make me love Yoseob more~