Sinopsis - Sinopsis ff baru
Dream High [ HIATUS ]
Hai!! Kali ni, Author perlukan sangat2 bantuan korang! Korang kena tolong Author buat pilihan, mana satu ff bergenre horror yang patut Author buat dulu! Sebelum korang vote.. Bacalah dulu sinopsis2 ff yang akan Author buat nanti! (p/s: sinopsis ni pendek jer.. Dekat cerite yng sebenar, Author bwt pnjng2 atau lain daripada yng ni!)
Silakan membacanya..
1- Wajah Yang Seiras
Hyorin amat benci terhadap Yoona. Satu hari, Hyorin dah tidak boleh tahan lagi rasa kebenciannya terhadap Yoona. Dia terus berjumpa dengan bomoh dan menyuruh bomoh tersebut membuat hidup Yoona terseksa dengan teruk buat selamanya. Tetapi, bomoh itu tak boleh membuat hidup Yoona terseksa begitu saja. Bomoh itu pun meminta Hyorin untuk memberinya gambar Yoona dan baju berwarna merah milik Yoona supaya senang dia nak suruh 'kawan' nya menyiksa(?) hidup Yoona.
Hyorin pun memberi barang yang bomoh tersebut minta. Setelah bomoh itu mendapat barang yang dikehendakinya, Dia pun menyuruh 'kawan'nya mencari Yoona yang ada didalam gambar itu dan menjampi Yoona supaya hidupnya terseksa selamanya seperti mana yang Hyorin mahu.
Tetapi, bukan hidup Yoona yang terseksa.. Sebaliknya, ianya terkena kepada seorang gadis biasa bernama Rabiatul Afifah. Rabiatul ini mempunyai wajah yang seiras dengan Yoona, tetapi dia tidak pernah minat dengan KPOP ke.. Kdrama ke.. Pendek kata, dia benci terhadap adat2 orang Korea!
Hidup Rabiatul selalu terseksa, merana, dia sendiri pun pelik kenapa hidupnya boleh jadi begitu? Sedangkan, dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.. Sudah banyak tempat dia cuba untuk berubat, tapi.. Ramai yang tidak tahu apa penyakit yang diterima oleh Rabiatul ini...
A/N: Mianhae Rabiatul Afifah, sebab saya guna nama awak.. Saya tidk ade mksd apa2 pun, sye bwt ini just for fun! Author pilih nama Rabiatul Afifah sebab.. Serius, muka dia sama gila dngn Yoona SNSD. Tapi, jangan salah fhm ye korang,, Rabiatul Afifah yang sebenar minat KPOP juga!
2- Rambutku berubah menjadi warna putih?!
Hyunri adalah seorang gadis yang berkacukan Korea+Malaysia. Dia berusia 19 tahun dan tinggal di Korea manakala Malaysia pula seperti 'kampung' dia sahaja.
Pada malam 3 Jun 2014 selepas menyambut hari lahirnya yang ke-19, dia tersedar akan bahawa sehelai rambutnya berubha menjadi warna putih. Disebabkan terkejut, dia terus mencabut sehelai rambut putihnya itu.
Hari makin hari, makin banyak helaian rambutnya yang berubah menjadi warna putih! Sudah bermacam-macam produk perwarna rambut yang dia gunakan untuk menutup rambutnya yang berwarna putih itu, tetapi kesemua perwarna rambut itu hanya bertahan dirambutnya tidak sampai 1 jam pun.
Dia buntu, tidak tahu mahu menggunakan cara apa lagi untuk mengubah kembali rambutnya yang berwarna putih itu. Dia tak mahu digelar sebagai 'nenek'! Sebab umurnya baru 19 tahun!
Ikuti segala pengembaraan Hyunri dalam menyelesaikan misteri mengapa rambutnya menjadi warna putih dan mencari penawarnya...
3- Library berhantu...
Kidoh, Jin dan Zelo bersahabat baik dari tadika lagi. Kesemua benda yang mereka buat, pasti mereka akan buat bersama.
Setelah 3 tahun mereka belajar di Seoul Highschool, mereka bertiga diberi amanah untuk menjadi pengawas library. Mereka bertiga bukan main teruja lagi apabila mendapat tawaran seperti itu,, tetapi mereka ada satu perkara yang merungsingkan kepala mereka. Kenapa hanya mereka bertiga saja yang menerima tawaran itu?? Sedangkan, murid2 lain yang mendapat tawaran tersebut menolak mentah2 tawaran itu.
Setelah mereka bertiga sah menjadi pengawas library,, ramai yang tidak berani menfdekati mereka bertiga. Kenapa?? Sedangkan,, tahun lepas merekalah yang menjadi KINGKA di Seoul Highschool itu. Tetapi mereka bertiga tetap tidak perduli dengan apa yang berlaku. Yang mereka hanya tahu, mereka gembira sebab dapat menjadi pengawas library.. Sehinggalah satu hari tu, berlaku kejadian yang boleh membuat orang sakit jantung.. Mereka terpaksa meletakkan jawatan itu. Tetapi, ada 'benda' yang menghalang mereka meletak jawatan tersebut..
4- E-Mel Ramalan
Hara, Sulli dan Krystal mempunyai sifat kelakian dan selalu memonteng kelas. Itulah sebab mereka bertiga selalu dipanggil sebagai 'GENG POTENG GIRLS'.
Satu hari, waktu mereka poteng kelas Math.. Mereka berjalan diseluruh bangunan sekolah. Sewaktu mereka bertiga berjalan melintasi Makmal Komputer, Sulli ternampak ada satu komputer menyala. Dia pun memanggil Krystal dan Hara untuk menemankan dia menutup komputer itu. Walaupun mereka bertiga agak jahat dan berkelakuan seperti lelaki, tetapi mereka tetap mempunyai sifat yang baik.
Mereka bertiga pun masuk dan pergi kearah komputer yang menyala itu. Tetiba, ada satu e-mel yang masuk kedalam komputer itu. Mereka pun membacanya.. "Esok, Cikgu Sejarah tak datang sebab masuk hospital.." daripada XXX.
Keesokan harinya, mereka terkejut kerana betul apa yang E-mel semalam katakan. Waktu rehat, mereka pergi lagi ke makmal komputer untuk lihat sama ada masuk lagi atupun tidak E-mel yang macam semalam itu. Mereka cek, dan ternyata ada lagi satu E-mel yang masuk. Mereka membaca, dan isi E-mel itu betul sekali lagi. Akhirnya mereka bertiga berasa seronok hendak membaca E-mel dari entah siapa tapi yang pasti ianya munkin dari 'orang' yang sama.
Tetapi mereka tidak tahu, semakin banyak mereka E-mel itu yang mereka buka, semakin dekat ajal maut yang mereka akan hadapi...
_________________________________________________________________________________
A/N: Macam mana? Korang rasa, mana yang paling best?
Haha! Okay,, sebenarnya.. Idea cerita seram yang tak berapa nak seram ni terhasil sendiri daripada otak Author ni. Kecuali, "E-Mel Ramalan". Sebab, cite tu Author hanya adaptasikan saja.
"E-Mel Ramalan" sebenarnya adalah salah satu koleksi manga cerita seram dari komik yang pernah Author baca sebelum ni. Kalau nak diikutkan, E-Mel Ramalan ni Author nak buat one-shot je. Tapi, kalau Author punya idea ni bertambah, mungkin Author akan buat ber-chapters..
BAIKLAH,, KORANG DAH BUAT KEPUTUSAN?? KALAU DAH, UNDILAH!
KALAU KORANG NAK UNDI, TEKAN PROFILE AUTHOR. PASTU, DEKAT PROFILE AUTHOR TU, KORANG TEKAN OTHERS DAN TEKAN POLLS. HAH! KORANG UNDI KAT SITULAH! AUTHOR TAK LEH NAK COPY+PASTE POLL NI SEBAB LAPTOP AUTHOR DAH BENGONG! hehehe..
Comments