22 ~♥
Jatuh Cintalah Pada Aku ! 2“Baekhyun?”
Baekhyun menoleh. “Ne?”
Byun Baekbom menghulurkan sebuah surat kearahnya. “Kau baca ni.”
“Apa ni?” Baekhyun membaca isi surat yang diberi abangnya, wajahnya mengukir senyuman. “R-rumah ni?”
Baekbom menyentuh bahunya. “Rumah yang kau nak tu dah siap, dah boleh berpindah kesana mulai hari ni.”
Wajah senyum Baekhyun kian pudar. “Tapi.. tak ada guna berita gembira ni kalau Jiyu tak ada. Tak ada makna pun.”
Baekbom melepaskan keluhan. “Tulah.. lagipun rumah ni hadiah kau untuk dia sempena perkahwinan kan? Cuma time tu rumah ni under renovation.”
Baekhyun mengangguk. “Hyung.. boleh kita pergi tengok rumah ni sekarang?”
…
“Kamsahamida.”
Baekhyun berjabat tangan dengan seorang kontraktor sebelum melangkah masuk kedalam rumah 2 tingkat itu.
“Macam mana?” soal Baekbom.
“Ok.. sama macam yang Baekhyun nak.” Baekhyun tersenyum lebar. “Kalau je Jiyu dapat tengok dinding rumah biru hitam, warna kesukaan dia ni, mesti dia happy sangat.”
“Ne.. sampai masa nanti dia balik lah.”
Kring..kring..
Baekhyun mengeluarkan telefon bimbitnya yang berdering.
“Yeoboseo? Ne oma? Balik sekarang? Kenapa? Penting? Apa yang penting? Ne.. Baek balik sekarang..” Baekhyun mematikan talian.
“Kenapa?” soal Baekbom.
“Lee oma. Dia suruh datang rumah dia. Hyung hantar Baekhyun kesana, boleh?”
“Ok.”
…
Byun Baekhyun melangkah masuk kedalam rumah keluarga Lee itu.
“Oma, appa, ada apa?” soal Baekhyun, sambil mendekati ibubapa mertuanya yang duduk disofa ruang tamu, menunggu kehadirannya.
“Duduk, Baek.” Suara En Lee yang serius dan garau itu membuat Baekhyun gentar seketika.
“Ada apa, oma, appa?”
En Lee membersihkan tekak. “Dah dua bulan Jiyu hilang jejak. Takkan kamu tak ambil apa-apa inisiatif nak cari dia?”
Baekhyun menelan liur, menatap mata ayah mertuanya itu. “Dah.. Baek dah cuba macam-macam cara, appa. Baek dah buntu sekarang.”
“Jadi, kamu dah putus asa?” soal Pn Lee pula.
“Ani.. saya tak pernah putus asa. Setiap hari saya ronda bandar, mana tahu terserempak dia, tapi tak jumpa jugak. Tiap hari saya try call, tak dapat jugak.” Jelas Baekhyun.
“Kalau macam tu, kamu masih nak tunggu dia atau teruskan hidup kamu?”
Persoalan En Lee membuat Baekhyun mengerut muka. “A-apa maksud appa?”
“Maksud appa..” En Lee membetulkan kedudukannya. “Appa izinkan kalau kamu nak kahwin lain.”
Baekhyun ‘jaw dropped’, tersentak dengan kata-kata sempoi En Lee itu. “Appa, Baek tak pernah fikir macam tu pun?”
“Yeke tak pernah?”
Baekhyun mengangguk.
“Yelah.. kamu kan lelaki, bernafsu, kalau dah bini lari, kamu pun terseksa jugak.”
Kepala Baekhyun bagai dipanah petir saat mendengar penyataan En Lee itu. “Ani.. saya tak pernah fikir macam tu..”
En Lee dan Pn Lee berpandangan sesama sendiri, sebelum memandang semula kearah Baekhyun.
“Dah terlambat kalau kamu nak tolak.” Ujar Pn Lee. “Kami dah bawakan calon isteri untuk kamu, dengan harapan kamu dapa
Comments