16 ~♥

Jatuh Cintalah Pada Aku ! 2
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Kenapa kamu dua ni? Diam je?” soal Pn Byun.

 

Sejak ambil Jiyu pulang kerja tadi, Jiyu dan Baekhyun langsung tidak bertegur sapa. Sampailah tiba dirumah Pn Lee, masih diam.

 

“Aniyo.. Jiyu kata dia sakit perut tadi, dia malas bercakap.” Baekhyun mengemukakan alasan tidak logik pula. Jiyu memijak kakinya daripada bawah meja makan. Baekhyun sekadar menahan sakit.

 

“Haih.. apa kena mengenanya sakit perut dengan bercakap?” Pn Byun menggeleng kepala dengan sikap anak dan menantunya itu. “Kalau gaduh.. selesaikan baik-baik.”

 

“Eh.. mana ada gaduh, oma..” Jiyu memeluk lengan Baekhyun. “Kan Baek? Kita mana ada gaduh, kan?” Baekhyun sekadar memberi pandangan aneh pada Jiyu.

 

“Dahlah.. oma nampak kamu dua ni makin pelik je.. ada benda kamu sorokkan dari oma kah?”

 

“Hmm?” Baekhyun menaikkan kedua keningnya. “Benda apa pulak?”

 

“Entah-entah… kamu bakal jadi appa?”

 

Jiyu membulat mata manakala Baekhyun ketawa kecil. “Ahaha oma ni.. belum lagilah.”

 

“Hmm.. habistu.. bila kamu nak jadi appa dan oma?”

 

Pertanyaan Pn Byun membuat Baekhyun dan Jiyu memandang sesama sendiri.

 

“Ah..” Jiyu mengalihkan pandangan. “Jiyu masuk dapur dulu.. tolong oma ambil apa yang patut.” Dia segera melarikan diri.

 

Pn Byun memandang anaknya. “Eh.. jawab pertanyaan oma ni, Baek. Kamu jangan nak lari pula.”

 

“Manalah Baekhyun tahu…” Baekhyun bermain-main dengan chopsticknya dan memuncungkan bibirnya.

 

“Haih.. ni dah nak masuk dua bulan { anggap je nak 2 bulan lol } kamu berkahwin kan? Takkan masih belum…”

 

“Eshh oma.. Janganlah cakap pasal tu.. malulah.” Baekhyun memuncungkan bibir dan membuat aegyo.

 

“Eh aku hempuk jugak budak ni nanti.” Pn Byun mengangkat sudu nasi, ingin memukul Baekhyun.

 

“Ehehe oma.. sabarlah oma. Baek gurau je.”

 

 

 

 

 

 

Jiyu dan Pn Lee keluar daripada dapur, membawa lauk-pauk dan juga air.

 

“Waa.. sedapnya..” puji Baekhyun sambil melihat juadah yang dibawa Pn Lee.

 

Pn Lee tersenyum dan meletakkan juadah itu diatas meja makan. “Ni Kari Ayam.”

 

“Jinjja?” Pn Byun mengambil bau kari tersebut. “Waa.. bau macam sedap je.”

 

“Belum cuba belum tahu..” Pn Lee tersenyum. “Jiyu.. ambilkan lah nasi untuk Baekhyun.”

 

Jiyu memandang Baekhyun yang tersenyum comel kearahnya. “Ne..” katanya sambil rolled mata.

 

 

 

Jiyu memerhati Baekhyun yang dari tadi melihat-lihat kearah kari itu. Baru dia ingat, sebenarnya Baekhyun tidak tahan makan makanan pedas. Lantas dia tersenyum sinis sejenak.

 

“Baek.. kenapa tak makan kari?” soal Jiyu, menyakat.

 

Baekhyun memandangnya. “Ah.. aku..”

 

“Tak apa.. biar aku ambilkan..”

 

Jiyu menuangkan kuah kari ayam pada pinggan Baekhyun.

 

“Eh..” luah Pn Byun. “Oma ingat.. Baek tak tahan pedas..”

 

Kerana ego tinggi Baekhyun, dia tidak mahu kalah pada Jiyu. “Ehh.. disebabkan Jiyu ni selalu masak makanan pedas, Baek pun nak sesuaikan diri dengan makanan pedas.”

 

Jiyu tersenyum menyakat.

 

“Hmm.. Jiyu masih dengan perangai lama.. suka makan makanan pedas?” soal Pn Lee.

 

Jiyu hanya tersenyum dan menyambung memakan makanannya.

 

Baekhyun teragak-agak untuk memakan nasinya yang sudah serupa paya bakau, dibanjiri kuah kari.

 

Sekali sekala matanya melihat Pn Byun dan Pn Lee yang makan sambil berbual sesama sendiri, sejenak, melihat pula pada Jiyu yang makan tanpa rasa bersalah. Nak taknak dia kena makan jugak, tak mahu kalah pada ‘cabaran’ Jiyu.

 

 

 

“Uhukk! Uhukk!”

 

 

 

Pn Byun, Pn Lee dan terutama sekali, Jiyu terkejut kerana Baekhyun tiba-tiba saja batuk dan bernafas macam orang menagih oksigen. “Air..air..”

 

Dengan pantas, Jiyu menuang air putih kepada Baekhyun dan memberinya. Dengan pantas Baekhyun meminum.

 

“Yah..”

 

Jiyu tersentak.

 

Mata merah Baekhyun membulat melihat Jiyu. “Kenapa bagi air suam? Air suam ni… buat lidah aku makin terbakar .. Aku nak air sejuk.. palli!”

 

 

 

 

 

 

Jiyu bersandar pada pintu dapur sambil memeluk tubuh sementara melihat Baekhyun sibuk menggigit-gigit air batu dihadapan peti sejuk.

 

“Dah ke?”

 

Baekhyun menggeleng lemah dan dimukanya penuh peluh.

 

“Mianhaeyo.. aku main-main je.. tak tahu pulak kau betul betul makan.”

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BlackBlueRoses
busy dgn trial spm D': sorry for not updating Y-Y

Comments

You must be logged in to comment
nurul030416 #1
Chapter 23: DAEBAK!!!DAEBAK!!!
xoxogirl2 #2
Yeah ada sequel
atikahbp #3
Chapter 23: yeahhh ! happy ending huhu T^T nakal baekk >.< berempat, berlima , bereneam :v xDD
nurulaqilah #4
Chapter 23: Chapter 23: yeahhh.... Happy ending...
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 23: Wuuu... happy ending!!!!!!!
Aisyatul
#6
Chapter 23: Sequel utk cinta Hana n Kai soon..

Ehh..memandai2 je saya..haha xD

BTW nice ! ;)
rismaKPOPERS #7
Chapter 23: happy endingg ..
tapitapitapi , kai and hana belum kawin lgi ka ??
kisah cinta dorg dua lgiiii belum tamat ~
syaleese28
#8
Chapter 23: MASYA-ALLAH author-nim ~ Hahahahahaha ! Patut la berkurun lama tak update, spm rupanya.. Goodluck ye ! ^^ Thanks and good job kerana telah menamatkan cerita ini.. Good Good. I like ! xD Fighting ! <3
_Chestnut
#9
Chapter 22: Update soon
secret_admire #10
Chapter 22: daebak!! dah lama sya x check af ni..
best sangat2.. sya tersenyum sorg2..
hahah.. akhirnya, bahagia jugak diorg.. haha..
daebak!! seriously.. sya x pernah happy mcm ni..
btw, fighting! update la lagi bila afde msa ye.. heheh..