1 ~♥
Jatuh Cintalah Pada Aku ! 2Maybe agak zerrr sikit cuz I'm not used to write this stuff LOL :) Enjoy.
Jiyu's POV
Aku membuka mataku dengan perlahan, cahaya matahari menembusi tingkap. Aku merenggang badan dan berpusing kekanan, Byun Baekhyun masih lena dibuai mimpi dengan posisi membelakangi aku. Aku nampak lengkung tengkuknya yang menarik? Hahaha. Harini, dah masuk hari ke-3 aku bergelar Byun Jiyu. Dan harini jugak, kami akan berpindah ke apartment baru, dan disitulah 'marriage life' yang sebenar bermula. Aku mengeluh kecil, pada masa yang sama, sangat janggal. Entah macam mana nak bawa karakter 'isteri' ni.
Aku pandang ke kiri, jam menunjukkan pukul 7.09am. Mesti oma dah bangun. Baik aku tolong oma buat sarapan, sementara Baekhyun masih tidur.
Dengan pantas aku bangun dan mencapai tuala.
"Selamat pagi, oma."
Mak mertua aku tersenyum. "Selamat pagi.. awalnya Jiyu bangun?"
"Ne. Ingat nak buat sarapan untuk Baekhyun dan oma. Yelah, sejak 3 hari lalu asyik oma je yang buat sarapan. Biar Jiyu pulak yang buat kali ni."
"Tak apa kah?"
"Ani, gwaenchana yo, oma." aku hanya tersenyum.
"Baekhyun masih belum bangun?"
Aku menggeleng kepala sambil mencapai sebungkus roti.
Oma mengeluh kecil. "Aish dia tu.. dah kahwin pun sama jugak. Bangun lewat."
"Lelaki memanglah macam tu, oma. Biarlah Baekhyun tidur dulu. Dia penat kot lepas jamuan perkahwinan semalam."
Pelik kan? Lepas kahwin pun aku masih panggil suami aku dengan nama. Rasa awkward bila panggil dia 'oppa', sebab dia tu tua 3 bulan je dari aku, dan dari kecil aku dah biasa panggil dia dengan namanya. "Oma rehatlah dekat ruang tamu, biar Jiyu buat breakfast." aku berkata selepas melihat oma sudah lama berdiri disitu.
...
Baekhyun's POV
Aku sedar dari mimpiku. Pelik! Aku
Comments