변백현 : Byun Baekhyun
Description
EXO merupakan sebuah grup k-pop yang semakin mendapat tempat di hati peminat k-pop di seluruh dunia. EXO terbahagi kepada dua sub unit iaitu EXO-M dan EXO-K. EXO-K dianggotai oleh Suho, D.O, Chanyeol, Sehun ,Kai dan Baekhyun manakala EXO-M pula dianggotai oleh Kris, Tao, Lay, Chen, Luhan dan Xiumin. EXO debut pada tahun 2012 melalui lagu MAMA dan diikuti dengan kemunculan semula pada tahun 2013. Mereka kembali dengan lagu Wolf, di mana peminat k-pop mula menumpukan perhatian pada mereka. Industri k-pop kembali hangat apabila mereka kembali dengan single hits iaitu Growl, dalam masa yang sangat singkat. Populariti mereka semakin hari semakin bertambah dan begitu juga permintaan daripada peminat seluruh dunia untuk menyaksikan mereka secara live di negara masing-masing. Pada suatu hari, peminat EXO dari Malaysia mendapat khabar gembira. EXO akan datang ke Malaysia! Malangnya, sesuatu akan terjadi dan mengubah hidup dua individu.
EXO terlibat dalam kemalangan kapal terbang terhempas
KUALA LUMPUR: Seorang disahkan hilang susulan kejadian sebuah kapal terbang terhempas
di sebuah kampung di pendalaman hari ini apabila membuat pendaratan cemas. Keterujaan peminat kumpulan k-pop terkenal EXO terkubur apabila kapal terbang yang terhempas tersebut dinaiki oleh mereka, dalam perjalanan mereka untuk ke Malaysia. Kapal terbang terbabit sepatutnya mendarat di KLIA tetapi gagal kerana terdapat gangguan pada sistem dalaman menyebabkan mereka terlajak daripada tempat yang sepatutnya. Perkara ini disahkan oleh Penerbangan Malaysia (MAS) dalam satu kenyataan.Kejadian berlaku kira-kira 9.30 malam dan ketika itu pesawat itu dilaporkan dinaiki oleh 16 penumpang.Kesemua penumpang berjaya ditemui dan dihantar ke Hospital berdekatan untuk pemeriksaan.Malangnya, seorang mangsa yang bernama Byun Baekhyun ( gambar di atas) tidak dapat di temui. Operasi untuk mencari mangsa tersebut sedang giat dijalankan.Tiada kematian dilaporkan setakat ini.
" Ayah! Anak cina mana yang ayah bawak balik ni? Kenapa dia cedera? "
Foreword
My other stories
Baekhyun:
Kris
Sehun
Taehyung
Comments