Saisho no Hana [最初 の 花] (The First Flower)

Description

Kisah fanfic pertama ku..

Kbanyakan watak utama yang akan aku perkenalkan merupakan sedikit sebnayak kisah romance anime2 yg pernah aku tonton..

Nk sng korg bygkan je la watak2 anime yg korg penah tonton sebelum ni.. ok..

 

 

 

Foreword

Bunga sakura berguguran di susuran pejalan kaki, aku memandang ke langit musim luruh Chiba yang agak mendung. Aku dalam perjalanan menuju ke sekolah baharu sebagai pelajar baru dari Tokyo. Perniagaan ayahku muflis selepas berlaku pengkhianatan yang dilakukan oleh rakan sekerjanya. Kini, kami berpindah ke rumah nenek di pinggir bandar Chiba.

Ayahku berusaha untuk mencari kerja apapun asalkan boleh menanggung kami sekeluarga. Ibuku mengambil upah membantu jiran nenekku (Pakcik Nakajima) di ladang sayur. Aku dan adikku masih bersekolah. Aku kini memasuki sekolah menengah tinggi tahun 2 di Sekolah Menengah Tinggi Yachiyo dan adikku masih disekolah rendah tahun 6.

"Selamat Pagi, nama saya Tatsugawara Kenji, sila beri tunjuk ajar." aku menunduk hormat di hadapan kelas 2-B. Ada yang menepuk tangan menunggu kedatanganku, ada juga yang diam seperti tidak ambil peduli, dan ada yang hanya tersenyum sahaja.

"Baiklah, di mana saya nak tempatkan Tatsugawara-san? umph.. di situ.." kata Kuruga-sensei sambil menunjukkan jari ke arah set meja dan kerusi yang kosong ditepi tingkap koridor.

"Terima kasih, Sensei." lalu aku menuju ke tempat yang telah ditetapkan. 

"yahallo..." sapa orang di belakang ku sambil menepuk bahuku. "Nama saya Mizuno Kaoru, selamat berkenalan" kata seorang perempuan yang agak peramah menamakan dirinya Mizuno Kaoru.

"Ya...Ya.. se.. selamat berkenalan." balasku teragak-agak.

"Mizuno-san, sila duduk dan tumpukan perhatian!" kata Kuruga-sensei.

"Baiklah sensei," 

Aku mengambil buku dan mengambil perhatian kepada pelajaran Kesusasteraan yang diajar oleh Kuruga-sensei. Seorang lelaki berkaca mata disebelahku memberikan senyuman lalu aku membalasnya. Sedang aku belajar hatiku tertanya-tanya..

"Adakah aku akan menjadi seorang lelaki yang sama seperti di Tokyo dahulu ataupun aku patut berubah menjadi seseorang yang baharu....??"

 

KaiKenji
Setelah beberapa bulan aku meninggalkan doujin aku ini... mgkin dalam masa terdekat ni.. chapter 9 akan keluar.. just wait and see...

Comments

You must be logged in to comment
Counselor_T #1
Chapter 4: keep writing...
xenodochial
#2
Chapter 3: omg.. Touma sukakan kaoru? Rasanya ya omgg
xenodochial
#3
Chapter 2: I'm feel like I'm reading manga XD
(Y) daebak.
xenodochial
#4
Chapter 1: Update!! Best gilaaaa
HeavenDelight
#5
Chapter 1: wa...best2..haha
afina_exotics99
#6
update soon! foreword best!! daebakk :D