Flower 7 - Kouraku [行楽] (Picnic)

Saisho no Hana [最初 の 花] (The First Flower)

"Abang..!! Em.. Ayumi nak ikut pergi berkelah, boleh..??" soal adikku pabila melihat aku menyiapkan barang untuk pergi berkelah.

"Abang tak kisah tapi.. Ayumi boleh ke campur dengan kawan-kawan abang..? soal ku semula risau..

"Kalau boleh, Ayumi nak berkenalan dengan kawan-kawan abang..." jawab Ayumi.

"Hmm.. Baiklah.. Ayumi cepat siap.. abang tunggu kat luar rumah.." balasku. 

"Baiklah.. Ayumi nak bawa mizugi sekali...!!" kata Ayumi keriangan. Aku yang telah ditinggalkan Rika kerana bangun lambat bersiap dengan kelajuan cahaya.

-----_-----_-----_-----

"Tapi Ayumi,.. Ayumi tak pandai berenang kan? Buat apa nk bawa mizugi..?" soal ku ketika berjalan bersama Ayumi ke stesen bas..

"Tak apalah abang, jangan risau, Ayumi nanti main kat air cetek..." jawab Ayumi..

"Hoiii!!! Ken-chan!!!!" kedengaran suara Kaoru dari jauh di stesen bas sambil melambai ke arah ku..

"HOI!!!" balasku semula sambil melambai.. Aku dan Ayumi tiba di stesen bas. Rika, Kaoru dan Iga telah menunggu.

"Mungkin korang tak tahu tapi ni adik aku. Ayumi.." aku perkenalkan adik aku.

"Konnichiwa,, nama saya Tatsugawara Ayumi.. selamat berkenalan!" sapa Ayumi sopan..

"Wahh.. comelnya!!" Rika dan Kaoru terpegun dengan kecomelan adikku..

"Wahh.Kenji nampaknya kau bawa pesaing Rika dan Kaoru.. hehehe" kata Iga.

"Iga.... jangan masukkan adik aku dalam senarai pesaing Mizugi tercantik boleh tak?.." balasku agak geram.

"Baiklah, baiklah.. aku gurau.." 

"Baiklah bas sudah tiba. Mari kita pergi!!" kata Kaoru bersemangat..

"YOSHH!!!!"

-----_-----_-----_-----

"Wahhh.. cantiknya tempat ni..!!" terpegun adikku..

"Oh yela.. Yumi-chan dan Ken-chan.. baru sebulan kat sini.. tak peliklah kalau korang terpegun.." kata Kaoru.

"Yumi-chan???.. Kaoru,,, cepatnya kau bagi nama kat adik aku.." kata ku..

"Ayumi tak kisahlah abang..  Lagi pun Ayumi suka panggilan baru..."

"Haaaahhh~~ Yumi-chan tetap comel.." kata Kaoru.

"Baiklah semua, mari kita tukar ke mizugi kita..!!" kata Iga yang bersemangat..

-----_-----_-----_-----

"Ahhh... Mana Rika dan Kaoru ni.. dorang belum siap lagi ker??" Soal Iga kepada ku selepas kami menukar ke mizugi tidak sampai 5 minit.

"Perempuan, perlukan banyak tempat untuk dilindungi.." jawab ku..

"Hai awak berdua!!!" suara Rika memanggil dari belakang..

"Woahhhh!!!!!" terkejut aku dan Iga.. Rika dan Kaoru seperti model mizugi yang aku selalu tengok dalam majalah bulanan..

"Ka-ka-kao-ru... " Iga yang tak terkata selepas melihat teman wanitanya yang agak malu-malu untuk menunjukkan mizugi-nya.. Sembunyi di belakang Rika

"Kan aku dah cakap Kaoru.. Iga mesti suka tengok kau pakai macam ni.." kata Rika...,

"Abang..." panggil Ayumi dari belakang..

"Ayumi..." balasku sambil terpegun melihat adikku sendiri.. Tidak-tidak.. aku bukan siscon... 

(TL Note: Siscon - Sister Complex)

"Iga!!" jerit Kaoru selepas melihat Iga rebah ke tanah..

"Iga.. bertahanlah!!" aku pusingkan badannya dan melihat hidungnya berdarah.

"Aku dah sampai ke syurga ke?? terlalu banyak bidadari memakai mizugi..." soal Iga tidak sedar..

-----_-----_-----_-----

"Haahhh.. selesanya... air dari bukit yang sejuk..." kata hatiku ketika aku berendam di dalam sungai, melawan musim panas bulan Ogos.

"Ken-chan, cuti musim panas ni, kau ada apa-apa perancangan tak?"  Soal Rika,

"Tak.. tak ada apa-apa... rasanya....?" jawabku tidak pasti..

"Kalau begitu, aku nak ajak kau dan Ayumi pergi Akihabara.." kata Rika.

"Hmmm.. bukan cuti musim pamas selalu pergi pantai ker?"

"...." celah Kaoru dari arah belakang Rika.

"Ehehehe... pantai rasa terlalu cliche, lagipun aku nk ke Akihabara sebab ada perjumpaan dengan grup peminat Anime 'Mahou Shounen: Blizters'..Ketika perjumpaan tu, kau dan yang lain boleh beli-belah dahulu...." jawab Rika dengan ekspresi yang begitu bersemangat.

"Rika....? kau ni.... Otaku ker??" soal ku keraguan

"Teeeheee~" 

-----_-----_-----_-----

Suasana petang hampir melabuhkan tirainya. Kami dalam perjalanan pulang ke rumah. Sampai sahaja di stesen bas kami berpisah ke rumah masing-masing. Aku melambai ke arah Rika selepas berpisah dengan Rika di lorong rumahku.

"AKU PERLUKAN WANG!!! FAHAM TAK???" jerit ayahku setelah aku tiba di hadapan pintu rumah. Ayumi terus memelukku....

"Abang... " kata Ayumi lemah... aku terus membuka pintu..

"AYAH!!!" aku menjerit. Ayah ku memandangku seperti ingin membunuhku. Aku terlihat ibuku terduduk di lantai dan kepalanya berdarah.

"Apa ayah buat dekat ibu!!"

"Budak-budak jangan campur hal orang dewasa!!!" kata ayahku.

"Hehe,.. sapa yang budak-budak sekarang...?" aku tersenyum. Ayah ku semakin berang.

"Tak Guna!!!!" ayah ku datang melru ke arah ku dengan membawa sebiji penumbuk. Aku mengelak serangan ayahku, lalu menumbuk dagunya, ayahku jatuh ke belakang..

"Ayah...!" jerit adikku Ayumi lalu meluru ke arah ayahku. Ayahku bangun dan keluar dari rumah. Aku menghampiri ibuku.

"Ibu, ibu tak apa-apa ke?" soalku apabila melihat ibuku separuh sedar. Aku mengangkat ibuku masuk ke bilik. Nenekku merawati kepala ibuku.

"Abang... Ibu tak apa-apa ker?" soal adikku lalu memelukku dari belakang.

"Tak..abang harap..." nampaknya jangkaan ku betul.. Ayah telah menjadi seperti dulu.......

 

-----to be continued----

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
KaiKenji
Setelah beberapa bulan aku meninggalkan doujin aku ini... mgkin dalam masa terdekat ni.. chapter 9 akan keluar.. just wait and see...

Comments

You must be logged in to comment
Counselor_T #1
Chapter 4: keep writing...
xenodochial
#2
Chapter 3: omg.. Touma sukakan kaoru? Rasanya ya omgg
xenodochial
#3
Chapter 2: I'm feel like I'm reading manga XD
(Y) daebak.
xenodochial
#4
Chapter 1: Update!! Best gilaaaa
HeavenDelight
#5
Chapter 1: wa...best2..haha
afina_exotics99
#6
update soon! foreword best!! daebakk :D