Please Don't Say Goodbye

Please Don't Say Goodbye
Please Subscribe to read the full chapter

1/3/2013 - Bulan pertama

Cahaya matahari yang terang memancar kearah mukaku. Cahaya tersebut telah membuatkannya tampak lebih putih daripada biasa. Bunyi kicauan burung amat menyenangkan hati. 1 bulan. Ya, sudah satu bulan aku berada di hospital ni. Semuanya bermula bila aku jatuh pengsan 1 bulan yang lepas kerana mengerang kesakitan. Apa salah aku? Kenapa aku perlu lalui semua ini? 

Tapi tak mengapa. Dia akan sentiasa menyokong aku. Dia yang sentiasa disisi aku bila-bila sahaja. Walaupun aku hidup tanpa kasih sayang ibu bapa, dia hadir memenuhi segala-galanya.Huang Zi Tao. Aku tak sanggup nak kehilangan dia. Aku betul-betul cintakan dia. Aku nak sehidup semati dengan dia. Aku.. Aku tahu aku takkan boleh lakukan semuanya. Bermula dari ayat Dr. Kwon, semua impian itu hancur. Hancur buat selama-lamanya.

"Cik Haneul, awak cuma tinggal 3 bulan sahaja untuk hidup. Sel kanser yang ada dalam otak awak, sudah merebak. Kami tidak dapat melakukan apa-apa lagi,  Saya minta maaf. Ianya pun sudah sangat teruk kerana lama dibiarkan tanpa sebarang rawatan."

Waktu itu, Tao bersama aku. Hati aku bagai nak gugur bila dengar tentang berita ni. Tapi dia? Dia asyik tersenyum dan tak habis-habis memberikan kata semangat! Bodoh! Dia memang bodoh. Kenapa dia masih senyum walaupun berita ni disampaikan? Walaupun dia pendiam, dia tak pernah pun marah atau menjadi seorang yang pendiam bila dengan aku. Dia kata dia tak nak aku bersedih kalau aku marah dia. Tapi senyuman dia tu seakan-akan membunuh aku. Aku tahu yang aku tak akan dapat tengok senyuman itu lagi. Lepas 3 bulan. Aku takkan sia-siakan waktu ni walaupun ianya singkat. Sebulan aku tinggal dalam ni macam orang bodoh. Tao tak habis-habis nak tenangkan hati aku! 2 bulan lagi... 2 bulan...

5/4/2013 - Bulan kedua

Aku bosan. Aku perlu keluar. Walaupun otak aku ni asyik menyerang secara tiba-tiba, aku tetap tak boleh duduk diam sahaja dalam ni. Habiskan sisa-sia hidup aku dengan cara yang bodoh. Aku terdengar pintu dibuka. Tao dengan senyuman bodoh dia tu lagi, dengan seplastik beg makanan ringan. Aku tetap takkan senyum. Buat apa? Aku terkurung dalam ni tak buat apa-apa. Sikit-sikit pemeriksaan. Benci tahu!! Aku perlu cari jalan lagi untuk pujuk Tao.

"Tao, saya nak keluar jalan-jalan. Saya nak pergi keluar dengan awak! Saya bosan macam nak mati dalam ni tahu!!" Aku cuba memujuk.

"Tak bolehlah sayang, Awak tu perlu rehat yang mencukupi tahu? Nah, makan ni." Tao masih berdalih. Dia menghulurkan makanan tersebut.

"Kalau awak sayang saya, kenapa awak biarkan saya terkurung habiskan masa 3 bulan saya dalam ni?! Saya nak habiskan sisa-sisa kehidupan saya untuk bersama awak! Kenapa awak selalu halang saya!! Ahhhhh bosan tahu!!" Aku cuba nak marah. Tapi betullah apa yang aku cakap ni! Tak kira dia nak terasa ke tak, masalahnya dah 1 bulan aku pujuk dia.

"Haneul.... Kenapa awak sebut lagi benda ni?! Awak tetap sini, awak akan hidup! Awak tidak akan pergi! Tak tak, takkan! Dunia tak kejam sampai dia nak ambil awak dari saya!!" Tao cuba membalas. Tao.. Dia mesti nak mulakan lagi. Kenapa dia tak percaya pada takdir? Inilah takdir aku dengan dia!! Dunia kejam Tao, dunia sangat kejam!! Aku mengalirkan air mata. Aku tak tahan..

"Tao.. Tolonglah, kalau awak betul-betul sayangkan saya, please! Please saya nak keluar dan pergi melancong! Taknak terkurung dalam hospital sahaja!" Aku cuba memujuknya lagi. Matanya yang berkaca aku tenung. Kami terdiam seribu bahasa untuk masa yang agak lama.

"Baiklah.. Saya betul-betul sayangkan awak! Saya akan bawa awak kemana sahaja yang awak nak." Tao dah melemparkan senyuman yang manis dan datang memberi aku satu pelukan hangat. Aku berasa selesa, perasaan ini.. aku tidak mahu kehilangannya. 

"Malam ni, kita pergi.. Hmmm.. Jom jalan-jalan di Lotte World? Lama kita tak pergi ke sana, habiskan masa macam dulu?" Aku bercakap dengan suara yang teruja.

Baiklah, anything untuk awak. Tapi jaga diri ni itu okay?" Tao mengusap rambutku. Dia tersenyum meleret. Aku harap, aku dapat tengok senyuman ni selamanya walaupun aku rasa ia nampak agak bodoh..

--

Malam yang cantik. Lampu-lampu di bandaraya Seoul menerangi. Aku berjalan bersama-sama dengan Tao, memegang tangan memasuki tempat itu selepas membeli tiket. Tiba-tiba satu layar yang seperti wayang terpapar dalam fikiranku. 3 tahun yang lepas.

Flashback

"Tao!! Jom kita cuba main permainan tu? Saya nakkan patung tu! comel sangat! Awak mesti menang tahu! Tempat tepat pada belon-belon yang sepatutnya! Mari!" Aku mengajak Tao dnegan suara yang amat teruja. Kami terus ke gerai permainan memecahkan belon. Pada mulanya, Tao cuba untuk mensasarkan pada belon yang sepatutnya, tetapi malangnya dia tidak berjaya.

"Yahh!! Huang Zitao!! Saya dah suruh awak lakukan dengan bersungguh-sungguhkan? Beri saya benda tu, saya nak cuba pula!" Seraya itu, aku terus mengambil alat itu dari tangan Tao. Tao mencebik. Dengan tenaga yang ada, aku cuba untuk mensasarkan tepat pada belon yang berpusing-pusing itu. Dan... Aku berjaya memecahkannya!

"Tao!! Tengok tu!! Saya kalahkan awaklah!! Yaaaayyy!! Hahahahahaha saya menang!!" Lelaki berbadan agak sasa itu menghulurkan patung kepada aku. Aku tersenyum lebar manakala Tao, memandang sinis kearahku.

End of flashback.

Aku memandang sayu kearah gerai yang pernah kami pernah 3 tahun yang lalu, perlahan-lahan mulut aku tersenyum. Aku rindukan waktu itu. Mungkin sekarang aku tidak boleh menang seperti dulu, gelakkan Tao seperti dulu, membuatkan Tao memandang sinis kearahku. Aku melepaskan keluhan yang berat. Lalu, Tao memandang ke arah bola mataku.

"Awak.. Nak main ke belon tu? Mari kita main! Dah lama kita tak ke sana, bukan?" Aku tersenyum lalu memegang tangan Tao ke gerai permainan tersebut. 

"Nah, awak cuba satu" Tao menghulurkan alat yang perlu disasarkan pada belon itu. Aku mengambilnya lalu memandang tepat dan fokus kearah belon yang berpusing. Kabur. Itu yang boleh aku katakan. Aku cuba kecilkan mata agar dapat memfokuskan arah yang perlu disasarkan tetapi malangnya semuanya kabur. Tanpa membuang masa, aku membaling alat itu dengan penuh bersemangat.

"Ahhhh~~ Cik, awak tersasarlah! Nampaknya, teman lelaki awak berpeluang untuk menang! Haha!" Kata lelaki yang menjaga gerai permainan tersebut sambil tergelak besar. Aku tersenyum.

"Tak mengapalah, saya tak berpeluang harini~ Hehe" Air muka Tao mula menunjukkan yang dia risau. Aku mencuit lengannya untuk mencuba. Lalu, dia terus mensasarkan tepat ke arah belon itu, dan belon itu pecah! Orang yang berada disitu bertepuk tangan. Air mukanya masih tak berubah, kerisauan. Aku tersenyum riang. Begitu juga dia selepas itu. Dia mengambil hadian patung Doraemon itu dan kami pergi ke bangku yang berdekatan.

Tao memandang ke arah muka ku, tersenyum. "Awak tak apa-apa tadikan? Penglihatan awak kabur? Please jujur dengan saya?" Tao bertanya. Jujur, ya jujur. Aku terus mengangguk perlahan. Dia melepaskan keluhan yang berat. "Haneul, kalau awak rasa tidak selesa atau apa-apa, mari kita balik? Saya tak nak awak lebih terbeban selepas ini? Okay." Aku okay. Tak, aku memang okay sekarang.

"Saya okaylah, tak mengapa. Itu cuma sebab-sebab yang ringan sahaja, tak perlu awak risau, arasso?" Aku tersenyum. Terpaksa. Aku terpaksa tersenyum walaupun aku sedang terseksa. Sebenarnya aku memang tak selesa sejak kami masuk ke sini. Kepala aku rasa sungguh berat. Tapi tak mengapa! Aku nak habiskan waktu ini dengan Tao.

"Baiklah, awak nak naik ferris wheel tu? Hmmm?" Tao bercakap dengan aku dengan matanya yang memandang tepat kearah bebola mataku yang coklat terang. Aku mengangguk lemah, lalu tersenyum. Dia memegang tanganku dan kami beriringan ke situ.

Ferris wheel. Satu lagi kenangan yang berlayar dalam fikiran aku. Aku tak boleh lupakan saat tu. Waktu aku dan Tao dengan rasminya bercinta, tempat ciuman pertama aku dengan Tao semasa berumur 17 tahun. Aku masih lagi teringat ayat dia.

Nanti, bila kita dah besar, kita akan kahwin lepastu saya dan awak akan hidup selama-lamanya macam selalu kan, Haneul?

Aku cuba menahan air mata aku daripada menitis. Aku cuma ada 2 bulan sahaja untuk hidup. Waktu sekarang ini pun aku dah terseksa. Aku nak habiskan sisa-sisa hidup aku dengan Tao. Lamunan aku terhenti apabila Tao menegur aku.

"Haneul, awak okay? Awak pucat sangat ni kenapa?" Tao bertanya dengan memberikan riak muka yang risau.

"Saya okay je. Cuma sejuk sikit~ Heee~ Tak perlulah awak risau!" Aku balas dengan senyuman. Senyuman palsu. Aku sedang menahan kesakitan. Kesakitan yang biasa aku alami. Aku perlu bertahan! Akhirnya, kami berada di puncak. Pemandangan di Seoul memberikan aku sedikit ketenangan. 

"Haneul, awak ingat tak first kiss kita dulu? Itulah waktu paling lama kita kissing kan?" Tao berkata sambil memandang tepat ke arah mataku. Aku tersenyum lalu membalas "A'ah. Lepastu saya malu nak kiss awak lagikan? Saya pun taktau kenapa hehe" 

"Boleh tak kita lakukan lagi sekali? Maybe for the....last time?" Tao menyengetkan kepalanya. Aku hanya kaku dan tidak berbuat apa. Satu ciuman yang hangat dapat aku rasakan. Aku hanya membalas ciuman tersebut. Aku pasti akan merindui ciuman seperti ini lagi.. Aku pasti akan.

--

 

Tao POV

Tepat pukul 11 malam. Aku menemani Haneul dalam bilik yang agak besar ini. Aku masih tersenyum. Semua senyuman yang aku lemparkan ini khas untuk si dia. Aku tahu, lepas 1 bulan ni dia tidak akan dapat tengok senyuman ini. Kalau boleh pun, mungkin dari alam yang lain. Tadi dia kata yang mata dia mengabur. Ak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
imraen_
#1
Chapter 1: ohhh gosh. Kuatnyaa tao. Seriously! waaaaa and she lucky dapat tao yang uh sangat samgat sempurna. Jeles much!
linaniel
#2
wohoo tao!>< pls update soon,author-nim!
kim_iqa #3
Yeah! Huang Zitao. U r handsome my man. Btw, nice fanfic. Baru tngok description tapi dah x sabar nak bace. :)
KayKyuQ
#4
0kayyyyyyyyyyyyy ! Update Soonnnnnnnnnn. oh ya ! good luck for ur exam :D