The Answer

Why

http://www.4shared.com/mp3/D928Iozz/Kiss_The_Rain.htm

(homg, aku takboleh bukak Youtube ;A; tekan je link tu u.u)

 

    


    "Apa yang kau tulis tu?" 

      Pantas tangan menarik buku tulis ke dada. Wajah Sehun aku pandang dengan mata yang terbuka luas. Peluh dingin mula mengalir.

      "Apa ni main rahsia-rahsia. Tunjuk ah," dia menggesa. Aku serba salah.

       Perlahan-lahan buku itu aku letak di atas meja. Terang-terangan tulisan tanganku terpampang.

     "Hmm, dah agak dah," Sehun memberi respon apabila muka surat itu dipandang sekilas. Aku hanya menarik senyum.

     "Ingatkan kau tulis formula apa tadi. Ayat jiwang jugak," dia mengejek. Aku masih mempamer senyum. Dah lali.

     "Kau memang takde kerja lain, ya?" soalan Sehun aku jawab dengan gelengan. Mata pensil kembali di letak pada kertas. Perlahan-lahan tangan mencoret huruf-huruf membentuk satu perkataan demi satu perkataan.

     "Kau masih letakkan harapan pada dia?"

       Tangan spontan terhenti. Pandangan di arahkan ke hadapan sebelum kepala menoleh, mata memandang Sehun. Pandangan yang aku sendiri tak pasti.

      "Rilek, jangan marah. Aku tanya je," Sehun seolah-olah dihambat rasa bersalah. 

      Aku marah ke?

      Entah, tak rasa apa-apa.

      Cuma rasa,

      Dingin.

      "Aku risaukan kau. Kau dah banyak berubah. Lepas kejadian tu," Sehun tunduk. Aku dapat lihat senyuman pahit di bibirnya. Beberapa saat kemudian dia kembali mengangkat wajah, memandangku.

      "Kau banyak cakap dulu. Satu aku cakap, sepuluh, dua puluh, tiga puluh kau balas,"

      Itu satu.

      "Kau suka kenalkan aku dekat kawan-kawan perempuan kau. Kau cakap kau bosan tengok aku single-mingle,"

      Itu dua.

      "Kau rajin senyum dulu. Semua jenis senyum. Benda sedih pun kau bawak senyum,"

      Itu tiga.

      Banyaknya perubahan.

      Aku berubah terlalu drastik ke?

      "Dan kau," 

      Jeda. Aku memandang Sehun, meminta sambungan.

      "Kau tak macam ni. Kau kuat. Sekarang ni,"

      "Aku lemah?" buat julung kalinya aku bersuara. Sehun ketawa. Ketawa pahit.

       "Takdelah. Kau masih kuat macam dulu," Sehun menepuk lembut bahuku. Aku menghela nafas berat. Tumpuan diarahkan pada ayat dan perkataan yang tertulis di badan kertas. 

       Aku masih mengharapkan dia?

       "Cuma..." suara Sehun menghentikan lamunan.

      "Kau kena tambah kekuatan kau. It lose a bit," dia menyentuh jari telunjuk pada ibu jari lalu diangkat separas dengan mata. Bibir mempamer sengih. Aku mengangguk lemah.

       Senyap. Sehun menumpukan perhatian pada novel Harry Potter. Novel itu aku pandang sekejap. Tebal. Dah, tak sanggup nak fikir sama ada aku sanggup membacanya atau tak.

       Aku meneruskan aktiviti yang tergendala. Menulis isi hati. Meluahkan segala yang terpendam di atas kertas. Setiap apa yang muncul di benak fikiran akan aku curahkan di atas helaian kertas. Betul kata Sehun. Aku dah kurang bercakap. Segalanya aku tumpahkan pada kertas. Hanya mata pensil yang berbicara manakala hati menjadi sang penglipur lara.

      Tiba-tiba otak diterjah dengan satu pertanyaan. Perlahan-lahan pensil aku letakkan di atas kertas.

       "Hun," aku memanggil. Sehun yang sedang membaca menoleh. Wajahnya kehairanan.

      "Kau rasa aku ni masih harapkan dia, ke?" soalan itu aku ajukan.

      Sehun ketawa. Sinis. Dia memandangku dengan senyuman yang aku sendiri tak pasti.

      "Nampak gayanya macam ya," dia membalas sarkastik. Pandanganku menyorot ke meja. Kenapa semua orang asyik cakap benda yang sama. Aku tak harapkan dia. Dia tu...

      Lampau. Kisah lampau.

      "Aku nak tanya beberapa soalan. Sebelum tu aku nak minta maaf kalau aku ada guriskan hati kau. Tapi bagi aku, ini untuk kebaikan kau. You know what, aku dah tak sanggup tengok kau macam ni. Okay?"

      Entah, aku malas nak bertekak. Aku anggukkan kepala.

      "Kenapa kau perhatikan dia? Kenapa kau ambil gambar dia senyap-senyap? Kenapa kau tak luahkan perasaan kau? Hah? Kenapa kau pengecut? Dan kenapa kau berubah? Aku tak faham," bertubi-tubi dia menyoal.

       Aku mengeluh. Terasa pedih di hati. Menusuk tepat ke jantung. Aku terpaksa telan pedih yang aku sendiri reka.

      "Perlu aku jawab sekarang?"

      "Perlu," Sehun seolah-olah tiada simpati. Terus-terusan menggesa. 

      Ini semua buat aku rasa penat. Rimas.

      Kau nak tahu semua ni, Sehun. 

      Aku akan jelaskan.

      Even a single damn word.

      I'll never miss it.

      "Kenapa aku perhatikan dia? Kau nak tahu kenapa? Sebab... aku takut. Aku takut aku tak mampu nak bagi dia apa yang aku ada. Dan aku takut dikecewakan. Kecewa tu.. sakit sangat, Hun. Sakit. Aku tak sanggup. Aku memang tak sanggup. Sebab tu aku cuma perhatikan dia. Biarlah aku bertepuk sebelah tangan asalkan tak ada secalit pun rasa kecewa sebab aku tak mampu memiliki dia," berhenti seketika. Nafas ditarik dalam. 

      "Aku selalu ambil gambar dia, sebab... benda tu takkan berubah. People remains the same in picturesAnd it contains memories. People changes in reality but not in pictures. Walaupun selepas 1000 tahun, dia tetap wanita yang pernah bertakhta dalam hati aku. Tak kiralah dia berubah atau tidak. Cuma wanita yang dalam gambar tu lah, wanita yang aku cinta," kamera Nikon DSLR EOS600 yang terletak di sisi buku tulis aku pandang. Aku tersenyum pahit.

      "Soalan seterusnya?" Sehun menyoal dingin. Aku tersenyum sinis. Impatient, huh?

      "Aku tak luahkan perasaan dekat dia. Kau nak tahu sebab apa? Aku dah jawab dekat soalan pertama tadi. Aku takut dikecewakan," jawapanku seolah-olah tak memuaskan hati Sehun.

      "Dan pengecut aku bukan sebarang pengecut. Aku cuma... tak mahu disakiti dan menyakiti. Aku bukan pengecut. Kalau aku luahkan perasaan pada dia, aku akan disakiti kecewa dan aku akan menyakiti perasaan orang lain. I'm not a selfish people, Hun," Sehun bagaikan tergamam. Jawapanku seperti terkena batang hidungnya.

      And this is it. The last question.

      "Perubahan aku. Tak beri kesan apa-apa pun. Hakikatnya ada orang yang bersorak suka. Aku tak berubah. Aku masih orang yang sama. Aku masih Kim Jongin. Aku masih memerhatikan segalanya. Aku masih tahu hal sekeliling aku. Aku cuma berdiam diri. Aku biarkan dia... bahagia. Dengan..." ayatku terhenti di situ. Sebak di dada tak tertahan. Aku menangis.

      "Jongin.." Sehun memanggil.

       Aku memandangnya dengan senyuman sinis.

      "I have an extra answer,"

       Sehun tunduk.

      "Sebab utama pada semua persoalan ni ialah...

      Because you're her boyfriend. It hurts me a lot. And you stabbed me from the back. It hurts me that you snatched her from me, Oh Sehun. That's the reality. Krystal should be mine,"

 


      ISHHH TAK BEST KAN?

HAHAHA OMG KRYSTAL AT THE LAST 

KAISTAL<3

PAPEPUN THANKS BACA!

KALAU RASA TAK BEST

SILA CAMPAK CERITA NI KE LAUT

T^T

--unicornyixing

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
StalkingYifan
#1
Chapter 1: best !!! buat la smbngan !!!
taehngx
#2
buat la sequel ;o;
Hollowgirl98
#3
Chapter 1: Weh, beruk ;u; Awesome cerita kau. Meh sini, aku belanja maggie. xD Kau buat cite best lagi, aku belanja kau Kepci pulak *angkat angkat kening* Hohoho
aosaiku-
#4
Chapter 1: nice dude :D
CheeseDaeBAP
#5
Chapter 1: Beesstttt !!! Akhirnya kai jadi main role .. between its really sad to see kai like that .. cite ni best tapi masa part krystal .. -__________-
UnicornYixing
#6
Chapter 1: SERIOUSLY AKU TAK BOLEH REPLY COMMENT ;_; btw NialNitty, cerita dia camni, Kai tu dah lama usha Krys alih alih Sehun yg dapat. Haaa, camtu arrr. :3
GuardianExostans
#7
Chapter 1: SUMPAH BESTT..TP KN XD KALO KAI KAPEL DGN SEHUN JE TALEY? K NO..GURAU XD TP BEST..X SESIA X TIDO MLM