Kang Minhyuk Is Coming >w

Eonnie, Your Boyfriend Is So . . . Urgh!
"Noona, dorm kitorang dekat situ jer," kata Ricky sambil menunjukkan sebuah apartment.
 
"Ooo.." kataku.
 
Oh, tak jauhlah dorm Byunnie dari rumah aku . . 
 
"Yah, L.Joe temankan Girlfriend ko balik," kata Chunji.
 
"Ha'ah . . bergembiralah . . kitorang balik dulu . . bye Youkyung! Gembira dapat berkenalan dengan awak," kata Niel.
 
"Aishh! Yah! Dia ni bukan Girlfriend aku lah! Tak nak aku temankan dia!" kata Byunnie geram.
 
"Yah pabo! Dia perempuan lah! Ni dah malam . . kalau jadi apa2 kat dia macam mana?" kata CAP.
 
"Cch, why so serious? Girlfriend tu kitorang maksudkan kawan perempuan lah," kata Chunji.
 
"Ohh, ok," kata Byunnie dengan muka blurrnya.
 
"Bubbye noona," kata Ricky.
 
Member Teen Top (kecuali Byunnie) melambai tangan kepadaku dan aku lambainya kembali.
 
Mereka semua pergi.
 
 
" Dah . . dah . . jom gerak," kata Byunnie yang berdiri di sebelahku.
 
Kejap . . tadi dia tak jawab lagi soalan aku . . 
 
"Byunnie, betul ke aku buat kau . . gila?" tanya aku.
 
"Heh . . " kata Byunnie sambil tersenyum sinis.
 
Byunnie berdiri di hadapanku.
 
Dia mendekatkan mukanya dengan mukaku.
 
Aku menutup mataku. >///<
 
". . kalau memang betul kenapa?" kata Byunnie.
 
" . . . " aku speechless . . >//<
 
" Hahaha~ Tu semua tipu lah . . aku kan cintakan Seohyun noona . . mana boleh terfikirkan orang lain," kata Byunnie.
 
.
 
.
 
.
 
Aku membuka mataku perlahan dan melihat dia dah jauh berjalan di hadapanku.
 
" Habis . .??! " kataku padanya.
 
Aku berlari ke arah Byunnie.
 
"Seohyun noona . . dia buat aku tak boleh lupakan dia," kata Byunnie.
 
Langkah kami terhenti.
 
Aku nampak Baro dan dua orang perempuan di samping dia.
 
Mereka berpelukan dan pakaian perempuan dua orang tu agak seksa aku melihatnya.
 
Aku berjalan ke arah Baro.
 
"Hoi Baro! Sekarang kau kan boyfriend Eunji! Kenapa kau mesra2 dengan pompuan ni pulak?!" kataku separuh menjerit.
 
Aku geram sangat kalau masuk bab curang mengcurang ni sbb aku tak suke tengok Eunji sedih lagi.
 
Kene buli? Bash? Luka sana sini? 
 
Memang aku tak faham kenapa Eunji boleh bertahan lagi.
 
Baro hanya tersenyum sinis melihatku.
 
"Kenapa? Suka hati akulah! Kau siapa nak marah2 aku?" kata Baro. >:(
 
"Aku kawan Eunji! Dengar! Aku bagi amaran kat kau! Kalau kau buat Eunji terseksa lagi . . aku akan hancurkan kau macam . . macam. ." kataku mencari
perkataan sesuai.
 
"Biskut," bisik Byunnie.
 
"Haa.. macam biskut!" kataku.
 
Wait whut?
 
Aku melihat Byunnie dan dia hanya tersenyum nampak gigi.
 
"Haha . . apa2 lah . . aku tak kisah . . budak bodoh tu? . . sepatutnya dia yang mati bukan Minjoo!," kata Baro.
 
Aku menampar pipi Baro kuat. >:(
 
Haa~ kan dah kene!
 
"Kau tau tak dia sayangkan kau sangat?! Layan dia baik-baik! Faham?"kataku kepada Baro.
 
 
Baro melihat aku dalam keadaan marah.
 
"Yah! Kau!!" katanya sambil mengangkat tangan kanannya ingin menamparku.
 
Ok~ Aku dah menyesal tampar dia tadi TT^TT
 
Byunnie menggenggam tangan kanan Baro.
 
"Whoa! Jangan pernah terfikir pun nak sakitkan anak aku ni,"kata Byunnie.
 
'Anak'? Seriously?
 
Tapi mata Byunnie tajam melihat mata Baro.
 
Tak pernah aku tengok Byunnie serious macam tu.
 
Dia macam nak makan je Baro tu.
 
"Aishh!!" kata Baro lalu dia menepis tangan Byunnie.
 
Baro melihat tepat ke bola mataku . . tajam.
 
Dia tersenyum sinis lalu pergi dari situ.
 
.
 
.
 
.
 
"Kejap . . Siapa Eunji?" tanya Byunnie tiba2.
 
Hmm . . tu laa -_-''
 
"Kawan aku . . perempuan . . dia couple dengan penyangak ni . . tapi hmm. . entahlah," kataku.
 
"Alaa~ citer lah~" kata Byunnie.
 
Aku menceritakan pasal Eunji kepada Byunnie dalam perjalanan balik ke rumahku.
 
 
Kelas
 
 
Cikgu Wonbin tak ade. :D
 
Indahnya duniaaa.
 
Kang Minhyuk akan datang ke kelas aku dan ajar kat kelas aku serba serbi pasal drum.
 
Memang aku nantikan sangat hari bahagia ni.
 
Pengetua Heechul masuk ke dalam kelas aku.
 
Kang Minhyuk pun masuk ke dalam kelas aku.
 
OMOO~~ Aku tak boleh tengok tempat lain selain muka Kang Minhyuk >w<
 
"Ahhh~ Dah datang dah nyamuk seekor ni," kata Byunnie.
 
Aku memberi pandangan maut kat Byunnie.
 
Byunnie hanya tertunduk ke bawah.
 
Aku melihat Kang Minhyuk kembali sambil tersenyum. :)
 
" Salam sejahtera semua, Saya, selaku pengetua sekolah ini ingin mengenalkan seorang Idol yang akan luangkan masa selama dua hari di sekolah ini . . iaitu Kang Minhyuk dari group CNBlue . . silakan," kata pengetua Heechul.
 
Para pelajar masing2 tepuk tangan.
 
" Nae, terima kasih pengetua . . Apa khabar semua?" kata Kang Minhyuk.
 
Oh Kang Minhyuk . . kenapalah suara kau merdu >3<
 
"Baaiiikkk," kata hampir semua pelajar di kelas aku.
 
"Hehe~ saya akan luangkan masa hari ni dan esok . . yang esok tu top 3 student kat sekolah ni je," kata Kang Minhyuk.
 
"Alaaaahhh," keluh kelasku.
 
"Takpe2 mari kita have fun hari ni okay?" kata Kang Minhyuk.
 
"Okaaaayy," kata kelasku bersemangat.
.
 
.
 
Aku nampak Kang Minhyuk terangkan sesuatu kat papan putih tapi aku tak tahu apa.
 
Kang Minhyuk kenapa kau hensem sangat >w<
 
Hari ini Kang Minhyuk akan mengajar note muzik dan tunjukkan basic drum~~
 
Setelah Kang Minhyuk terang kat depan . . kitorang kene buat latihan yang Minhyuk oppa bagi.
 
Aku blurr kejap.
 
Aku menulis beberapa note muzik dan cuba memukul drum aku.
 
Kebetulan Minhyuk oppa berjalan dekat dengan tempat dudukku.
 
"Tak . . salah tu . . mari saya tunjukkan," kata Minhyuk oppa sambil tersenyum.
 
"Boleh saya duduk sini kejap?," tanya Minhyuk oppa kepada Byunnie yang duduk di sebelahku.
 
"Duduk je," kataku sambil menolak Byunnie.
 
"Yahh!" jerit Byunnie kepadaku.
 
Aku berikan pandangan maut padanya.
 
"Cchh!" katanya lalu duduk di belakang Minhyuk oppa :3
 
Minhyuk oppa duduk di sebelahku.
 
Omooo~ bagaimanakah?
 
Dia ajar aku langkah demi langkah.
 
 
Aku dapat memahaminya perlahan-lahan tetapi senyumannya terlalu bersinar.
 
Aku ternampak mahkota halimunan di rambut coklatnya itu.
 
Omoo ma Prince Charming >3<
 
Aku main drum itu ikut apa yang diajar Minhyuk oppa.
 
"Hmm . . bagus! Awak buat bagus!," puji Minhyuk oppa.
 
Dia memandang tepat ke arah mataku.
 
Oh Tidak! Aku tak boleh bernafas. >///<
 
"Mata awak cantik," kata Minhyuk oppa.
 
Oh~aku kat manakah? Syurga?
 
Tiba2 kerusi Minhyuk ditendang Byunnie.
 
Dia ni kan!  >_<
 
Kuajaa tul!!
 
"Aku tak faham macam mana nak wat note ni," kata Byunnie.
 
"Meh hyung tunjukkan." kata Minhyuk sambil bangun dari kerusinya.
 
Hajima! Minhyuk oppa jangan lari~
 
Byunnie sempat jelirkan lidah padaku.
 
Geramnyee aku . . nak je aku . . 
 
Byunnie tu saje je . . aku tahu dia faham ape yang Minhyuk ajar tadi . . 
 
Saje rosakkan kebahagiaan aku >_<
 
 
 
Rehat
 
Aku terserempak dengan Eunji.
 
"Hai Eunji . . " tegurku.
 
"Youkyung-ah . . pasal hari tu . . saya tak bermaksud nak marah awak . .saya mintak maaf sangat2 . . tapi dia layan saya dengan baik sekali . . saya harap
awak faham," kata Eunji.
 
Serba salah aku nak cerita pasal aku terserempak dengan Baro dan perempuan2 tu.
 
"Hmm . . tak de masalah . . saya nasihat je . . awak kene hati2 ye," kataku.
 
Eunji hanya tersenyum.
 
"Terima kasih," kata Eunji.
 
Aku ternampak Baro datang ke arah kitorang.
 
Hah! Kenape? Nak rase penampar aku lagi ker?
 
"Hai Jiejie~ laparlah . . jom kita makan," kata Baro sambil memeluk pinggang Eunji.
 
"Umm . .jom oppa," kata Eunji tersenyum sambil melihat Baro.
 
"Bye Youkyung," kata Eunji.
 
Mereka pergi makan sama-sama.
 
Baro sempat melihat aku dan berikan senyuman sinis . . 
 
Aku lihat mereka dari jauh.
 
Baro siap suapkan Eunji lagi.
 
Baro dah berubah ke?
 
Hmm . .Let wait and see~
 
.
.
 
Di penjuru itu aku ternampak Yoseob memerhatikan Baro dan Eunji.
 
Mukanya nampak sedih.
 
Dia kemudiannya pergi dari situ.

Supp Guys~

Jangan Lupe Subscribe and Comment >w<

Q: Pengetua Heechul? Apakah?

A: Owesome kan?

Q: .  . .

A: Takkan nak buat Lady Heehee jadi pengetua diorang . . -_-

Q:

OK~ Fineee~~

Jangan Lupa Subscribe dan Comment :3

Meh Menari skit ~~

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NurRahSyaXD #1
Chapter 21: /blink2/ update soon..
izatizatixoxo88 #2
Chapter 21: Authornim update soon~
xkesah #3
Chapter 21: Update soon. ...... Jeball
hyemipark
#4
Chapter 20: Author-nim please please please update soooon
~T_T~≧﹏≦
fluffyichigo
#5
Chapter 20: sian youkyung TT-TT
Daevil_1004
#6
Chapter 19: Cinta 4 segi? Hahah xD
Eunji dah ada yoseob~
rismaKPOPERS #7
Chapter 19: keep updating a/n !!
#new reader
BbyLolly #8
Chapter 19: Author-nim .. you are the best ! Keep update..
fluffyichigo
#9
Chapter 19: aigooo cikgu Wonbin tu kena sampuk ke apa???