Bab 4 - Dark Decade

KAMEN RIDER DECADE: The day before (Malay Version)

Bab 4 - Dark Decade

 

Di dalam keretapi Den-Liner...

          "Jadi apa yang menyebabkan awak untuk kembali ke tahun 2009?" soal Kohana.

         "Kami ingin meyelamatkan Tsukasa, dan kalau boleh menghentikan Peperangan Rider.." jelas Daiki.

        "Tsukasa tak guna tu, saya memang sudah lama tak puas hati dengan dia.." kata Momotaros.

         "Saya tidak akan membenarkan awak menghentikan Peperangan Rider..." sampuk Owner. Suasana di dalam koc menjadi sunyi sepi seketika.

        "Kenapa pula??" soal Daiki.

        "Dengan menghentikan Peperangan Rider, Tsukasa mungkin akan lenyap kerana tiada apa yang berlaku di dunia ni untuk dia. Kalau niat awak begitu saya tidak akan teragak-agak untuk keluarkan awak dari keretapi ni." balas Owner. Daiki hanya mendiamkan diri sahaja.

        "Baiklah kepada para penumpang, anda telah tiba ke destinasi anda. Sila pastikan tiada barang yang tertinggal di tepat duduk anda. Terima Kasih." sambut Naomi.

       "Semoga berjaya awak berdua.." kata Kohana memberikan kata-kata semangat kepada Daiki dan Natsumi.

Tahun 2009....

        Natsumi dan Daiki berada di tengah kawasan tandus berbukit. Di kaki langit Daiki mengesan pergerakan seorang lelaki.

       "Tsukasa!!" kata Natsumi

       "Bukan... Itu adalah Ketua Dai-Shocker, dia bukan lagi Tsukasa yang awak kenal. Tsukasa yang sebenar mesti berada tak jauh dari sini." jelas Daiki.

       "Ketua... Dai-Shocker.... Tidak.. tak mungkin..."kata Natsumi tidak percaya.

      "Hahaha... jadi awaklah Daiki Kaitou si Pencuri.. Pulangkan semula Diendriver saya." kata Tsukasa.

      "Benda ni bukannya milik awak lagi, dan awak tidak akan dapat menghalang saya." balas Daiki lalu mengeluarkan kad dan Diendrivernya.

     "KAMEN RIDE....

           'HENSHIN'

          "DIEND!!!"

       "Jadi awak yang hendak melwan saya, saya tidak akan menghalang awak." balas Tsukasa. Dia mengeluarkan Decadriver dan RideBooker tetapi Decadriver mempunyai warna yang lain.

        "Tak mungkin kelabu dan kuning???" Natsumi kehairanan.

       "Mungkinkah ini rupa sebenar ketua Dai-Shocker??" soal Daiki di hatinya. Tsukasa meletakkan Decadriver-nya di pinggang dan mengeluarkan kad dari RideBooker.

         "HENSHIN...

         KAMEN RIDE... DECADE!!!" Tsukasa bertukar menjadi Kamen Rider Dark Decade. Keadaan menjadi diam seketika. Natsumi dan Daiki kehairanan.

      "Dark Decade???" kata Daiki.

      "ATTACK RIDE...

       BLAST!!" Tsukasa memulakan serangan. Daiki sempat mengelak.

     Daiki menembak ke arah Tsukasa tapi ditepis dengan senang oleh Tsukasa yang meluru kearahnya. Tsukasa menghayunkan pedangnya dan beberapa kali terkena Daiki.

    "Arghhh.. tak guna, rupanya Tsukasa yang ini lebih kuat orangnya.." kata Daiki lalu mengeluarkan K-Touch-nya.

   "G4, RYUGA, ORGA, GLAIVE, KABUKI, CAUCASUS, ARC, SKULL...

    FINAL KAMEN RIDE...

    DIEND!!!" lalu Diend bertukar ke Diend Complete Form.

   "ATTACK RIDE..

       GEKIJOUBAN" tanpa berlengah Daiki menggunakan serangan terkahir. 

   "Awak akan mati kali ni Tsukasa!!!" Daiki mengeluarkan kad Final Attack Ride.

     "FINAL ATTACK RIDE..

       DI.. DI... DI... DIEND!!!" Daiki melancarkan serangan besarnya keatas Dark Decade. Letupan besar berlaku di tempat Dark Decade berada. Selepas asap dan api beransur pulih, lembaga kelabu kuning itu masih lagi berdiri tanpa calar sedikit pun.

      "Tak mungkin.." kata Natsumi

     "Serangan tu tak berkesan langsung??" Daiki kehairanan.

         "Hahaha.. itu saja yang mampu awak buat... lihat ni.." Tsukasa meluru ke arah Daiki dan kali ini libasan pedang tidak terlepas sedikit pun. Daiki tiada peluang untuk menembak.

      "Masa untuk yang terakhir.." kata Tsukasa sambil mengelaurkan kad Final Attack Ride. Daiki tidak lagi mampu untuk membuat apa-apa.

        "FINAL ATTACK RIDE...

     DE...DE..DE...DECADE!!!" Tsukasa melancarkan serangan tendangannya ke arah Daiki. Natsumi dari jauh hanya mampu melihat sahaja.

          "TIDAK!!!!!"

bersambung di bab 5....

 

 

 

        

   

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet