KAMEN RIDER DECADE: The day before (Malay Version)

Description

Seminggu selepas berakhirnya kejadian Super Hero Taisen.. Natsumi hilang secara tiba-tiba. Zodiarts?????

 

Foreword

 

KAMEN RIDER DECADE : The day before

Bab 1: Kehilangan Natsumi

            “Decade tak guna….~” jerit Narutaki lalu hilang di sebalik dinding dimensi. Begitu juga Daiki selepas berjaya mencuri kad ‘Kamen Ride Decade’ dari Tsukasa di akhir babak ‘Kamen Rider x Super Sentai: Super Hero Taisen’.  Seminggu selepas perkara tersebut berlalu,  Natsumi secara tiba-tiba telah menghilangkan diri di suatu pagi. Eijiro yang hampir menyiapkan sarapannya menyedari kehilangan Natsumi lalu memanggil Tsukasa.

             “Akhirnya dia menghilangkan diri juga.. heh” gurau Tsukasa.

             “Tapi takkan dia menghilangkan diri macam tu saja, selalunya dia akan beritahu atok kalau nak keluar..." balas Eijiro.

             "Tsukasa... Tsukasa..." suara yang sayup-sayup kedengaran di telinga Tsukasa.

              "Atok dengar tak, rasanya suara Natsumi.." 

              "Tak atok tidak dengar apa-apa,.."

             "Tsukasa... Tsukasa...." suara kedengaran semakin kuat.

             " Natsumi!!!" Tsukasa meluru keluar ke pintu. Eijiro mengejar tetapi secara tidak sengaja terlanggar tabir belakang dan muncul lambang Dai-Shocker di tabir tersbut.

            Tsukasa membuka pintu dan dinding dimensi betul-betul berada di hadapannya. Lalu keluar seekor raksasa berjubah.

            "Siapa kamu?" soal Tsukasa.

            "Sayalah Sagittarius Zodiarts. Ketua Horoscopes" balas raksasa yang dinamakan Sagittarius Zodiarts.

            "Zodiarts... Horoscopes???" 

            "Mungkin awak tidak mengenali saya, tapi awak mungkin mengenali Kamen Rider Fourze."

            " Jadi awaklah musuh Kamen Rider Fourze, apa kena mengena dengan saya."

            "Bukan awak tetapi Natsumi..."

           "Natsumi..?? Di mana dia..?"

           " Jangan risau dia masih lagi selamat,  masa silam awak sahaja yang dapat menyelamatkan dia. Hahahahaha.." ketawa Sagittarius lalu hilang di dinding dimensi. Tsukasa mengejar tetapi dinding dimensi cepat menghilang.

          "Tak guna!!!!" Tsukasa melutut, siang tiba-tiba menjadi gelap.

          "Awak harus selamatkan Natsumi, dia sahajalah yang mengetahui masa silam awak." suara yang tiba-tiba muncul di hadapan Tsukasa.

          "Awak???" 

bersambung di Bab 2....

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet