Bab 3 - Den-O

KAMEN RIDER DECADE: The day before (Malay Version)

Bab 3 - Den-O

 

Di studio Hikari..

               "Saya dah pulang.." sambut Natsumi.

               "Natsumi mana awak pergi? Atok risaukan awak tau." 

               "Saya hanya membuat senaman pada awal pagi atok. Oh ya, mana Tsukasa?" tanya Natsumi apabila meneyedari Tsukasa tiada di dalam rumah

               " Dia keluar mencari awak tadi. Sekejap lagi dia balik la tu." balas Eijiro.

               Natsumi berjalan menuju ke ruang makan tetapi terhenti jalannya selepas memandang tabir belakang yang menunjukkan lambang Dai-Shocker. 

              "Atok, apa kena dengan tabir belakang ni?" soal Natsumi kehairanan.

             "Oh tidak ada apa-apa atok terlanggar tadi." balas Eijiro. Natsumi dapat merasakan bahawa nalurinya memberitahu Tsukasa dalam bahaya. Pintu depan terbuka.

            "Natsumi!!" Panggil Daiki.

            "Kaitou, sudah lama tak berjumpa dengan awak. Apa yang membuatkan awak ke sini?" soal Natsumi menyambut kedatangan Daiki.

            "Mana Tsukasa?" soal Daiki

            " Dia keluar sebentar, sekejap lagi dia balik lah." balas Natsumi.

           "Saya rasa dia tidak akan pulang." 

          "Apa dia?" Natsumi terkejut.

          "Saya rasa Tsukasa tiada lagi di dalam dunia ni." jelas Daiki

         "Apa yang menyebabkan awak berkata sebegitu?" soal Natsumi.

         "Lihat kad ni." Daiki mengambil kad Kamen Ride Tsukasa yang berjaya dicurinya selepas pertempuran Super Hero Taisen.

         "Ini kad Tsukasa, tapi mengapa gambarnya telah hilang?" soal Natsumi apabila menyedari kad Tsukasa telang kehilangan imejnya.

         "Kemungkinan dia telah kembali ke masa silamnya dan diperangkap oleh Narutaki."

          "Natrutaki, jadi dia masih hidup lagi?"

        "Saya rasa ini langkah terakhir Narutaki untuk memusnahkan Decade."

         "Dengan menghantar Tsukasa ke masa silamnya?" 

        "Tepat sekali, kita kena ingat Tsukasa merupakan ketua Dai-Shocker pada masa silamnya"

        "Jadi Narutaki membiarkan Tsukasa melawan Tsukasa?"

       "Jika itu yang Narutaki mahukan, kita mesti halang dia." kata Daiki lalu bergegas ke pintu.

      "Sebentar, mengapa awak mahu menolong Tsukasa?" soal Natsumi.

       "Kalau Tsukasa tiada, saya tidak akan mempunyai saingan."

      "Begitu... kalau begitu biar saya ikut awak... Saya juga mahu menyelamatkan Tsukasa." kata Natsumi.

       "Kalau begitu marilah." Sambut Daiki.

       "Tetapi bagaimana kita hendak pergi ke masa silam."

       "Dinding dimensi saya tidak mampu untuk membawa ke masa silam, jadi saya terpaksa gunakan ini lagi." Daiki mengeluarkan secawan puding.

      "Puding??" Natsumi kehairanan. Bunyi Den-Liner kedengaran dari jauh. Ruang masa terbuka dan Den-Liner berhenti betul-betul di depan mereka. Pintu koc dibuka...

         "Puding saya!!! Tak guna awak Pencuri berani lagi awak curi puding saya" kata Momotaros

      "Wah wah wah, selamat bertemu kembali Cik Adik sudikah awak keluar makan bersama saya." kata Urataros sambil memegang tangan Natsumi. Natsumi lantas melepaskannya.

     "Penyu kita disini bukan untuk mengurat tapi untuk ambil semula puding saya."

    "Oh ya ke, tapi kecantikan Cik Natsumi lebih cantik dari puding awak."

    "Apa awak kata!!!"

    "Diamlah!!!" Kohana menjerit kepada Momotaros dan Urataros.

     "Owh budak kecil, bolehkah awak bawa saya ke tahun 2009?" soal Daiki.

    "Siapa yang awak katakan budak kecil. Saya Kohana."

   "Uhh, Kohana boleh tak bawa kami ke tahun 2009." sampuk Natsumi.

   "Hanya orang yang memiliki Rider Pass sahaja boleh menaiki Den-Liner" balas Kohana

  "Owh Daiki Kaitou, baru seminggu lepas kita berjumpa.." kata Owner.

   "Dan minggu lepas jugalah dia mencuri puding saya." sampuk Momotaros.

  "Awak berdua kenal antara satu sama lain?" soal Kohana.

   "Marilah naik awak berdua saya akan bawakan awak ke destinasi seterusnya, 2009...." kata Owner tanpa menjawab soalan Kohana.

    Den-Liner bertolak dan berlalu pergi ke tahun 2009.

bersambung di bab 4

 


 

        

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet