CHAPTER 3 - It can't be!

You're the Only One For Me

 

Seminggu kemudian, Ren yang semakin sembuh telah dibenarkan keluar daripada hospital. Sepanjang dia berada di hospital, JR sering menjaganya setiap kali lepas waktu kerja. Ren keliru. 'Kenapa dia baik dengan aku lepas apa yang dia dah buat kat aku? Dia betul-betul menyesal, atau dia cuma nak pergunakan aku untuk memuaskan nafsunya lagi?' getus hati Ren.

 

Setibanya mereka di rumah, Ren segera menuju ke bilik JR dan mengunci pintu dari dalam. Dia takut. Dia merasakan yang JR cuma menganggapnya tempat untuk memuaskan nafsunya. Dia mulai menangis ketakutan. Segala kebaikan yang ditunjukkan oleh JR selama dia berada di hospital, kemungkinan untuk mengaburinya. Dia tidak mahu memikirkan kebaikan JR adalah ikhlas kerana orang seperti JR bukanlah orang baik. Kalau dia orang baik, dia takkan merogol Ren.

 

"Rennie ah! Buka pintu ni!" teriak JR sambil mengetuk-ngetuk pintu dari luar. 

 

"Go away! I hate you!" teriak Ren dari dalam. Dia duduk di lantai sambil memeluk kakinya. 

 

JR tidak mahu Ren jatuh sakit disebabkannya lagi, lalu dia beredar. Ren yang tidak mendengar ketukan pintu lagi, mulai tenang. Dia terlelap di lantai. Air matanya masih mengalir. Dia sebenarnya takut akan sesuatu. Sesuatu yang dia tidak pasti. Dan dia takut JR tidak dapat menerimanya.

 

Dua bulan kemudian...

 

"No! It can't be! No!" teriak Ren apabila dia melihat alat ujian kehamilan yang dipegangnya. Positif! Ren mulai menangis lagi...kali ini ketakutannya begitu pasti. Apa yang akan dilakukan oleh JR bila dia tahu tentang bayi ini? "No! Saya takkan biar dia apa-apakan bayi, ni. Aku perlu lari dari tempat ini." ngomel Ren lalu dia melangkah keluar dari bilik air.

 

"Apa yang tidak? Apa yang awak teriakkan tu?" soal JR yang sedari tadi menunggu di luar bilik air itu. Dia risau apabila Ren sering muntah akhir-akhir ini. Ren segera menyembunyikan alat itu di belakangnya. "N-Nothing..." ucap Ren sedikit tergagap. "Apa tu? Apa yang awak sembunyikan?" soal JR lalu cuba mengambil benda yang disembunyikan Ren itu. "Ini takda kena mengenanya dengan awak!" Ren menolak JR lalu dia segera berlari keluar dari bilik.

 

"Rennie!" teriak JR sambil mengejar Ren. Dia berjaya menghentikan Ren dengan mencapai tangan Ren. "Awak jangan ingat selama dua bulan kita tinggal bersama, saya akan berbaik dengan awak. Lelaki jahat macam awak takkan dapat menangi hati saya! Perogol!" Ren menepis tangan JR. Dia begitu marah terhadap JR. 

 

"Selama dua bulan ni saya jaga awak, takkan itu tak menunjukkan yang saya ni bukan lelaki jahat? Rennie ah..." JR cuba memujuk Ren. Selama dua bulan mereka bersama, dia cuba untuk berbaik dengan Ren. Namun, Ren yang cuba mengeruhkan keadaan. 

 

"Tak! Awak cuma anggap saya sebagai..." belum sempat Ren menghabiskan ayatnya dia merasa sesuatu mengalir di kakinya. Dia mulai panik apabila dia terlihat darah mengalir di kakinya. "Argh!" Dia memegang perutnya yang mulai terasa sakit. "Aargh!" teriak Ren. "Rennie ah!" JR segera mendapatkan Ren sebelum dia rebah ke lantai.

 

"What's this, Rennie ah? Tell me..." Ren tidak dapat menjawab pertanyaan JR itu kerana dia mulai tidak sedarkan diri. "Rennie!" teriak JR sambil cuba mengejutkan Ren. Alat ujian kehamilan yang dipegang oleh Ren tadi, terlepas dari tangannya. JR terkejut melihatnya. "Oh, god!" JR segera mendukung Ren dan ingin membawanya ke hospital.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
parkarinstyles #1
Chapter 2: wait ! Jr dukung Ren ?? bkn Ren tak pakai baju ke /?/
XkayX1
#2
Chapter 1: Damnit it's not English whyy (ㅠ ㅁ ㅠ)
Sophiana #3
Can you do an English version please I really what to read it from the description~
fatimdoki
#4
Chapter 5: citer ni comeyy laa... :3 cute giler.. tp, ending dia cam simple sangat
noisygurl #5
It's amazing!
i told u before..I LOVE YOUR FANFIC THE BEST *thumbs up* ;'D
XXNuestRenXXlurves
#6
yeah... please translate this into english!!
keyutipie #7
You should translate this to english I reallllyyyyy wanna read itttt!!!
dae_yeol
#8
Chapter 5: nice story..
chunren
#9
Chapter 5: thank you so much <3333