Text Me Maybe

Text Me Maybe
Pada suatu hari Jinx keluar seorang dengan tujuan nak beli kek aiskrim kat Baskin-Robbin. Dia pakai sesederhana mungkin kerana tak mahu dikenali ramai di tempat awam. Dia pergi ke pusat bandar naik bas dan lalu kat YG building...bas tu berhenti sebab ada seorang lelaki nak turun. Lelaki tu terlanggar dia yang berdiri di hadapan pintu bas dan dia trus tersedar pursenya hilang. Dia toleh ke luar bas. Lelaki tu dah berlari secepat mungkin takut dikejar. Jinx pasti pursenya kena curi oleh lelaki tu so dia pun tahan bas tu dan melompat keluar.


Jinx lalu menjerit minta tolong sambil mengejar lelaki yang sudah kelihatan memegang erat purse kecilnya. Tapi tak ada siapa yang mengendahkannya. So dia pun fikir..ok fine! Siaplah kau kalau aku dapat kau nanti! Dan dia terus mengejar lelaki itu dengan wedgesnya. Nasib baik dia pakai gaun mini, senang bergerak walaupun bahagian kaki gaunnya ditiup angin dan sesekali menampakkan pehanya, dia tak kesah..asalkan dia dapat balik beg duitnya tadi.


"Yah!!! Stop!" arahnya sebaik saja dia dapat mengejar lelaki itu yang berhenti di tengah- tengah jalan raya yang sibuk itu. Lelaki tu dah semput. Nampak sangat termengah-mengah. Jinx dah set dalam kepala otak dia apa pun terjadi dia mesti dapatkan balik purse dia and pergi terus ke Baskin-Robbin beli kek krim yang dia nak. Mengidam tahap gabannya dah tak dapat dibendung lagi.


Baru aje nak melangkah ke atas jalan, sebuah Bentley hijau tua datang lalu parking sestylish mungkin di hadapannya. Jinx terkaku. Dalam hatinya...yah...cutting betul orang kaya ni. Time aku nak tenyeh muka mamat tu time tulah dia nak show off kat sini! Seorang lelaki berbadan tegap berpakaian sut lengkap dan bercermin mata keluar dari kereta mewah itu. Jinx malas nak ambik tahu. Dia pergi ke depan kereta tu dan selamba je dia lalu depan lelaki tu dan terus pergi mengejar pencuri tadi yang baru berjaya melepasi trafik. Baru sampai di jalan kakilima kat seberang tu.


Lelaki empunya Bentley tadi menjadi tumpuan ramai tiba-tiba tapi ada yang perasan mata lelaki itu melekat terus kepada Jinx yang masih kecoh mengejar pencuri tadi. Kamera-kamera yang tiba-tiba muncul menyerang lelaki Bentley itu turut beralih arah ke jalan seberang. Mereka merakam Jinx yang sedang membelasah lelaki pencuri itu menggunakan bare hands nya. "Bertuahnya lelaki tu dapat dibelasah gadis secantik itu," komen si Bentley dan meneruskan langkahnya masuk ke bangunan YG yang rupa-rupanya terletak betul-betul kat depan mata dah. Kamera-kamera kembali beralih kepada lelaki tadi sementara Jinx pula dah puas membelasah si pencuri dan kini dia pula berlagak seperti pencuri; memeriksa badan dan poket seluar lelaki yang masih terbaring kesakitan di sisi jalan.


"Hah...Encik Hong...," Jinx membaca kuat-kuat nama yang tertera di kad pengenalan lelaki itu yang dia dapat dari dompet lelaki itu sendiri. Sebelah kakinya ditekan atas perut lelaki yang masih mengaduh sakit tadi. Seperti samseng layaknya, Jinx memeriksa dompet lelaki iu dan kemudian dia melemparkan dompet itu ke muka lelaki itu. Jinx lalu merampas balik pursenya dan mengeluarkan telefon bimbitnya daripada purse itu. Dengan segera dia terus menghubungi polis supaya datang menangkap pencuri tadi.


Kelihatan Minzy tergaru-garu kepalanya melihat kejadian di seberang jalan. TOP muncul lalu menyertainya menghadap dinding kaca dan memandang ke bawah...keluar. Ke arah Jinx tadi. Kelihatan sebuah kereta polis datang dan Jinx dengan senang hatinya melambai-lambai kepada pencuri yang kini dibawa pergi oleh seorang pegawai polis. "Oppa datang tadi nampak dia kan?" tanya Minzy, matanya masih tertancap pada Jinx yang kini mengemaskan dirinya dan mula berjalan riang, kembali menyeberangi jalan tadi, kembali ke sebalah sini. TOP tidak menyahut kerana dia fikir kalau Minzy dah berdiri di situ mustahil dia tak nampak mereka ada berselisih tadi. Dan Jinx pula terasa dirinya seperti diperhatikan..dia cuba mendongak ke atas sebaik saja sampai di hadapan Bentley hijau tua itu tadi. Dan...matanya lantas bertembung dengan mata Minzy. "Jinx unnie!" serta-merta Minzy mengecamnya dan terus berlari keluar. TOP pula sempat terkaku saja. Terpegun dia oleh kecantikan mata gadis itu. "Jinx..." dia tersenyum sendiri, nama itu akan diingatinya. Dia segera ke bilik studio, sudah ada idea untuk rap terbarunya.


"Jinx unnie!" laung Minzy lalu berlari menarik Jinx ke hadapan pintu masuk bangunan YG. "Minzy?" terkejut Jinx. "Yah! Jangan lah jerit nama aku macam tu!" marahnya kemudian. Minzy ketawa seronok. "Wah, daebak lah unnie! Boleh berlakon filem aksi!" puji Minzy. Jinx tersengih. "Dahlah...unnie pergi dulu ya! Nanti habis pulak kek tu!" Jinx lalu beredar. Minzy cuma menggeleng kepalanya dan kembali masuk ke bangunan itu.


TOP berselisih dengan Minzy di tangga. "Ha...kawan kau OK ke Minzy?" sempat dia bertanya. "Ah..ya..Oppa. Dia Jiyoung KARA lah. Oppa tak cam ke?" tanya Minzy. TOP menggeleng kepalanya. Mereka pernah berjumpa semasa membuat persembahan tapi tak pernah lah jumpa dekat-dekat. "Ganas betul dia," komen Minzy. TOP senyum lalu terus menuruni tangga. "Oppa nak pergi mana?" tanyanya lagi. "Kereta..ambil barang." Dan TOP pun keluar dan berjalan ke arah keretanya.


Tiba-tiba dia tersepak sesuatu. Dia lantas segera melihat apa yang disepaknya tadi. Sebuah telefon bimbit. TOP lalu mengambilnya dan cuba melihat skrin telefon touch screen itu. Gambar album KARA terpampang menjadi wallpaper telefon mahal itu. TOP lantas teringatkan kata-kata Minzy tadi.


Dia pun menyimpan telefon bimbit itu ke dalam poket seluarnya dan pergi semula ke keretanya untuk mengambil barangnya yang tertinggal tadi. Kemudian dia masuk semula ke dalam bangunan itu. Sekali lagi dia bertemu Minzy di ruangan rehat tingkat atas. "Free betul kau hari ni. Mana yang lain?" tanya TOP melihat sekitarnya. Minzy mengeluh. Teringat pagi tadi CL keluar senyap-senyap dengan GD. Bom pula awal pagi dah dijemput oleh Doojoon Beast dan Dara pula keluar dengan Wooyoung 2PM baru sejam yang lepas. Dia tak nak buka rahsia so dia cuma mampu menggeleng. "Muka kau tu bosan betul. Nak ikut aku tak lepas ni?" TOP offer sesuatu yang sangat susah didapati. Muka Minzy terus jadi berseri-seri. Dia langsung mengangguk.


Selepas sejam dua macam tu TOP selesai di YG dan kembali mencari Minzy. Kelihatan Minzy dah menunggu di kereta mahalnya. "Wah..suka nampak!" kata TOP tersenyum. "Hehe.. Oppa, kita nak pergi mana?" tanya Minzy ceria. "Pergi serbu CL, Bom dan Dara. Berani diorang tinggalkan maknae sorang kat YG," TOP berseloroh tapi itulah niatnya yang sebenar. Agak bosan dan agak lapang, dia perlukan sesuatu yang fresh hari ini. Minzy terus setuju.


Masa mereka berdua dah masuk dalam kereta kelihatan Seungri terlambai-lambai dari seberang jalan. "Oppa, cepat drive. Tak nak dia ikut sama!" Minzy mendesak dengan wajah risaunya. Tapj Seungri lebih pantas. Sekejap saja dia sudah berada di tempat duduk belakang dan termengah-mengah ketawa sendiri. "Hyung, kalau ajak Minzy keluar mesti ada plan best ni! Aku ikut!" kata Seungri excited teruja. ^^ Minzy lalu menghalaunya keluar tapi TOP diam-diam saja mula memandu. Dalam hatinya...aish...budak-budak ni...


Mereka sampai di sebuah pusat membeli-belah yang besar. Garden 5. TOP dengan selambanya berjalan masuk ke tempat awam itu diekori oleh pasangan maknae yang masih bergaduh tadi. GD dan CL pasti ada di sini, fikir TOP. "Nanti korang jangan gaduh. Tengok aje diorang terus on camera phone tu, rakam!" arah TOP menghentikan pergaduhan mulut kedua maknae itu. Kemudian TOP pergi ke sebuah cafe. Baru saja hendak duduk tiba-tiba telefonnya berdering tapi nada deringnya bukan nada yang dia setkan. Alamak! Dia lupa dia bawa telefon Jinx bersama-sama dari tadi. Segera dia mengeluarkan telefon itu dan melihat skrinnya. Unknown number. Mesti dia tengah kalut cari telefon ni, fikir TOP sambil tersenyum sendiri. Dia mahu menjawab telefon itu tapi...direjectnya pula panggilan itu. Aish...tertap lah pulak. Bodohnya! TOP memaki dirinya.


Sementara itu Jinx terpaksa meminjam telefon bimbit Wooyoung. Sejam lepas dia ke kedai Baskin-Robbin dan apabila dah nak melangkah masuk ke kedai itu dia perasan seperti ada sesuatu yang hilang. Hilang lagi?fikirnya lalu mula mencari apakah gerangan barang yang hilang. Dan akhirnya dia terkedu di luar kedai Baskin-Robbin itu, tersedar bahawa dia sudah kehilangan telefon iPhone 4s nya yang dianggap seperti nyawa sendiri.


Dia cuba call berkali-kali menggunakan telefon awam tapi tak berjaya dihubungi kerana masa itu TOP masih di YG, mencipta karyanya di sebuah bilik kalis isyarat. Jinx pula terjumpa Dara dan Wooyoung lalu meminjam telefon Dara. Masalahnya mereka baru saja menghantar telefon Dara untuk dibaiki. So Wooyoung pun bagi Jinx guna telefon dia. Dia cuba call sekali tak dapat. Dua kali pun tak dapat. Kali ketiga barulah ada bunyi tapi masa tu TOP dah terreject call dia. "Tak apalah Woo... Dara unnie. Terima kasih ye," katanya lalu memberi balik telefon kepada Wooyoung. Jinx lalu meminta diri, meninggalkan pasangan itu yang hendak pergi makan. Tapi Dara yang baik hati tak sanggup pulak tengok Jinx keseorangan dalam mood yang sedih itu. "Jinx! Join us," ajak Dara. Wooyoung tak kesah. Lagipun dia faham bagaimana rasanya kehilangan telefon bimbit. Jinx menolak tapi Dara terus menarik tangannya dan mereka pun pergi lunch kat sebuah tempat makan yang agak terkenal dengan masakan localnya.


Masa mereka duduk menunggu untuk dilayan, Wooyoung berikan semula telefonnya pada Jinx. "Cuba contact lagi. Tadi dapat kan?" Wooyoung tunggu Jinx sambut telefon itu dan Jinx pun ambil telefon tu dengan muka penuh harapan. "Gomawoyo Wooyoung-ah... Kejap ye," ucapnya lalu mendail semula nombor telefonnya. Berbunyi tapi tidak dijawab. Dail sekali lagi juga ada bunyi masih juga tak berjawab.


Dengan perasaan hampa, Jinx menghantar satu pesanan sms kepada nombornya sendiri. Dia berharap telefonnya masih ada dan tidak dijual atau dihack oleh orang yang tidak bertanggungjawab. TOP yang sedari tadi duduk menikmati minumannya terus membaca mesej yang masuk. "Teruk betul perempuan ni. Dahlah cuai, tak guna lock screen lagi. Lepas tu boleh hantar mesej suruh telefon ni balik? Funnily naive!" TOP berkata sendiri. Seungri dan Minzy sudah menyertainya. Misi candid camera mereka sudah berjaya dilakukan senyap-senyap.


"Eh..macam pernah nampak lah iPhone ni. Siapa punya?" tanya Minzy sebaik saja terlihat telefon Jinx yang beraksesorikan keychain karekter kartun dalam animasi Pororo, si Patty the penguin tu. "Macam...Jiyoung unnie punya! Ya! Takde artis lain guna keychain macam dia! Oppa????" Minzy terus menyepetkan matanya memandang wajah selamba TOP. "Dia tercicir tadi..," jelas TOP masih cool."Yah hyung! Tak nak kasi balik ke? Kesian dia!" tegur Seungri pulak. "Entahlah...takde rasa nak kasi balik. Takpe. Nanti dia boleh beli baru," jawapannya masih selamba dan kedua maknae jadi tidak puas hati. "Oppa! Mana boleh buat macam tu! Ada tak dia call cari benda ni?" dan TOP menggeleng.


"Tapi ada text masuk.." katanya lagi dan Minzy terus mengambil gajet itu dan membaca isinya, "Dear my beloved Patty,pls come back to Mama. Dont lost yourself"... Seketika kemudian dia tergelak. "Comel betul unnie. Sesuai jadi girlfriend Oppa ni!" komennya. Seungri rampas telefon itu daripada Minzy, membaca dan kemudian turut tergelak sama. "Bab ni aku setuju! Hyung jadi Pororo..Jiyoung noona jadi Patty!" katanya lalu terus ketawa. TOP mendengus...ada ke ke situ pulak diorang ni..fikirnya lalu merampas balik telefon itu dari tangan Seungri. Dilihatnya gambar wallpaper itu lagi. Wajah Jinx kelihatan sangat menyerlah serinya...atau... Dia sudah tersuka?


Sementara itu di tempat lain...

Jinx tidak lalu makan. Dia lalu meminta diri hendak balik ke dorm KARA. Malang betul nasibnya hari ini, itu anggapannya. Jadi lebih baik duduk di rumah saja sebelum ada perkara yang lebih buruk terjadi. Dara dan Wooyoung tak dapat menahannya pergi so dia pun keluar perlahan-lahan dari tempat itu. Dia lalu di kedai kek krim kegemarannya itu lagi dan mengeluh sedih. Mati terus seleranya. Jinx berjalan lagi sampai ke sebuah kedai telefon. Langkahnya mati apabila terlihat offer menarik di kedai itu. Dia terus berfikir. Lebih baik dia beli yang baru..untuk terus cuba contact nombor yang hilang itu. Dan dia pun membeli sebuah lagi telefon baru. Kali ni Samsung Galaxy S III pulak.


Setelah disetkan segala aturan telefon dengan simkad barunya dia cuba menghubungi telefonnya tadi. Masih dapat dihubungi. Dia senyum lega. Segera dia menghantar text sekali lagi. "Text Me Maybe".


Kali ini mesejnya dibalas. "Ok" ..."Hah itu aje????" tanya Minzy tak puas hati. "Isk. Sibuklah kau lah ni!" kata TOP cuba menghalang Minzy daripada membaca skrin telefon Jinx itu. "Tanyalah tu siapa. Mana tau boyfriend dia cari ke? KARA members ke..," Minzy bersuara lagi. Seungri angguk-angguk saja. Dan TOP seperti seorang yang lurus bendul mengikut kata-kata Minzy. Dia juga nak tahu tuanpunya telefon ni sudah ada boyfriend atau tak. "Dugu?"dan sent!


"Haha..Oppa macam tak tahu taip text mesej je. Pendek-pendek. Kedekut betul," komen Minzy ketawa. "Sibuk!" komen TOP lagi. "Orang kedekut ayat ni romantik tau Minzy...," Seungri dah mula nak mengusik. Minzy angguk-angguk dan tersenyum nakal. "Eee...geli!" komen TOP lagi bila dengar ayat Seungri itu. Text alert berbunyi. Sepantas kilat TOP membaca isinya.


"It's me. The owner of the phone. Pls giv it back to me" baca TOP dalam hati. Tanpa dia sedari kedua maknae itu sudah turut membaca isi sms yang datang. "Yah!" marah TOP dan keduanya kembali duduk dan tergelak geli hati. "Beri balik kat dia lah. Kasihan dia," ujar Seungri. "Mesti dia beli telefon baru. Dia tak reti nak guna handphone orang lain," kata Minzy pula. TOP lalu menjeling tajam kepada mereka berdua. Jelingannya terlalu tajam hinggakan Minzy lalu menarik Seungri dan memberitahu TOP bahawa mereka akan balik sendiri nanti. Seungri pula terpinga-pinga tapi dia terus setuju apabila terlihat akan wajah TOP dah berubah semacam. Dan TOP duduk sendiri di cafe itu. Telefon itu dipegang lagi. Matanya meliar seketika. Terlihat di satu sudut ada kedai kek krim Baskin-Robbin. Dia lalu menaip lagi di skrin phone itu.


"Come to Baskin-Robbin @Garden 5 now" dan dia pun angkat punggung dan pergi ke kedai itu. Dia lalu mencari tempat duduk dan menunggunya disitu. Jinx muncul beberapa minit kemudian. Sakit hatinya bila dia terdengar lagi nama kedai yang dia hendak pergi sejak dari mula lagi tapi tak berjaya membeli kek yang dia mahukan. Tapi sekarang perlu ke tempat itu lagi. Huh...Jinx mengeluh lemah. Dia masuk ke dalam dan terus terpandang akan TOP yang masih berpakaian sut dan nampak sangat segaklah di matanya. "TOP?" dia berbisik sendiri tapi tak menyangka pulak kalau dia adalah orang yang dia kena jumpa untuk dapatkan balik phone dia. TOP pun tengok dia. Terpegun lagi. Tengok dari dekat memang sangat berbeza dari tengok di kulit album, atau di kaca TV atau juga di wallpaper telefonnya. Dia dah nak panggil Jinx tapi Jinx hanya senyum dan tunduk hormat padanya. Kemudian Jinx cari tempat duduk lain. TOP mengeluh. Tak tahu nak buat apa sekarang.


Dia lalu on silent mode pada telefon Jinx dan mula menghantarnya mesej. "Come here" dan Jinx memandang sekeliling. Tempat itu ramai juga pelanggan datang. Mata Jinx sekali lagi liar mencari orang yang sepatutnya sudah berjumpa dengannya. "Mana awak?" dia reply balik. "Im here" balas TOP pulak. Jinx garu kepalanya. TOP senyum sendiri. Seronok lah pulak kenakan orang kan?


"Dont play play" mesej dari Jinx. "No play play" replynya. "Siapa ni?Jumpa saya skrg. Saya ada kat sini dah.meja tepi dinding!" Jinx mula hilang sabar. "Awak nak makan kek tak? Kita kongsi" dan Jinx rasa seakan tak percaya dengan apa yang dibacanya. "aniyo.gwenchanayo" sent! "Saya dah order. My fav. Bon appetite" dan dengan sampainya mesej itu kepada Jinx, seorang pelayan datang menghantar dua slice kecil kek krim coklat mint kepadanya. "Kejap dik! Siapa order ni untuk saya?" tanyanya kepada pelayan muda itu. "Ada seorang lelaki cik.. Erm... Selamat menjamu selera!" kata pelayan itu lalu beredar. TOP memandang dari sudut yang bertentangan. Meja mereka sebenarnya sangat dekat tapi Jinx masih tak perasan mereka dihidangkan menu yang sama pada masa serentak. "Makanlah. Mesti letih cari phone tadikan. Dahlah jadi Powerpuff Girls pagi tadi." dan Jinx tersedak air liurnya sendiri. Aishhhh!!! Keluhan marahnya kedengaran. TOP tersenyum sendiri. "Bagi balik handphone saya!" "Only after u eat it!" "Susahnya deal dengan orang mcm awk ni!" "Anii...susah lagi deal dgn awk. Suruh makan pun ssh" " Yah!!!" "Cuba makan dulu. Muka tu dah pucat." "Shiro!" "Degil!" "Mana awk? Saya pergi ambik phone tu skrg!" "Makan dulu. Nanti baru sy kasi balik phone awk ni" "Nak hp dulu!" "Ok. Boleh. Tapi nanti kena makan habis kek tu. Deal?" "Dork! Ok!" dan TOP pun ambil piring keknya dan bangun..lalu menuju ke meja Jinx. Direbahkan punggungnya di kerusi bertentangan dengan Jinx dan telefon Jinx tadi diletakkan di atas meja.


Kyahhhhhhhhhh!!!!! Dalam hati! Nasi baik tak terlepas jerit. Jinx terkaku melihat TOP kini berada di hadapannya. Mak oiii. Kacaknya!!!....hampir saja berdarah hidungnya dek kerana terasa sangat hot and spicylah suasana ketika itu...plus TOP memandang tepat ke mukanya. Blush blush mode on!!!!!


TOP capai semula phone tadi dan menaip seketika. Telefon baru Jinx berbunyi dan Jinx segera membacanya senyap. "Shh n eat" dan Jinx...teragak-agak mula menyuap dirinya dengan hidangan yang tersedia. Mereka makan dengan senyap dan masing-masing nampak sangat malu tapi kek berjaya dihabiskan. ^^


Setelah habis Jinx mahu bersuara. Kiranya mahu berterima kasih kepada TOP kerana dah belanja makan and kembalikan iPhone kesayangannya walaupun ada satu perasaan di hatinya rasa marah sikit dengan TOP yang dia...anggap agak main-main lah. Geramlah sikit rasanya tapi dia mahu melupakan rasa itu. "TOP ssi..." TOP mendongak. Mata mereka bertentangan. Jinx jadi kelu. TOP senyum. Dia keluarkan telefonnya sendiri dan dail nombornya dari telefon Jinx kemudian dia ambil telefon baru Jinx yang juga berasa diatas meja dan ulang perkara yang sama. Kemudian dia bangun dari duduknya, senyum dan berlalu pergi. Telefon Jinx tadi ditinggalkan. Jinx jadi terpinga-pinga. Belum hilang lelaki itu dari pandangan matanya, kedua-dua telefonnya menerima mesej masuk hampir serentak. Jinx segera mencapai kedua-dua phonenya dan membacanya lantang.


"TEXT ME MAYBE" - from unknown number.... Dan Jinx tersipu sendiri lalu menyimpan nombor itu di kedua-dua telefonnya; menaip namanya untuk disimpan dalam contact list sambil bibirnya bergerak sama menuturkan nama itu.."TABI.."


The End.




A/n : dah siap lupa publish terus. Tertidur...nasib baik check lagi. Oh ye...buat derk je dgn typo error tu. Harap oneshot ni masih dapat dibaca.. Ok. Done ^.^ Tata.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Letterofspring #2
Chapter 2: sweeettt ;))
Catalina390 #3
ok!! make it longer!!
mefika
#4
smiling throughout the fic..the heroin so cute, me remember scene from secret garden..;)
ierashawol #5
best..
call me maybe = text me maybe
aiLynn #6
best... walaupun bm ada yang ayatnya tak berapa sesuai... but still sronok pulak baca citer in bm...
mefika
#7
kekekekeke...the death beside u turn to be text me maybe...what happened???