Chapter 4

First Love

"Uwaah, ini bekal amat lazat," Evans menangis terharu setelah merasa bekal makanan yang diberi oleh fansnya. Sememangnya, Evans amat menyayangi fansnya.

Mark tergelak kecil. "Kau ni, Evans. Semuanya sedap," Mark membuka brkal makanan yang dibawanya. Ibu Mark memang hebat dalam memasak dan Mark memang menyukai masakan ibunya. Memang sukar sekali Mark ingin merasa masakan orang lain selain ibunya, melainkan bakal isterinya nanti.

"Hehe. Em, hari ni kau bawak bekal apa?" Evans tersengih. Dia juga meminati masakan ibu Mark. Tetapi, kalau dikiutkan Evans memang suka makan.

"Guess what? Today, my mother masakkan spaghetti (tak reti nak speaking tapi nak speaking) ," Mark tersenyum manis. Semamangnya, senyuman Mark boleh mencairkan hati sesiapa pun yang melihatnya.

"Seriously? Spaghetti?! Giler kool! My favourite dish!" Evans tersenyum gembira, walaupun makanan itu bukanlah untuk dia tetapi untuk Mark. Mark tidak hairan. Bagi dia, berkongsi itu adalah sesuatu yang berharga. 

"Nanti kita share ya?" Mark tersenyum lagi. "Rec, kau nak sikit tak?" Mark memandang ke arah Rec yang sedang berdiri di bawah pokok.

Pemandangan di belakang sekolah memang indah ditambah lagi dengan hiasan pokok  yang berbunga mekar. Disejukkan lagi kawasan dengan kolam air pancut. Dimeriahkan lagi suasana dengan beberapa orang pelajar lain yang turut menikmati kesegaran halaman belakang sekolah pada waktu rehat. Ada yang makan, ada yang mendengar lagu dan ada juga yang sibuk melayari internet.

"Aku kenyang," Rec membalas pertanyaan Mark sebentar tadi tanpa memandang wajah Mark. Dia sibuk memikirkan agenda Myka yang telah menamparnya pagi tadi.

"Makanlah sikit. Aku tahu kau belum makan dari tadi," Mark sememangnya seorang yang perihatin. Walaupun wajah Mark kacak ala-ala Kai dari kumpulak EXO-K, tatapi Mark memang suka mengambil berat tentang orang yang berada di sekelilingnya. Orang yang dapat mengahwini Mark, semamangnya untung.  Kelihatan, Evans sedang mecuri meatball kepunyaan Mark secara senyap-senyap.

"Tak apalah, aku tengah sibuk ni," Rec mengambil batu kecil lalu membalingnya entah ke mana. Ternyata, batu itu terkena kepla orang lain yang sedang khusyuk mendengar lagu secara tidak sengaja. Rec teragak-agak mangangkat tangannya meminta maaf.

Mark mengeluh kecil. "Itu jelah kerja kau," Mark terus mengambil garfu didalam koceknya untuk memakan spaghettinya. Dia tidak menyedari bahawa kesemua meetballnya telah hilang ditelan oleh Evans.

Evans menjilat jarinya. "Em, Rec. Kau mesti fikir pasal perempuan yang tampar kau pagi tadi kan?" Evans terus bertanya Rec. Rec tersentak mendengarkan kata-kata Evans tadi. Mark hanya mendiamkan dirinya. Dia mengunyah perlahan spaghetti didalam mulutnya.

"M-mana ada," Rec agak gelabah. Dia mencangkung untuk minum beberapa teguk air. "Aku tahu! Kau mesti nak jumpa perempuan tu lepas sekolah kan?" Evans seakan-akan tahu apa yang bermain di fikiran Rec. Rec tersembur. Segelintir pelajar memerhatikan Rec. Sememangnya, ini amat memalukan Rec.

"Woi, tak ada soalan lain ke kau nak tanya?" Rec mengelap mulutnya yang basah. Dia memandang orang di sekelilingnya. Pandangan Rec itu membuatkan semua mata yang melihat dia terus menyambung kerja masing-masing. "Em, tak," Evans tersengih gembira.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat. Mark menutup bekas bekal makanannya lalu bangun dari duduknya dan terus berlalu meninggalkan halaman belakang sekolah. Evans memanggil-manggil Mark sebelum mengekorinya. Rec tinggal keseorangan. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Seolah-olah Mark sedang menjauhkan diri dari Rec. Selalunya jugak, Mark akan mengajak Rec dan Evans pulang ke kelas bersama-sama. Malangnya, tidak hari ini.

"Mesti ada apa-apa ni," Rec mengerak-gerakkan bibirnya. Dia mengangkat bahu. Dia terus mengekori Evans dan Mark dari belakang.

 

"Alamak!" Mike ternganga sambil berhenti di tengah-tengah jalan. Perjalanan untuk masuk ke kelas diganggu oleh brek kecemasan dari Mike. Myka pun turut berhenti sama.

"Apahal kau ni, Mike?" Myka menjongketkan keningnya seperti ada masalah besar di sebalik wajah Mike itu.

"Aku terlupa nak bawak projek fizik aku," muka Mark tampak kerisauan.

"Oh, relax lah. Aku lagi lah, satu hapak pun tak buat," Myka jelas kelihatan tenang.

"Hebat kau, cikgu fizik kita tu kan garang wei. Boleh pulak kau tak siapkan," Mike membuntangkan biji matanya.

"Well.. ,"Myka tersenyum bangga. Dia mengangkap kata-kata Mike tadi itu adalah satu pujian.

"Aku tak puji," Mike memerhatikan kembangan hidung Myka.

Myka tersengih sebelum mengerutkan mukanya. Melihatkan Myka yang begitu, lantas Mike pun bertanya, "kau kenapa, Myka? Ada apa-apa masalah ke?"

"Hah? Oh, tak. Aku just.. Pening je.  Mungkin sebab tension sangat kot," Myka mengurut-urut kepalanya.

"Itulah kau. Aku dah cakap banyak kali. Jangan tension sangat. Tengok, sekarang dah pening," Mike mula mebebel bab-bab kesihatan. Memang diikutkan, cita-cita Mika adalah menjadi seorang doktor.

Myka menggaru kepala. "Ish kau ni. Temabahkan pening aku je. Itu aku tahulah, doktor oi." Myka mula berjalan menuju ke kelas.

"Hee, bangga aku," Mike sudah terkembang-kincup yang terlebih dos.

"Hentikanlah kembangan anda itu. Buat malu aku je," Myka mula berlari anak meninggalkan Mike yang sedang berkhayal.

"Eh, wei! Tunggu aku ~!" Mike mengejar Myka. Myka menambah kelajuannya lagi. Mereka berlari berkejaran. Sebenarnya, ramai yang menyangka Myka dan Mike adalah pasangan kekasih. Namun, kenyataan itu adalah salah sama sekali. Mereka tidak pernah timbul perasaan cinta sejak kecil lagi dan mereka menganggap hubungan mereka ini hanyalah sebagai adik-beradik.

Sampai di satu kawasan, Myka pun membelok ke kanan. Secara tidak langsung, dia terlanggar seseorang. "Sorry..." Myka menggosok hidungnya. Dia melihat mua orang yang dilanggarnya itu. Tidak terkata, orang itu adalah Rec! Rec terlopong. Evans dan Mark berlari dibelakang Rec, Mike pun turut terhenti dibelakang Myka.

"Kau.." Rec geram. Belum sempat dia menyambung kata-katanya, Myka berlalu pergi meniggalkan kawasan itu. "M-Myka!" Mike memanggil Myka. Mike tersengih kepada Rec tanda meminta diri. Sambil mengejar Myka, Mike memanggil-manggil nama Myka.

"Pahal dia tu, macam aku pulak yang buat salah," Rec menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Memang salah kau pun," Rec memusingkan kepalanya ke belakang. Dilihatnya, Mark berlalu pergi. Evans pula sempat memandang wajah Rec yang blur sebelum pergi mengekori Mark.

Rec menjengketkan keningnya. Hairan dengan sikap Mark yang tiba-tiba berubah. Dia menghelakan nafasnya. Dia berjalan menuju ke kelas seorang diri sambil merancangkan sesuatu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
StarQueen98
#1
Aku malas lah woii :3
platitudinous #2
Sambung la cepat woii