High Star

First Love

 

Pelajar-pelajar perempuan menjerit-jerit kegilaan. Tiga pasang kaki melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Hadiah-hadiah sebagai tanda cinta dihulurkan tetapi tidak diterima. Tiga lelaki yang cukup tampan dan mempersonakan. Kumpulan yang cukup popular di sekolah itu, High Star yang diketuai oleh Rec. Manakala ahlinya pula, Mark dan Evans.
“Hai, Evans! Hari ni saya masakkan makanan untuk awak supaya awak boleh makan waktu rehat nanti,” bekas makanan dihulurkan kepada Evans. “Hei, thanks! I appreciate that. Saya memang tak bawa duit belanja pun hari ni. Thanks again,” Evans mengukirkan senyuman mesra. Sememangnya, Evans lah yang paling peramah di dalam kumpulan High Star itu. Bagi dia juga, menolak pelawaan yang diberi adalah rugi sama sekali.
“Erm good morning, Mark. Hari ni saya bawakkan awak sedikit bento. Bento tu makanan jepun tau. Sedap sangat! Awak cubalah ya?” bekas makanan yang berisi bento itu dihulurkan kepad Mark. “Em, sound interesting. But no, thanks. Awak makanlah. Saya tak lapar,” Mark menolak pelawaan perempuan yang tidak dikenalinya itu dengan mesranya sambil mengukirkan senyuman manis. Dia tidak pernah sekalipun menerima pelawaan daripada orang lain.
“Hai, you. Hari ni I ada belikan you coklat yang sedap sangat. I yakin you mesti suka. Terimalah ya?” seorang perempuan yang cukup ‘perasan’ dengan menggunakan “I,you” menghulurkan sekotak coklat kepada Rec. “Tak apalah. Terima kasih je,” Rec berlalu dari situ tanpa memandang wajah setiap pelajar perempuan yang berada di situ. Mark dan Evans pun mengikuti Rec dari belakang. 
Sedang Rec berjalan, tiba-tiba satu pintu dibuka dengan pantasnya. Pintu tersebut tepat terkena pada batang hidung Rec yang mancung, membuatkan Rec terjatuh di atas lantai. Mark dan Evans hanya memerhatikan Rec. “Rec, nak tarik perhatian perempuan dengan menari sambil baring ke?” Evans sudah mencangkung melihat Rec. Mark hanya tergelak mendengarkan kata-kata Evans itu tadi. Evans memandang ke arah Mark, berasa pelik kerana Mark tergelak. Sedangkan, bagi Evans kata-katnya itu tadi adalah serius. Evans sebenarnya adalah seorang yang lurus bendul.
“Aduh, aduh. Oi! Nak bukak pintu tu hati-hatilah sikit! Buta ke?!” Rec menggosokkan hidungnya sebelum berdiri semula. Orang yang berada di sebalik pintu itu pun memunculkan dirinya. Ternyata orang itu adalah Myka. Reaksi muka Myka hanya tenang sahaja. Tiada pun reaksi yang menunjukkan dia bersalah.
Rec memandang tepat ke arah muka Myka. Suasana sunyi seketika. Mark dan Evans saling berpandangan. “Dude, ada apa-apa ke?” Mark memecahkan kesunyian. Rec mengelipkan matanya. Baru sebentar tadi dia merasakan seperti berkhayal. “Oi, minah. Lain kali kalau nak bukak pintu tu..,” belum sempat Rec menghabiskan ayatnya, Myka telah pun beredar dari situ. Melihatkan tingkah laku Myka yang sebegitu rupa, membuatkan Rec semakin bengang. 
“Oi, budak! Mari kau sini! Aku belum habis cakap lagi!” Rec sudah terpekik-pekik memanggil Myka. Perbuatannya itu membuatkan ada segelintir pelajar memandang ke arahnya. Situasi itu membuatkan Mark bertambah malu, manakala Evans pula hanya selamba menyaksikan drama percuma di hadapan mata.
Myka memusingkan badannya ke belakang. Dia hanya membisu. Dia sedang mencuba untuk mengawal kemarahannya. Dia cuba mengikuti nasihat Mike. Myka yang hanya mendiamkan diri saja itu membuatkan kemarahan Rec semakin bertambah. “Ei, minah. Asal aku cakap kau tak nak dengar hah?” Rec memandang ke arah Myka.
“Sorry, nama aku bukan ‘minah’. Nama aku Myka. Mak bapak aku dah bagi nama. Nama yang sedap lagi tu,” muka Myka masih tenang kerana cuba mengawal kemarahan.
Rec berdehem. “Okey, Myka. Lain kali kalau nak bukak pintu tu, hati-hatilah sikit. Kau tu perempuan, bukannya lelaki. Ganas terlebih dos,” kata-kata Rec itu tadi seperti ada unsur peril. “Oh, ya. Baru aku ingat. Kau ni coach pasukan bola sepak sekolah kita kan? Haha, sorrylah. Aku minat basketball je. Tapi kan, badan kau yang macam ni boleh ke jadi coach? Adoi, patutlah bola sepak sekolah ni asyik kalah je, rupanya dapat coach yang macam ni. Huh, memang tak ada can lah,” kata-kata Rec itu disambut dengan gelak tawa.
Sememangnya, telinga Myka sudah panas. Tapi dia cuba sedaya upaya untuk mengawal kemarahannya. Dia masih mendiamkan diri. Tapi tangan sudah digenggam seperti bersedia untuk member penumbuk.
“Perempuan yang ganas macam kau ni kan, memang takkan dapat su..,” Pak! Belum sempat Rec menghabiskan ayatnya, tangan Myka sudah laju menghinggap pipi Rec. Semua yang berada di situ terlopong. Mark dan Evans terkejut melihat tindakan laju Myka itu. Semua terdiam. Tiada seorang pun yang berani bersuara. Suasana sunyi seketika.
Rec memegang pipinya. Dia memandang Myka dengan geramnya. “Kau ni pahal?! Nape? Cari pasal hah?!” Rec menengking Myka. Myka hanya tertunduk sebelum memandang ke arah Rec. 
“Kau tanya kenapa? Ei, kau tanyalah diri kau tu sendiri! Jangan ingat aku ni perempuan kau boleh buat sesuka hati je. Jangan ingat aku ni perempuan kau boleh sesuka hati maki hamun aku. Jangan ingat aku ni perempuan kau boleh buli aku macam tu je. Ei, kau ingat aku tak de perasaan ke?! Kau ingat aku tak teringin nak kahwin ke?! Kalau ikutkan aku ni nak aja ada pakwe, tapi siapa nak dengan aku? Aku dah cuba ubah sikap aku tapi dah sebati dalam diri aku. Aku nak buat apa lagi?” Myka terduduk sedih. Dia mula menangis. Perasaan sedih yang teramat sangat menyelubungi dirinya. Dia tidak tahu untuk berbuat apa lagi.
Rec membisu. Dia hilang seribu kata. Dia tidak pernah sekalipun membuat perempuan menangis. Itulah kali pertamanya. Lantas, tanpa memujuk Myka dia pun berlalu pergi. Melihatkan Rec yang berlalu pergi itu, Mark dan Evans pun mengikuti Rec dari belakang.
Myka menangis teresak-esak. Dia melepaskan semua kesedihan dia, Setelah air mata terhapus, barulah dia bangun berdiri. Dia akan buktikan bahawa perempuan yang ganas seperti dia boleh mendapat teman lelaki. Dia akan buktikannya kepada semua orang termasuklah Rec. Dia berjanji.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
StarQueen98
#1
Aku malas lah woii :3
platitudinous #2
Sambung la cepat woii