Myka Si Anak Dara Lasak xD

First Love

 

“Woi! Takat tu je ke tendangan kau?!” nyaringan suara Myka dapat didengari dengan jelas oleh seluruh warga yang berada di padang sekolah itu. Myka bercekak pinggang. Tidak puas hati sungguh dia dengan tendangan pemain tengah pasukan bola sepak sekolah itu walaupun berjantina perempuan. Myka merupakan pemain bola sepak yang terhandal di sekolah dia dan dia telah dilantik sebagai jurulatih pasukan bola sepak sekolah, Team XX. Sesungguhnya, ahli-ahli Team XX teramatlah sedih kerana mendapat jurulatih yang teramatlah garang tahap singa.

Tendangan padu dari pihak lawan membuatkan Myka bertambah bengang. Wisel berbunyi, menandakan perlawan bola sepak telah pun berakhir. Semua ahli Team XX berkerumun di hadapan Myka dengan perasaan susah hati. “Aku dah kata banyak kali. Teamwork. Teamwork! Apasal susah sangat? Tendangan korang pun lembik semacam je korang tahu tak?! Penat aku latih korang, tapi kenapa tak boleh buat yang terbaik?!” enjin membebel Myka telah pun berbunyi. Tiada siap yang berani melawan kata-kata Myka. Masing-masing kecut perut walaupun dari kaum lelaki.

Selepas membebel 30 minit tanpa henti, Myka pun meminta Team XX untuk bersurai. Lantas, dia terus duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Dia mengeluh. Dia sudah hilang akal untuk melatih cara-cara menengang dengan betul kepada pasukan bola sepak sekolahnya itu. Tanpa disedari olehnya, seseorang sedang menghampirinya.

“Wei, Myka. Janganlah kau tension sangat.Risau aku tengok kau macam ni. Silap-silap boleh kena darah tinggi,” Michael atau lebih senang dipanggil Mike menghulurkan sebotol air kosong kepada Myka.

Myka mendongak. Dia hanya mengukirkan senyuman palsu. “Thanks, Mike. Mana tak nya, diaorang tu bikin gua panas ajelah. Harap je lelaki tapi tendang macam perempuan aje. Aku ni yang perempuan pun boleh main lagi hebat dari dorang tuh,” Myka mendengus kemarahan. Dia mengambil air yang dihulurkan Mike bagi membasah kan tekaknya yang kering minta dibasahkan.

Mike menggelengkan kepalanya. Dia sudah penat menasihati rakan karibnya ini agar tidak terlalu runsing kerana ini tidak bagus untuk kesihatan. Tetapi, nasihat Mike itu bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Myka tetap tidak mendengar nasihat Mike itu. Myka dan Mike adalah rakan karib sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Sifat Myka yang ganas menyebabkan tiada perempuan yang ingin berkawan dengannya. Hanya Mike tempat dia meluahkan segalanya. Hanya Mike lah rakan karibnya.

Mike duduk di sebelah Myka. “Eh, kau main bola sepak macam ni, ada ke laki nak ngan kau? Kau jangan main-main Myka, silap-silap tak ada satu laki pun nak masuk minang kau,” Mike cuba menakut-nakutkan Myka.

Mendengarkan kata-kata Mike itu tadi, air tesembur keluar dari mulut Myka. “Ish, kau ni. Pengotor betul!” Mike menjauhkan sedikit dirinya daripada Myka. Myka memandang keras kea rah Mike. Lantas, dia pun menolak Mike sehingga Mike terjatuh dari kerusi.

“Woi! Apa main tolak-tolak nih?!” Mike bangun dari terjatuh. Dia melihat sekelilingnya. Lega hatinya kerana tiada orang berada di padang selain mereka berdua. Kalau tidak, alamat malulah dirinya kerana terjatuh sebegitu rupa.

 

Myka mengeluh. Dia duduk semula di tempat duduknya tadi. “Kau ni. Itu aku tahulah. Tapi, orang macam aku ni mana nak ada pakwe. Entah-entah kan, aku kahwin dengan kau tak?” Myka sudah gelak terbahak-bahak. Dia tidak dapat membayangkan dirinya berkahwin dengan Mike.

Mike membulatkan matanya. “Sumpah wei. Aku memang tak dapat bayangkan berkongsi kehidupan dengan kau. Bukan apa, aku dengan kau kan cuma kawan je. Tak lebih dari itu kan?” bulu roma Mike meremang saat dia membayangkan Myka menjadi isterinya. Sungguh, dia tidak sanggup untuk dibebel oleh Myka yang panas baran itu.

Gelak tawa Myka masih bersisa. Dia termengah-mengah. “Adoi, adoi. Kau ni, relax lah. Ingat aku nak kahwin dengan kau ke?” Myka tergelak kecil sebelum terdiam. Mike mengangkat kening, hairan dengan Myka yang senyap secara tiba-tiba. Myka pun mengeluh. “Aku ni bukan apa, Mike. Aku memang nak sangat hidup bahagia. Bina keluarga yang harmoni. Ada suami, ada anak. Tapi, siapa nak dengan aku?” mata Myka mula bergenang dengan air mata.

Mike duduk di sebelah Myka. “Tak apa. Aku yakin kau akan jumpa pasangan kau satu hari nanti. Percayalah cakap aku. Semua orang pasti ada jodoh masing-masing, semua tu dah ditetapkan dah pun. Kau cuma kena sabar je. Tapi cubalah sikit ubah sikap ganas kau tu,” Mike sempat menyakat Myka.

Myka tergelak kecil. Dia menolak sedikit bahu Mike. “Itu aku tahulah. Nanti aku ubahlah. Apalah kau ni,” Myka melihat jamnya. “Wei, aku balik dulu lah. Dah pukul berapa dah ni. Nanti mak aku bebel lak,” Myka sudah bangun dari kerusinya.

“Ye tak ye gak kan? Haa, jomlah balik sesame,” Mike dan Myka pun pulang ke rumah masing-masing bersama-sama. Mereka juga sempat bergurau senda semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
StarQueen98
#1
Aku malas lah woii :3
platitudinous #2
Sambung la cepat woii