POLAROID
Description
Hari yang sepatutnya bahagia, bertukar suram sekelip mata. Dia tidak menyangka bahawa kepulangannya itu, akan disambut dingin oleh suaminya. Entah apa yang merasuki si suami sehingga sanggup menuduhnya curang.
"Sanggup awak tuduh saya curang. Saya cintakan awak sorang je. Takder yang lain." dia merapati si suami dengan niat untuk memujuk, namun dijauhi. "Saya sayang awak sorang jer. Kenapa awak curigai saya?" suaranya kedengaran sebak.
"Sayang??" Juyeon yang sedari tadi membelakangi Hyunjae, membalikkan tubuhnya menghadap Hyunjae. Kemudian, dia melemparkan beberapa keping polaroid ke muka Hyunjae sehingga Hyunjae tersentak dengan perbuatannya itu. "Kalau macam ni la namanya sayang, lebih baik tak payah." Juyeon menyindir. Dia terluka apabila dikhianati begitu.
Hyunjae mengutip gambar-gambar tersebut, dan dia begitu terkejut melihatnya. Patutlah Juyeon begitu marah padanya, dan kalau dia ditempat Juyeon, dia juga akan marah seperti itu. Namun, itu bukanlah seperti yang Juyeon sangkakan. Semua ini salah faham.
Foreword
Teruskan membaca untuk selanjutnya ^^
Comments