FINAL

LOOK VS ATTITUDE
Please Subscribe to read the full chapter

“Sayang, are you ready?” soal Yoona kepada tunangnya yang sedang bersiap di dalam bilik mereka. Dia melangkah ke dalam bilik dan melihat tunangnya sedang membutang baju kemeja yang dipakainya.

“Babe, I don’t think this is a good idea,” ujar tunangnya.

“Mark, we’ve talked about this. Kita sama-sama setuju kan? Lagipun diorang dah book meja untuk kita,” pujuk Yoona. Mark mendiamkan diri dan merenung cermin melihat imejnya. Yoona memeluk tunangnya.

“Kita datang tunjuk muka, then we’ll go back home okay darling?” pujuk gadis itu seraya merenung tunangnya. Mark membalas renungan Yoona.

“Promise?” soal Mark. Yoona mengangguk. Mark menghela nafas Panjang seraya mengucup dahi tunangnya.

“Okay, let’s go,” ujar Mark. Yoona segera mencapai tas tangannya dan melangkah keluar Bersama-sama tunangnya menuju ke reunion sekolah mereka.

 

*****

 

10 tahun yang lalu…

“Eh tepi tepi bagi laluan badak mata empat nak lalu,”

“Weh badak nak lalu weh tepi nanti kena langgar,”

Mark hanya menahan rasa mendengar ejekan yang dilemparkan kepadanya. Badannya tidaklah sebesar badak, tapi disebabkan fizikal dia agak tembam berbanding rakan-rakan sekelasnya yang lain, maka dia sering diejek sebegitu.

“Woi badak, kau pergi belikan aku burger tiga bungkus. Cepat sikit, aku lapar,” ujar salah seorang rakan sekelasnya, Daniel.

“Du… duit?” soal Mark perlahan. Daniel memandangnya dengan rasa meluat.

“Pakai duit kaulah aduh benda macamni pun nak kena ajar ke ha? Kau kaya kan? Duit banyak-banyak nak buat apa? Kau bukannya boleh makan banyak-banyak, kau kena diet sebab kau tu gemuk,” jerkah Daniel.

Mark berjalan menuju ke kafeteria dengan langkah yang berat. Dia mengeluh perlahan mengenangkan nasibnya yang sering dibuli dan diejek sebegini. ‘Apalah nasib aku ni, dah nak habis sekolah pun asyik kena buli je,’ keluhnya perlahan.

Sesampainya di kafeteria, dia membuka pintu dan ingin melangkah masuk namun langkahnya terhenti apabila dia melihat Yoona, seorang gadis yang ceria, cantik dan agak popular turut ingin melangkah masuk ke dalam kafeteria. Dia membuka pintu dan menunggu sehingga gadis itu melangkah masuk sebelum dia menutup kembali pintu itu. Baru sahaja dia ingin melangkah menuju ke bahagian burger, langkah dia dihalang oleh Yoona.

“Kenapa awak bukakan pintu tu?” soal Yoona. Mark terpaku apabila gadis itu kelihatan agak rapat dengannya.

“B…Because it’s a common courtesy… for a guy t…to be a ge…gentleman?” balas Mark gugup. Yoona merenung jejaka itu lama sebelum tersenyum manis.

“I like you. Let’s be friend, shall we?” soal gadis itu sambil tersenyum. Tangan dihulur tanda ingin memulakan persahabatan. Mark merenung lama tangan gadis itu sebelum teragak-agak menyambut salam yang dihulur.

“Nice to meet you, Mark,” ujar Yoona sambil tersenyum.

 

*****

 

“Come on Mark, sikit lagi. I know you can do this,” ujar Yoona sambil berlari setempat menanti kehadiran Mark.  Semenjak berkawan baik dua bulan lepas, Mark sering menemani Yoona berjogging setiap hari Sabtu. Dia juga mula berjinak-jinak untuk berjogging namun staminanya masih agak lemah jika ingin dibandingkan dengan Yoona.

“Yeay sampai juga. Tahniah!!” teriak Yoona riang apabila Mark tiba bersebelahan dengan Yoona. Gadis itu menghulurkan sebotol air mineral kepadanya. Mark meneguk air mineral tersebut dengan rakus sebelum mengucapkan terima kasih.

“Mark, awak perasan tak yang awak makin kurus sekarang ni?” soal Yoona. Mark menggeleng perlahan.

“Saya tengok awak makin kurus sekarang ni, nampaknya sebab awak selalu ikut saya berjogging. Wuu lepas ni makin bertambah hensemla Markie saya ni,” usikan Yoona menyebabkan wajah Mark menjadi merah.

“Mana ada, merepekla awak ni,” balas Mark dengan wajah yang kemerahan.

“Eh betul la, awak ingat saya main-main ke?” soal Yoona.

“Siapa je nak badak mata empat macam saya ni?” soal Mark kembali sebelum tertawa hambar.

“Saya nak,” ujar Yoona perlahan namun dapat didengari oleh Mark.

“Apa dia?” soal Mark tidak percaya. Yoona menarik nafas sebelum merenung Mark.

“Saya suka awak Mark. sejak mula kita kenal lagi saya dah suka awak. Sejak awak bukakan pintu kafe haritu saya dah suka awak,” luahan Yoona membuat Mark terpaku. Dia merenung Yoona sebelum tertawa kekok.

“Hahahahaahahahahaha… awak buat lawak je kan? Awak saja nak uji saya je kan? Pandai awak buat lawak hambar ni,” balas Mark sambil tertawa kekok namun Yoona tetap dengan riak wajah yang serius.

“I’m not kidding Mark. there’s nothing to be laughing at. I like you, and I’m serious about my feelings towards you,” ujar Yoona.

“But we can’t be together. We are different,” balas Mark.

“What’s the difference Mark? You’re not making any sense,” ujar Yoona.

“We are different Yoona. You are pretty, cheerful and popular. I am… me…” balas Mark perlahan seraya melarikan pandangannya.

Yoona memegang wajah Mark agar jejaka itu melihatnya.

“Mark, you are beautiful. Your politeness, your brain, your attitude itself makes you so beautiful. Apa guna ada wajah yang elok kalua taka da adab? Wajah, fizikal boleh dibentuk kalau dijaga dengan baik. Tapi adab kena dipupuk sejak kecil lagi. I don’t care about looks or money, I care about attitude,” ujar Yoona lembut.

Mark memegang kedua

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet