Epilog

The Uncertain Future
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

“Chanhyun, Chanhee, Chanyeol! Cepat turun breakfast nanti lambat!” laung Baekhyun sambil tangannya sibuk membantu pembantu rumah menghidang sarapan pagi di ruang makan. Sudah beberapa kali rasanya dia memanggil si kembar dan suaminya namun bayang mereka masih belum kelihatan membuatkan Baekhyun hanya mampu menggelengkan kepalanya.

 

“Hish diorang ni buat apa kat atas lama-lama? Dah pukul berapa dah ni” rungut Baekhyun sebelum membuat keputusan untuk berlalu ke tingkat atas namun belum sempat dia melangkah terdengar rengekan anak bongsunya yang sudah bersedia berada di meja makan untuk memulakan santapan pagi. Kelihatan Park Aeri sudah monyok mukanya seakan-akan tahu bahawa Baekhyun mahu meninggalkannya di situ.

 

“Alolo, anak mama tak nak duduk sorang eh? Jom naik atas tengok apa yang appa dengan abang-abang kamu buat kat atas” dengan pantas Baekhyun mendukung anaknya lalu melangkah ke arah anak tangga.

 

Destinasi pertamanya merupakan kamar beradu miliknya bersama suami tercinta. Baru setapak dia melangkah ke kamarnya, kedengaran suara Chanyeol menyeru namanya menyapa gegendang telinga.

 

“Sayang! Mana stokin saya?” soal Chanyeol yang sedang sibuk membuka setiap rak almari cuba mencari stokin miliknya. Kelihatan kelam kabut seorang Park Chanyeol, Pengarah Eksekutif kepada SKY Empire. Jika dilihat gayanya begini, Baekhyun jadi penasaran bagaimana lelaki tinggi ini berjaya memimpin empayar peninggalan bapa mertuanya itu sekiranya stoking sendiri pun gagal dicari sedangkan sudah berbuih mulutnya mengingatkan di mana letak duduknya benda alah itu.

 

“Yeol, berapa kali saya nak cakap stokin awak ada dekat bahagian bawah sekali kat almari” ujar Baekhyun sambil menggelengkan kepalanya melihat sikap suaminya yang tidak pernah berubah walaupun sudah memiliki tiga orang anak.

 

“Jumpa pun! You’re the best, sayang” ucap Chanyeol dengan senyuman lebar menghiasi wajah setelah apa yang dicari berjaya ditemui.

 

“Mama!” kedengaran kedua-dua anak lelakinya menyeru dari arah belakang. Kelihatan si kembar sedang berlari meluru ke arahnya dengan wajah masing-masing kelihatan teruja. Maklumlah, hari ini merupakan hari pertama si kembar bakal melangkahkan kaki ke tadika. Terlalu cepat masa berlalu. Terasa seperti baru semalam dia menahan sakit untuk melahirkan mereka berdua namun hari ini, mereka sudah setapak lagi melangkah dalam fasa kehidupan.

 

“Dah siap? Jom breakfast kat bawah”

 

Kemudian, mereka sekeluarga menapak ke ruang makan untuk memulakan santapan pagi. Sebaik sahaja mereka tiba di meja makan, kelihata bapa mertuanya sudah sedia menanti mereka sambil duduk di atas kerusi roda.

 

“Harabeoji! Tengok ni Chanhyun pakai baju tadika. Handsome, kan?” kedengaran begitu teruja anak lelakinya menunjukkan bajunya ke arah lelaki tua itu. Tidak lama selepas itu, Chanhee juga bertingkah seperti kembarnya mahu menujukkan pakaian rasmi tadika membuatkan ayah mertuanya hanya tergelak kecil melihat gelagat cucunya itu.

 

“Dah, dah. Jom makan. Nanti kamu berdua lambat pulak” arah Baekhyun membuatkan si kembar serentak mengambil tempat di meja makan. Sarapan pagi mereka berlalu seperti biasa dengan celoteh si kembar yang tidak berhenti berbual dengan si atuk untuk menceritakan betapa terujanya mereka untuk ke tadika. Chanyeol pula sekali-sekala menyampuk dan mengusik anak lelakinya.

 

Selesai sahaja sarapan pagi, Chanhyun dan Chanhee dengan segera menyambar beg sekolah masing-masing dengan semangat. Baekhyun hanya tergelak kecil melihat kedua-dua anak lelakinya yang benar-benar tidak sabar mahu melangkahkan kaki ke tadika. Mujur mereka tidak seperti dirinya sewaktu kecil dahulu yang begitu malas mahu ke sekolah. Harap-harap semangat mereka berdua ini tidak luntur sampai bila-bila.

 

“Semangat betul mereka berdua. Penat nak melayan satu-satu” ujar ayah mertuanya.

 

Baekhyun senang melihat ayah Chanyeol yang kini sudah kelihatan lebih sihat jika mahu dibandingkan dengan keadaannya sewaktu kali pertama dia menjejakkan kaki ke sini. Perubahan lelaki tua itu benar-benar membuatkan Baekhyun bangga dengan semangat ayah mertuanya yang bertekad mahu melihat cucu-cucunya membesar.

 

“Chanhyun, Chanhee. Kamu berdua ingat kan nombor telefon appa dengan mama? Kalau kamu berdua lupa, appa dah tulis kat kertas dalam beg kamu. Kalau ada apa-apa nanti call mama atau appa. Jaga diri elok-elok, jangan nakal-nakal kat tadika nanti. Time

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
femaleda
#1
Chapter 1: This is my first time reading malay fanfic? thank for writing this, author nim.
mpreggoland
#2
Chapter 3: Omg! Comeiinyer family diorang.. Huhu i like^^
BabyJongHyol
#3
Chapter 2: Wahhhhh I love how fluffy is it
mpreggoland
#4
Chapter 2: So perfect!!! Amazing story ever!
Feeling kot smpai tiak2 abis ni...huhu
*thumbs up*
FikakhanGD #5
Chapter 2: Comel sgt pls nak sequel mcmana atok park jumpa cucu dan kehidupan diorg dgn babies park pls omo omo
baekchan92
#6
Chapter 2: AWWWW BEEN SO LONG SINCE I READ A MALAY FIC AND THIS IS MPREG OMG! ITS SO BEAUTIFUL. I USUALLY CRINGE SO MUCH BUT THE MIX OF MALAY-ENGLISH IN HERE MAKE IT JUST RIGHT HEHEHEH EXCUSE MY CAPLOCKS BUT YOU DID A REALLY GOOD JOB!
SAYA SUKA SAYA SUKA HEHEHHE ❤️
mellow22haru
#7
Chapter 1: Wow.. a good story. And i hope everything gonna be okay. Well done authornim!!!