OSMRT 2

Origami, Send My Regards to...

"Saya dah balik.."

Jiae melangkah longlai ke arah biliknya yang berada di tingkat atas.

"Kamu dah balik ye?" Suara ibu (ibu tiri) kedengaran daripada ruang dapur sambil menguli doh. Actually, Jiae ni lahir dalam kehidupan yang agak sederhana. Tak mempunyai kereta, hanya basikal dan van. Tetapi, keluarga Jiae ni menjalankan perniagaan roti. Cumanya, tak mempunyai permis sendiri, jadinya keluarga Jiae ni ambil tempahan daripada blog mereka. Kenapa tak ada premis sendiri? Hahaha dalam dunia business macam tu la.. ada naik turunnya.

Mak kandung Jiae meninggal sewaktu dia berumur 5 tahun semasa mak dia sedang melahirkan adik Jiae. Tapi nasib tak menyebelahi. Ayah dan Jiae kehilangan kedua-dua permaisuri dan adik serentak. Ayah Jiae kahwin dengan isteri baru 3 tahun kemudian, thats why la.. Ayah dan Ibu tiri Jiae ada kerja tetap tapi disebabkan ekonomi sekarang satu pendapatan mana cukup untuk menyara. Apa salahnya buat side income. Heh.

Lagipun mereka baru je test test jual roti sikit-sikit. Syukur dapat banyak feedback kata sedap, murah, berbaloi dan macam-macam lagi.

....

Jiae meletakkan beg galasnya atas kerusi meja belajarnya, dan terus baring atas katil sambil tenung siling. Mungkin fikir lagi pasal kata-kata Jaiko dan Haeyi tadi.

-Choi Jiae's POV-

Aku sebenarnya masih tak ada confident lagi nak luahkan perasaan aku dekat si Daehyun tu. Dia tu dah la pandai, lagi-lagi subjek matematik. Bukan tu je, dia pandai menyanyi. Haih, semua perfect la pasal dia! Mungkin aku patut senyap je kot biar je la dia tak tahu. Kalau dia tahu pun dia boleh buat apa? Aku je yang tanggung malu nanti. Bayangkan aku date dengan dia eiiiii tak sanggup. Jauh sangat bezanya. 

Aku ni kelas pun kat hujung...

Nak kata aku ni pandai, selalu kat tempat ke 240 daripada 250 murid... Top 10 dari last.

Bakat tak ada..

Macam mana tak tarik perhatian Jung Daehyun? Ah mollaaaaaaaaa

"Choi Jiae!!! Kawan kamu datang ni!" 

Eh? Suara ibu tu

.... Mungkin Jaiko dengan Haeyi agaknya.

....

"JIAE-AH!!!" Jerit Haeyi dan Jaiko. Apesal la diaorang ni jerit macam tak pernah jumpa. Baru je jumpa kat kelas tadi alahaiii..

Jiae: "Oii, Oii, Korang ni dah kenapa terjerit-jerit. Padahal tadi kita baru je jumpa kat sekolah." Jiae halang tangan-tangan Haeyi, Jaiko daripada memeluk dia.

Haeyi&Jaiko: "Hehehe..." then diaorang terus buat muka straight face.

Haeyi: "Saje..." *sambil menjeling keatas*

Jaiko: "Haah. Saje nak jerit-jerit. Macam tak kenal kami." Jaiko menjeling sambil buat muka annoyed.

Jiae: "Atoto... Hahaha merajuk pula" *geletek pinggang Haeyi&Jaiko* hahahahahaha haaaa masuk la.. halamakkk merajuk bagai. 

Ops, tenang semuaaaaa. Mereka ni kalau bergurau memang kasar. So gurau jenis macam ni memang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka sebab dah sekepala kan.. Dah sekepala, setangan-sekaki jugaklah agaknya. Ok merepek laaaaa.. Baiklah! Sambung yang tadi, mereka berdua ni dah berjanji nak buat homework sama-sama lepas balik sekolah nanti. Tapi, tak sangka ada makhluk tak diundang tiba-tiba menghalang pagar rumah Jiae sewaktu Jiae baru je nak tutup pagar tu. 

Fattah: "Nak join jugak! Boleh?"

Hehh hehh... Fattah ni siapa? Transfered student mungkin daripada Malaysia. Cita-citanya ingin menjadi pelakon. Err, okay. takpelah biarlah sebab tu cita-cita dia. Fattah ni suka dekat Jiae sebenarnya tapi di mata Jiae, Fattah ni cuma classmate dia, senasib dengan dia. Ingat tak Jiae mention dia kat tempat Top 10 dari terakhir? Fattah ni pula no terakhir. Tapi dia tak kesah pun semua tu. Asalkan dia dapat sekelas dengan Jiae sampai habis sekolah.

Haa, ni cerita macam mana si Fattah ni boleh tahu diaorang plan study sesama.. 

Memang sah la Fattah ni eavesdrop. Tapi kesah apa semua tu.. Jiae dengan Fattah ni pun rapat jugak.

Jiae: "Oiiiiiii Fattah!! Hiiiiii!! Haaa silalah masuk-masuk. Kita buat homework sama-sama."

Fattah apa lagi, senyum mbeekk mbeekkk. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
leyna_nieka
#1
Chapter 1: Nice chapter...update soon please
kokobtz7
#2
Plz update authornim ^^