OSMRT 1

Origami, Send My Regards to...

Swooshhhh..... *berlari*

huuuhhh...huh.....hu....huhhh....... *tercungap-cungap*

Shriakkkk!! *pintu kelas dibuka* 

"Choi Jiae!!!!!!!!!!!" 

Semua orang di dalam kelas pandang. Dah kenapa orang ni tercungap-cungap macam kena kejar dengan hantu ke? Atau ada kebakaran ke?! Eh, tak mungkin tak mungkin. Kalau betul ada kebakaran mesti ada bunyi alarm panjang. 

"Apesal kau ni Jaiko? Terkejut aku tau tak tetiba kau jerit nama aku.. nasib baik tak tercekik kimbab aku bawak dari rumah tadi." 

Haa, yang tadi menjerit nama Jiae tu Jaiko. Nama betul dia Im Jungah orang panggil dia Jaiko sebab dia tembam. Nama panggilan cute ala-ala kawaii gwiyeomi-nya diambil sempena rupanya mirip  dengan adik Gian, Jaiko. Aip, dia yang suruh panggil ye bukan saya yang suka-suka bagi nickname. No, no! Hehe. Seperti yang saya rujuk daripada kawan rapatnya Jiae, Jaiko ni seorang yang of course comel, baik, happy-go-lucky tapi salah satu perangai buruk yang dia ada ialah dia seorang yang kepoh. Biarpun begitu, Jiae tetap stay berkawan dengan dia sebab dia kepoh dengan cara bukan menyebarkan khabar tak elok senang kata dia ni whistleblower (LOL). Haa dia pun seoarang yang protective. Sebab tu Jiae sayang dia. Oh ye, ada gambar dia kejap eh kejap saya keluarkan dari beg saya. Jap... Errr... mana eh.... jap... aha! 

Related image 

Comel kan? 

Haa, cukup la tu intro pasal dia. Kita sambung balik scene tadi. *sambil makan twisties*

Selesai Jaiko menjerit sekuat paru-parunya dia datang ambil tempat duduknya yang bersebelahan meja Jiae.

"Wehh, tadi kan aku nampak ada budak junior confess dekat crush kau!!!!!"

Jiae: "Wuiiiiiii agak la mention crush tu hati-hati duhhhhhh shhhhhh" sambil menekup mulut Jaiko. Habis satu kelas dengar Jiae ada crush. Aip tapi takde siapa tahu siapa crush Jiae. But erm, isnt that obvious? "Weh, serious la ada orang confess dekat crush aku tu? Dia kata apa? Dan crush aku tu jawab apa?" 

Jaiko: "Ops sorry sorry. Ye aku serious! Aku nampak budak perempuan tu dia bagi surat dekat crush kau. Aku assume surat tu surat cinta!" Fuh dengan yakinnya Jaiko ni.

Jiae: "Kau ni overthink la. Mana kau tahu tu surat cinta? Entah-entah tu surat bill internet yang tersalah alamat rumah ke? Surat perletakkan jawatan ahli persatuan bawah dia ke? Kau bukan tak tahu ahli persatuan bawah dia kebanyakkannya perempuan. Hampir semua pelajar perempuan kat sekolah ni masuk persatuan dia tahu?"

Jaiko: "Mwo? Aku tak salah dengar ke? Haha aku rasa bukan aku yang overthink, kau tu bengap." sambil curi sepotong kimbap dari Jiae, "Kau tak rasa ke kau suka dekat seseorang yang ada banyak saingan? Maksud aku, bukan satu atau dua orang saingan kau tau.. hampir 300 orang wehh dalam sekolah ni! Kau taknak lawan dengan diaorang ke?"

Jiae: "Jaiko, kalau aku join dalam 'competition' yang takde sijil ni, aku boleh buat apa je untuk tarik perhatian dia? Menari? hm? Menyanyi? hm? Masuk dalam pertandingan Matematik Antarabangsa?? Sesungguhnya, aku tak ada bakat untuk semua tu. Bak kata omputih kata, Young, Wild and Break." 

Aduh, Jiae... break? Kau pikir breakdance ke? huh? Break time?

Haeyi: "Salah la Young, Wild and Brake-keu" Haa, ni sorang lagi ni. Datang tak menyapa, main masuk line. Brake pe jadahnya. Handbrake?

Jaiko: "Haih...korang berdua ni sama-sama zero-IQ. Sepatutnya Young, Wild and Brokened! Haa! Beautifulest!"

Jiae: Pape la! Janji aku nak cakap yang aku ni takde bakat, takde kepandaian, takde pape! Ha!

Haeyi, nama penuhnya Ji Haeyi. Yang ni anime lover. Bercita-cita tinggi untuk menjadi graphic designer. Boleh reka satu character anime baru katanya. Katanya lah. Betul ke path yang Haeyi plan ni? And, personalitinya yang tenang membuatkan trio ni Jiae, Jaiko dan Haeyi harmonis. Gambar dia pun ada haa jap...err.... ha, ni!

Image result for korean wearing cat ear

Tapi, setenang-tenang Haeyi ni dia pun whistleblower jugak. Sama macam Jaiko. Pembantu Jaiko katanya. Ah, ni pun saya dapat info daripada Jiae jugak hehehehe.. 

Okay-okay sambung balik. 

Haeyi: "Aku fikir la kan...kalau aku cakap ni mesti kau ubah fikiran."

Jiae&Jaiko: "Apa dia?" masing-masing tunggu jawapan dari Haeyi.

Haeyi: "Kita tahun ni dah Gosam weh, senior highschool! Tak ke menyesal nanti dah habis graduate tak sempat nak confess dekat crush kau tu? hm.. Ada bakat ke takde bakat ke semua tu tak penting! Yang penting biar dia tahu perasaan kau!" Kakinya dihentakkan atas kerusi, lalu tangan Jiae dipegang, "Aku percayakan kau!" Wuuu boleh nampak mata dia keluar api macam dalam anime sebijik!

Jaiko: "Yes! Betul!" Haa, sudah. Kali ni Jaiko pula panjat atas meja. Bengkok nanti kaki meja tu kang! "Kat mana Jiae yang kitorang kenal? Yang ada semangat membara, yang ada jiwa berapi! Yang tak mudah putus asa! Kitorang yakin kau boleh!" Jaiko kali ni pula pegang bahu Jiae sambil tangan sebelah kiri digenggam diangkat keatas. Ala-ala patung kat New York tu. 

Bagus kawan-kawan Jiae ni, bagi support dan motivasi. 

Jiae berdengus.

Jiae mendiamkan diri.

Jiae berfikir. 

Tangannya dihentak atas meja. Membuatkan semua memandang dari arah bunyi hentakkan kuat itu.

Jiae: Aku.......

Haeyi&Jaiko: Aku????

Jiae: Akuuuuuuuuu...!

Haeyi&Jaiko: ??

Jiae: Haih...aku tak tahu :(

Haeyi&Jaiko: =_______________=

Lee Seonsaengnim masuk, "semua duduk tempat masing-masing!" 

Ayat-ayat kawannya tadi masih terngiang-ngiang dalam kepalanya. Perlu ke tak aku pergi confess dekat crush aku tu... kalau kena reject macam perempuan yang pernah confess kat dia sebelum ni macam mana? Haih, dah la jumpa depan-depan tak pernah. Cakap lagi lah tak pernah! Tapi, tak salahkan kalau mencuba? Tapi, eh aku tak berani la! Tapi... tapiiii aarrghhhhh....

 

Hi, ini chapter 1 nya yaa huhuhuhu.... taktahu lah camne hahahahahaha cabut lari dulu.. bye

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
leyna_nieka
#1
Chapter 1: Nice chapter...update soon please
kokobtz7
#2
Plz update authornim ^^