littlemissgarden O1

Little Miss Garden
Please Subscribe to read the full chapter

O1

“Makcik Misa, biar betul ni. Siapa nak teman ibu kat rumah nanti?” Selepas 3 jam perjalanan, Seongwoo sudah mula risau. Makcik Misa yang leka memandu membiarkan anak buahnya itu bermonolog sendirian.

 

“Makcik! Cakaplah, macam mana dengan ibu? Nanti dia sunyi kat rumah besar tu. Nanti takde orang tolong dia.” Seongwoo menggigit jarinya.

 

“Yang kamu paranoid sangat nih kenapa? Mak kamu tu bukannya hilang ke mana pun. Cukuplah Seongwoo oii..” Makcik Misa yang mula rimas dengan bebelan anak buahnya itu mula membuka mulutnya. Bising betul.

 

“Habistu, makcik la yang salah. Kenapa paksa saya kerja?” Seongwoo menyalahkan makciknya di atas takdir yang berlaku. Bertuah punya anak saudara. Makcik Misa mengetuk kepala anak saudaranya itu. Seongwoo mengaduh kesakitan. Kepalanya yang sakit gara-gara diketuk diusap berulang kali.

 

“Kamu ni, Makcik Daeum kamu kan ada? Jangan risaulah. Ini pun rancangan mak kamu, suruh kamu kerja dengan makcik. Tolonglah makcik kamu ni.” Makcik Misa mula membebel.

 

“Dah, kita dah sampai rumah makcik. Kamu jangan risau, makan minum kamu makcik tanggung. Lagipun Daehwi mesti suka sepupu dia tinggal kat sini.” Bulu roma Seongwoo mula meremang. Lee Daehwi, anak makciknya itu tak pernah sebulu dengannya. Situasi 10 tahun yang lepas mula bermain di kepalanya.

 

“Ong Seongwoo, mari sini kejap. Aku ada benda best nak tunjuk.” Daehwi mengajak Seongwoo yang sedang leka bermain dengan permainannya di halaman rumah tetapi dia menolak.

 

“Mak aku tak bagi pergi jauh-jauh. Bahaya.” Daehwi mula gelak terbahak-bahak. Seongwoo pelik dengan Daehwi. Salahkah?

 

“Salah ke?” Mendengarkan pernyataan itu, gelak Daehwi semakin galak.

 

“Hello, Seongwoo. Kau ni anak emak seh. Bukannya makcik nak marah pun! Anak emak!” Daehwi mula mengejek Seongwoo dengan panggilan itu.

 

Grh, Daehwi tak guna.

 

“Bilik kamu kongsi dengan Daehwi, dekat tingkat atas tau. Nanti turun bawah, makan.” Makcik Misa tersenyum sebelum menuju ke dapur, mungkin sediakan air buat Seongwoo, mungkin juga Misa terpaksa membersihkan pinggan mangguk setinggi Gunung Everest. Ah, lantaklah. Seongwoo tak mahu masuk campur.

 

Seongwoo melangkah malas. Buat pertama kalinya, dia berjauhan daripada ibunya. Aduh, dia mula rindu akan emaknya itu.

 

Tombol pintu bilik Daehwi dipulas. Sebaik saja pintu dikuak, matanya terbeliak.

 

“Mak oi! Ni bilik ke hutan?!”

 

 

 

Seongwoo menuruni tangga rumah makciknya itu. Baju ditukar kepada t-shirt biasa, setelah penat dia mengemas bilik Daehwi yang umpama hutan itu. Tak sanggup Seongwoo mempunyai roommate seperti Daehwi. Tolonglah tuhan, selamatkan aku dari manusia itu, monolog Seongwoo sendirian.

 

“Oh? Lamanya siap.” Makcik Misa yang baru keluar dari dapur bersama dulang yang berisi secawan teh hijau dan juga biskut cip coklat yang memenuhi pinggan menyapa Seongwoo. Seongwoo hanya tersenyum kelat.

 

Dulang itu diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu. Seongwoo melabuhkan punggungnya di atas sofa. “Makanlah dulu, makcik nak settlekan beberapa hal.” Ujar Makcik Misa sebelum berlalu pergi, entah kemana hilangnya.

 

Seongwoo mencapai cawan itu dan meneguk air teh hijau itu. Dapatlah juga melegakan tekaknya setelah `puas menebas hutan’ di dalam bilik Daehwi. Biskut coklat cip itu dicapai, namun belum sempat biskut itu mendarat d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
imjiseong
saya ada edit sikit beberapa part dalam littlemissgarden 01

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 2: Oh my gosh Ong Seongwoo jadi anak mak comel sangat tau! Kena betul dengan diri dia yang betul hehe XD
Tak sangka Daehwi ni nakal pastu tak berapa nak pembersih hahahahahahaha! Haih tapi suka anak patung barbie alelele dalam hati ada taman! ><
lilylunalove
#2
Auww Ong Seongwoo in the house yow! XD
jimiekhyun
#3
i wish u all the best and goodluck!! :D
aquariusxpisces
#4
Fighting~