P R O L O G U E
Little Miss GardenSeongwoo tekun mengemas biliknya sambil mulutnya menggumam lagu kegemarannya nyanyian kumpulan lelaki SEVENTEEN. Biliknya sangat kemas. Cadar baru sudah ditukar. Tingkap juga dibuka. Biliknya itu bagaikan syurga baginya.
"Seongwoo! Sini kejap." Puan Ong yang berada di tingkat bawah memanggil anak lelakinya, Seongwoo.
"Baik, mak." Seongwoo menyahut sebelum menuruni tangga. Rumah dua tingkat itu tempat dia membesar bersama ibunya. Sebagai seorang anak tunggal, dia merasakan yang dia perlu menjaga ibunya lebih selepas kematian bapanya.
“Duduk sini." Puan Ong menyakan tempat duduk di sebelahnya. Seongwoo duduk sebelum kepalanya diletakkan di atas peha maknya.
Puan Ong mengusap rambut anak lelakinya itu. Satu-satunya anak lelaki.
"Seongwoo yah, peperiksaan kamu dah habis, kan?" Puan Ong bertanya. Seongwoo sekadar mengangguk. Puan Ong tersenyum.
"Kamu taknak cari kerja?" Tanya Puan Ong. Seongwoo berfikir sejenak.
"Bukan taknak, tapi siapa nak jaga mak kalau saya pergi kerja?" Seongwoo mengangkat kepalanya sambil menatap wajah tua maknya itu.
"Kamu fikir mak kamu ni budak kecil? Mak reti jaga diri sendiri. Kamu janganlah risau sangat." Puan Ong mengusap tangan Seongwoo. Seongwoo tertunduk memandang lantai.
"Seongwoo, kamu nak tolong makcik kamu kerja tak?" Puan Ong bertanya.
"Dekat mana, mak?" Seongwo
Comments