Chapter 1

While You Were Sleeping
Please Subscribe to read the full chapter

Changmin menutup matanya kerana cahaya matahari pagi yang terang dan cerah, dia bangun daripada tidur dengan hati yang sedikit gembira. Changmin berasa seronok dan gembira kerana musim bunga sudah tiba tetapi kehangatannya tidak sampai lagi kepada dirinya. Dia bangun dan duduk di tilam empuk, dan berasa sedikit letih.

 

Terdapat sebuah tingkap di sebelah katilnya di mana dia dapat melihat langit biru terang menerusinya. Pokok-pokok ceri yang telah ditanam berhampiran dengan rumahnya itu menghiasi pemandangan luar tingkapnya apabila angin bertiup ke arahnya, dia sering melihat kelopak-kelopak bunga merah jambu yang banyak bertaburan di seluruh biliknya. Sudah beberapa kali Changmin mengingatkan dirinya untuk menutup cermin tingkap pada malam sebelumnya, malangnya dia sering terlupa kerana keletihan.

 

Walau bagaimanapun, Changmin terpukau dengan keindahan pemandangan pokok-pokok ceri itu, dia bangun daripada katilnya untuk membersihkan bunga-bunga ceri yang bertaburan di lantai biliknya.

 

Semasa membersihkan bilik, Changmin menghidupkan suis radio untuk mendengar lagu. Lagu terkenal kumpulan artis kegemarannya, TVXQ telah dimainkan dan Changmin menyanyikan lagu tersebut dengan gembira. Walaupun fizikalnya keletihan, dia benar-benar dalam suasana hati yang baik. Akhirnya, dia berfikir, penyakit yang telah melanda dia seperti kekasih yang degil memutuskan untuk meninggalkannya dengan aman.

 

Pengalaman pahit yang dia alami sukar untuk difahami. Pada usia dua puluh empat, Shim Changmin telah hidup dengan baik dan aman. Dilahirkan dengan wajah yang kacak, dia seorang pemuda yang baik dengan hati emas. Pekerjaan yang dia lakukan sekarang adalah pekerjaan dia minati dengan masa depan yang sangat cerah. Malangnya Changmin belum lagi bertemu dengan gadis impiannya tetapi dia akan setia menunggu.

 

Dia percaya pasangan hidupnya akan muncul pada waktunya dan dia akan menjadi kekasih hatinya buat selama-lamanya. Pendeknya, Changmin adalah seorang pemuda yang berusaha untuk hidup hari demi hari.

 

Walau bagaimanapun, sepuluh hari yang lalu, Changmin bangun dengan air mata di kelopak matanya. Dia rasa ada sesuatu yang hilang dan kekosongan yang akan membunuh even lelaki tough sekalipun akan berputus asa. Changmin tahu bahawa hidupnya beransur-ansur merosot, dia perlu mencari bantuan tetapi tidak ada ahli psikologi atau ubat yang boleh membantu keadaan mentalnya.

 

Rakan baiknya mencadangkan bahawa dia patut mengambil cuti sebulan kerana mungkin dapat membantu untuk dia pulih semula. Walaupun Changmin masih ragu-ragu dengan cadangan itu, dia tetap bertindak atas nasihat itu.

 

Dan pagi ini, Changmin bersyukur. Selepas tempoh pengasingan singkat dari dunia luar, dia telah pulih dengan baik.

 

Penyakit itu datang secara singkat apabila terkena. Selama lebih dari seminggu, dia menghabiskan hari-harinya dengan menangis dan mengalami kecenderungan untuk membunuh diri. Satu-satunya jalan yang membolehkan Changmin meneruskan hidupnya adalah dengan memikirkan ahli keluarga dan rakan-rakannya.

 

Dia mengkritik diagnosis psikologi; kemurungan. Dia telah memikirkannya dan membuat kesimpulan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa perkara yang boleh membuatnya mengalami tekanan. Jadi kesimpulan psikologi itu tidak masuk akal sama sekali. Tetapi sejak hari-hari yang murung itu hilang, Changmin memutuskan untuk tidak memikirkannya lagi.

 

Menyelesaikan sedikit pembersihan terakhir, Changmin mengumpul kelopak itu ke dalam beg plastik dan meninggalkannya di sebelah pintu dengan sampah yang lain. Dia mandi untuk menyegarkan badan dan menyediakan sarapan pagi. Selera makannya masih ada tetapi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
coffeedrops
#1
Chapter 1: Wuuu so mystery ~ XDXD waiting for the next chapter ^^
kurogane
#2
it would be great if this fic in in english >.<
all the best for your fic