Episod o6

Oh ! Cikgu Disiplin
Please Subscribe to read the full chapter

 

Semua pelajar Sekolah Tinggi Daemun digemparkan dengan pengembalian Suji semula. Haemin memandang Suji yang sedang berbual dengan beberapa orang pelajar tidak jauh daripadanya. Gadis itu dikerumuni oleh pelajar . Mi joo yang turut berada di sisi Hae Min hanya mampu mengerling memandang riak wajah Hae Min yang kosong.

“Kau okay?”soal Mi Joo membuatkan Hae Min sekadar mengangkat bahu. Tanpa kata,Hae Min mengorak langkah menuju ke kelas. Meninggalkan Mi Joo yang mengeluh berat.Dia kemudiannya turut mengorak langkah mengikut jejak Hae Min.

 

Keadaan di kafeteria riuh dengan sorakan apabila melihat Suji tiba-tiba memeluk Myung Soo dari belakang.Myung Soo yang sedang menikmati makanannya jelas terkejut dengan tindakan gadis itu. Dia statik di tempatnya. Ya,kebanyakkan pelajar Sekolah Tinggi Daemun langsung tidak tahu menahu tentang hubungannya dengan Suji telah lama tamat. Mereka masih memikir yang dia dan Suji masih lagi pasangan kekasih.

“Lepaskan..”bisik Myung Soo cuba tidak menengking gadis itu. Kalau dia berbuat begitu, yang malu bukannya dia tapi Suji sendiri.Suji yang mendengar makin mengeratkan pelukannya. Dia melentokkan kepalanya pada bahu lelaki itu. “Tak mahu.. aku rindukan kau..”. Myung Soo menghela perlahan.

Tangannya memegang tangan Suji untuk meleraikan pelukan sebelum suatu pekikan dari seseorang tak bermoral mengejutkannya. “Woooo~~~~,EX-girlfriend datang!!”Myung Soo terus mendongak,menghadap ke muka pintu yang mana Hae Min dan rakannya baru masuk kedalam kafeteria. Hae Min memandang kearah Myung Soo dan Suji bersilih ganti.

Hae Min membeku seketika di tempatnya sebelum dia membetulkan dirinya dan berjalan dengan biasa menuju ke barisan makanan. Dulang makanan diambil dan dia berpura-pura yang segalanya okay. Sedangkan,matanya sesekali mengerling kearah Myung Soo dan Suji. Myung Soo terus menghentap tangan Suji dari terus memeluknya. Dia dengan pantas bangun dan memandang tajam kearah Suji. Tidak mahu meributkan keadaan,dia mengundur diri.

Kakinya terus diatur keluar dari kafeteria. Suji hanya mampu memandang dengan perasaan yang perit. Dia kemudian mengalihkan pandangannya kearah Hae Min yang sedang mencedok makanan. Pantas dia menghampiri gadis itu.

“Hye Girls..”sapanya membuatkan bekas rakan-rakannya itu menoleh kearahnya kecuali Hae Min yang masih meneruskan tindakannya. Suji memeluk tubuh memandang Hae Min yang langsung tidak memperdulikan kehadirannya. “Minie~ah”panggil Suji dengan menggunakan panggilan manja yang dahulunya hanya dia yang gunakan. Tangan Hae Min berhenti memegang senduk besi itu.

Dia mengeratkan pegangannya pada dulang makanan dan dengan tenang menoleh kearah Suji yang kini berada di hadapannya. “Apa Jinie?”balas Hae Min semula. Matanya tepat memandang kearah Suji. Mi Joo dan yang lain hanya mendiamkan diri. Menunggu dengan rasa berdebar. “Kau masih tak berubah Minie.. Masih sama macam dulu..”ujar Suji dengan nada yang tidak pasti adalah menyindir atau sebaliknya.

Hae Min tersenyum senget. “Kau pun sama.. masih tak matang..”balas Hae Min dengan sarkastiknya sebelum berpaling dan meneruskan tindakannya yang terbantut tadi. Su Ji hilang kata . Dia menjeling kearah Lami yang hampir ketawa. “Betul, aku tak matang…sekurang-kurangnya aku bukan an—“

Splassshhhh…

Makanan mengotori seluruh wajah dan pakaian Suji membuatkan kata –katanya terhenti. Hae Min memandang Suji dengan pandangan tajam. Dulang makanannya kini kosong . Dari tadi dia cuba menahan rasa marahnya namun nampaknya ia tak bertahan. Suji memandang dirinya yang sudah penuh dengan makanan yang kebanyakkannya berkuah pekat itu.

“Arghhhhhhh!!!!”

Cikgu Dol berulang alik di hadapan Hae Min yang berdiri di hadapannya. Dia terus dipanggil ke bilik disiplin sejurus sahaja dilapor oleh pelajar yang lain. Baek hyun masuk semula ke bilik disiplinnya setelah selesai berurusan dengan pengetua dan ibubapa Suji yang jelas bengang dengan tindakan Hae Min terhadap anak tunggal mereka.

“Ah,jadi ?”soal Cikgu Dol sejurus sahaja Baek Hyun masuk . Habis diserbu guru muda itu dengan seribu tanda tanya. Hae Min pula hanya mampu mendiamkan diri .

Baek hyun mengerling sekilas kearah Hae Min sebelum menyuruh Cikgu Dol yang kelam kabut itu bertenang. Dia sekali serabut tengok keadaan Cikgu Dol itu. “Ibu bapa Suji minta Haemin digantung atau mereka akan bawah ke mahkamah..”bisik Baek Hyun ke telinga Cikgu Dol. Hae Min yang tak berapa jauh sudah mendengarnya walau berapa perlahan pun suara Baek hyun itu.

“Ap—apa?...oii,itu melampau?..”

“Saya tahu tapi pengetua Soy kata dia tidak ada cara lain selain setuju kalau tak nak kes ni dibawa ke mahkamah..”

“Aigoo~ betullah..ibubapa Suji terlalu berpengaruh”

Hae Min mengetap bibirnya menahan geram dalam diri. “Maaf untuk mencelah!.. Tapi, kenapa saya seorang sahaja yang kena?..”Hae Min menoleh memandang Baek hyun dan Cikgu Dol yang terdiam dengan kata-katanya. “Suji yang mulakannya tapi kenapa saya yang kena…kenapa saya seorang?!”sambung Hae Min dengan nada yang tinggi. Dia mula diselubungi emosi.

Ia terlalu tidak adil. Hae Min memandang kedua gurunya itu yang hanya mampu mendiamkan diri. “Aahhh~,jadi inilah sekolah..inilah keadilan.. Sebab saya tak ada ibubapa yang kisah , saya jerlah yang salah.. hahahaha. Baik!.. Saya terima hukuman itu… Saya pergi dulu..”pinta Hae Min dan terus keluar dari bilik disiplin itu dengan hati yang perit. Baek Hyun meraup wajahnya.

Langkah laju Hae Min terhenti apabila dia kebetulan bertembung dengan ibubapa Suji yang dalam perjalanan pulang setelah selesai berbincang dengan Puan Soy. !. Tuan Lee membetulkan kotnya dan berdehem kuat sebaik Hae Min menghampirinya. Dia memandang Hae Min bagaikan gadis itu adalah sampah.

“Jadi kamulah yang berani lontar makanan pada anak saya?”soal Tuan Lee tidak memberi peluang kepada Hae Min selain mengangguk. “Tchh, saya dengar ibubapa kamu hanya pekerja awam biasa…betulke?” . “Ya,betul tu..”.

“ Lain kali , sedar diri dulu sebelum memandai nak sentuh tangan pada orang yang lebih berharga hidup dari kamu..”

Haemin terkesima serta merta tatkala ayat Tuan Lee itu menusuk terus ke hatinya bagai pedang yang tajam.Hae Min yang tadinya menunduk hormat terus mendongak memandang terus ke mata Tuan Lee . “Tarik balik apa yang Tuan kata? .. Siapa Tuan nak tentukan sama ada orang macam saya berharga untuk hidup atau tidak!?.. “tengking Hae Min membuatkan Tuan Lee dan isterinya itu terkedu.

“Yah,berani kamu—“celah Puan Lee namun terhenti apabila suaminya memegangnya. “Jadi,kamu berhargakah?”soal Tuan Lee bagai sedang mencabar maruah gadis muda itu. Hae Min mengepalkan penumbuknya ,urat-uratnya kelihatan tatkala dia menggengam kuat.

“Tidak.. Saya tak ---“tanpa sempat Hae Min menghabiskan ayatnya,bahu Haemin dipegang oleh Tuan Lee.. “Baguslah kamu sedar..”potong Tuan Lee dan berjalan pergi namun langkahnya terhenti tatkala teringat akan sesuatu.Dia pantas berpaling semula kearah Hae Min. “Aaa,kamu anak Hae Joo kan?.. memang sesuailah dengan perangai ibu kamu yang tak senonoh itu..”ujar Tuan Lee sebelum berjalan pergi dengan isterinya.

Meninggalkan Hae Min berdiri kaku di tempatnya. Hae Min hanya mampu memendam segalanya seorang diri.

 

 

Surat yang baru diterima dari pihak sekolah tentang pergantungan Hae Min dari sekolah dicampak Tuan Jung keatas meja kopi di hadapan Hae Min yang sedang duduk. Tuan Jung menahan amarahnya dari terus membuak. Puan Bom pula sekadar mampu mendiamkan diri sambil memeluk Renjun dan memerhati segalanya dari dapur.

“Berapa kali agaknya kamu nak kami terima surat dari sekolah ? ..Sampai aku mati ke?”soal Tuan Jung yang sudah tidak tahan dengan segala berita yang diterimanya dari sekolah tentang anak gadisnya itu. Dan semuanya adalah tidak baik. Macamlah dia tak pandai besarkan anak…

Hae Min sekadar menundukkan wajah memandang ke bawah sambil menadahkan telinganya untuk segala bebelan. “…Kenapa kamu ni susah sangat?...Tak bolehke kamu jadi seperti Renjun!?”sambung Tuan Jung lagi. Hae Min menutup matanya sambil mendengar segala perbandingan yang dibuat oleh ayahnya antara dirinya yang tak guna dengan Renjun yang berharga.

“Kenapa kamu tak sepandai Renj—“

Tidak lagi mampu menahan telinga,Hae Min tiba-tiba bangun menyebabkan Tuan Jung terhenti. Hae Min terus bergerak mencapai kot sejuknya dan ingin keluar sebelum dia ditahan oleh Puan Bom yang jjelas tak mahu keadaan lebih buruk. “Biarkan dia .. Semakin besar ,dia semakin tak hormat orang tua..”ujar Tuan Jung dan mendengus kasar. Kecewa dengan perangai anak pertamanya.

“..jadi ini semua salah saya?. Saya membesar begini ,semua salah saya?..”soal Hae Min dan memandang ayahnya yang sudah duduk diatas sofa. Hae Min memandang ayahnya dengan pendaman perasaan yang sudah bertahun. “Kalau kamu nak keluar,kel—“

“Ya!..Kalau boleh,saya memang nak keluar ,nak pergi sejauh yang boleh dari sini..Tapi, saya tahu saya tak boleh..Ayah ..hanya ayah seorang yang saya ada..Saya tiada sesiapa . Ayah pernah ke tanya saya apa yang saya nak selama ini ?..Saya gembira atau tak?. Sakit atau tidak?...Ayah tak pernah..Sekalipun…Semuanya..semua yang penting hanya tentang mereka berdua tapi saya!.. Hanya orang asing,kan…Jadi, jangan pura-pura tahu tentang saya..Jangan pernah kesal pada saya ..Ini hidup saya..Ayah yang buat saya pilih cara ini..”Hae Min mengesat air matanya yang sudah bercucuran jatuh.

Melihatkan Tuan Jung yang sekadar memandang ke tempat lain,Hae Min terus melangkah keluar. Renjun yang berada di sisi ibunya hanya mampu memandang dengan rasa bersalah.

 

Woo Shin yang baru ingin pulang ke rumah setelah penat dengan aktiviti sekolah dikejutkan dengan kehadiran julung kalinya Hae Min di luar pagar sekolahnya. Gadis itu menunggu seorang diri tidak jauh dari pondok keselamatan. Gembira dengan kehadiran Hae Min ,dia terus berlari mendapatkan kekasihnya itu.

“Hae Min!”panggil Woo Shin membuatkan lamunan Hae Min terhenti. Hae Min terus membetulkan dirinya yang serabai itu dan tersenyum memandang Woo Shin. Seboleh-bolehnya menyembunyikan tentang apa yang telah berlaku kepadanya. Dia memandang kekasih yang sudah beberapa hari dia tidak berjumpa memandangkan lelaki itu sibuk dengan peperiksaan sekolahnya.

Senyuman tipis terukir pada wajah. “Jom”ajak Hae Min membuatkan lelaki itu terpingga-pingga. “Mana?..”Haemin diam. Dia juga tiada hala tuju kemana dia boleh pergi. Kakinya yang membawa dia ke sekolah kekasihnya itu. Kenapa dia cari lelaki naif ini pun dia tidak tahu?..Cuma ,dia perlukan seseorang..

“Mana-mana..awak tak nak pergi?...Baik,saya balik”rajuk Hae Min sengaja ingin mendengki lelaki itu. Woo Shin terus kelam kabut,pantas dia memegang tangan gadis itu. “Aaahhh,betul..betul..jom!”ujarnya laju . Hae Min memandang Woo Shin dengan dahi berkerut. “Apa yang betul?..”.

“Date..kita ada date harini..”

“Mana ada..bila masa?..”

“Tapi ..tadi ..awak… macam…merajuk…Awak tipu saya ke?”

Woo Shin memandang Haemin dnegan wajah konfius. Kepala lelaki itu melentok ke kiri memandangnya dengan pandangan naif. Haemin yang melihat tidak dapat menahan selain tertawa lucu melihat kecomelan dan kelurusan lelaki itu. “Aigoo~..kenapa awak ni lurus sangat..”ujar Hae Min sambil menyerabutkan rambut Woo Shin yang kemas itu membuatkan lelaki itu mencebik. Terasa tertipu .

Hae Min tersenyum lebar memandang Woo Shin yang membetulkan semula rambutnya. Dia memandang lelaki itu sebelum tiba-tiba memeluk badan Woo Shin membuatkan lelaki itu terkesima. Woo Shin memandang Hae Min yang merehatkan kepalanya pada dadanya. Jantungnya terus berdegup kencang sekencangnya ribut taufan.

“Ken..kenapa Hae Min?”soalnya terus menjadi gagap tak semena-mena. Hae Min mengeratkan pelukannya. “

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Spring_Girl
Please don't be a silent reader T^T

Comments

You must be logged in to comment
girly_
#1
Chapter 1: Hahaha! Cikgu Dol. kenapa nama pelik sgt? btw, comel gmbr renjun tu hihihi.. i came here because baekhyun!!! :)
sya_chocolate
#2
Chapter 7: woah ada ke tak eh life macam Hae Min ni in real life.
Ada ex boyfriend yang pernah sakitkan dia tapi tiba2 muncul semula shamelessly ajak sambung semula. Lepas tu ada pulak anak chaebol yang handsome dan naif yang suka pada dia. Even dia dah lukakan hati budak tu...still dia setia dengan Hae Min. Then, ada pulak guru muda yang kacak, ada status pulak tu dan lebih daripada berkemampuan nak sara diri.

Tu hal cinta dia, hal family pulak, mak dia tinggal kan dia. Ayah kandung macam tak tahu nak communicate dengan dia. Mujur mak tiri dengan adik tiri baik je dengan dia.

Im not so sure but somehow I did feel the drama School 2017 vibe in it. The injustice of school system. But then again...I might feel like this since that drama just ended a few weeks ago.I miss that drama T^T

Hmmm...keadaan Haemin ni buat saya fikir. Kalau laa situasi macam ni terjadi pada saya atau orang saya kenal, apa saya buat or apa saya cadangkan.
Kalau ikutkan, saya awal2 akan reject Myungsoo sebab saya ni jenis once you hurt me badly. There is no chance for you anymore. Lagipun...Haemin bukannya deeply in love with Myungsoo...right?
Wooshin dan Baekhyun dua pilihan tinggal. Wooshin ikhlas nampaknya perasaan dia pada Haemin. Plus, they are same age friends. They can understand each other well. Wooshin pun budak sekolah elit. Maka, buktinya dia ni well off kid and probably a smart kid. Naivé is a different things. But...he is still a student. He depend on his family and Im not sure if he can stand up for himself. Well there is no situation to show or urge him to stand up for himself.
Baekhyun pula. Dia dah ada kerjaya. Pengalaman hidup mesti lagi banyak. But that also means he might have difficulty in understanding Hyemi and vice versa. Dia dah serve military kan? tak perlua laa Haemin menunggu setahun lebih kepulangan Baekhyun. He has the look and from a very prominent family too. But...Im not sure if he is a man who stand up for himself too or not. His double life making it is quite complicated. He is quite conservative which is it had its pros and cons too.

Well, Wooshin dan Baekhyun ada kelebihan dan kelemahan masing2.

Honestly...Im Baekhyun stan. Plus...tajuk cerita ni pun Oh! Cikgu Disiplin. Saya pulak jenis memang sokong first lead never second lead despite how much better the 2nd lead is. So...you already knows who's Im rooting for ^^
sya_chocolate
#3
Chapter 6: hey, you update beside your busy schedules. I read the author's thought ( what a nice new feature there). Your schedules must be so much hectic. Its going to be November soon( ya know what I meant).
Be prepared for a long comment!!

hahaahahh, this chapter is kinda funny for Baekhyun's part. I can see his another traits. He is cute and passionate. He even make a homemade bento for Haemin. But, the things that caught my attention is his reaction. When Haemin was going to ask about the 'restaurant' lover boy Baekhyun instantly turned into teacher Byun mode. That is quite funny and entertaining to me.
Baekhyun is attentive towards the one he love. He helps to block people from seeing she cried her eyes out. He is so reliable. I can somehow relate to Haemin. Im quite a sensitive person. Im easily touched and cried whenever I read fanfics, novels and manga, watch movies and drama or simply from understanding songs. But, I rarely cried for myself. It feels quite embarassing if others saw me cry. I want to be seen as a strong girl. aaaannddd because of that, Baekhyun knowing about Haemin as a strong girl, he helped to protect her while she cried comfortably.

Hmmm, I think Im crazy. From what Haemin tell Baekhyun and Suji's act. I really despise her. She looked down upon others easily and she lets her love feelings destroy her 'friendship' with Haemin and the girls. BUT, isnt this is a good things? let her has Myungsoo. Both of them are very bad. They suit each other well and Baekhyun can be with Haemin♡♡

Hana really went through things so much. Her father remarried and she had rocky relationship with her father. Her ex-boyfriend kinda of bully her and her 'bestfriend' betray her. No wonder she built such a strong character. and.....the slapped. Way to go girl!

Wooshin too. hmmmm, boi he is just too innocent and pure. You wont survive this world. But then...he is a rich kid. It shouldnt be that bad.
nnsmg02 #4
Chapter 5: update!!!!!!uhuhuhu knape berhenti!!!!
sya_chocolate
#5
Chapter 5: hello~ new reader here^^

first of all, this story is interesting. The plot and the character. I like it that you potray Haemin as realistic as ever. She has some postive traits but also negative aspects in her. She is a strong girl. Despite whatever happen to her in the past with Myungsoo, she didnt show her weakself or any kinda of trauma ( ok, maybe shaking abit when she met Myungsoo again), she has her friends who is loyal and fun to be. Although they break school rules but..that a different story. Her relationship with her step family seems quite good. I guess the problem is with her father. It is maybe because she is still a teenager and you know, at that phase..all of us kind of feel rebellious and we find it hard to open up with our family, it is also the time that we spend more time with our peers. So...I guess, the real problem is the communication between father and daughter? she need to realise and fix it. What I dont like from her is Haemin intention of continue to date WooShin is wrong. She did that only to avenge Myungsoo. Woo Shin is an innocent lamb here. But, not everyone is perfect. Plus, she did say that she might REALLY like him.( Although Im already on team Teacher Byun ><)

Next! moving on to Baekhyun. Hmmmm, he is sure very interesting here. He basically like living double life. A teacher and a politician's son. It must be tiring to be The Byun Baekhyun eh? What is really disturbing me is did Baekhyun really did have any past relate to Haemin? Did he really like Haemin just from his first day of being a teacher?

Myungsoo...who do you think you are?! You want her back? Instead of saying he want her back, he should apologise to Haemin. What he did in the past is quite terrible. Sure, he is deceived, but he went overboard.For now, Myungsoo is really a hateful character. I dont find any room to symphatised with him. He is greedy, looks and act cruel, has no sense of guilty and simply despicable. So..until the next chapter, I'll contiunue to hate him.

Hahahhaaha, Im commenting too much and too long. I think this is more into ranting instead of commenting.
sshibbal
#6
macam best je cerita ni, o u o that moment when nama sendiri pun min hahahahahaha leh feeling gegitu
misskpop2B #7
Chapter 5: Waaahhh! Dah lama saya cari cerita macam ni. Cara penulisannya memang menarik! Update cepat-cepat tau! *winkwink
aquariusxpisces
#8
Chapter 5: Awwww XD dua-dua berebut Hae Min XDDD