Episod o5

Oh ! Cikgu Disiplin
Please Subscribe to read the full chapter

 

Sepanjang kelas Hae Min langsung tidak dapat menumpukan perhatiannya sehinggalah masa tamat sekolah .Keluar sahaja kelas ,dia bertembung dengan Baek hyun yang kebetulan ingin pulang. Hae Min dengan pantas berpatah balik dan masuk kedalam kelasnya. Terlalu kekok untuk bertegur atau berpandangan. Baek hyun hanya mengerling dan berjalan laju. Hae Min mengintip dari dalam kelas dan menghela lega. 

Dahinya ditepuk kuat dan kepalanya digeleng-geleng laju. Gila oh gila.. 

Dengan pantas dia kemudian berjalan keluar dari bangunan sekolah dan kalau boleh ingin pulang bersama dengan Renjun. Namun niatnya terhenti apabila melihat lagi seorang insan bergelar lelaki dalam hidupnya. Woo Shin hanya tersenyum setiap kali dirinya disapa dengan pelajar-pelajar perempuan yang datang kepadanya. Dengan wajah sebegitu,tak hairanlah dia digemari ramai. 

Hae Min yang baru terfikir ingin lari dari lelaki itu terhenti sebaik melihat Myung Soo yang juga baru selesai dengan kelasnya. Kekal dengan rancangan bernasnya,dia pantas mengatur langkah menghampiri Woo Shin sebelum memaut lengan lelaki itu dengan manja. "Oppa~"tegur Hae Min dengan manja membuatkan Woo Shin terkejut sedikit. 

Dari arah yang berlainan, Myung Soo dan Baek hyun yang berada tidak jauh dari kedua insan itu memandang segala-galanya . Hae Min yang niatnya hanya untuk mencemburukan Myung Soo bertukar tunggang terbalik apabila ...

  "Hey,, Woo Shin"panggil Baek hyun seraya berlari anak kearah pasangan itu. Dia tersenyum kearah Hae Min yang mula pucat lesi . Woo Shin yang jelas naif dan tidak tahu menahu yang dirinya punya pesaing dengan hormat menyapa guru itu. "Petang ,cikgu.."sapanya dengan penuh sopan. Senyuman manis terukir pada wajahnya yang putih itu. 

Hae Min yang sudah bagai cacing kepanasan melihat kemesraan Woo Shin melayan Baek hyun sudah menarik-narik lengan baju kekasihnya itu. "Tak sangka berjumpa kamu disini"ujar Baek Hyun dengan ramahnya. Dia mengerling kearah Hae Min yang sudah tersengih-sengih kekok. Woo Shin tersenyum dan tangannya pantas memegang Hae min yang semakin menjauhinya. "Kami nak pergi minum sekejap, Cikgu nak ikut?"

Dengan bola mata yang hampir terjojol ,Hae Min memandang Woo Shin yang terlalu baik itu . Bodoh!

  "Oh,bolehke.. Bagus jugak .. Cikgu pun baru terfikir nak pergi cari benda sejuk.."Baek hyun tersenyum makna kearah Hae Min yang menutup separa muka kerana teralu bengang dengan kebodohan si Wooshin. 

 "Marilah,kita naik kereta sa--....eh, itu Myung Soo kan.. Myung Soo!!"sekali lagi Woo Shin menunjukkan kenaifannya apabila dia dengan rela hati memanggil Myung Soo yang dari tadi memerhati. Myung Soo tersentak sejenak sbeelum dia akhirnya berjalan menghampiri Woo Shin yang beria memanggilnya macamlah mereka sahabat rapat. 

Woo Shin tersenyum ceria. Gembira berjumpa dengan musuh dalam selimutnya itu. 

  "Kamu sekolah sini ke  ?.. Wahh...bestnya . Alang-alang apa kata kamu join kami sekali.."

Oh Mati..

 

Kerusi ditarikkan untuk Haemin duduk. Woo Shin tersenyum dan dengan lembutnya melayan kekasihnya itu. Hae Min hanya tersenyum palsu dan duduk diatas kerusi berhadapan terus dengan Myung Soo. Woo Shin kemudian duduk di sebelah Hae Min dan memanggil pelayan yang bertugas. 

 "Baik,kalian nak minum apa ? Saya belanja"tawar Woo Shin . Hae Min mengerling kearah Woo Shin yang langsung tiada klu yang kedua insan ini adalah musuhnya. Oh naif sungguh atau terlalu bodoh. Woo Shin memandang Hae Min yang memandangnya. "Awak nak apa Min ? .. Hazelnut Latte ?"cadang Woo Shin kepada Hae Min yang teragak -agak untuk mengangguk. 

Melihatkan Hae Min yang hanya tersenyum , Woo Shin menganggap gadis itu setuju dengan cadangannya dan terus sahaja ingin membuat pesanan. "Satu hazel--"

 " Almond latte.. "potong Myung Soo membuatkan semua memandangnya. Myung Soo memandang tepat kearah Hae Min yang tersentak sedikit. "Eh?"soal Woo Shin masih tak dapat menangkap apa yang berlaku. Myung Soo tersenyum kearah Woo Shin . "Hae Min alah kepada Hazelnut ,dia akan selsema kalau terkena hazelnut.. tapi dia suka almond.."ujar Myung Soo bagai sedang menjelaskan maklumat berguna kepada Woo Shin si kekasih baru itu. 

 "Macam mana awak tahu?"soal Woo Shin sedikit kecewa kerana dia langsung tidak mengetahui tentang alahan gadis itu. Myung Soo mengalihkan pandangannya kearah Hae Min yang hanya mendiamkan diri. Gadis itu memandang tepat kearahnya dengan riak yang tidak dapat ditafsir. "Sebab kami rapat .. sangat rapat.."ujar Myung Soo membuatkan keadaan kekok seketika sebelum Woo Shin dengan kekoknya cuba mengambil alih suasana. 

"Ahaha..korang kawan baik rupanya.. Baik,kalau macam tu Almond latte.."Woo Shin terus membuat pesanan dan pelayan tadi beredar pergi . Baek Hyun yang hanya duduk memerhati menjeling kearah Myung Soo yang memandang kearah Hae Min. Hae Min mengawal emosinya dari terus mengawal diri. Dia menarik nafas panjang dan menghembus perlahan.

Dia tersenyum memandang kearah Woo Shin yang sedang bermain dengan menu yang terletak cantik diatas meja. "Woo Shin-ah, lepas ini kita nak pergi mana?"soalnya sengaja ingin membuatkan kedua insan itu sedar yang dia sudah berpunya. Woo Shin. Walaupun lelaki ini jelas tak menepati ciri yang disukainya ,yang penting lelaki ini tak menyakitkan hati .

Woo Shin terkebil-kebil memandang Hae min. "Baliklah.."jawabnya membuatkan Baek hyun dan Myung Soo mengkatup mulut,menahan tawa yang bila-bila akan meletus. Sekarang,ini kelakar. Hae Min menahan malunya yang semakin menebal,dia menjeling kearah Baek hyun dan Myung Soo yang cuba menyembunyikan ketawa mereka sebaik mungkin. Lawaklah sangat!>

"Hahahaha..janganlah buat lawak "kata -kata yang sebenarnya bermaksud 'jangan jadi bodohlah,bodoh'. Hae Min memberikan senyuman bermakna kepada Woo Shin yang sekali lagi membuatkan lelaki itu terkebil-kebil. Pipi Woo Shin tiba-tiba memerah bak buah ceri yang segar. Dia memandang Baek hyun dan Myung Soo sebelum kembali kepada Hae Min yang menunggu balasannya,

"Rumah saya"jawabnya teragak -agak. Dia tidak sangka yang hubungan mereka akan secepat ini. Walaupun dia suka tapi dia masih lagi malu untuk berdua-duan dengan Hae Min. Sekali lagi,jawapan jujur Woo Shin itu membuatkan Baek Hyun dan Myung Soo geli hati. Kedua insan itu akhirnya tertawa besar .

Woo Shin dengan naif memandang kedua insan itu manakala Hae Min pula terus membenamkan wajahnya keatas meja kerana terlalu malu. Dia kalah.

Minum petang diteruskan dengan hanya Woo Shin yang bercakap sepanjang masa sementara kedua lagi lelaki itu hanya menunjukkan minat, Hae Min pula hanya menghentak kaki menunggu masa untuk berlalu dengan pantas supaya dia boleh lari pulang ke rumah.

 

Woo Shin membukakan pintu untuk Haemin sebaik sahaja mereka tiba di rumah gadis itu. Haemin memandang Woo Shin yang tersenyum kearahnya. "Saya seronok hari ini,terima kasih.."ujar Woo Shin sambil menutup kembali pintu kereta. "Saya tak.."balas Hae Min membuatkan senyuman lelaki itu pudar. 

 "Kenapa?.. Awak na--"

 "Saya cuma nak awak jadi lebih bagus "luah Hae Min . Bayangannya yang dia boleh sakitkan hati Myung Soo dan membuat Baek Hyun berputus asa dengannya musnah dengan satu hari. Woo Shin langsung tiada ciri seorang lelaki yang akan melindunginya. Lelaki yang akan buat dia jatuh hati berkali -kali.

 "..Apa maksud awak, Hae Min?. Awak marah say--"

 "Satu yang awak perlu tahu, saya dan Myung Soo bukan kawan rapat "ujar Hae Min laju . Woo Shin diam sambil kepalanya melentok ke kiri. "Ooh, awak berdua sepupu ke?"teka Woo Shin dengan naifnya. Matanya membulat memandang Hae MIn yang hanya mampu melepaskan keluhan perlahan. 

  " Awak tak akan faham .. pergilah.. Selamat malam"ujar Hae Min dan terus berjalan pergi. Namun baru sahaja dia berada di depan pintu rumahnya ,dia menoleh semula dan berjalan kembali kepada Woo Shin yang masih tak berganjak. Bibir bawah digigit sebelum kaki Hae Min melayang ke betis lelaki itu. "Ouch!"aduh Woo Shin sambil mengangkat kaki kirinya yang ditendang kuat oleh lelaki itu. 

Hae Min kemudian mendengus kasar sebelum kembali semula ke rumahnya. Dia berlari masuk kedalam tanpa berkata apa-apa kepada Woo Shin. Pintu dihempas dengan kuat membuatkan Woo Shin terloncat kerana terkejut.

Dia ada buat silap ke?

Buku-buku yang berselerak di dalam loker dikemas Hae Min dengan pantas sementara menunggu lonceng berbunyi. Dia memandang nota-nota dan gambar-gambar polaroid yang tertampal di belakang pintu lokernya itu . Kebanyakkan gambar adalah gambar dia bersama dengan rakan-rakannya. Matanya kemudian tertumpu kearah suatu gambar yang baginya menyimpan banyak memori.

Jari-jemari Hae Min mula menyentuh gambar polaroid itu . Riak wajahnya kosong begitu juga dengan hatinya. Memori yang disimpan di dalam gambar itu begitu mendalam. Dia cuba membenci tetapi dia tak boleh. Rasa sayangnya terhadap insan di dalam gambar itu lebih banyak berbanding rasa dikhianati.

“Kau tenung gambar tu macam mata kau boleh keluarkan laser pulak..”celah satu suara mematikan lamunan Hae Min. Mi Joo dan Byul yang kebetulan baru pulang dari tandas memandang rakan mereka itu sambil menghisap lollipop masing-masing. Mi Joo memandang gambar polaroid tadi sebelum merapati Hae Min dan meletakkan tangannya ke bahu rakannya itu. “Kau masih simpan gambar dia..”ujar Mi Joo seakan –akan sedang menguji gadis itu. Hae Min menjeling kearah Mi Joo. “Kau tak?”

Soalan kembali Hae Min membuatkan Mi Joo dan Byul mengeluh. “Sukar.. Pada mulanya kita sekeluarga tapi nampaknya, kita je yang anggap begitu..”tutur Mi Joo dengan perasaan yang agak perit. Dia turut merasakan yang sama dengan Hae Min malah bukan dia sahaja malah rakan mereka yang lain juga. Rasa dikhianati oleh rakan karib sendiri memang suatu perkara yang sepatutnya tidak boleh dimaafkan namun entah kenapa mereka terlalu sukar untuk mempersetujui kenyataan itu.

Mereka bertiga diam seketika sebelum Hae Min tersenyum dan menutup pintu lokernya. “Jom..”ajaknya dan baru sahaja dia ingin mengorak langkah,pengumuman dari pembesar suara menyebabkan dia malah yang lain terhenti.

 

Bekalan buatan sendiri diletakkan diatas meja bersama dengan chosptik di sebelah. Baek hyun tersenyum melihat betapa cantik dan kemasnya bento yang dibuatnya. Dia duduk dengan penuh gementar sambil menunggu kehadiran si gadis. Sebaik sahaja mendengar ketukan dari pintu ,dia bingkas bangun dan berlari semula ke mejanya. Tali lehernya dibetulkan dan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Spring_Girl
Please don't be a silent reader T^T

Comments

You must be logged in to comment
girly_
#1
Chapter 1: Hahaha! Cikgu Dol. kenapa nama pelik sgt? btw, comel gmbr renjun tu hihihi.. i came here because baekhyun!!! :)
sya_chocolate
#2
Chapter 7: woah ada ke tak eh life macam Hae Min ni in real life.
Ada ex boyfriend yang pernah sakitkan dia tapi tiba2 muncul semula shamelessly ajak sambung semula. Lepas tu ada pulak anak chaebol yang handsome dan naif yang suka pada dia. Even dia dah lukakan hati budak tu...still dia setia dengan Hae Min. Then, ada pulak guru muda yang kacak, ada status pulak tu dan lebih daripada berkemampuan nak sara diri.

Tu hal cinta dia, hal family pulak, mak dia tinggal kan dia. Ayah kandung macam tak tahu nak communicate dengan dia. Mujur mak tiri dengan adik tiri baik je dengan dia.

Im not so sure but somehow I did feel the drama School 2017 vibe in it. The injustice of school system. But then again...I might feel like this since that drama just ended a few weeks ago.I miss that drama T^T

Hmmm...keadaan Haemin ni buat saya fikir. Kalau laa situasi macam ni terjadi pada saya atau orang saya kenal, apa saya buat or apa saya cadangkan.
Kalau ikutkan, saya awal2 akan reject Myungsoo sebab saya ni jenis once you hurt me badly. There is no chance for you anymore. Lagipun...Haemin bukannya deeply in love with Myungsoo...right?
Wooshin dan Baekhyun dua pilihan tinggal. Wooshin ikhlas nampaknya perasaan dia pada Haemin. Plus, they are same age friends. They can understand each other well. Wooshin pun budak sekolah elit. Maka, buktinya dia ni well off kid and probably a smart kid. Naivé is a different things. But...he is still a student. He depend on his family and Im not sure if he can stand up for himself. Well there is no situation to show or urge him to stand up for himself.
Baekhyun pula. Dia dah ada kerjaya. Pengalaman hidup mesti lagi banyak. But that also means he might have difficulty in understanding Hyemi and vice versa. Dia dah serve military kan? tak perlua laa Haemin menunggu setahun lebih kepulangan Baekhyun. He has the look and from a very prominent family too. But...Im not sure if he is a man who stand up for himself too or not. His double life making it is quite complicated. He is quite conservative which is it had its pros and cons too.

Well, Wooshin dan Baekhyun ada kelebihan dan kelemahan masing2.

Honestly...Im Baekhyun stan. Plus...tajuk cerita ni pun Oh! Cikgu Disiplin. Saya pulak jenis memang sokong first lead never second lead despite how much better the 2nd lead is. So...you already knows who's Im rooting for ^^
sya_chocolate
#3
Chapter 6: hey, you update beside your busy schedules. I read the author's thought ( what a nice new feature there). Your schedules must be so much hectic. Its going to be November soon( ya know what I meant).
Be prepared for a long comment!!

hahaahahh, this chapter is kinda funny for Baekhyun's part. I can see his another traits. He is cute and passionate. He even make a homemade bento for Haemin. But, the things that caught my attention is his reaction. When Haemin was going to ask about the 'restaurant' lover boy Baekhyun instantly turned into teacher Byun mode. That is quite funny and entertaining to me.
Baekhyun is attentive towards the one he love. He helps to block people from seeing she cried her eyes out. He is so reliable. I can somehow relate to Haemin. Im quite a sensitive person. Im easily touched and cried whenever I read fanfics, novels and manga, watch movies and drama or simply from understanding songs. But, I rarely cried for myself. It feels quite embarassing if others saw me cry. I want to be seen as a strong girl. aaaannddd because of that, Baekhyun knowing about Haemin as a strong girl, he helped to protect her while she cried comfortably.

Hmmm, I think Im crazy. From what Haemin tell Baekhyun and Suji's act. I really despise her. She looked down upon others easily and she lets her love feelings destroy her 'friendship' with Haemin and the girls. BUT, isnt this is a good things? let her has Myungsoo. Both of them are very bad. They suit each other well and Baekhyun can be with Haemin♡♡

Hana really went through things so much. Her father remarried and she had rocky relationship with her father. Her ex-boyfriend kinda of bully her and her 'bestfriend' betray her. No wonder she built such a strong character. and.....the slapped. Way to go girl!

Wooshin too. hmmmm, boi he is just too innocent and pure. You wont survive this world. But then...he is a rich kid. It shouldnt be that bad.
nnsmg02 #4
Chapter 5: update!!!!!!uhuhuhu knape berhenti!!!!
sya_chocolate
#5
Chapter 5: hello~ new reader here^^

first of all, this story is interesting. The plot and the character. I like it that you potray Haemin as realistic as ever. She has some postive traits but also negative aspects in her. She is a strong girl. Despite whatever happen to her in the past with Myungsoo, she didnt show her weakself or any kinda of trauma ( ok, maybe shaking abit when she met Myungsoo again), she has her friends who is loyal and fun to be. Although they break school rules but..that a different story. Her relationship with her step family seems quite good. I guess the problem is with her father. It is maybe because she is still a teenager and you know, at that phase..all of us kind of feel rebellious and we find it hard to open up with our family, it is also the time that we spend more time with our peers. So...I guess, the real problem is the communication between father and daughter? she need to realise and fix it. What I dont like from her is Haemin intention of continue to date WooShin is wrong. She did that only to avenge Myungsoo. Woo Shin is an innocent lamb here. But, not everyone is perfect. Plus, she did say that she might REALLY like him.( Although Im already on team Teacher Byun ><)

Next! moving on to Baekhyun. Hmmmm, he is sure very interesting here. He basically like living double life. A teacher and a politician's son. It must be tiring to be The Byun Baekhyun eh? What is really disturbing me is did Baekhyun really did have any past relate to Haemin? Did he really like Haemin just from his first day of being a teacher?

Myungsoo...who do you think you are?! You want her back? Instead of saying he want her back, he should apologise to Haemin. What he did in the past is quite terrible. Sure, he is deceived, but he went overboard.For now, Myungsoo is really a hateful character. I dont find any room to symphatised with him. He is greedy, looks and act cruel, has no sense of guilty and simply despicable. So..until the next chapter, I'll contiunue to hate him.

Hahahhaaha, Im commenting too much and too long. I think this is more into ranting instead of commenting.
sshibbal
#6
macam best je cerita ni, o u o that moment when nama sendiri pun min hahahahahaha leh feeling gegitu
misskpop2B #7
Chapter 5: Waaahhh! Dah lama saya cari cerita macam ni. Cara penulisannya memang menarik! Update cepat-cepat tau! *winkwink
aquariusxpisces
#8
Chapter 5: Awwww XD dua-dua berebut Hae Min XDDD