Prolog
Oh ! Cikgu Disiplin"JUNG HAE MIN , KANG MI JOO, LOO SO JU, MIN BYUL REE, YOO HA NA, WOO LA MI"
Pengumuman sekolah sudah dibuat awal -awal pagi lagi. Seluruh sudut sekolah bergema dengan pengumuman nama-nama tersebut. Siapa lagi kalau bukan 6 gadis sekepala yang sering mencari masalah.
Pada masa yang sama , Clara atau nama sebenarnya LOO SO JU sudah meletak kepala diatas meja sambil kedua telapak tangannya yang kecil itu menutup telinga. Serabut mendengar nama yang tidak disukainya dilaung sekuat mungkin. "Aisshhh, dia buat lagi..Suatu hari nanti,aku akan bunuh budak speaker tu"sumpah So Ju tatkala dia diheret oleh Byul untuk bangun. Mereka berenam tanpa ada rasa nak terkencing dalam seluar (takut) bergerak keluar dari kelas. Bak YB ,perjalanan mereka diusung dengan pandangan dari para pelajar yang lain. Ada yang berbisik,ada juga yang tersengih-sengih.
Tidak sampai 10 minit,mereka berenam sudah tercegat berada di hadapan sebuah pintu berkayu yang terdapat tulisan bertulis ' BILIK KAUNSELING'. NIce,salah satu port kebiasaan mereka berenam. Oh,sebelum membiarkan malaun-malaun ini masuk untuk diceramah, Mereka bukan berenam ya tetapi bertujuh.
Maka,keenam-enam anak dara ini pun masuk tanpa mengetuk pintu membuatkan guru kaunseling 'kesayangan' ramai itu terjatuh dari kerusi akibat terkejut. Almaklumlah sudah tua,jantung pun sudah tak kuat. "Kasihan"simpati Lami dalam hati sambil dia mengekor rakan-rakannya berdiri sebaris di hadapan guru kaunseling berkepala botak tengah itu.Sudah tak perlu diarah ,mereka dah ada tempat masing-masing. Chill je~
Guru kaunseling itu dengan sukarnya bangun dari kerusinya kerana berat badan yang agak terlebih itu. Dia kemudian membetulkan kemejanya yang sudah ronyok. "Kasihan isteri dia gosok setiap hari"simpati Lami lagi di dalam hati. Entah kenapa hari ini,dia banyak sangat nak simpati kat diri. Mungkin pengaruh dari rancangan jejak kasih semalam.
"Kamu tahu kenapa kamu semua dipanggil?"soalan biasa dan typikal dikeluarkan oleh guru kaunseling itu atau digelar Cikgu Dol.Mungkin kerana lelaki asli Korea Selatan ini dahulunya pernah menetap lama di Malaysia,ibunya mendapat ilham nama daripada DODOL kepada Han Dol Jol.
"Cikgu rindu kami ke?"Balas Clara dengan nada yang innoncent. Wajahnya yang polos itu merenung kearah Cikgu Dol yang hanya mampu menepuk dahinya yang jendul. Dia kemudian berpaling daripada gadis-gadis itu membuatkan sesuatu yang agak memalukan menjengah pandangan para gadis tersebut. Belakang seluar slaik Cikgu Dol terkoyak agak besar membuatkan boxernya yang bergambarkan wajah Park Shin Hye dapat dilihat .
Byul menutup mulutnya dengan pantas bagi menahan dirinya dari terus meletus kuat. Yang lain juga apa kurangnya sudah erkemam -kemam mulut menahan dari ketawa yang bila -bila masa sahaja akan meletup. Hae Min mengeluarkan telefon pintar dari poket Mi Joo lalu dengan pantas menangkap gambar berharga itu sebelum terlepas. Snap! Tepat dia menekan punat capture,serentak itu Cikgu Dol berpaling menghadap mereka semula sambil mulutnya membebel ntah apa -apa.
Tak sedar yang anak muridnya baru sahaja merakam suatu memori yang mungkin akan menghantuinya nanti. Coming Soon~.
Wajah masing-masing terus serius sebaik Cikgu Dol memandang kearah mereka satu persatu. Air liurnya tersembur -sembur melekat ke wajah anak -anak gadis itu. "...Kamu ni memang memalukan"penghabis ayat Cikgu Dol sebelum satu ketukan menghentikan bebelannya.
"Masuk !"arah Cikgu Dol dan pintu terus dikuak dari luar . Seorang lelaki berpakaian kemeja biru laut yang lengannya disinsing ke lengan masuk kedalam dengan aura yang menakutkan. "Oh,kamu dah sampai, Cikgu Baek Hyun"
Haemin dan rakan sekutunya terus menoleh kearah muka pintu bagi melihat gerangan yang datang . Suatu deruan angin tiba-tiba menyergah mereka berenam membuatkan rambut-rambut mereka berlayangan macam cerita drama-drama cinta. Tapi yang lainnya,ini bukan sebab terpukau dengan kekacakkan tetapi kerana merasa akan aura dingin yang menyelubungi lelaki bernama Bacon ini .
Lelaki itu tersenyum tipis sambil dia diiring Cikgu Dol untuk duduk diatas sofa usangnya. " Kamu berenam boleh pulang ke kelas dahulu tapi jangan ingat kes tak habis lagi"arah Cikgu Dol sebelum menolak-nolak anak-anak muridnya itu keluar. Kasihan dihalau. Pintu terus ditutup sebaik sahaja keenam-enam gadis itu selamat keluar .
"Omoya~"ujar Byul sambil menakup mulutnya dengan riak terkejut. Masing-masing mula memandang kearah rakan mereka yang berbadan agak gempal itu . "Kenapa?"soal Lami yang berdiri di sisi gadis itu. Matanya yang sedia sepet memandang kearah Byul . "Kenapa dia ada di sini?".
"Siapa? . Cikgu tadi tu?"
"Yelah! ..Korang tak tahu ke itu siapa?"
"Cikgu"balas Mi Joo dengan sarkastiknya .
"Ish,mari!!"ajak Byul sebelum dia menarik lengan Lami dan Hae Min lalu berjalan laju . Langkahnya yang mengejut itu diikuti yang lain.
"Siapa mereka?"soal Baek Hyun sebaik sahaja Cikgu Dol merangkap pak ciknya sudah duduk bertentangan dengannya.
"Oh,mereka?.. Merekalah yang Uncle cerita kat kamu. Powerpuff Girl"balas Cikgu Dol sambil tersenyum menampakkan giginya yang kuning akibat minum arak yang agak kerap. Dahi Baek Hyun berkerut dan keningnya yang nipis hampir bercantum. "Powerpuff Girl?"soalnya hairan. Riak wajahnya sahaja sudah cukup untuk mengambarkan segalanya. Cikgu Dol tersenyum sambil bersandar malas pada sofa.
"Nama kumpulan mereka"balasnya ringkas. Baek Hyun diam sejenak. Memikirkan betapa tak matangnya pemikiran gadis -gadis itu. Dalam banyak-banyak nama grand,powerpuff girl yang comel loteh tu yang dipilih. Letaklah nama Exo ke ? Kan nampak cool sikit.
"Jadi,kenapa mereka kat sini tadi?"soal Baek Hyun meneruskan rasa curiganya. "Mereka buat h
Comments