The Boy From My Diary

Please Subscribe to read further chapters

Description

Aku merupakan anak tunggal di dalam keluarga aku yang agak bermasalah. Oleh itu, aku mencuba sedaya upaya untuk membantu mereka meringankan beban yang ditanggung. Masalah apa yang ditanggung oleh keluarga aku? Baiklah, Omma menghidap kanser paru-paru tahap 2 dan Appa pula bekerja begitu keras sebagai pemasar barangan di sebuah syarikat untuk mengumpul wang menanggung kos perubatan Omma. Sejujurnya, mereka tiada masa untuk aku. Aku hanya seorang diri. Menanggung semua kepayahan, masalah sekolah, belajar dan segala macam masalah. Disebabkan itu, aku tidak mempunyai ramai kawan kerana aku sendiri tidak pandai bergaul bersama kawan-kawan sebaya.

Sejak berpindah ke sekolah baru dan perumahan baru, segalanya perlahan-lahan berubah kepada baik. Aku mula memperoleh kawan-kawan yang setia menemani aku dalam susah dan senang. Segalanya menjadi begitu mudah. Lebih-lebih lagi apabila aku memperoleh sebuah diary ajaib yang aku beli daripada seorang nenek tua di kampung halaman aku. Pada mulanya, aku membeli kerana kasihan melihat keadaan nenek itu. Aku tidak menggunakan diary tersebut sehinggalah kejadian pelik berlaku. 

Diary itu kerap berada di luar sedangkan aku sudahpun meletakkannya di dalam laci meja belajar. Bukan itu sahaja, aku bermimpi akan seorang lelaki yang katanya dapat menunaikan permintaan aku dengan syarat aku perlu menggunakan diary tersebut. Sejak itu, aku mempunyai teman, seorang abang atau mungkin.... teman lelaki? 

Disebabkan diary itu aku menjadi begitu seronok dan meminta segala keinginan aku didalam diary itu. Walaupun begitu, segala benda ajaib mempunyai keburukannya. Jika sesiapa tahu pasal diary ajaib itu, kemungkinan lelaki misteri yang sering menemani aku akan lenyap bersama-sama dengan perminta-permintaan yang ditunaikan diary tersebut. Dapatkah aku menjaga diary tersebut dan mengekalkan semuanya seperti yang aku inginkan?

Foreword

Jangan lupa untuk subscribe untuk baca full story. Story ni akan di update secepat yang mungkin. Kalau x esok, lusa. Kalau bkn lusa, hari seterusnya lah. Tapi jangan risau. Mello akan cuba untuk update 3 kali seminggu, okay? Lots of love from me!!! 

P/s: Mello guna ayat casual je tau since ff ni psl u guys and your beloved oppa(s)! Kalau Mello capable untuk tulis properly then I'll make sure I'll do it. <3 <3 <3

Ini first time buat ff so please support Mello! <3 Kalau korang mampu bagi feedback, Mello akan cuba balas or balas dalam ff ikut kehendak korang okay? <3

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet