Going Back To Hometown

The Boy From My Diary
Please Subscribe to read the full chapter

Aku dan Jinyoung berjalan beriringan menuju ke rumah aku. Kenapa ke rumah aku? Sebenarnya, Jinyoung yang beria-ria mahu menemani aku untuk pulang ke rumah. Alasannya ialah, "Saya risau awak jalan sorang-sorang macam ni.". Jadi, sama ada mahu dengan tak mahu, aku biarkan sahaja Jinyoung menghantar aku pulang. Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah, aku mengucapkan terima kasih dan Jinyoung berlalu dengan senyuman yang manis. 

"Jumpa esok!" Jinyoung berteriak dari jauh sambil melambaikan tangannya dengan penuh bertenaga.

Apabila Jinyoung sudah hilang daripada pandangan, aku menghelakan nafas lega. Bukan mudah untuk aku berhadapan dengan president kelas yang begitu dihormati, bijak, baik hati dan popular di sekolah seperti Jinyoung. Tiba-tiba aku tersenyum, memikirkan betapa bertuahnya aku pada hari ini. Aku sendiri tidak menyangka bahawa begitu mudah aku mendapat perhatian daripada Jinyoung walaupun baru beberapa hari sahaja mengenalinya.

Ya. Aku merupakan pelajar baru di Seoul High School dan baru sahaja mendaftar seminggu yang lalu. Selalunya aku tidak akan mempunyai kawan dengan begitu cepat tetapi aku sudahpun mempunyai 3 orang kawan termasuk Jinyoung buat masa ini. Aku seronok kerana diterima di tempat dan sekolah baharu. Jika hendak dibandingkan dengan sekolah lama, aku tidak mempunyai kawan dan sentiasa keseorangan. 

Tanpa aku sedar, agak lama juga aku berdiri di luar rumah. Aku tergelak kecil. Perlahan-lahan aku berpusing untuk masuk ke dalam halaman rumah. Aku dengan berhati-hati menaiki 3 anak tangga di hadapan rumah aku dan menuju ke pintu. Aku mengeluarkan kunci rumah dari dalam poket dan memasukkannya ke dalam lubang kunci sebelum memulasnya. Pintu rumah terbuka, aku melangkah masuk kedalam dan menutup pintu.

Aku mendengar sayup-sayup suara 2 orang sedang berbincang dengan nada yang serius. Aku mengerutkan kening sambil cuba memasang telinga. Tangan aku pula sibuk menanggalkan kasut sekolah dan meletakkannya di dalam rak kasut yang disediakan Omma di tepi dinding. Perlahan-lahan aku mengatur langkah menuju ke arah suara tadi. Semakin lama suara sayup tadi menjadi kuat. Ia datang dari dalam ruang tamu, di sebalik pintu gelongsor. 

"Omma sakit tenat, takkan abang tak nak balik?!" Omma kedengaran risau. Dia memandang wajah Appa dengan mata yang sedikit berkaca. Berkerut-kerut muka Omma apabila dia risau. "Jomlah abang. Abang tak nak tengok Omma ke? Sebelum terlambat baik kita pergi abang..." Omma menarik-narik manja lengan baju kemeja biru Appa, cuba untuk memujuknya.

"Awak tak ingat ke apa yang Omma buat dekat awak dulu? Saya sendiri masih belum boleh maafkan dia! Dengan anak kita pun dia benci..." Appa tegas menyatakan kata-katanya. Dia meraup wajah beberapa kali kerana agak runsing dengan situasi tegang sebegitu. Appa risau jika dia berkasar dengan Omma yang tidak berapa sihat itu. "Omma tak akan terima kehadiran kita..." sambungnya.

"Omma, Appa..." aku membuka pintu gelongsor itu dan memandang wajah mereka dengan riak risau. "Apa yang berlaku?" 

Omma dan Appa berpandangan sesama sendiri sebelum mereka menghampiri aku. Omma terus menarik aku ke dalam pelukan eratnya seolah-olah dia tidak akan berjumpa dengan aku lagi dan Appa mengusap rambut aku yang sedikit merah keperangan dengan bibirnya yang mengukir sedikit senyuman. Air mata Omma mengalir dan membasahi bahu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet