One.

Disebalik Foto
Please Subscribe to read the full chapter

Park Chanyeol seorang fotografer amatur. Mengambil gambar merupakan hobinya sejak dia berada di bangku sekolah lagi. Kamera yang dibeli dengan duit bekerja mencuci kereta para guru sewaktu berusia 16 tahun, sentiasa bergantung pada lehernya menjadi saksi kepada beratus, bahkan beribu keping gambar yang pernah dia tangkap. Pemandangan, flora dan fauna, bahkan kehidupan manusia sekelilingnya.

 

Setiap gambar mempunyai cerita yang berbeza. Setiap perincian, sudut, suasana di dalam setiap keping gambar menceritakan memori yang berbeza. Chanyeol tersenyum. Dia tidak pernah kecewa dengan hasil tangannya. Kerana dia tahu setiap gambar yang diambil, akan menjadi kenangan yang tersemat dalam jiwa, walaupun gambar itu sekadar menunjukkan pemandangan matahari terbenam.

 

Melalui gambar jugalah, dia bertemu Song Hyerin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Song Hyerin, pada sudut pandangan Chanyeol, seorang gadis yang pemalu pada awal perkenalan mereka. Berambut hitam pekat paras dada, dengan senyuman manis yang menampakkan lesung pipi pada kedua-dua belah pipinya, sentiasa berpakaian sopan, tidak suka menunjukkan begitu banyak kulit ketika berpakaian- sesuatu yang Chanyeol sukai. Pada usia 18 tahun, Hyerin seorang gadis yang berdikari, kehilangan kedua-dua ibu bapanya sewaktu dia berusia 15 tahun, kerana terlibat dalam kebakaran. Sejak daripada itu, Hyerin tinggal bersama makciknya di dalam sebuah rumah, di Seoul, dan bekerja sebagai krew di panggung wayang, di tengah bandar Seoul.

 

 

 

" boleh saya ambil gambar awak? " Park Chanyeol mengangkat kameranya, memandang wajah gadis itu dengan harapan agar gadis itu memberikannya peluang. Gadis itu mengerut muka pada awalnya, membuatkan kedua-dua mata Chanyeol membulat, seakan-akan takut dengan reaksi yang di berikan gadis itu. Ya. Chanyeol sangat janggal bila berada berdekatan dengan wanita. Tetapi, bila memandang gadis secantik gadis di hadapannya itu, bagaikan ada sesuatu yang mendorong dirinya untuk bercakap dengan gadis itu. Bagaikan hilang kawalan, lantas kaki Chanyeol dengan sendirinya mendekati gadis itu.

 



Gadis itu tersenyum melihat gelagat Chanyeol. Chanyeol tidak tahu apa yang membuatkan gadis itu senyum. Memang betul, Chanyeol bukan seperti kebanyakkan lelaki di luar sana. Berdiri pada ketinggian 184cm pada usia 19 tahun sangat membebankan dirinya. Bila dia tersenyum, senyumannya nampak mengerikan, dengan telinganya yang capang. Dia akui itu. Membuatkan dia sedikit low-self-esteem bila berhadapan dengan orang ramai. Dia menurunkan kameranya, dengan mulutnya yang tercebik.

 

" untuk apa? " Suara gadis itu sangat lunak dan lembut, bermain-main pada telinga Chanyeol.

 

" s-sebenarnya… " Chanyeol mengaru belakang lehernya yang tidak gatal, hanyalah reaksi yang biasa dia buat jika dia berasa malu ataupun janggal. " …tangkap gambar tu hobi saya. " Jawabnya, dengan harapan gadis itu tidak menganggapnya seorang lelaki ert kerana entah daripada mana muncul, tiba-tiba mahu menangkap gambar orang lain pula. Sekurang-kurangnya, aku meminta izin dulu- fikir Chanyeol, menyedapkan hati sendiri.

 

" hobi? hmm… " kata gadis itu, menekan-nekan dagunya perlahan, dengan jari telunjuk, seperti berfikir. " okay! " Chanyeol tersenyum ketika gadis itu bersetuju.

 

 

 

Dan hari itu menjadi titik permulaan perkenalan Park Chanyeol dan Song Hyerin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

" chanyeol! " Lelaki tinggi lampai itu menoleh ketika mendengar suara nyaring memanggilnya, lantas dia menoleh. Jongdae berjalan menghampirinya dengan beberapa keping sampul surat di tangan, dengan kerutan pada dahi yang jelas kelihatan. Oh tidak. Chanyeol tahu nasib apa yang bakal menimpanya ketika itu. " kenapa kau tak hantar lagi surat-surat ni? " Jongdae meletakkan surat-surat itu di atas meja kecil yang berletak antara dia dan Chanyeol, tanpa sengaja menyelerakkan surat-surat tersebut. " surat ni patutnya kena hantar daripada semalam lagi. " Sepertinya Jongdae berasa jengkel jika di dengar daripada nada suaranya sebentar tadi. Agak mengejutkan Chanyeol kerana Jongdae tidak pernah berbuat begitu kepadanya sebelum ini. Jongdae seorang yang ceria, tidak kira betapa marah atau down pun lelaki itu, dia sentiasa akan menunjukkan sikap positif dengan orang-orang sekelilingnya.

 

" ah! aku terlupa… sorry… " kata Chanyeol, menunduk seketika, menunjukkan yang dia betul-betul meminta maaf kepada Jongdae yang merupakan pekerja senior di syarikat itu, atas kecuaian tersebut. Chanyeol tidak pernah cuai seperti ini sebelum ini. " aku terlepas pandang semalam… "

 

Kedengaran keluhan kecil keluar daripada mulut Jongdae sebelum dia menepuk bahu lelaki yang jauh lebih tinggi daripada dirinya itu. " nasib baik aku ternampak surat tu. kalau bos yang nampak, macam mana? " Jongdae menggeleng-geleng kepala, menarik semula tangannya daripada bahu Chanyeol. " hm.. kau ada masalah ke? "

 

Soalan Jongdae itu membuatkan mata Chanyeol membulat, bingung. " huh? " Chanyeol menggeleng-geleng kepalanya perlahan. " mana ada… "

 

" kau tak pernah terlepas pandang surat-surat dekat dalam office tu. Kalau boleh, setiap meja staf kau akan selongkar untuk cari surat yang nak kena hantar. " Jongdae menaikkan keningnya, memandang Chanyeol dengan wajah sedikit risau. " dan pagi ni pun, pertama kali dalam sejarah kau lambat masuk office. kau pergi mana semalam? "

 

 

Pipi Chanyeol merah. Dia segan memberitahu Jongdae bahawa semalam merupakan temu janji pertamanya dengan Hyerin, gadis yang dia temui sebulan lepas di dalam panggung wayang itu. Chanyeol masih dapat rasakan badannya menggigil, jantungnya berdegup laju ketika melihat Hyerin melangkah masuk kedalam restoran yang menjadi tempat janji temu pertama mereka. Hyerin sangat cantik. Tersangat cantik. Tidak pernah lagi Chanyeol melihat gadis secantik Song Hyerin. Chanyeol tersengih tanpa sedar.

 

" bro? " Jongdae menggoncang tubuh Chanyeol, menyedarkan dia daripada lamunannya, lantas Chanyeol memejamkan mata seketika, mematikan sengihan yang terlakar di wajahnya, sebelum memandang semula kearah Jongdae yang memandangnya dengan wajah penuh soalan.

 

" uh, takde apa… " Dengan jawapan itu, Chanyeol mengambil surat yang berselerakan di atas mejanya- terima kasih Jongdae- sebelum meletakkan surat-surat itu kedalam beg galas, mencapai helmet yang berletak di atas meja sebelum melangkah pergi, meninggalkan Jongdae yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang di berikan si gergasi itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Click … click …

 

 

" yah! boleh stop tak? " kata Hyerin dengan kerutan di wajah, tetapi bertukar menjadi senyuman dalam 5 saat sahaja ketika melihat Chanyeol tersenyum sambil menangkap gambarnya ketika dia sedang sibuk memandang kearah Sungai Han yang terpampang indah di hadapan mereka. " tak penat ke asyik ambil gambar saya je? "

 

" tak. " kata Chanyeol dengan nada rendah, seraya menurunkan kamera tersebut, bergantung spontan pada lehernya. " saya suka ambil gambar awak. " Chanyeol tersengih sebelum mendekati Hyerin, merehatkan lengannya pada penghadang.

 

" awak ambil gambar saya senyap-senyap. tak takut ke kalau saya saman awak? " kata Hyerin, tetapi dengan nada riang kerana tersenyum ketika berkata sedemikian, lantas mengambil tempat di sebelah Chanyeol, memandang air sungai yang mengalir dengan tenang. Angin bertiup lembut, meniup mesra rambut gadis itu sehingga rambut gadis itu seakan-akan berterbangan. Chanyeol tersenyum melihat Hyerin membetulkan rambutnya dengan sabar sekali.

 

" awak sanggup ke saman saya? " soal Chanyeol, masih tersenyum.

 

" sanggup! awak ceroboh privasi saya, tahu? " Hyerin menggembungkan pipinya, membuat muka marah. Tetapi, senyuman Chanyeol berubah menjadi ketawa kecil ketika gadis itu berbuat demikian. Terlalu comel.

 

" well, saya tak kisah kalau saya kena penjara sekalipun… " Chanyeol memandang semula kehadapan, cuba menyembunyikan wajahnya yang kian merah daripada Hyerin. " …sebab saya dah tangkap gambar seorang gadis yang paling cantik dalam dunia ni. "

 

Hyerin ketawa dengan kata-kata yang keluar dengan spontan daripada mulut Chanyeol itu. " uh! cheesy. " Chanyeol bukanlah seorang yang pandai bermain dengan kata-kata. Tetapi, perwatakkannya serta-merta berubah menjadi lebih mesra dan spontan bila bersama gadis itu. Hyerin memandang semula kearah Sungai Han yang menjadi antara satu lokasi menarik untuk di kunjungi penduduk dalam mahupun luar negara. Pemandangan indah yang mengelilingi sungai tersebut, dengan angin semula jadi yang bertiup, mendatangkan suasana yang nyaman dan damai. " kenapa awak suka tangkap gambar? "

 

Chanyeol diam buat beberapa saat, ketika mendengar soalan yang di ajukan oleh Hyerin, sebelum hujung bibirnya membentuk senyuman. " saya suka jadikan sesuatu yang saya lihat menjadi sekeping gambar. bila saya tua dan dah tak boleh nak ingat banyak benda sangat… " Chanyeol ketawa sejenak dengan statement sendiri. " …saya boleh tengok semua memori saya melalui gambar yang saya ambil. setiap gambar menunjukkan cerita yang berbeza, memori yang berbeza. " Jawab Chanyeol, senyuman tidak hapus daripada wajahnya seraya matanya memandang beberapa pengunjung berbasikal lalu di atas laluan berbasikal di hadapan mereka.

 

" saya tak pernah jumpa lagi orang yang jadikan tangkap gambar tu hobi… " kata Hyerin, seperti biasa, dengan suara yang lembut. "… macam mana awak discover hobi tangkap gambar ni? awak kata zaman sekolah dulu awak minat muzik? "

 

Sekali lagi Chanyeol diam, mengetap bibir seketika sebelum tersenyum kembali. " lepas mak dan ayah saya meninggal dunia, tak silap saya waktu saya umur 14 tahun, saya selalu jalan seorang diri, merayau-rayau ke mana-mana je, untuk tenangkan fikiran… " Mata Hyerin membulat mendengar penyataan yang keluar daripada mulut lelaki tinggi lampai yang berdiri di sebelahnya. Lelaki itu gagal melihat ekspresi terkejut Hyerin, lantas menyambung. " … dan sepanjang saya merayau-rayau tak tentu hala tu, saya selalu lalu dekat kawasan-kawasan yang cantik, daun dekat pokok menguning dan gugur, sebab waktu tu musim luruh… " Chanyeol tersenyum, mengimbas kembali memorinya 5 tahun lepas. " … tengok matahari terbenam waktu senja, dan matahari terbit keesokan harinya… " Chanyeol ketawa kecil. " …saya langsung tak balik rumah sepanjang malam tu, saya baring dekat atas rumput, pandang langit gelap yang cerah dengan kelipan bintang-bintang. dan saya fikir, kenapa tak ramai orang yang hargai keindahan alam ni? termasuk saya jugak, sebab sebelum ni saya tak pernah ambil masa untuk nikmati keindahan alam. sejak daripada tu, saya berazam nak tangkap setiap keindahan alam ni dan jadikan ia sebuah memori, dalam bentuk fizikal, yang semua orang boleh nampak. " Chanyeol menarik nafas seketika, sebelum menghembus dengan perlahan. " sebab, kalau nak di ungkapkan betapa indahnya bumi ni dengan kata-kata, tak semua orang boleh gambarkan keindahan tu. dan, macam tu lah kisahnya macam mana saya mula ambil gambar sekeliling saya. bukan pemandangan je, saya suka ambil gambar orang-orang sekeliling saya. setiap gerak geri diorang membawa maksud tersendiri, dengan riak wajah diorang yang menunjukkan seribu satu ekspresi. dan, daripada situ lah saya dapat tahu yang setiap keping gambar menunjukkan cerita yang berbeza. "

 

 

" s-saya tak tahu… " Hyerin seakan-akan kehilangan kata-kata, mendengar serba sedikit kisah hidup Chanyeol yang baru dia kenali selama tiga bulan itu. Dia sedar selama ini ketika berbual mengenai kisah hidup bersama Chanyeol, lelaki itu selalu mengelak untuk memberitahu kisah hidupnya. Malah, dia mahu mendengar kisah hidup gadis itu daripada awal sehingga hari ini. Jauh di sudut hati Hyerin, dia gembira kerana Chanyeol mengambil keputusan untuk bersikap lebih terbuka kepadanya. " … i'm sorry. "

 

" hmm? " Chanyeol mengangkat kedua-dua keningnya, memandang Hyerin dengan wajah bingung. " untuk apa? "

 

" saya tak tahu mak ayah awak…"

 

" takpe... " Chanyeol menunjukkan senyuman tenang kepada Hyerin, seakan-akan cuba untuk menenangkan gadis itu. " … benda dah lama jadi. "

 

" but still, saya tak tahu kita berdua ni sama, anak yatim piatu. "

 

" mungkin kita berjodoh? aah-! " Chanyeol mengerang kesakitan ketika Hyerin menumbuk lengannya, dengan senyuman pada wajahnya, menunjukkan lesung pipi yang dalam. " sempat lagi main-main. "

 

" saja ceriakan balik suasana… " Chanyeol memandang semula kehadapan. " … awak orang pertama yang tahu kisah hidup saya. "

 

Hyerin membisu mendengar perkataan yang di utarakan Chanyeol itu. Pada masa yang sama, terharu kerana Chanyeol mula mempercayai dirinya, sehingga Chanyeol mengambil keputusan untuk menceritakan kisah hidup pahitnya kepada Hyerin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

" sudi tak awak jadi girlfriend saya? " soal Chanyeol, pada suatu hari. Hyerin tergamam seketika, memandang lelaki yang berdiri di hadapannya dengan sejambak bunga di tangan, dengan kamera, semestinya, tergantung pada lehernya. Mata Chanyeol berkelip-kelip, tangannya menggigil, membuatkan bunga yang di pegangnya juga menggigil, membuatkan Hyerin tersenyum seketika.

 

" okay. " jawab Hyerin, selepas 10 saat.

 

Chanyeol tersenyum, dan sepertinya menghelah nafas lega, menutup seketika mukanya dengan kedua-dua telapak tangan selepas Hyerin menyambut bunga yang di hulurnya. Pipinya merah, semerah bunga rose yang di berikan kepada Hyerin. Hyerin mengetap bibir, menahan diri daripada ketawa melihat reaksi lelaki itu.

 

" boleh saya ambil gambar? "

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

" selamat hari jadi! "

Chanyeol menoleh. Hyerin tersenyum kearahnya seraya di tangannya menunjukkan sebuah kotak yang di balut dengan pembalut hadiah berwarna biru, warna kegemaran Chanyeol. Serta-merta senyuman terbentuk di wajah lelaki itu, ketika Hyerin menyerahnya hadiah itu kepadanya. " this is for you~ "

 

" kan saya dah cakap awak tak payah susah-susah belikan hadiah? " kata Chanyeol dengan sedikit nada tegas. Dia tidak suka jika Hyerin menghabiskan duit gajinya semata-mata untuk membeli hadiah untuknya.

 

" saya nak jugak! bukan tiap hari awak 20 tahun! " Hyerin menjelir lidah kearah Chanyeol, sebelum tersenyum seketika. " jangan risau. tak mahal pun. awak kan tak suka benda-benda yang mahal. " Hyerin tersengih pula, menunjukkan barisan gigi putihnya.

 

Chanyeol tidak dapat menahan diri daripada tersenyum. T-shirt biru muda pemberian Hyerin menjadi baju kegemarannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

" chanyeol! "

Chanyeol menoleh, memandang Byun Baekhyun berlari anak kearahnya. Rambutnya kelihatan serabai ketika di tiup angin. " yah! dah lama tak nampak kau. " kata Baekhyun, tercungap-cungap menarik nafas selepas kekurangan oksigen.

 

Chanyeol tersenyum sebelum membuka helmet yang di pakainya sebentar tadi. " aku busy sikit lah baek…"

 

" busy? " Baekhyun mengerut muka, memandang pada beg galas Chanyeol yang seakan-akan gembung, penuh dengan surat. " selama ni, se-busy mana pun kau, tetap ada masa nak keluar lepak dengan aku. Kyungsoo boring, aku takde nafsu nak lepak dengan dia. " kata Baekhyun dengan nada bersenda. " malam ni kau free? jom lepak kelab? "

 

" ah… " Chanyeol meletakkan helmet tersebut di atas tempat duduk motor yang berletak di sebelahnya, sebelum menggaru kepala. " sorry baek, aku kerja overtime malam ni. "

 

" kamera kau rosak ek, sampai kau kena kerja o.t untuk kamera baru? "

 

Chanyeol ketawa. Baekhyun sudah terlalu biasa dengan Chanyeol. Menjadi kawan sejak di bangku sekolah menjadikan Baekhyun antara orang yang paling rapat dengannya, termasuk Kyungsoo dan Jongdae. " takdelah, aku saja nak buat duit lebih, untuk simpanan masa depan. "

 

" bro… " Mata Baekhyun membulat, tangan kanannya diletakkan pada bahu Chanyeol sebelum mulutnya melopong, seperti terkejut. " … jangan kata kau nak kahwin? "

 

Dengan penyataan itu, Chanyeol ketawa ringan sebelum menggeleng-geleng kepala. " takdelah, aku muda lagi nak kahwin... " serta-merta imej wajah Hyerin, kekasihnya, muncul pada matanya. Tipulah kalau dia kata dia tak ada niat untuk kahwini kekasihnya itu. " …aku cadang nak beli rumah dulu. " kata Chanyeol dengan mata bersinar. Ya, dia tidak tipu. Memang impiannya untuk membeli rumah sendiri sebelum berkahwin. Sampai bila nak duduk menyewa dekat apartment satu bilik?

 

" bagus impian kau tu…" kata Baekhyun, menepuk-nepuk bahu Chanyeol dengan ringan. " …kalau kau perlukan bantuan, kau tau kan aku dengan kyungsoo selalu ada untuk kau? "

 

Chanyeol tersenyum mendengar ayat yang keluar daripada mulut sahabat baiknya itu. Hatinya juga sedikit sakit ketika dia sedar dia sudah kurang menghabiskan masa bersama dengan dua sahabat yang selalu menjadi kawannya untuk membuat kerja gila, zaman sekolah dahulu. " ye, aku tahu. dan, aku mintak maaf… " Wajah Baekhyun berkerut mendengar ayat tersebut. " …sebab aku tak ada masa sangat nak lepak dengan korang. ada masa nanti, aku inform, ok? "

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kring...kring…

 

" hello? " jawab Chanyeol, selepas dia menekan punat hijau pada telefonnya selepas menerima panggilan daripada nombor yang dia tidak kenali.

 

" ini encik park chanyeol ke? " kedengaran suara wanita 20-an pada hujung talian.

 

" ah, ye. saya chanyeol. " jawabnya dengan muka bingung.

 

" saya call daripada hospital seoul. cik hyerin terlibat dalam kemalangan. "

 

Telefon bimbit Chanyeol lucut daripada tangannya, terkejut, dengan pantas, dia mencapai kunci motor dan helmetnya, berlari keluar daripada apartmentnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

" awak patut hati-hati lain kali. " kata Chanyeol dengan wajah risau, tetapi nada suaranya kedengaran amat tegas. " nasib baik kemalangan ringan je. kalau parah, macam mana? siapa yang susah? saya jugak. "

 

Hyerin tersenyum ringan mendengar Chanyeol yang duduk, membebel di tepi katil hospital di wad umum itu. Dia menyentuh balutan pada kepalanya, sebelum tersenyum kearah Chanyeol yang masih menunjukkan ekspresi risau, dengan kening yang seakan-akan membentuk garisan lurus. " awak tau tak awak comel bila membebel? "

 

Chanyeol mengetap bibir. Sebanyak mana pun dia mahu senyum selepas mendengar perkataan yang di utarakan oleh kekasihnya itu, dia menahan diri. Tetap bertegas. " saya serius ni. "

 

Hyerin tersenyum lagi, sebelum menyentuh pipi Chanyeol dengan lembut. " ye, saya tahu. saya dah hati-hati dah. bukan salah saya, kereta tu yang langgar lampu merah. " kata Hyerin dengan lembut, sebelum tangannya mengusap pipi Chanyeol, menenangkan kerisauan yang membelenggu hati lelaki itu.

 

" saya tak boleh bayang kalau saya kehilangan awak… " kedengaran nada sedih pada suara Chanyeol yang bergetar sewaktu berkata demikian. " saya sayang awak, awak tahu kan? "

 

" ye, saya tahu. "

 

Chanyeol berdiri, menghadiahkan ciuman ringan pada bibir gadis yang dia cintai itu. " bagus. sebab, kalau awak tak tahu, saya boleh tunjukkan betapa saya sayang dekat awak. " kata Chanyeol, mencium lagi bibir gadis itu, dan tersengih dalam ciuman itu.

 

" chanyeol… " Hyerin menolak dengan perlahan dada Chanyeol, membuatkan lelaki itu duduk semula pada kerusi di sebelah katil. " … public ni. " kata Hyerin dengan senyuman.

 

" fine… " kata Chanyeol, dengan bibir yang tercebik, sebelum mencapai tangan Hyerin, memegang dengan penuh kasih sayang. " … doktor kata awak dah boleh discharge kejap lagi. "

 

" ah, okay… " Hyerin sekadar tersenyum.

 

" saya kena balik office dulu, ambil emergency leave. " kedengaran nada kecewa pada suara Chanyeol. " awak jangan pergi mana mana, saya ambil awak lepas ni. lepas tu, kita pergi makan. "

 

" okay…" jawab Hyerin, dengan lembut. " awak, wallet saya mana? "

 

Chanyeol memandang kearah meja bersebelahan katil Hyerin, membuka sedikit beg Hyerin sebelum duduk semula. " dalam beg awak. telefon, kunci semua ada dalam beg awak. "

 

" ah, boleh tolong keluarkan duit dalam tu? untuk bayar bil hospital. "

 

Chanyeol mengerut muka, memandang Hyerin. " kenapa awak yang kena bayar? kan saya ada? saya boleh bayar. "

 

" tapi… "

 

" takde tapi tapi… " Chanyeol meletakkan jari telunjuknya pada bibir Hyerin. " sekarang awak rehat, kejap lagi saya balik. okay? "

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

" chanyeol, kereta siapa ni? "

Hyerin mengerut dahi ketika sebuah kereta pancuan 4 roda terpampang di hadapannya setelah Chanyeol mengiringnya keluar daripada hospital, menuju tempat parkir kereta.

 

Chanyeol tersenyum. " saya sewa kereta ni untuk sehari. awak kan sakit? takkan saya nak bawak orang sakit naik motor? " Chanyeol menggeleng-geleng kepala, sebelum membuka pintu penumpang untuk Hyerin.

 

" bukannya saya cedera teruk sangat pun… " Hyerin mencebik mulut. " …berapa ratus awak habiskan untuk sewa kereta ni? dan awak ada lesen memandu ke tak ni "

 

" shh, jangan membebel. " Chanyeol tersenyum ringan sebelum mencapai tangan Hyerin, menghadiahkan ciuman pada tangan tersebut. " mestilah saya ada lesen memandu. cuma awak tak pernah nampak saya pandu kereta je. " Chanyeol tersengih sebelum memandang Hyerin dengan mata yang menunjukkan kasih sayang. " you'll be my princess for the day. " Chanyeol mengenit mata, sesuatu yang Hyerin tidak pernah lihat, membuatkan gadis itu ketawa sebelum menaiki kereta tersebut.

 

 

Hari itu, mereka habiskan dengan makan di restoran kegemaran Hyerin, bersiar-siar di taman bunga, menikmati ddeokboki goreng kegemaran Chanyeol di Sungai Han.

 

Dan mengambil gambar untuk di jadikan memori.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Chanyeol gelisah. Tangannya berpeluh sejuk. Tak kira berapa kali dia mengelap telapak tangannya, tetap masih berpeluh. Jantungnya berdegup dengan kencang. Sejujurnya, dia masih ragu untuk mengikut kata hatinya ketika itu. Tetapi, selepas mengingat kembali hari di mana dia hampir kehilangan Hyerin, dia tahu dia tidak boleh hidup tanpa gadis itu. Gadis yang dia cintai. Dan cinta itu makin berkembang hari demi hari.

 

Dia harus lafazkan apa yang menghimpit hatinya sehari dua ini. Dan, apa yang terjadi seterusnya, dia terima dengan seadanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

" awak nak tak… " Chanyeol menelan air liur yang bertakung pada rongga mulutnya, menarik nafas dalam. Telapak tangannya masih berpeluh. " .. n-nak tak… "

 

" nak apa? " tanya Hyerin, dengan kening terangkat, memandang kekasihnya yang duduk berhadapan dengannya di dalam restoran mewah itu. Makan di dalam restoran mewah itu merupakan idea Chanyeol- yang semestinya di tolak oleh Hyerin pada mulanya, kerana akan menggunakan wang yang banyak-. Memandangkan dia ingin melangkah setapak kehadapan lagi dalam kehidupannya, dia harus menjadikannya istimewa.

 

" a-awak… "

 

" chanyeol, jangan takutkan saya… " Hyerin memegang tangan Chanyeol yang berletak di atas meja, dengan penuh kasih sayang, sedikit sebanyak menenangkan hati Chanyeol yang bagaikan ingin keluar daripada badannya ketika itu.

 

" awak nak kahwin dengan saya? " ayat itu keluar dengan lancar daripada mulut Chanyeol sewaktu dia merasakan sejenis hormon tiba-tiba bangkit dalam tubuhnya. Ya. Dia sudah lafazkan keinginannya. Kini hanya tinggal Hyerin yang membuat keputusan.

 

" ch-chanyeol… " Mata Hyerin membulat, mulutnya terbuka sedikit, effect daripada terkejut dengan perkataan yang keluar daripada mulut lelaki itu, lantas menarik semula tangannya daripada tangan Chanyeol. " awak tak rasa kita ambil keputusan terlalu cepat? " Kelihatan mimik muka kecewa terpampang pada wajah Chanyeol yang menunduk, mengelak daripada memandang gadis itu. " kita baru setahun kenal… "

 

" tapi… " Chanyeol bermain dengan jarinya, meredakan jemarinya yang sedikit menggigil dan sejuk. " … saya tak sanggup kehilangan awak. s-saya tak boleh bayangkan kalau saya kehilangan awak. dah terlalu ramai orang yang saya sayang tinggalkan saya… " Suara Chanyeol tersekat-sekat ketika berkata demikian, membuatkan Hyerin membisu buat seketika, memandang ke luar dinding kaca, mengelak daripada melihat wajah Chanyeol yang pudar, tanpa senyuman yang biasa melekat pada wajahnya. Ianya sedikit sebanyak melukakan hati Hyerin.

 

" okay. " kata Hyerin, pendek, membuatkan mata Chanyeol membulat, memandangnya dengan wajah terkejut. " okay.. " kata Hyerin lagi, memandang Chanyeol dengan senyuman. " ..saya nak kahwin dengan awak. "

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tangan Chanyeol memegang erat tangan tunangnya, berjalan menyelusuri tapak pejalan kaki di Sungai Han itu. Wajahnya tidak pernah lekang daripada senyuman, kerana dia berada bersama dengan orang yang paling dia kasihi, nadinya. " awak nampak tak rumah tu? "

 

Hyerin memandang kearah yang di tunjuk oleh Chanyeol, sebelum menoleh semula kepada tunangnya. " rumah tu? "

 

" ye.. " kata Chanyeol, mengangguk sedikit. " ..saya cadang nak beli rumah tu sebelum kita kahwin. " Hyerin diam, memandang wajah Chanyeol seraya berjalan beriringan dengan lelaki itu. " …lepas simpanan saya dah cukup nanti. " Chanyeol tersenyum. " kita akan hidup bahagia dalam rumah tu, dengan anak-anak kita. "

 

Hyerin ketawa kecil. " anak-anak? maksudnya, lebih daripada seorang lah? "

 

" ye, saya cadang nak 5 orang anak. "

 

Hyerin tercekik air liur sendiri sebelum berhenti melangkah, kaku di tempat dia berdiri, Chanyeol mengikuti langkah. " 5 orang? ramainya?! "

 

" lagi ramai lagi lah meriah. " Chanyeol tersengih menunjukkan barisan gigi putih.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

" awak tengah buat apa? " kedengaran suara lembut melalui hujung talian, membuatkan Chanyeol tersenyum. Tidak pernah sekali pun dia bosan mendengar suara lunak itu. Suara yang dia mahu dengar sampai hujung nafasnya.

 

" saya tengah fikirkan awak… " kedengaran ketawa kecil pula melalui talian itu. " …saya tengah tengok-tengok gambar dekat kamera. "

 

" ohh… " kata Hyerin, sebelum berkata semula. " saya nak bagitahu awak yang saya nak berhenti kerja dekat panggung wayang tu… sebab saya dapat tawaran bekerja sebagai sekretari. "

 

" hmm? " Wajah Chanyeol membentuk kerutan. " dekat mana? "

 

" wu entreprise… awak kenal camellia wu? kawan saya yang saya ceritakan dekat awak tu? " Chanyeol diam sejenak, membiarkan Hyerin menghabiskan kata-katanya. " …sepupu dia ceo wu trading, tengah cari sekretari sekarang. so, saya nak cuba nasib, pergi interview esok. "

 

" awak yakin awak nak kerja jadi sekretari? " Kedengaran nada risau pada suara Chanyeol. " …kerja sekretari kan penat. "

 

" kerja apa yang tak memenatkan? " kedengaran ketawa kecil di hujung talian, membuatkan Chanyeol tersenyum, hatinya lembut mendengar gelak tawa itu. " lagipun, gaji yang dia offer boleh tahan banyak. "

 

Chanyeol diam mendengar penyataan itu, sebelum menghelah keluhan kecil. " okay, tapi, boleh kan saya yang hantar awak pergi interview tu esok? "

 

" awak kan kerja? "

 

" saya boleh ambil cuti setengah hari… "

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hyerin membuka helmet yang di pakainya, sebelum turun daripada motor yang di tunggangnya bersama Chanyeol. Bangunan tinggi 41 tingkat terpampang megah di sebelah kanan mereka. Tulisan Wu Enterprise tersergam indah pada puncak bangunan itu.

 

" awak masuklah, saya tunggu awak habis interview. " kata Chanyeol, dengan senyuman yang biasa melekat pada wajahnya, sebelum tangannya membetulkan pony rambut Hyerin yang sedikit kusut.

 

" takpe, awak balik dulu. lagipun, saya tak rasa saya orang pertama yang kena interview harini. ramai lagi dekat dalam tu. " jawab Hyerin, dengan nada ambil berat akan tunangnya.

 

" awak yakin? " tanya Chanyeol pula, tangannya dengan lembut mengusap pipi gadis itu.

 

" ye, saya yakin. apa-apa nanti saya call awak, jangan risau eh? "

 

" okay…" kata Chanyeol sebelum mendekatkan pipinya kewajah Hyerin. " mana kiss saya? "

 

Hyerin tersenyum, pipinya merah ketika Chanyeol berbuat demikian, di hadapan bangunan yang sibuk itu, dengan ramai orang lalu lalang berdekatan mereka. Dengan pantas Hyerin mencium pipi Chanyeol sebelum menolak perlahan bahu lelaki itu. " malu lah buat camtu! "

 

" kenapa nak malu? saya kan tunang awak? " Chanyeol tersengih.

 

 

 

" cik hyerin? "

 

Perhatian Chanyeol dan Hyerin beralih kepada suara garau yang bergema. Seorang lelaki tinggi, malah lebih tinggi daripada Park Chanyeol, menggunakan sut berwarna kelabu, berdiri tidak jauh daripada mereka.

 

" ye? " jawab Hyerin, kurang pasti siapa lelaki itu.

 

" awak kawan camellia? "

 

" y-ye. " jawab Hyerin, menunduk seketika ketika dia sedar lelaki yang menegurnya itu merupakan CEO Wu Enterprise sendiri.

 

" ah, okay. see you later for the interview. " kata CEO itu, melemparkan senyuman mesra kepada Hyerin dan Chanyeol, sebelum melangkah masuk kedalam bangunan itu.

 

Chanyeol memandang gerak-geri lelaki itu, penuh dengan gaya dan tarikan. Tentu seronok hidup dalam kemewahan dan dapat berikan apa sahaja kepada orang yang tersayang. Sedangkan Chanyeol? Hanya seorang dispatch. Tetapi, ianya membuatkan Chanyeol lebih berkobar-kobar untuk bekerja lebih keras lagi, untuk memberikan kebahagiaan kepada Hyerin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

" awak, saya berjaya dalam interview tu! "

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hari demi hari, pekerjaan baru Song Hyerin menjadikan gadis itu lebih sibuk berbanding ketika dia bekerja di panggung wayang sebulan lepas, membuatkan dia jarang menghabiskan masa bersama tunangnya, kerana harus mengikuti bosnya menghadiri meeting di dalam dan luar negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

" awak, hari ni saya dapat bonus. ingat nak ajak awak keluar makan, dekat restoran mewah yang kita pergi haritu.. lagipun, hari ni kan, genap setahun 9 bulan kita kenal? " kata Chanyeol dengan perasaan teruja, senyuman di wajahnya tidak hapus sejak dia menerima sebuah sampul berisi wang gajinya untuk bulan itu.

 

" uh… lain kali boleh? " Jawapan Hyerin itu membuatkan senyuman Chanyeol serta-merta hapus, di gantikan dengan kerutan yang terbentuk pada keningnya, seolah-olah membentuk garisan lurus. " saya baru balik dari tokyo ni, saya penat sangat… "

 

Chanyeol membisu seketika, sedaya upaya menyorokkan kekecewaanya, lantas memaksa bibirnya untuk senyum. " oh, takpe… " Chanyeol mengetap bibir ketika tidak mendapat respon daripada Hyerin. " …awak nak saya hantarkan makanan untuk awak? "

 

 

" it's okay, chanyeol… " Chanyeol? Hyerin tidak pernah memanggil dirinya dengan nama sebelum ini, well, selepas mereka bertunang, membuatkan kerutan kembali membentuk pada wajahnya. " … saya dah makan dah tadi, kris ajak singgah dekat restoran sebelum hantar saya balik apartment. "

 

Kris? Tentu itu nama CEO Wu Entreprise, bos kepada Hyerin. " takpelah… " kata Chanyeol, hatinya sedikit terluka ketika Hyerin menolak ajakkannya untuk keluar bersama. Sudah dua minggu mereka tidak menghabiskan masa bersama. " awak mandi, lepas tu rehat, okay? ada masa nanti kita keluar makan. "

 

" nae~ saya pergi mandi dulu. "

 

Chanyeol tersenyum seketika. " okay, i love y- "

 

Belum sempat Chanyeol menghabiskan ayat itu, Hyerin mematikan talian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Chanyeol tersenyum ketika membaca digit pada kad bank yang di pegangnya. Selama 3 tahun bekerja, dengan simpanan sebanyak itu, sikit hari lagi, dia dapat menunaika

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yeolmyheart
#1
Chapter 1: im crying so hard (((((‘:
its beautifully written omg :’D
Heart_love
#2
Chapter 1: Plot cerita dia sgt2 bagus. Aduhh, sakit hati bila tahu Hyerin buat macam tu kat Chanyeol. Good job authornim!
whitelove
#3
Chapter 1: Pehal la sedih2 huhuhu </3
lugege_
#4
Chapter 1: Hyerin perempuan paling bodoh yang pernah aku jumpa. Pilih harta je. Lepastu tak bahagia pi crik Chanyeol balik.
Jelly_Warrior
#5
Chapter 1: Wow!!! Cerita ni bagus btol! Suka gaya penulisan awak. Mcm baca novel rasanya^^ dan ending yg sedih :(
Good job dn semoga awak trus menulis cerita2 yg bagus cmni.
sunshine_blue
#6
Chapter 1: clap clap...sooooooooo touching!!! thank you hadirkan rasa sedih ni...Good job authornim!!! thumbs up