Chapter 4

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Nampaknya kita pernah rasa benda yang sama. Mungkin sebab tu TUHAN takdirkan kita untuk berjumpa kan? Supaya boleh saling memahami.”

 

 

4

 

“Standee girl.”

Jina yang sedang menikmati cheese cake di meja makan tersentak sebaik saja mendengar suara seseorang. Dia menoleh dan menarik senyum segaris. Dah agak, itu adalah Jisoo. Sapa lagi yang gelarkan dia ‘standee girl’ selain Jisoo?

“Sedap ke kek tu?” soal Jisoo seakan menyindir. Dia mendekati Jina yang masih menikmati makanannya. Beberapa pasang mata termasuk mata dua orang gadis yang berbual tadi tertumpu ke arah mereka berdua. Jisoo menghadiahkan senyum manis kepada yang memandang sebelum kembali memandang ke arah Jina.

“Sedap la sebab percuma. Mahal pulak tu.” balas Jina selamba. Cebisan kek yang masih berbaki disuap masuk ke dalam mulut.

“Sedap sampai langsung tak pandang saya atas pentas tu kan?” Jisoo seakan merungut.  Merah muka Jina bila diperli sebegitu. Tak tahu pulak yang Jisoo nampak dia dari sana.

“Alah, bukan ada dalam perjanjian pun kan? Encik tak cakap pun saya kena tenung atau pandang Encik sepanjang masa kan?” bidas Jina dengan suara yang agak rendah. Takut didengari oleh orang. Dia perasan yang dari tadi mereka berdua asyik diperhatikan.

“But, as a sweet and supporting girlfriend, awak patut buat macam tu.”

“Apa sweet? Supporting tu apa? Encik tolonglah jangan cakap bahasa Inggeris. Encik ingat saya ni Selena Gomez ke nak faham apa yang encik cakap?” omel Jina kepada Jisoo yang terkebil-kebil.

“Jadi awak tak pandai bahasa Inggeris?”

Jina menggeleng manakala Jisoo menepuk dahinya. Lupa pula dia tentang hal ni. Patutnya dia tanya dulu Jina. Pandai tak berbahasa Inggeris. Maklumlah, dia kena menyamar menjadi Aster. Gadis Korea kacukan yang tinggal di California sepatutnya fasih berbahasa Inggeris kan? Aduhai !

Jisoo menghela nafas perlahan. Jina memandangnya hairan.

“Kenapa ni?” soal Jina naif.

Pemuda di hadapannya itu sekadar menggeleng lemah sebelum meraih tangannya. Jina terkedu.

“Ikut saya. It’s show time.”

 

 

Tuan dan Puan Hong kelihatan sedang sibuk melayan para tetamu yang datang. Sesekali, mereka ketawa sambil berbual rancak.

“Itu mama dengan papa saya. Kita akan jumpa mereka dan mulakan semuanya. Awak faham kan?”

Jina mengangguk mendengar soalan Jisoo itu. Dia membuang pandang ke arah pasangan suami isteri yang duduk di sebuah meja makan khas bersama beberapa orang tetamu yang lain. Nampak dari gaya mereka, Jina yakin yang mereka adalah dari golongan kehormat yang disegani. Gaya dan cara mereka pun nampak begitu eksklusif dan elegan.

Jisoo yang masih menggenggam tangannya dikerling seketika. Rasa sejuk. Dia tak tahu tangan siapa yang sejuk sebenarnya. Jisoo atau dia? Atau dua-dua ? Masing-masing menahan rasa gementar sebenarnya.

 

“Ingat plan kita, standee girl.”

“Baik, Encik Jisoo.”

 

Mereka saling berpandangan dan mengangguk serentak sebelum melangkah mendekati meja Tuan dan Puan Hong. Masing-masing memasang senyum paling manis di hadapan pasangan itu. Tangan Jisoo kini beralih merangkul lengan Jina sambil mereka berjalan beriringan. Kononnya pasangan paling sweet.

“Mama, Papa, Jisoo nak kenalkan seseorang ni.” Jisoo berkata sebaik saja dia tiba di meja Tuan dan Puan Hong. Tuan Hong yang baru saja ingin menjamah makanannya menoleh. Puan Hong sudah pun berdiri sebaik saja melihat anaknya datang ke meja bersama seorang gadis. Wanita itu sungguh teruja. Wajahnya berseri-seri.

“Ini ke Aster?” tak sabar betul Puan Hong. Jisoo tak sempat nak kenalkan, dia dah pun menyoal.

“S…selamat…petang Puan dan Tuan Hong. Saya Lee J…eh, saya…Ast…” Jina mula tergagap. Hanya TUHAN saja yang tahu betapa gugupnya dia sekarang ini. Jisoo menjeling Jina seketika dan mengisyaratkan gadis itu agar bertenang.

Jina mengambil nafas dan cuba untuk bertenang semula.

“Maaf Puan dan Tuan. Saya gementar sikit sebab ini kali pertama berjumpa. Saya Aster.” tutur Jina berhati-hati sambil tersenyum manis. Kepalanya ditundukkan kepada Tuan dah Puan Hong yang dari tadi memerhati tanpa berkelip.

“Tak apa. Uncle faham. Dah tentu rasa gementar kan sebab ini kali pertama jumpa bakal mertua.” usik Tuan Hong sambil matanya dikenyitkan ke arah Jisoo. Lelaki itu sangat gembira melihat anaknya datang membawa buah hati ke sini. Jisoo menarik senyum janggal untuk membalas reaksi papanya.

Jina sekadar tersenyum dan mengangguk. Langsung tak bersuara selepas memperkenalkan diri tadi.

“Auntie ingat kekasih Jisoo orang Inggeris. Rupanya, kamu orang Korea jugak? Betul-betul tak sangka. Jisoo selalu bercerita yang tentang kamu cuma dia tak pernah tunjuk gambar kepada kami. Katanya untuk buat surprise.” Puan Hong masih memandang Jina dari atas sehingga ke bawah. Agak kagum dengan kecantikan gadis itu.

Jina terkedu. Dia tak tahu apa yang perlu dibalas kepada Puan Hong lantas dia melirikkan mata ke arah Jisoo. Cuba meminta pertolongan.

“Err, haah ! Aster ni kacukan Korea- Amerika. Mummy dia orang Korea dan daddynya orang Amerika. Hebat kan? Sebab tu la dia cantik. Betul tak Mama? Papa? So how? Surprise tak? ” Jisoo berkata sambil tersengih.

Tuan dan Puan Hong saling berpandangan dan mengangguk serentak. Mengakui kecantikan kekasih anak mereka itu.

Jina hanya mendengar dan dalam diam mencebik. Pandai betul Jisoo reka cerita.

“Parents kamu kerja apa Aster?” soal Tuan Hong pula.

Sekali lagi Jina terkedu. Parents? Parents tu apa? Dia pandang Jisoo semula.

“Parents Aster pun buat business macam kita jugak. Diorang ada company kat California tu. Kan Aster?”

Jina mengangguk laju mengiyakan kata-kata Jisoo. Ikut saja arahan dan kehendak lelaki itu. Dah itu apa yang mereka berdua persetujui sebelum ni. Lagipun, dia tak mahu pandai-pandai menambah. Nanti jadi makin rumit.

“Ohh, dari mana Aster kenal Jisoo ni? Macam mana boleh jumpa?” Puan Hong semakin berminat dengan Aster di hadapannya. Satu persatu soalan ditanya.

“Dekat lapangan terbang, Puan.” jawab Jina jujur. Aduhai, Jisoo mengeluh dalam diam. Terpaksalah dia masuk campur lagi.

“Yup ! Masa tu kami sama flight nak ke California dan bermula dari situ kami berkenalan.” tangan Jina ditautkan semula sambil dia tersenyum manis ke arah gadis itu. Jina membalas senyum Jisoo dan mereka berpandangan untuk beberapa detik.

Jisoo cuba memberi satu isyarat kepada Jina namun gadis itu seakan tak perasan. Dia masih tersengih-sengih di hadapan orang tua Jisoo.

“Would you like to have some drink, Aster?” soal Tuan Hong kepada gadis itu. Baru perasan yang mereka dari tadi berbual dan dia langsung tak mempelawa Aster mahupun Jisoo untuk duduk dan menikmati jamuan.

“A..Apa? Drink?”

Jisoo dah mengetap bibirnya menahan rasa. Makin lama Jina di sini, makin berisiko pulak jadinya. Jisoo mencuit lengan Jina dan gadis itu menoleh.

Keningnya dijongketkan sebelah sebagai respons kepada Jisoo.

Jisoo merenung Jina sambil mengenyitkan matanya berkali-kali. Ada sesuatu yang dia kena sampaikan kepada Jina. Malangnya, gadis itu masih tak dapat menangkap isyarat yang diberikan.

“Yah…” Jisoo tak dapat tunggu lama lagi. Mata dia naik berpijar sebab asyik mengenyit. Kalau dia sakit mata nanti, tahulah dia nak tuntut bela dari siapa. Dia menyiku lengan Jina lantas berbisik perlahan ke telinga gadis itu.

Orang tua Jisoo yang memandang sekadar tersenyum sendiri melihat adegan ‘mesra’ si anak dengan kekasihnya itu. Boleh pulak berbisik-bisik depan mereka berdua. Walaupun agak annoying tapi kerana itu adalah Jisoo jadi mereka berdua tak kisah. Mereka tumpang gembira. Lega hati masing-masing bila Jisoo yang sebelum ini dianggap gay akhirnya berubah.

“Kenapa Encik Jisoo?” Jina menyoal juga berbisik.

“Ini masanya. Mulakan plan seterusnya. Awak nak stay lama-lama kat sini ke?”

“Oh ya !”

Baru Jina teringat tentang rancangannya dengan Jisoo sebentar tadi. Rancangan ini merupakan acara terakhir sebelum mereka berdua dapat melepaskan diri.

Jina dan Jisoo saling berpandangan seketika sebelum aksi bermula.

“Aduh !”

“Kenapa ni Aster?” Puan Hong menyoal tatkala suara gadis itu kedengaran.

“Tiba-tiba kepala saya sakit.” getus Jina berpura-pura. Jisoo di sebelahnya menggigit hujung bibir. Ada yang tak kena. Si Jina ni betul-betul tak pandai berlakon. Kata sakit kepala tapi dia urut-urut perut dia. Sejak bila kepala dan perut berhubung? Ke kepala dia memang kat perut?

Tak boleh jadi. Jisoo kena main peranan sekali lagi.

“Mungkin awak masih jetlag. Awak tak apa-apa ke? Jom la saya hantar awak balik.” tutur Jisoo seraya mengangkat tangan Jina yang masih memegang perut dan dibawa ke kepalanya. Membetulkan apa yang salah. Sempat dia menjeling Jina dan menggeleng-geleng. Gadis yang tersedar akan silapnya itu sekadar tayang sengih bersalah.

“Dah nak balik? Why so soon?” Puan Hong mula mengumam.

“Nampaknya Aster macam tak sihat. Biarlah dia balik rehat. Jisoo cakap dia masih jetlag.” Tuan Hong cuba memahami. Ini membuatkan Jisoo dan Jina menarik nafas lega. Memang itu niat mereka. Jina disuruh untuk berpura-pura sakit supaya mereka dapat beredar dari majlis lebih awal. Tak sanggup nak berlama-lama di situ. Makin lama makin banyak pulak soalan yang  bakal ditanya oleh ibu bapa Jisoo nanti.

Tambah pula dengan Jina yang kekok dan tak berapa pandai nak berlakon ni, makin kelam-kabut jadinya. Cukuplah Jisoo dah tayang ‘As

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)