Chapter 1

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

“Encik suka bunga aster? Bunga aster ni lambang kesabaran cinta tau tak?”

 

 

1

 

 

“Sudi tak awak berkahwin dengan saya?”

Sejambak bunga mawar merah yang digubah bersama bunga tulip berwarna putih dihulurkan buat insan yang dia cintai. Hari ni adalah penentu segala-galanya. Dia nekad untuk melamar kekasihnya di dalam kedai bunga,  Emerald Floral ini. Bersaksikan semua pekerja kedai bunga yang ada, dia melutut di hadapan gadis kesayangannya dan memulakan lamarannya.

Kotak baldu berwarna merah jambu dikeluarkan dari poket vest yang dipakai lantas dihalakan ke arah gadis itu. Wajah si gadis jelas beriak terkejut. Air mata mula bergenang di tubir matanya.

Si gadis senyum terharu. Mukanya merah menahan malu kerana ada banyak pasang mata yang memerhati. Namun, dia tak dapat sembunyikan riak gembira pada wajah. Senyumnya makin melebar. Inilah saat yang sudah lama dia nantikan. Akhirnya ! Dia dilamar juga oleh kekasih hatinya.

“Ya. Saya sudi.”

Mata mereka bertentangan buat seketika sebelum masing-masing bertukar senyum. Gadis itu tak dapat lagi menahan air matanya yang mengalir lantas air mata itu diseka lembut oleh kekasihnya. Lantas, mereka berpelukan erat tanda gembira.

“Mulai hari ni, kita akan bina masa depan kita sama-sama.”

 

 

“Sweetnya.” air mata yang mengalir diseka menggunakan hujung jari. Namun, makin dihapus makin ia meleleh laju turun membasahi pipi. Hidungnya juga sudah mula rasa tersumbat kerana tangisan itu. Tanpa sedar, telapak tangan melekap pada dada kerana sangat tersentuh dengan adegan yang dia saksikan itu.

Lee Jina tumpang gembira melihat pasangan kekasih yang berada di hadapannya itu. Ya. Dia adalah antara beberapa orang yang menjadi saksi lamaran lelaki yang merupakan pelanggan kedai bunga itu kepada kekasihnya. Sungguh mengharukan. Hati Jina sangat-sangat tersentuh melihat pasangan itu. Lagaknya seperti seorang mak yang bangga melihat keberanian anak teruna nya untuk melamar gadis yang dicintai.

“Semoga korang berdua bahagia. Sobs…” tersedu sedan, Jina berkata. Air matanya masih mengalir tak henti-henti. Sungguh berhati tisu.

Pasangan kekasih tadi mula berasa segan dan sekadar menundukkan kepala mereka sebelum akhirnya bergandingan tangan meninggalkan kedai bunga itu. Tawa bahagia mereka kedengaran membuatkan Jina makin terharu.

“Semoga TUHAN memberkati korang !” laungnya sambil melambai-lambai ke arah pasangan tersebut.

“Tak menyempat. Depan kaunter jugak dia melamar.” kutuk Yuna, seorang lagi pekerja di kedai bunga tersebut sebaik saja pasangan kekasih itu berlalu pergi. Kelakar pun ada. Lepas beli bunga terus melamar dalam kedai bunga tu jugak. Tak sabar betul. Pergi la melamar depan tasik ke, kat taman ke atau pun dekat restoran. Kan lebih sweet?

“Sweet lah ! Terharu betul aku.” bidas Jina sebelum menghembus hidungnya yang terasa bersumbat. Sisa air mata diseka menggunakan tisu yang sama sebelum kemudiannya dia membuang pandang ke arah luar kedai sambil terlentok dengan senyum yang melebar. Nampaknya dia masih belum move on dengan scene lamaran kekasih tadi. Beria betul. Menangis bersungguh-sungguh, macam dia pulak yang dilamar.

Yuna sekadar menggeleng melihat tingkah Jina. Gadis itu memang kadang-kadang terlebih emosi. Orangnya agak lembut hati dan sensitif. Tengok lalat mati pun boleh buat dia sebak. Serius !

“Kau rasa mereka tu sweet sebab kau tu tak pernah bercinta. Kau faham tak?” Yuna membalas membuatkan Jina menarik muncung sedepa. Namun, bila dia hadam semula kata-kata Yuna, akhirnya dia mengangguk akur.

Betul la tu . Dia mana pernah bercinta.  Jadual hariannya yang sibuk dengan kerja membuatkan dia tak ada masa nak fikir soal itu. Dia perlu bekerja keras demi menyara kehidupan dia dan adik lelakinya, Lee Seokmin yang masih belajar. Lagipun, sebenarnya dia masih tak boleh melupakan seseorang yang sentiasa bertakhta dalam hatinya. Lelaki yang merupakan cinta pertamanya itu adalah satu punca mengapa Jina masih single. Tipulah kalau dia kata dia tak cemburu melihat orang lain bercinta dan mempunyai pasangan. Dia iri hati jugak kalau tengok Yuna setiap hari balik dari kerja dijemput oleh kekasihnya, Hyungwon manakala dia hanya berjalan sendirian ditemani bunyi cengkerik yang samar-samar. Sangat menyedihkan !

Jina selalu berangan, mungkin cintanya sekarang sedang berlegar-legar berhampiran dengannya cuma mereka masing-masing tak sedar. Bilakah mereka akan berjumpa? Macam mana? Bagaimana? Itu adalah soalan yang selalu Jina soal sendiri dan sampai sekarang, soalan itu masih tak ada jawapannya.

“Haih, cinta, awak di mana?” getusnya sendiri.

 

 

California, Amerika Syarikat.

 

“Ok. Mama dengan Papa tak perlu risau. Jisoo akan balik.” kalendar yang kebetulan ada di depan mata ditenung. Satu tarikh yang dibulat menggunakan marker pen berwarna merah dipandang lama. Itu adalah tarikh di mana dia akan berangkat pulang ke negara kelahirannya setelah sekian lama menetap di California.

“Dia balik sekali dengan Jisoo kan?”  suara di hujung talian kedengaran.

“Dia? Dia siapa?”

“Tengok tu ! Hari tu Jisoo dah janji dengan mama. Nak bawak bakal menantu mama balik Korea sekali. Takkan dah lupa?” nada ibunya seakan sedang merajuk.

Jisoo terlopong seketika. Dia baru teringat tentang janjinya kepada si ibu itu. Seketika, dia mengurut pelipis sambil menghela nafas perlahan. Hujung bibir digigit resah.

“Ahhh…dia. O…okay. Dia…dia ikut jugak. You don’t have to worry, mom.” dengan nada yang tersekat-sekat dia menyambung bicara.

“Promise?”

“Yup. Promise.”

Talian dimatikan setelah masing-masing menutup perbualan. Jisoo meletakkan telefon bimbitnya di hujung meja sebelum menongkat dagu memandang ke arah luar tingkap apartment yang dihuninya. Berat hati untuk dia meninggalkan tempat ini. Ada banyak sebabnya. Pertama, kerana dia tak mahu lagi mengenang masa lalunya di Korea. Kedua, dia dah selesa tinggal di California dan yang ketiga, yang paling buat dia berat hati nak pulang semula ke Korea adalah kerana ‘dia’. Ya. ‘Dia’ yang dah dijanjikan buat kedua orang tuanya.

Jisoo mengeluh lagi. Menyesal. Konon nak cakap yang dia dah move on sejak duduk di California ni lalu dia menipu mama dan papanya. Katanya, dia dah jumpa kekasih baru di sini dan kekasih barunya itu seorang perempuan.

Heh ! Demi menjaga hati orang tuanya, Jisoo terpaksa menipu. Kekasih? Perempuan? Semua pembohongan itu adalah untuk mengaburi minda mama dan papa. Hakikatnya, Jisoo tetap begitu. Dia tak mungkin jumpa kekasih apatah lagi kekasih perempuan kerana dia masih belum move on dengan cinta lamanya dan cinta lamanya itu adalah seorang lelaki. Tepat sekali ! Jisoo adalah gay. Sekian.

“Mana aku nak cari ‘dia’ untuk bawa jumpa mama dan papa?”

 

 

 

Penerbangan dari California ke Korea Selatan memakan masa berjam lamanya. Jisoo sudah kepenatan dan agak jetlag. Setibanya dia Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, dia menapak lemah untuk menuju ke balai ketibaan. Seakan tak percaya yang dia sudah sampai ke Korea.

 

Sementara itu, di lapangan terbang yang sama, Jina bergegas memarkir motosikalnya sambil kepala menjenguk-jenguk mencari seseorang.  Ada pelanggan yang memesan jambangan bunga dan memintanya untuk menghantar bunga tersebut ke lapangan terbang. Katanya itu untuk kejutan buat kekasihnya yang akan pulang dari luar negara hari ini.

 

Telefon bimbit Jina berdering. Dia mengangkatnya sambil melangkah masuk ke dalam kawasan lapangan terbang. Orang ramai yang berada di situ diperhatikan satu persatu.

“Hello. Cik. Saya dah sampai. Cik kat mana?”

“Bagus la dah sampai. Kekasih saya pun dah sampai. Awak datang sini dan bagi bunga tu kat dia. Saya nak buat kejutan. Awak tolong saya, ya?”

“Boleh ! Tapi macam mana saya nak bagi bunga ni? Kekasih cik yang mana satu?”

“Dia sekarang ni tengah ada betul-betul depan balai ketibaan. Saya dah perhatikan dia dari jauh. Dia tengah tunggu saya la tu.”

Mata Jina mula meliar ke arah balai ketibaan yang dipenuhi dengan orang ramai. Sempat juga dia mencari pelanggan yang menelefonnya ini namun hampa. Mungkin dia sedang bersembunyi. Maklumlah, nak buat kejutan untuk kekasih.

“Saya dah ada kat balai ketibaan.” Jina masih berhubung dengan pelanggannya melalui telefon bimbit.

“Good. Kekasih saya, yang pakai t-shirt putih dan berkot biru terang. Orangnya tinggi, kurus.”

Jina mula mengimbas setiap orang yang ada dan tak sampai seminit, matanya menangkap ciri-ciri yang disebut tadi.

“Dah jumpa.”

“Dah jumpa? Bagus. Awak tolong bagi ya?” suara di hujung talian kedengaran sangat teruja. Tak sabar rasanya untuk melihat reaksi si kekasih apabila mendapat kejutan nanti.

Jina mengangguk sebelum menamatkan talian. Dia menghampiri lelaki yang dimaksudkan itu dengan langkah yang penuh teruja.

 

 

“Saya dah sampai. Mana hyung?”

“Tuan muda tunggu sekejap. Tak lama lagihyung akan sampai.”

Jisoo menghela nafas sebelum menamatkan panggilan telefon. Dia memandang keadaan sekeliling sebelum mengenakan cermin mata gelap nya. Tangan disilangkan ke dada sambil dia mula mengelamun jauh.

 

“Selamat petang, Encik.  Saya ada bawa kejutan untuk Encik.”

 

Jisoo tersentak. Suara ceria yang datang dari arah kanannya dicari lantas susuk tubuh seorang gadis sederhana tinggi menyapa pandangan. Di tangan gadis itu, ada jambangan bunga berwarna-warni yang hamp

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)