BAB 1

Be Mine (MALAY FANFIC)
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 1

 

 

 

Burung berkicauan ditepi tingkap cuba mengejutkan lelaki yang memeluk bantal busuk yang bercorak Spiderman, namun gagal. Xiumin tidur mati sampai telinganya tidak mendengar sahabatnya Chen sudah separuh mati menjerit memanggil namanya. Chen berdiri mengeluh kecil. Mata Chen melihat raut wajah Xiumin yang kelihatan tersenyum-senyum sambil meraba-raba bantal peluknya dan ia membuatkan Chen berfikir ‘biru’, “Mimpi apalah mamat ni.”

 

Air botol yang digenggam Chen dituang perlahan-lahan ke muka Xiumin yang perasan handsome sebelum Xiumin menjerit. “BANJIR!!!” Chen menggeleng.

“Banjir apanya. Cepatlah bangun. Aku tunggu kau kat taman.”

 

Xiumin meraup wajahnya yang dibasahi air lalu bingkas bangun untuk bersiap secepat yang mungkin sebelum Chen mengamuk. Tak sampai 5 minit, Xiumin keluar dari bilik sambil menggalas begnya dibahu lalu mencapai kunci rumah diatas meja makan. Xiumin menekan butang G yang akan berhenti dimana tingkat Chen akan menunggunya. Tibanya di destinasi, kelihatan Chen sedang duduk di buaian. Chen melihat jam Casio berwarna emas ditangan.

 

“Cepat gila. Kau mandi tak ni?”

“Cuci muka, berus gigi jelah yang aku sempat. Dah, jom! Lambat dah ni.”

 

Kedengaran suara Xiumin mengah akibat berlari mengejar waktu yang sudah lambat untuk dia pergi ke kelas sebelum mengelap peluhnya di dahi. Kalau bukan sebab game Pop Corn Chef yang telah diajar oleh rakan sekelasnya mungkin dia tidak lambat. Maklumlah, nak jadi high score punya pasal sanggup berjaga malam.

 

Setelah tiba di ‘Korea National University of Arts’ yang terletak di Seoul.

 

“Jumpa masa meeting nanti”, kata Xiumin sambil menepuk bahu Chen sebelum dia berlalu pergi meninggalkan sahabat baiknya dari sekolah menengah lagi.

 

Ya, mereka terlalu rapat macam isi dengan kuku. Disebabkan dah tak boleh renggang, mereka telah membuat keputusan untuk mendaftar di universiti yang sama. Xiumin mengambil bidang Pengurusan Industri Kreatif yang dimana mengambil bahagian dalam pengurusan disebalik tabir pementasan. Lain pula Chen. Dengan bakat terpendam dari kecil iaitu menyanyi, dia berbesar hati mengambil dalam bidang Teater. Dengan suara yang lunak itu, ia dapat mencairkan para gadis dan juga dapat memecahkan gegedang telinga Xiumin.

 

Suasana riuh rendah membuatkan Xiumin menghembus lega kerana dia tidak lambat lalu dia mengambil tempat disebelah lelaki berkaca mata bulat. “Macam mana? Boleh kalahkan aku tak?” Joon Myeon atau Suho mengangkat keningnya sambil meletakkan tangannya dibahu kanan Xiumin. Iphone 7plus berwarna merah dikeluarkan dari poket.

 

‘500’

 

“Biar betul?!” Terbeliak mata Suho markah pada skrin itu. Adakah dia perlu tambah power pada specnya.

“Tengok oranglah. Apa macam? Ada bran (berani)?” Kelihatan hidung Xiumin makin tinggi kebanggaan.

 

Benci Suho melihatnya. Bermula hari ini, dia akan minum kopi untuk tidak tidur malam untuk melawan Xiumin. “Aku kalahkan kau. Siap kau!” bisiknya dalam hati. Xiumin tergelak kecil melihat telatah Suho yang mula merajuk dengannya. Suho pantang orang lain dapat menentangnya dalam game Pop Corn Chef dan dia juga pantang nampak gadis idamannya iaitu Lee Yeon Rin. Muka nampak pandai tapi dialah paling bodoh dalam bab memikat hati crush dia. Berapa kali juga Xiumin mengajar dia untuk pikat si dia. Dah menjadi, tetapi…

 

7 May, hari lahir gadis bernama Yeon Rin. Xiumin menyuruhnya membuat kek pavlova iaitu kek kesukaan gadis itu dan beri kepadanya. Apabila berhadapan dengan gadis itu, menggeletar lutut termasuk tangannya menghulur beg kertas yang berisi kek itu. Gadis berambut pendek paras bahu itu tersenyum melihat reaksi Suho begitu gemuruh bertentang mata dengannya.

 

“Ha-harap awak suka. S-saya buat sendiri.” Terkedip-kedip mata Suho bercampur dengan suara gagapnya.

 

Selepas mengucapkan terima kasih, Yeon Rin beredar dari situ lalu Xiumin berlari mendapatkan Suho yang berdiri macam patung cendana. “Wah! Dia terima kek kau!” Xiumin begitu excited mengalahkan kawan dia itu lalu memeluk kegembiraan. Dia melihat Suho tiada respon. Hanya diam seribu bahasa.

 

“Kau kenapa? Ok tak ni?” Tanya Xiumin dengan pelik.

“Tak OK,” jawab Suho yang masih dengan muka kosongnya.

 

Berkerut dahi Xiumin dengan jawapannya. “Apahal lak?” Suho mula tersenyum. Lagilah Xiumin garu kepala yang tidak gatal. Suho mengalihkan pandanganya kearah Xiumin.

 

“Aku terkecing dalam seluar.” Mata Xiumin terus tertumpu pada seluar jeans lelaki itu. Basah. Gelak besar Xiumin sampai terduduk m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minhyun298 #1
Chapter 1: XD .... Best.... Kenapa x sambung lagi???