FZ 02 (challenge accepted )

FriendZone
Please Subscribe to read the full chapter

 

Minuman dihidangkan kepada para rakan yang menyemak datang ke rumah di malam hari itu. Woozi, Seok Min ,Seung Kwan ,Jeong Han masing-masing memang suka berkumpul di bilik Joshua memandangkan milik lelaki itu adalah paling besar dan terkemas diantara mereka berlima. 

Mochi berinti coklat itu disembur Seungkwan keluar dari mulutnya yang penuh dengan mochi sebaik mendengar cerita sinetron dari Joshua. Matanya membutang memandang rakannya itu. 

 "Maksud kau ,kau ajak si Kingka Mingyu itu berlawan untuk dapatkan Ji Hye!?"soal Seung Kwan mengulang kembali cerita Joshua. 

Joshua yang duduk bersandar pada sisi katil hanya mengangguk . Wajahnya yang sentiasa tenang makin membuatkan rakan -rakannya gelabah. 

 "Hello~encik yang suka buat keputusan gila.. Kau baru ajak lelaki terkacak sekolah kita berlawan"celah Seok Min mengheret Joshua supaya berpijak di bumi yang nyata. 

 "Lelaki yang perasan kacak"bantah Jeong Han tiba -tiba. 

SeokMin dan Seung Kwan memandang rakan mereka yang berwajah cantik itu dengan pandang kosong. Maafkan rakan mereka yang agak buta ini. 

Bagi Jeonghan ,Seung Cheol adalah lelaki yang lebih kacak daripada sesiapa...

 "So what?. Biarlah dia kacak atau apa. Aku yang lebih rapat dengan Ji Hye"ujar Joshua cuba mempertahankan diri slash menyedapkan hati yang tak sedap.

 "So what you say?!! Hello... Kau dengan Mingyu macam siling dengan lantai tau.. Eh,tak ,macam lubang jamban dengan flush.. Kau tu lubang .. Nampak tak betapa teruknya..."bebel Seung Kwan bersungguh -sungguh. 

Sempat lagi dia memasukkan unsur menyindir keatas Joshua. 

 "Kalau dia lubang jamban, habis kau apa ,Seung Kwan?..kau lagi buruk dari dia"celah Woozi tak semena -mena. 

Attack!!!

Woozi 1+ ,Seung Kwan 0

Seung Kwan tersedak lagi sekali. Dia memandang Woozi dengan pandangan sedih. 

 "Aku?. Aku tak ada kena mengena dalam ini kes"

Seungkwan defence + ,Woozi -

Joshua berpeluk tubuh, bibirnya mencebik sedepa. Kalau dia tahu, dah lama dia blacklist nama Seung Kwan untuk turut serta malam ini. 

Tak ada fungsi. 

 "Aaaahhh, yang penting aku akan menang!. Sebab itu, korang kena tolong aku"ujar Joshua membuatkan semua rakannya berpaling kepadanya. 

 "Tolong apa ?. Tolong gelakkan kau nanti"balas Seung Kwan dengan sarkastiknya. 

Kepala lelaki itu terus diketuk Woo Zi selaku yang paling memahami. 

 "Tolong aku bukakan mata Ji Hye supaya nampak aku"pinta Joshua bersungguh-sungguh. 

 "Selama ni Ji Hye tutup mata ke bila jumpa kau?"soal Seok Min dengan naifnya. Dahinya berkerut memandang Joshua . 

Kaki ini ,Seok Min pula menerima ketukan istimewa dari Woozi . Macam manalah kedua insan ini boleh mendapat keputusan yang cemerlang selama ini. 

 "Maksud aku, biar Ji Hye jatuh cinta pada ak--"kata -kata Joshua terhenti apabila Jeong Han tiba -tiba bangun. 

Lelaki itu memandang Joshua dengan wajah tegang. 

 "Aku sokong kau tapi aku tak nak adik aku cedera sebab pertandingan bodoh kau ni.."ujar Jeong Han memberi amaran. 

Dia terus berjalan keluar dari bilik Joshua setelah membungkus beberapa biji mochi kedalam tisu. Sempat lagi tu...

Joshua diam .

°°°°°

Wajah dibelek lama dihadapan cermin. Hidung yang terbentuk mancung ditenyeh -tenyeh bagai sedang membuat ujian keelastikannya. 

Tak lama kemudian, si pemilik wajah itu mencembungkan pipinya sebesar pau sambal yang dijual mak cik kantin. Dia menjauhkan dirinya dari cermin bersaiz panjangnya itu. 

Tangannya didepakan dan kali ini matanya tertumpu kepada bentuk badannya pula. Tinggi, tak buncit, adalah juga papan telur 4 biji kat perut.. Kalau dikaji semula, dirinya ini memang sempurna untuk jadi model!. Badan yang boleh dikira sebagai gilaan ramai gadis -gadis di luar sana jadi kenapa .. Kenapa !! 

 "Arghh!!"jerit Mingyu tak semena -mena. Melepaskan tekanan yang menekan jiwa. 

 "Kau tengah berlakon cerita tarzan ke ?"soal satu suara dari belakang mengejutkan Mingyu . Siapa pulak yang tiba -tiba muncul dalam biliknya. 

Dia segera menoleh dan matanya terus membulat memandang Won Woo yang sedang duduk macam sami -sami yang betapa di bawah limpahan air terjun. Sebijik!. Tinggal botakkan kepala sahaja. 

Geram dengan kemunculan secara magis rakannya itu, Mingyu mencapai bedak badannya dan membaling kearah rakan karibnya itu namun sempat ditepis dengan selamba oleh Won Woo. Rakannya itu masih memasang wajah kosong sama kosong macam kertas ujiannya. 

 "Yah! Mana kau masuk! ?. Aku dah kunci pintu kan!!"marah Mingyu yang dalam masa sama cuak dengan rakannya itu. 

Terbit juga soalan di mindanya selama ini samaada Won Woo itu adalah stalkernya atau barangkali,tinggal di bawah katilnya. Itu yang senang je nak muncil di biliknya yang sentiasa berkunci itu. 

Won Woo memandang bosan kearah Mingyu sebelum mulutnya  menjuih ke tepi . Menunjuk kearah tingkap bilik yang terbuka luas. 

 "Tingkap kau tak kunci"balas Won Woo dengan nada suara mendatar bagai sedang mengejek kecuaian mamat itu. Mingyu memandang tingkapnya yang memang muat untuk Won Woo yang kurus keding macam ranting itu masuk. Patutke dia pasang gerigi di situ atau letakkan sahaja laser supaya Won Woo terbelah dua bila masuk ke biliknya. 

Dia berpaling kembali kearah Won Woo yang masih kekal dengan posisi Sami itu. "Aku tak sangka kau sayang sangat pada aku sampai sanggup nak panjat tingkap"ujar Mingyu sedikit terharu dengan kesungguhan rakan karibnya itu untuk berjumpa dengannya. 

Dia mengesat air mata palsunya dengan lengan baju. Won Woo memandang kosong kearah Mingyu yang memang Win bila bab -bab drama sinetron bersiri ini. 

 "Siapa kata aku panjat,aku cuma perlu lompat dari beranda bilik aku"balas Won Woo laju mematikan drama mIngyu. Lelaki tinggi itu terus senyap sebelum matanya menjeling kearah tingkapnya yang menghadap tepat ke beranda di bilik rumah milik Won Woo. 

Dia menepuk dahinya . Bagaimanalah dia boleh lupa yang selama ini Won Woo sentiasa menjadi jiran sebelah rumahnya. Melihat Mingyu yang tak henti -henti menepuk dahi, Won Woo akhirnya meloncat turun dari katil rakannya itu . 

 "Kenapa kau jerit tadi?"soal Won Woo kembali ke tajuk utama yang mengejutkan dia yang sedang membuat aksi meloncat ke bilik Mingyu ketika itu. Nasib dia tak tergelincir jatuh akibat terkejut. Berkat berlatih tiap hari. 

Mingyu diam dan memandang Won Woo yang kelihatan berminat dengan masalahnya. "Weyh, aku tak cukup menarik ke ?huh?huh?"soal Mingyu kepada Won Woo yang sedang bermain dengan produk penjagaan wajahnya. 

 "Ya"balas Won Woo tanpa menunggu sesaat . 

Kalaulah dunia ini kartun, Mingyu akan sentiasa dicucuk panah ke dalam hatinya disebabkan jawapan straightforward rakannya itu  . "Yah!"marah Mingyu yang jelas tak menerima jawapan itu. Dia memukul kepala Won Woo yang ingin mencampurkan minyak rambut kedalam pelembap wajahnya. Cukuplah  dengan eksperimen di sekolah. 

 "Serius ah Wonwoo.. Dari 1-10.. Berapa markah aku?"soal Mingyu penuh harapan. Won Woo tak akan hancurkan harapannya. 

Won Woo diam sejenak . "5 "balasnya akhirnya membuatkan Mingyu menjerit dolphin. "Whut!!. Are you serius?!. Aku yang kacak,tinggi lagikan sasa ni kau kasik 5!" Jerit Mingyu seraya menggoyang -goyanggkan badan Won Woo yang sedang duduk di hadapan meja soleknya. 

Won Woo yang tak tahan dengan keadaan organnya yang sudah bergoncang di dalam badan akhirnya mengalah. Dia bangun dan berdiri memandang Mingyu yang sudah mencebik. "3 markah tolak sebab otak kau yang setaraf otak udang yang aku selalu sedut itu, 2 markah tolak sebab kau .. Nampak murah.."

Nampak murah ...

     Nampak murah...

          Nampak murah...

Asap tebal kelihatan berkepul-kepul keluar dari seluruh lubang di kepala Mingyu. Dia memandang Won Woo yang masih sibuk menganggu kenteteraman produk penjagaan wajahnya.

 "Won Woo!"

°°°°°

Ibu Mingyu,Puan Joo terkejut melihat keadaan anak jirannya yang kelihatan serabai bagai baru terjun dari bangunan 50 tingkat. Dengan rambut tercacak dan serabai ,pakaian yang sudah ronyok dan butang kemeja tercabut.. Puan Joo tahu ini an

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jelly_Warrior
#1
Chapter 2: Fall in love dengan cerita ni. Seriusly ! Boleh bayangkan every scene dlm cerita ni :)
Tak sabar utk baca next update. Fighting^^
sunshine_blue
#2
siamang tu spesis monyet kan?
lilylunalove
#3
Chapter 1: Hahahahaha saya suka saya suka! First, sbb main charac gp fav saya 17teen and then plot tu kelakar! Haih penat saya tahan gelak tau ╮(╯▽╰)╭